WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, November 2, 2012

TEKS PENGACARA MAJLIS ANUGERAH KOKURIKULUM STAR IPOH TAHUN 2012


Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat Yang Berbahagia, Dato’ Ir Mohd Helmi Zulkawi  Pengarah Urusan Asian Geos Sdn Bhd dengan diiringi oleh Tuan Pengetua  serta dif – dif kehormat.
 


Hadirin dan hadirat diminta berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu negaraku dan lagu sekolah dengan iringan Pasukan Orkestra Muda STAR. 



Asalamualaikum waramatullah hiwabarakatuh dan salam 1 Malaysia.

Yang Berbahagia Dato Ir Mohd Helmi Zulkawi
Pengarah Urusan Asian Geos Sdn Bhd merangkap bekas pelajar tahun 1981

Yang Berusaha Tuan Abd Ghani Mohd Niza,
Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Jababatan Pelajaran Negeri Perak,

Yang Berusaha Tuan Haji Abd Hashim bin Abd Karim
Pengetua Cemerlang STAR

Yang Berusaha Tuan Hj Azlan bin Abdullah
Presiden STAROBA

Yang Berusaha En Ahmad Hamdan bin Abdul Hamid
Yang Dipertua PIBG STAR

Penolong-penolong kanan STAR

Guru-guru

Tetamu-tetamu serta para pelajar dirahmati oleh Allah SWT.


Bersyukur kita kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat sekali lagi kita berada dalam Majlis Anugerah Kokurikulum STAR tahun 2012. Untuk makluman semua tujuan utama majlis ini diadakan bagi  meraikan pelajar STAR kerana meraih pencapian yang cemerlang dan gemilang dalam bidang ko kurikulum.  Pelajar-pelajar yang akan kita raikan pada pagi ini merupakan The Shining STARS di STAR. Majlis juga ingin mengalu-alukan kehadiran tetamu kehormat Yang Berbahagia Dato Ir Mohd Helmi Zulkawi, Pengarah Urusan Asian Geos Sdn Bhd merangkap bekas pelajar tahun 1981 serta para tetamu jemputan semua ke majlis kita pada pagi ini.

  


Bagi  memberkati majlis, dipersilakan Al-fadhil   Ustaz Imran Jemain,  untuk memimpin  bacaan doa.

Terima kasih diucapkan kepada Al-fadhil ustaz.



Majlis diteruskan kan lagi dengan menjemput Tuan Pengetua,  Tuan Hj Abdul Hashim bin Abdul Karim untuk menyampaikan ucapan aluan-aluan 

Terima kasih atas ucapan yang telah disampaikan tadi. Adalah menjadi harapan warga STAR agar apa yang telah disampaikan tadi akan dapat direalisasikan dalam masa yang terdekat demi menjadikan STAR sebagai  sekolah nombor 1 di Malaysia.



Kini tibalah masanya untuk kita mendengar ucap utama  daripada tetamu kehormat. Untuk itu majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan Yang Berbahagia Dato Ir   Mohd Helmi Zulkawi untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan Yang Berbahagia  Dato.


Terima kasih yang tidak terhingga atas ucapan Yang Bhg. Dato sebentar tadi.





Hadirin sekalian, sekarang tibalah kita ke acara yang dinanti-nanti kan. Mengumumkan perarakan masuk piala-piala.

1.Anugerah yang pertama Anugerah Khas Pengetua.Pada tahun ini seramai 46 orang pelajar akan menerima anugerah khas pengetua.Anugerah khas pengetua dianugerahkan kepada pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 yang cemerlang dan mempunyai pencapaian pada tahun semasa diperingkat kebangsaan dan atarabangsa.Anugerah yang diperkenalkan pada tahun 2011 ini perlu lah mendapat pengiktirafan dari tuan Pengetua dan ianya juga bukan sahaja dilihat dari aspek pencapaian semata-mata bahkan juga turut merangkumi aspek sahsiah dan keupayaan mengharumkan nama sekolah dalam berbagai program yang disertai. Penerima akan menerima piala Kristal berlatarbelakang STAR dengan nama individu tertera pada piala. Tahniah kepada pemenang.


2, Seterusnya Paila Anugerah Kelab Sukan  Permainan Terbaik serta juga  Anugerah Unit Uniform, kelab dan Persatuan Terbaik. Sebanyak 8 kelab telah menerima pencalonan dan hanya dua kelab paling Berjaya iaitu untuk kategori Kelab Sukan dan kategori  unit beruniform dan persatuan terbaik akan menjadi pemenang. Penerima terdiri dari Guru Penasihat dan Presiden Kelab akan menerima Piala Kristal dan sijil.


3.Seterusnya  Piala pencalonan Olahragawan Harapan STAR.  Anugerah ini dikhususkan untuk pencapaian terbaik dalam bidang sukan bagi pelajar dari Tingkatan 1 hingga ke Tingkatan 3. Untuk tahun ini seramai 4 pelajar telah layak menerima pencalonan terdiri dari pelbagai bidang sukan.Pemenang akan menerima trofi Kristal berbentuk bintang melambangkan potensi yang ada pada olahragawan harapan ini.


4.Berikutnya, Piala Pencalonan Olahragawan STAR dan Piala Kemenangan.   Anugerah ini dikhususkan untuk pencapaian terbaik dalam bidang sukan bagi pelajar dari Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Untuk tahun ini seramai 4 pelajar telah layak menerima pencalonan terdiri dari pelbagai bidang sukan.Pemenang juga akan menerima trofi Kristal berbentuk bintang melambangkan potensi yang ada pada olahragawan STAR ini.


5. Akhirnya  untuk segala penat lelah yang di  sumbangkan kepada rumah maka kini tiba giliran 3 buah piala utama yang menjadi rebutan setiap rumah di STAR ini. Diperkenalkan Piala Presiden iaitu Piala yang menjadi rebutan untuk Johan Sistem Rumah yang melibatkan aspek akedemik dan juga kepimpinan. Rumah yang paling banyak mengumpul mata untuk 2 aspek ini akan dianugerahkan Piala Presiden.Piala Presiden mula diperkenalkan pada tahun 2011 dan Rumah Merah telah memenanginya untuk pertama kali.


6.Seterusnya adalah Piala Pengetua iaitu Piala untuk Johan Sukan antara rumah.Piala ini juga mula diperkenalkan pada tahun 2011 dan turut dimenangi oleh rumah Merah selaku juara pertama. Sebanyak 9 jenis sukan dipertandingkan untuk merebut Piala ini.


7.Akhirnya Piala yang telah berusia 55 tahun, iatu  Piala Agong. Piala yang disumbangkan oleh Yang Dipertuan Agong yang pertama Tuanku Abdul Rahman. Mulai pada tahun 2011 STAR telah memperkenalkan format baru untuk memenangi Piala Agong apabila mata untuk keseluruhan Piaia Presiden dan Piala Pengetua  akan dicampurkan dan rumah yang mengumpul mata paling banyak akan memenangi Piala Agong.Untuk pengetahuan semua Piala agong telah dimenangi oleh rumah Merah selama 3 tahun berturut dan apakah mereka akan terus memenangi Piala ini….sama-samalah kita nantikan keputusanya.   





Demikianlah berakhirnya perarakan membawa masuk Piala-piala kemenangan yang menjadi rebutan pelajar-pelajar STAR serta juga rumah-rumah di STAR ini.



Tidak lengakap rasanya majlis Anugerah kokurikulum ini jika kita tidak mengimbas kembali detik-detik kemenangan dan kecemerlangan yang telah dikecapi para pelajar STAR pada tahun. As what the th English Proverbs says A picture is woth than thousands words maka dengan ini kita persembahkan sebuah video klip yang di siapkan oleh Pelajar Briged Bestari yang berjudul THE SHINING STARS….sama –sama kita saksikan.  



Demikianlah tadi bukti-bukti kecemerlangan pelajar kita dipentas daerah, negeri, kebangsaan dan juga antarabangsa. Maka dengan ini diteruskan majlis dengan penyampaian hadiah iaitu untuk Kategori Anugerah Khas Pengetua.



Majlis dengan segala hormatnya menjemput Tuan Pengetua STAR Tuan Hj Abdul Hashim Bin Abd Karim untuk naik kepentas bagi menyempurnakan majlis penyampaian anugerah.



Penyampaian didahului dengan 20 pelajar dari pasukan ragbi STAR.Dengan kejayaan mempertahankan Trofi Kejuaraan Kejohanan Sekolah-sekolah Premier untuk kali kedua berturut, Menjuarai Kejohanan Cobra International 10s,16 pemain mewakili Pasukan MSS Perak dan mendapat tempat ke 3 maka dijemput pemain-pemain untuk tampil ke pentas bagi menerima hadiah.   

Senarai nama pemain ragbi.




Seterusnya wakil tunggal olahraga. Mewakili MSS Perak dalam acara 4 X 400m  iaitu Saudara Syakir Zufairi.



Dari Pasukan Bahas bahasa Melayu telah menjuarai Kejohanan MUSLEH INTERNATIONAL DEBATING CHAMPIONSHIP, PIALA PENGURUS BESAR YAYASAN SELANGOR DAN PIALA KOPERASI SRI SERDANG..Dipersilakan.



Seterusnya pelajar ini telah terpilih ke Program pertukaran Pelajar Malaysia Jepun .




Memberikan impak dengan Berjaya melayakkan diri buat pertama kali keperingkat kebangsaan dengan memenangi pertandingan diperingkat zon Perak dipersilakan pasukan robotic.pasukan ini diwakili oleh.



Dengan pasukan yang diberinama Falco Pasukan Formula One In School STAR kemabli menggegarkan arena formula 1 negara.Sebagai Johan Zon Utara mereka akan membawa cabaran STAR keperingkat kebangsaan pada minggu hadapan,Dipersilakn ahli pasukan Falco…



Dengan membawa hasil rekaan ke program inovasi di Belanda dan Bangkok serta mendapat pingat emas di Bangkok pasukan Inovasi STAR turut memberi impak yang besar pada sekolah.Dengan ini dipersilakan……



Seterusnya dipersilakan Mohd Hanif Omar bin Mohd Yazid yang telah menjadi calon tunggal negeri Perak ke Malaysia –Singapore Student Leader Adventure camp.



Tidak ketingalan juga dalam permaianan scraable dengan menyertai kejohanan UM International Scrabble Competition mereka menduduki rangking Top 10 dari seramai 800 peserta.Mohd Eizat dengan kedudukan ke 8 dan Muhammmad Mikhail pada ranking Ke 5.Dijemput…..  




Kejayaan mewakili pasukan senior Perak ke Sirkir Kriket Kebangsaan menobatkan Syafiq Aiman Mohd Bazlan sebagai penerima anugerah Pengetua yang seterusnya.Dipersilakan.



Juga tidak dilupakan kepada pembahas bahasa inggeris kita yang berjaya melayakkan diri keperingkat Separuyh akhir Bahas PPM di STAR pada tahun ini….dipersilakan….



Sebagai Klimak kepada Anugerah Khas Pengetua untuk tahun ini maka majlis memberi penghormatan kepada 2 orang pelajar yang telah memberikan impak kejayaan kepada Negara. 



Pertamanya dijemput saudara Haris Rasyid.Mungkin bunyinya agak janggal tetapi anak muda ini telah membuktikan yang beliau boleh melakukannya. Pemenang Pingat di NZ winter games 2011 ini telah dengan rasmi disenaraikan dalam Malaysia books of Records sebagai individu pertama memenangi pingat gangsa di NZ winter game pada tahun 2012. Dengan segala hormatnya dipersilakan ….



Seterusnya tidak usah diperkenalkan. Raut wajahnya terpampang di skrin TV dan dada dada akhbar .Dengan ini dipersilakan Ahmad Aiman Ismayatim pembawar obor larian sukan Olimpik London 2012. Melalui proses pemilihan yang begitu teliti oleh British Council anak muda ini akhirnya terpilih sebagai calon tunggal Malaysia untuk membawa obor olimpik London. Dipersilakan. 



Demikianlah berakhirnya  penyampaian anugerah khas pengetua. Terima kasih diucapkan kepada tuan pengetua atas kesudian menyampaikan hadiah kepada para penerima.




Bagi memberikan ruang untuk kita mengenali apakah Formula one in school maka majlis dengan sukacita mempersembahkan STAR Falco Team dipersilakan.



Terimakasih kepada STAR Falco Team.



Majlis dengan ini menjemput Yang Berusah Tuan  Abdul  Ghani bin Mohd Niza Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPN Perak dengan diringi oleh Pengetua STAR untuk naik ke pentas  bagi menyempurnakan penyampaian anugerah berikutnya.






Kategori seterusnya adalah Anugerah Kelab Sukan dan Permainan Terbaik, Untuk itu dijemput calon-calonnya. Dijemput guru penasihat atau jurulatih  dan kapten pasukan untuk naik ke pentas.

1 Pasukan ragbi STAR Cobratasha
2.Pasukan Olahraga STAR
3. Kelab Young Sports Leaders
4.Pasukan Kriket STAR 

Sebelum saya umumkan pemenang eloklah saya bacakan biodata kejayaan pasukan ini.

1.    Merpertahankan kejuaraan Primier Cup Kebangsaan
2.    Johan kejohanan  antarabngasa
3.    16 pemain Berjaya mewakili pasukan Perak
4.    4 Pemain mewakili pasukan pilihan Malaysua

Tak lain tak bukan pemenangnya adalah pasukan ragbi STAR COBRATASHA.Dipersilakan En .Azhar dan kapten pasukan untuk menerima piala dari Tuan Abdul Ghani.





Kategori seterusnya adalah Unit Uniform, kelab  dan Persatuan Terbaik. Untuk itu dijemput calon-calonnya. Dijemput guru penasihat  dan pengerusi untuk naik.


1 Pancaragam
2.Kadet Polis
3. Bahasa Melayu
4. Robotik dan inovasi   

Sebelum saya umumkan pemenang eloklah saya bacakan biodata kejayaan pasukan ini.

1      Johan International MUSLEH Debating Championship 2012
2.    Johan Debat Piala Koperasi Sri Serdang
3.    Johan Debat Piala Pengurus Besar yayasan Selangor
4.  Mempunyai program pembangunan yang terbaik dengan program Inter debat dan penubuhan keluarga debat STAR

Pemenangnya ialah  Kelab Bahasa Melayu dengan pasukan bahasnya dibawah pimpinan Cikgu Shahnun bin Abdul Ghani dan kapten pasukan untuk menerima piala dari Tuan Abdul Ghani Mohd Niza. 




Terima kasih Tuan Abdul Ghani. Majlis seterusnya mempersilakan Tetamu kehormat kita pada hari ini Yang Bhg. Dato Ir Mohd Helmi Zulkawi dengan diringi sekali lagi oleh Tuan Pengetua untuk  meneruskan majlis kita pada pagi ini.



Kita teruskan majlis dengan Penganugerahan Full Colors. Mulai pada tahun ini STAR telah menetapkan full colors hanya akan diterima oleh Pelajar Tingkatan Lima  dan pencapaian sepanjang mereka berada di STAR ini diambil kira.



Mendahului penerima Full colors pada tahun ini adalah Pelajar T 5 dari Sukan kriket yang Berjaya mewakili negeri Perak Ke Kejohanan MSSM B 18 tahun.Mereka ialah 




Penerima Full colors yang seterusnya pada tahun ini adalah Pelajar T 5 dari Sukan ragbi yang berjaya mempertahankan kejohanan Ragbi Sekolah-sekolah Premier dengan menumpaskan pasukan SMSAH dengan mata 50 berbalas 7,Dipersilakan.




Demikian adalah penerima-penerima  full colors untuk tahun 2012.



Kategori seterusnya adalah Anugerah Olahragawan Harapan STAR 2012. Calon-calonnya adalah.

1.Mohd Syafiq bin Jebat - Kriket
2.Mohd Zakwan bin Mohd Redzuan- Olahraga
3.Mohd Azim bin Zainurin – Ragbi dan Olahraga
4.Muhammmad Isyraf Harith bin Mohammad Izar- ragbi  

Berikut adalah pemenangnya: Mohd Isyraf Harith bin Mohamad Izar dengan mewakili pasukan Pilihan Ragbi B-16 tahun Malaysia ke Kejohanan Ragbi Bangkok 10s dan setrusnya membantu pasukan Malaysia untuk menjadi Johan Kejohanan tersebut. Mohd Israf juga adalah pemain utama untuk pasukan STAR yang menjuarai kejohanan Ragbi Antarabangsa Cobra 10s.Dipersilakan Mohammad Isyraf harith.



Kategori seterusnya adalah Anugerah Olahragawan  STAR 2012. Calon-calonnya adalah.

1. Muhammad Akmal bin Ismail – Kriket
2.Shakir Zufairi bin Azizul Rahman - Olahraga
3.Mohd Khairi Hisham bin Kamar -Ragbi
4.Aidil Shazreen bin Azlan - Bolasepak

Berikut adalah pemenangnya: Mohd Khairi Hisyam bin Kamar.

Pencapaian beliau mewakili pasukan  Ragbi B-18 tahun Pilihan Malaysia ke Kejohanan Ragbi Bangkok 10s dan seterusnya membantu pasukan Malaysia untuk menjadi Naib Johan . Mewakili pasukan pilihan Malaysia ke kejohanan di Perth Australia.Mewakili pasukan MSS Perak Ke Kejohanan Ragbi MSSM dan mendapat tempat ke 3. Johan Kejohanan Ragbi Sekolah Premier dan Anugerah Pemain terbaik kejohanan.Pemain terbaik kejohanan MSSPK. Dengan ini  dipersilakan Mohd Khairi Hisham Bin Kamar untuk menerima trofi Olahragawan STAR 2012.



Selesai sudah teka teki siapakah olahragawan STAR 2012 dan sekarang kita bergerak ke penyampaian yang ditunggu-tunggu oleh semua warga STAR. Untuk itu Majlis dengan ini mengumumkan markah untuk rumah –rumah yang bertanding dalam Piala Presiden.

Rumah Hijau
Rumah Merah
Rumah Biru
Rumah Hitam
Rumah Putih
Rumah Kuning

Dengan ini Rumah ………………..  merangkul Piala Presiden untuk tahun 2012. Tahniah diucapkan.



Berteka teki pula kita untuk pemenang Piala Pengetua.Dengan ini  diumumkan markah untuk rumah –rumah yang bertanding dalam Piala Pengetua.

Rumah Hijau
Rumah Merah
Rumah Biru
Rumah Hitam
Rumah Putih
Rumah Kuning

Dengan ini Rumah ………………..merangkul Piala Pengetua untuk tahun 2012.tahniah diucapkan.



Sudah sampai kita kepenghujung acara .Dengan ini kita akan umumkan rumah manakah yang akan mengungguli temapt pertama dan menyandang Piala Agong untuk tahun ke 55 ini. Tetapi sebelum itu Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En . King Eng Seng Selaku Ketua Guru Rumah Merah untuk menerima penghargaan khas atas kejayaan rumah merah merangkul Piala Agong untuk tempoh 3 tahun berturut-turut dari tahun 2009, 2010 dan 2011.

Dipersilakn En. King Eng Seng.

Tahniah kepada semua warga rumah MERAH.
 


Kembali kita berteka teki.Adakah Encik King Eng Seng akan naik sekali lagi.Dengan ini majlis mengumumkan Johan Piala Agong untuk tahun 2012 jatuh kepada Rumah …………. Mengungguli dengan kutipan markah……………

Dijemput Ketua Guru Rumah dan House Kapten untuk tampil ke Pentas….



Demikianlah berakhirnya satu lagi episod kejayaan…..episod mempertahankan tradisi…..episod legasi yang bakal ditingaalkan ….episod kebanggan kepada etos sekolah….maka dengan ini dijemput Tuan Pengetua STAR untuk menyampaikan cenderahati kenangan kepada Dato’Mohd Zulhelmi bin Zulkawi.Untuk Pengetahuan semua cenderamata ini dibuat khusus dgn memasuukan gambar-gamabar Dato Helmi dalam majalah perintis tahun 1980 dan 1981.Semoga dapat mengembalikan nostalgia pada dato’.Terima kasih Kepada dato’ Kerana sudi meluangkan masa menjadi tetamu kehormat kita pada pagi ini.



Seterusnya majlis menjemput
1.    Tuan Abdul Ghani  Mohd Niza
2.    Wakil Bahagian SBP dan SBT
3.    Presiden STAROBA
4.    Pengerusi PIBG STAR

Untuk menerima cenderahati kenang-kenangan dari Pihak STAR.



Seterusnya majlis dengan segala hormatnya menjemput Tetamu-tetamu untuk melawat galeri Tun hamdan.ajlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari di Anjung tamu.Sekian semoga berjumpa lagi ditahun hadapan untuk Anugerah Kokurikulum STAR 2013.






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

0 GENTA RASA:

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget