WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, November 8, 2012

HIJAU BUMI TUHAN

Sekolah Tuanku Abdul Rahman telah menganjurkan Program Hijaukan Bumi bagi memastikan warga Sekolah Tuanku Abdul Rahman dapat hidup dalam suasana kehijauan. Program ini diuruskan oleh Panitia Geografi dan Jawatankuasa Pengurusan STAR Fruit Valley pada bulan Oktober dan November 2012.


Program yang diilhamkan oleh Tuan Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim, Pengetua Cemerlang STAR ini terdiri daripada dua aktiviti utama. Aktiviti pertama ialah Pertandingan Amalan Budaya 5S Antara Kelas Tingkatan 1 dan Pertandingan Amalan Budaya 5S Antara Rumah (Tingkatan 3) yang berfokus kepada menyisih batu dan membersihkan kawasan. Aktiviti kedua pula ialah menanam 30 pokok buah-buahan yang disertai oleh guru-guru dan pelajar tingkatan 3.


Kawasan STAR Fruit Valley menjadi kawasan tumpuan untuk melaksanakan program ini kerana masih banyak kawasan lapang yang masih belum ditanam dengan pokok dan menggantikan pokok yang sudah mati di situ.

...

Antara tujuan program hijaukan bumi (go green) ini ialah untuk membudayakan amalan 5S khususnya pelajar tingkatan satu dan tingkatan 3. Amalan 5S dimulakan dengan amalan sisih. “Kita mahu amalan sisih ini dijalankan di bilik darjah, kawasan dalam dorm, persekitaran surau, Starian Square, kawasan sekitar blok tingkatan satu dan blok asrama tingkatan satu. Untuk membudayakan 5S tidak cukup dengan teori, ia mesti dipraktikkan. Jadi kita mulakan dengan projek go green di S.T.A.R. Fruit Valley kerana jika kita tak sisihkan batu sukar untuk kita bersihkan kawasan itu dengan mesin sandang.”, kata Tuan Haji Abdul Hashim.


“Di samping itu program ini juga dapat membentuk keakraban antara guru dan pelajar tingkatan 3 dengan menanam 30 pokok. Setiap guru akan dibantu oleh 3-4 orang pelajar tingkatan 3 untuk menanam pokok. Kerjasama ini akan mewujudkan suasana lebih mesra dan akrab. Selain itu kita nak wujudkan teamwork di kalangan pelajar tingkatan 3, sayangi kehijauan di bumi STAR yang bertuah serta kita mahu pelajar tingkatan 3 menjadi role model kepada tingkatan 1 dan 2 dalam amalan budaya 5S”, jelas Tuan Haji Abdul Hashim lagi.


Alam sekitar adalah elemen paling penting yang perlu dititikberatkan untuk menikmati sebuah kehidupan yang sejahtera. Semua pihak perlu bersatu padu berusaha melestarikan alam sekitar supaya sentiasa berada dalam suasana hijau, bersih dan selamat.

Encik Zabidi sedang menanam pokok.

 Selain terlibat dengan menanam pokok, pelajar-pelajar juga mengumpulkan batu bata di tapak fruit valley.

Pelajar-pelajar tingkatan Satu dengan program 5S.

 Para pelajar bergambar kenangan  bersama penyelaras, Encik Mohd Zabidi.

sumber : FB Cikgu Zabidi

 

 


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

1 GENTA RASA:

hafiz hafizol said...

Cg Zabidi tu macam cg saya msa sek menengah.. Cg Razak. Huhu =p

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget