WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, January 31, 2012

BERMULA GARANG

Hari pertama Kejohanan Hoki MSSD Kinta Utara menyaksikan pertemuan kumpulan C anatara STAR menentang SMK Bercham. Dalam perlawanan yang diadakan pada jam 4.20 petang semalam, STAR seperti diduga menang mudah apabila menewaskan Bercham 5-0. 



Gol-gol STAR dijaringkan oleh Faris Habeha (2 gol), manakala masing-masing 1 gol oleh Nur Alham, Iqbal Ramlan dan Zahran Syahmi. Secara keseluruhannya, STAR berjaya menguasai sepenuhnya perlawanan dengan melakukan serangan bertali arus ke kubu lawan. Manakala sesekali Bercham melakukan serangan, namun benteng yang diketuai oleh Rusydi berjaya dikawal dan dipatahkan dengan mudah.

Namun, sesuatu yang patut diberi perhatian yang serius apabila STAR berjaya memperoleh sebanyak SEPULUH pukulan sudut penalti, namun hanya dua sahaja gol berjaya dijaringkana melalui PC. Begitu juga penyudah yang tidak berkesan oleh para penyerang apabila hanya berhadapan satu lawan satu dengan penjaga gol.

Petang ini, STAR akan bertemu dengan SMK Tambun pada jam 3.30 petang. Semoga STAR berjaya menyerap tekanan dan menjuarai kumpulan C.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Monday, January 30, 2012

15 SEKOLAH LAGI DIUMUMKAN SEBAGAI SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

Sebanyak 15 sekolah lagi iaitu tujuh sekolah menengah dan lapan sekolah rendah menerima pengiktirafan daripada Kementerian Pelajaran sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK).
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud, berkata pemberian itu adalah untuk fasa keenam selepas 167 sekolah menerima pengiktirafan sama pada fasa kelima sebelum ini.
“Semua sekolah yang sudah menerima pengiktirafan akan diberi peruntukan khas bagi tujuan membangunkan kecemerlangan sekolah masing-masing,” katanya dalam ucapan sempena majlis penyampaian sijil pengiktirafan itu, di sini hari ini.
Tujuh sekolah menengah terbabit ialah Sekolah Menengah (SM) Sains Sultan Muhammad Jiwa, Sungai Petani, Kedah; SM Sains Dungun, Terengganu; SM Kebangsaan Seafield, Subang Jaya, Selangor; SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah dan SM Kebangsaan Alor Akar di Pahang; serta SM Tinggi Kluang dan SM Kebangsaan (P) Sultan Abu Bakar, Muar di Johor.
Bagi sekolah rendah pula ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Convent Infant Jesus 1, Melaka; SK Taman Bukit Maluri, Kuala Lumpur; SK Agama Sibu, Sarawak; SK Seliau, Rantau, Negeri Sembilan; SK USJ 2, Subang Jaya, Selangor; Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Indera, Kangar, Perlis; dan SK Minden Heights, Gelugor dan SK Jenis Kebangsaan Cina Kwang Hwa, Bayan Lepas, di Pulau Pinang.
Beliau berkata, menerusi SKK, setiap sekolah yang mempunyai pencapaian cemerlang dalam akademik dan kokurikulum akan diberi pengiktirafan, bantuan dan peluang pendidikan terbaik daripada kerajaan.
“SKK juga memberikan peluang kepada sekolah yang dipilih untuk meningkatkan jaringan kerjasama dua hala yang berterusan dengan sekolah lain dalam dan luar negara,” katanya.
SUMBER : MYNEWSHUB



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

AHAD PUN KOJE

Selamat memulakan persekolahan buat semua gugu-guru dan pelajar di seluruh negara yang bercuti panjang selama seminggu. Cuti-cuti juga, sekolah ganti menunggu tu. Dan semoga kedatangan minggu baru ini memberi semangat dan kesungguhan buat semua untuk melakukan yang terbaik. Nak mengajar terbaik, nak belajar juga dengan cara yang paling baik.

Sebenarnya kami guru-guru di Sekolah Bintang sudahpun memulakan "tugasan' kami lebih awal semalam. Kata orang Perak, Ahad pun koja. Cuti umum pun kadang-kadang koja. Minggu lepas sewaktu cuti tahun baru cina pun kami diminta koja yop. Udah-udah jangan dok hentam sapa-sapa kat sini. Nak hentam ketua ke, nak hentam sapa-sapa lah. Kamu buat je yop.

Pagi semalam ada Program Jaya Waris, iaitu satu program pertemuan pihak pentadbir, PIBG dan bu bapa bersama-sama anak-anak bagi membincangkan program-program peningkatan akademik  para pelajar.


Kelihatan para ibu-bapa dan guru-guru sedang berbincang tentang prestasi pelajaran anak-anak. Program diadakan awal bagi memberikan mood dan momentum terbaik para pelajar SPM dan PMR bagi menghadapi dua peperiksaan awam pada penghujung tahun 2012.

Pada sebelah petangnya maraton diteruskan. Hehe jangan marah ye orang atas. Kami panggil marathon jelah sebab belum sempat bernafas, dan disambung pula dengan Mesyuarat Agung PIBG. Sebagai ahli persatuan, kenalah datang yop. Mana mahunya melepak kat rumah. 


Mesyuarat PIBG sedang berlangsung. Inilah forum bagi membincangkan masalah anak-anak . Tapi kadang-kadang kalau pengerusi gagal memainkan peranan dengan baik sewaktu mempengerusikan mesyuarat, kemungkinan kecoh juga. Orang-orang kat depan kena cool, dan tenang. Yalah ibu bapa ni macam-macam ragam yop. Ada yang panas baran, yang emosi, yang kaki hantam dan paling ramai tukang angguk je lah. Semua ada.  Apapun mesyuarat berlangsung dengan baik. Mungkin beberapa isu timbul, namun dapat diselesaikan dengan baik. Apapun, kami pulang ke rumah pada jam 5.30 petang. Tu dah kira overtime kan ??
Jangan marah !



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Sunday, January 29, 2012

KEPUTUSAN SPM 2011 PADA 22 MAC 2012

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dijangka akan diumumkan pada 22 Mac ini. "Tarikh berkenaan ada dalam kalendar pengurusan kementerian, namun Majlis Peperiksaan Malaysia akan putuskan tarikh rasminya nanti," kata pegawai Kementerian Pelajaran di sini, Khamis. Sejumlah 468,808 calon menduduki peperiksaan SPM di 3,533 pusat seluruh negara antara 14 November hingga 14 Disember tahun lalu. Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud sebelum ini berkata keputusan peperiksaan SPM 2010 merupakan yang terbaik dalam tempoh empat tahun. Jangkaan itu dibuat berdasarkan sistem penggredan di mana 363 calon daripada sekolah kerajaan dan 40 lagi pelajar daripada sekolah swasta dan calon swasta mendapat A+ bagi kesemua subjek berbanding hanya 214 calon pada 2009. SUMBER : MSTARONLINE

Kalau betul, tentunya semua calon, ibu bapa dan guru-guru turut berdebar-debar. Kita tunggu lah ya.  




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

HOKI LAGI


Esok mulai 30 Januari sehingga 2 Febuari Imanshah mulai sibuk. Kejohanan hoki sekolah-sekolah Kinta Utara mula mengambil tempat. Tahun ke tiga membawa pasukan sekolah, sudah dua tahun kami gagal menembusi final. Harap-harap percubaan ke tiga ini membawa sinar kegemilangan.

Apapun sedikit tamparan hebat, dua pemain utama mengalami kecederaan. Harap-harap mereka mampu diturunkan esok. Doakan pasukan Imanshah ye. Apapun, kelas pagi mesti masuk dulu! Baru boleh ke padang.
Jumpa lagi.
Kejohanan Hoki Majlis Sekolah-sekolah Daerah Kinta Utara 2012 akan dilangsungkan pada 30 Januari hingga 2 Februari 2012. Dalam kategori Lelaki B18 tahun, sebanyak 18 buah sekolah telah mengesahkan penyertaan. Undian yang telah dilakukan pada 12 Januari 2012 menyaksikan juara bertahan, SMK Anderson diletakkan dalam kumpulan A bersama SM Teknik Ipoh dan SM Vokasional Lebuh Cator. Berikut merupakan undian peringkat kumpulan.

Kumpulan A
A1 SMK Anderson
A2 SM Teknik Ipoh
A3 SM Vokasional Lebuh Cator

Kumpulan B 
B1  SMK ACS Ipoh
B2 SMK Tanjung Rambutan
B3 SMK Aminuddin Baki, Chemor

Kumpulan C
C1 SMK tambun
C2 SMK Bercham
C3 Sekolah Tuanku Abdul Rahman

Kumpulan D
D1 SMK Sungai Pari
D2 SMK Buntung
D3 SMK St. Michel



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

LIVERPOOL SINGKIRKAN MANCHESTER UNITED


Liverpool meneruskan kemaraan ke pusingan kelima Piala FA selepas membenam cabaran Manchester United 2-1 pada pertembungan di Anfield semalam.

Pemain gantian, Dirk Kuyt menjaringkan gol dua minit sebelum perlawanan berakhir untuk memastikan kemenangan Liverpool pada perlawanan yang menyaksikan ketua pasukan United, Patrice Evra diejek. Evra turut menjadi perhatian apabila membuat kesilapan yang membawa kepada jaringan kemenangan Reds.

Pertahanan kiri United, Evra diejek akibat insiden penghinaan perkauman dengan pemain Liverpool, Luis Suarez pada Oktober lalu, yang menyebabkan pemain Uruguay itu digantung lapan perlawanan.

Liverpool mendahului pada minit ke-21 apabila Daniel Agger melakukan tandukan hasil sepakan sudut yang gagal dibaca penjaga gol United, David De Gea.

United, yang beraksi tanpa Wayne Rooney akibat cedera, bangkit menerusi rembatan tepat Park Ji-sung pada minit ke-39.

Hantaran Andy Carroll gagal dipintas Evra, yang memberi ruang kepada Kuyt melakukan sepakan deras yang sekali lagi menewaskan De Gea untuk gol kemenangan Liverpool.

Liverpool mengiringi Chelsea ke pusingan kelima selepas Blues menang 1-0 ke atas Queens Park Rangers.Gol hasil sepakan penalti Juan Mata pada minit ke-62 sudah cukup untuk Chelsea meneruskan kemaraan.

Penalti tersebut berpunca daripada kekasaran Clint Hill ke atas Daniel Sturridge dan Mata yang diberikan tugas melakukan sepakan, tenang memperdayakan penjaga gol QPR, Patrick Kenny.

SUMBER : UTUSAN



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Saturday, January 28, 2012

SUSAHNYA SOALAN NI

Hari ini, Imanshah berada sehari suntuk di stadium hoki. Latihan terakhir menjelang Kejohanan Hoki MSSD Kinta Utara yang akan diadakan pada 30 Januari- 2 Februari 2012 nanti. Alahai, musim sibuk dah bermula. Beginilah kesempatan sesekali bercuti seharusnya digunakan sebaik mungkin. Nak berjaya, kena usaha. Dan yang penting semua bekorban. Cikgu berkorban, murid juga harus bekorban kalau tidak mahu pasukan yang terkorban.


Bila tiba waktu makan, seronok juga makan ramai-ramai di bawah pokok. Wah sungguh ramai rasanya anak walau masih belum mempunyai isteri. Dan masa inilah peluang untuk bersembang, menasihati serta mengorek masalah para pelajar. Yalah, kalau seorang guru boleh mengenali secara dalam pelajarnya sudah tentu banyak perkara yang boleh diselesaikan. Tak susah, Imanshah jaga hoki, maka nya Imanshah harus memantau pemain-pemain hoki. Akhlaknya, disiplinnya, akademiknya, kewangan, kebajikan dan banyak lagi. Kalau semua guru mampu menjadi mentor kepada pelajar di bawah jagaannya, Imanshah yakin sudah tentu masalah-masalah yang berkaitan pelajar walaupun tidak semua, tapi sebahagiannya mungkin boleh diatasi.

Antara masalah yang sering berlaku masalah keluarga. Ada yang datang dari keluarga yang susah, yang baru kematian ayah, bahkan yang baru bercerai. Alhamdulillah masalah mereka semua dalam pengetahuan Imanshah.

Tadi sewaktu di padang berlakulah perbualan ini, 

Kalau saya pakai sun block, muka saya tak hitam ke cikgu..

Tak!

Tak naik jerawat ke, nanti naik jerawat.

Tak!

Kalau nuka saya hitam sebab "sun burn" , lambat tak baik??

Lambat

Pencucui muka apa boleh bagi putih balik muka??


Erm, susah nya soalan ni. Aduh, payahlah. Bab-bab ni yang cikgu fail anak oi. Nanti lah pasal muka-muka ni, cikgu pergi kursus asas kecantikan ok??






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Friday, January 27, 2012

JANGAN..MONYET!

Kalau semalam Imanshah menyiarkan kisah SANG KANCIL DAN BUAYA,  malam ini Imanshah nak sambung dengan kisah seterusnya. Rasanya semua yang pernah mengalami zaman kanak-kanak pasti akan tersenyum menontonnya. Dulu-dulu kisah ini sangat popular di televisyen. Rugi adik-adik sebab dah tiadakan. Jom kita saksikan.




Semoga mendapat manfaat dari perkongsian ini.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

GAJI BULAN FEBRUARI MASIH IKUT SSM

Pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Februari akan dibayar berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM), setelah kerajaan memutuskan pembayaran gaji di bawah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) hanya akan dibuat selepas semakan semulanya dimuktamadkan.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata, pembayaran baki perbezaan gaji bulan Januari bagi penjawat awam yang memilih opsyen SBPA pada 31 Januari ini juga tidak dapat dilaksanakan seperti yang diumumkan sebelum ini pada 9 Januari.

"Pembayaran pelarasan gaji berdasarkan SBPA hanya akan dibuat setelah semakan semula SBPA dimuktamadkan dengan mengambil kira tarikh kuat kuasa SBPA pada 1 Januari 2012,” katanya.

Menurut kenyataan itu, keputusan itu juga berdasarkan permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

Pada Sabtu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jawatankuasa khas yang dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam diberikan tempoh tiga bulan bagi membuat kajian dan penambahbaikan pelaksanaan SBPA

SUMBER : UTUSAN



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

KAWAN CAKAP, IMANSHAH CAKAP DAN IBU CAKAP

Imanshah bukan selalu pun memanjakan diri dengan membeli gajet-gajet mewah. Sekadar yang termampu, maklumlah ukur baju di badan sendiri. Tapi di tahun 2012 ni memang Imanshah ada terdetik untuk memiliki dua gadjet yang menjadi sebutan hari ini.


Kawan cakap "Beli lah satu Iman, bagus ni. Tak payah kau nak usung laptop kau ke sana ke mari. Kalau kau nak buat latihan hoki, kau bawa ni je ke padang. Kau tunjuklah cara-cara dan teknik tertentu yang kau ambil dalam internet untuk ditunjukkan kepada pemain-pemain kau !!"

Imanshah cakap, " Aku takut membazir je kawan. Takut tak guna. Lagipun laptop dah ada."

Dalam hati : Nanti lah aku ada duit aku beli. Kau ingat kau je mampu??


Kawan cakap, " Puas lah aku tengok bola sepak melalui LCD ni. Bulu hidung Messi pun jelas nampak. Baik kau angkat satu, kepuasan beb"

Imanshah cakap, "Aku bukan apa, bukan tak mampu. Tapi aku mana ada masa sangat nak tengok TV ni bang. Hampir 18 jam aku di sekolah, di padang kan. Belipun tak ada orang tengok buat apa?"

Dalam hati : Erm, semua orang dah ada LCD TV. Si Mail, Si Harun. Takpa, dapat bonus nanti aku beli lah. Lebih besar dari kamu semua.


Kawan cakap, "Eh Iman, cuti ni kami nak ke Ho Chi Min. Amacam, nak ikut tak. Tak mahal dalam RM 1700 je. Alah setakat Ho Chi Min je, jom la"

Imanshah cakap " Erm, tahun sudah dah ke luar negara, tahun ni nak simpan duit la nak kahwin."

Dalam hati : Erm rugi ni, aku belum pernah sampai lagi Vietnam. Esok aku nak bagitahu lah, aku nak ikut..."

Ini antara beberapa dialog Imanshah (cerita benar) tentang keinginan untuk memiliki gajet dan melancong ke luar negara. Namun, semalam,

Ibu cakap, "Kerusi makan kita ni dah patah la. Meja makan dah rasa kecil benar. Ahli keluarga dah meningkat, cucu mak saja ada 17 orang, anak ada tujuh tak masuk menantu lagi.."

Makanya, InsyaAllah, permintaan ibu lebih utama dari segala-galanya. Lupakanlah yang lain. InsyaAllah, akan anakanda makbulkan.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

VIRUS KENCING TIKUS

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita pemergian penyanyi IZWAN PILUS yang telah kembali ke Rahmatullah, mankala bberapa tahun yang lepas, arwah Din Beramboi juga telah meninggal dunia. Dikatakan ke dua-duanya dijemput Ilahi kerana dijangkiti virus Kencing Tikus. Memang benar, virus ini hanyalah sebab musabab kepada kematian mereka, namun ketentuan -Nya sudah tertulis sejak azali lagi.

Apapun, sebagai langkah beringat dan berjaga-jaga tidak salah rasanya untuk umat manusia mengambil berat tentang virus ini. Kata orang mencegah lebih baik dari berubat. Imanshah ingin berkongsi satu artikel berkaitan virus ini yang Imanshah petik dari MY NEWSHUB. Moga-moga ianya bermanfaat.


Kita pernah dikejutkan dengan jangkitan leptospirosis membabitkan enam tahanan warga Myanmar di Depoh Tahanan Imigresen, Juru Pulau Pinang.
Ia turut dikenali dengan pelbagai nama seperti Penyakit Weil, Demam Icterohemorrhage, Penyakit Swineherd’s, Demam pesawah (Rice-field fever), Demam Pemotong tebu (Cane-cutter fever), Demam Swamp, Demam Lumpur, Jaundis berdarah, Penyakit Stuttgart, Demam Canicola.
Menerusi sebuah artikel yang pernah penulis baca, leptospirois berpunca daripada pendedahan terhadap bakterium ‘leptospira interrogans.’
Jangkitan terhadap manusia selalunya melalui air yang dicemari kuping kulit dan lendir hidung, mulut dan mata tikus.
Bagaimanapun, leptospirosis tidak menyebabkan jangkitan daripada manusia kepada manusia.
Jangkitan ini berlaku di seluruh dunia terutama di negara beriklim tropika.
Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan Amerika Syarikat misalnya merekodkan 100 ke 200 kes leptospirosis setahun di negara maju itu dengan dengan 50 peratus daripadanya berlaku di Hawaii.
Kes leptospirosis biasanya meningkat apabila musim hujan atau banjir.
Bagaimanapun, sehingga kini tiada rekod jumlah kes sebenar leptospirosis yang berlaku di seluruh dunia.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebaliknya cuma memberi anggaran kes antara 0.1 atau 1 kes per 100 000 penduduk setahun di kawasan tropika.
Tanpa alasan yang kukuh, leptospirosis selalu terlepas pandang dan tidak banyak laporan mengenainya dibuat.
Kerap kali, mereka yang terbabit dengan aktiviti luar atau petani lebih berisiko terhadap leptospirosis.
Komplikasi jangkitan ini termasuk jangkitan kuman di otak (meningitis), pendarahan yang teruk, kegagalan fungsi hati dan buah pinggang.
Di antara faktor risikonya adalah:
    1) Pekerjaan yang terdedah kepada persekitaran – misalnya petani, peladang, tentera, pesawah, pekerja sistem pembetungan atau doktor haiwan.

    2) Aktiviti rekreasi seperti berenang dalam air yang dicemari bakterium leptospira atau berkayak.
    3) Terdedah kepada peralatan di rumah yang digunakan untuk penyembelihan, peliharaan anjing atau makanan yang digigit binatang seperti tikus, tupai dan arnab.

Gejala:
    1) Leptospirosis tiada gejala yang khusus.
2) Umumnya masa pengeraman kuman itu di antara dua hingga 26 hari.

    3) Pada peringkat awal ia akan membuat tubuh menggigil dan demam. Gejala ini membabitkan 75 – 100 peratus pesakit.
    4) Batuk tidak berkahak ( 25 – 35 peratus pesakit)
    5) Loya, muntah, cirit-birit, sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak, sakit perut. Bagaimanapun ia gejala yang kurang berlaku
    6) Radang selaput mata
    7) Antara tujuh hingga 40 peratus pesakit mungkin mengalami sakit otot, limpa atau hati membengkak, bengkak kelenjar, otot mengeras dan ruam. (Sumber – Infosihat.gov.my)

Yang pasti, penulis berharap kita dapat mengelakkan diri daripada mengunjungi kawasan yang ada air bertakung terutama di kawasan iklim tropika.
Penyakit ini boleh berlaku kepada mereka yang berkerja di ladang-ladang, sawah, penternakan binatang, di kawasan setinggan, tapak pembinaan kawasan perumahan di mana kuman itu didapati hidup di tanah atau air kotor kerana sistem saliran yang kurang memuaskan seperti air bertakung.
Mereka yang berkunjung di tempat-tempat air kotor seperti air sungai atau tasik yang tercemar turut berisiko tinggi. Ia juga boleh berleluasa semasa musim banjir apabila seseorang meredah air banjir yang telah dicemari dengan kuman Leptospira. Kuman ini memasuki badan seseorang jika terdapat luka di kaki atau di mana-mana bahagian badan.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

SANG KANCIL DENGAN BUAYA

Zaman sekolah rendah dahulu,  kita sering diceritakan dengan kisah-kisah binatang yang hebat. oleh guru mahupun ibu bapa. Kalaulah kenangan dulu boleh diputar kembali,tentunya sesuatu memori yang sungguh indah untuk dilalui. Kisah Sang Kancil dengan Buaya,Kisah Arnab dan Kura-kura  dan banyak lagi sentiasa mekar dan segar dalam ingatan dari dulu, kini dan selamanya.Dulu tiada spongebob mahupun doremon. yang ada kisah-kisah binatang inilah. Tak tahulah di sekolah rendah atau tadika kisah-kisah ini masih lagi menjadi halwa telinga buat kanak-kanak atau tidak. Imanshah nak kongsikan you tube kisah Sang Kancil dengan Buaya.







TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Thursday, January 26, 2012

DI MANA KEPUTUSAN STAM?

Majlis Pengumuman Analisis Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2011 akan diadakan pada hari Khamis, 26 Januari 2012 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Pada tahun ini seramai 8,499 orang calon telah menduduki STAM di 108 pusat peperiksaan di seluruh negara. Daripada jumlah 8,499 calon, 3,782 merupakan calon Sekolah Kerajaan, Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, manakala 2,569 calon Sekolah Menengah Agama Negeri, 649 adalah calon Sekolah Agama Rakyat sementara 1,462 adalah calon persendirian manakala baki 37 orang adalah calon Sekolah Menengah Swasta.
Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama. Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.
Mulai tahun ini juga Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan STAM melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 26 Januari 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 1 Februari 2012. Bersama ini dilampirkan bahan promosi perkhidmatan yang dikeluarkan oleh MAMPU untuk rujukan.

Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
20 Januari 2012
Itu yang Iamsnhah dapati dari Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia. Pengumuman tentang keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).Puas  menggodek beberapa laman web,menggunakan khidmat Google dan sebagainya,namun tiada pula analisa keputusan STAM.  Selalunya beginilah nasib peperiksaan agamakan.Tiada usaha untuk menyiarkan keputusan waima dalam laman web Lembaga  Peperiksaan sendiri ataupun di akhbar-akhbar arus perdana.  Entah-entah rakyat Malaysia tak tahu pun wujudnya STAM.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PELAJAR KITA MAKIN KURANG AMBIL JURUSAN SAINS

Minat pelajar untuk mengikuti jurusan sains di sekolah semakin merosot ke tahap yang sangat kritikal, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

"Ini boleh membantutkan usaha kerajaan meningkatkan inovasi teknologi ke arah transformasi ekonomi negara maju berpendapatan tinggi,” katanya pada majlis amanat tahun baru 2012 kementerian itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.
Mohamed Khaled berkata, kajian Pelan Hala Tuju Modal Insan Sains dan Teknologi Tahun 2020 memerlukan 60 peratus aliran sains dan 40 peratus aliran sastera, namun ia belum dicapai lagi.

"Lebih membimbangkan sejak 2007, peratus pelajar mengambil jurusan sains terus menurun sehingga 29 peratus. Keadaan ini berterusan ke tahap universiti,” katanya.
Beliau berkata, pelajar yang memasuki Institusi Pengajian Tinggi (IPT) melihat usaha untuk belajar dalam bidang sains tidak menguntungkan selain pembelajarannya sukar dan membosankan.

"Pelajar seharusnya membayangkan kerjaya yang menarik dan menguntungkan selepas tamat pengajian dan bergelar ahli sains,” katanya.Mohamed Khaled meminta pengurusan tertinggi IPT melihat perkara tersebut secara serius dan merancang strategi untuk mengubah persepsi negatif pelajar.

"Pelajar cemerlang perlu diterapkan rasa keghairahan untuk mempelajari sains dan dapat merasakan kursus sains adalah suatu yang menyeronokkan serta penuh cabaran minda dan penerokaan baru. Lebih penting ialah kerjaya sains menjanjikan pengiktirafan dan pulangan yang lumayan,” katanya.

Bagi merealisasikan hasrat itu, Mohamed Khaled berkata, mulai tahun ini, Kementerian Pengajian Tinggi menawarkan biasiswa baru melalui program MyBrainSc yang bertujuan menyediakan tenaga akademik berkualiti dalam bidang sains tulen di IPTA.

SUMBER : UTUSAN MALAYSIA



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

CRAIG BELLAMY HANTAR LIVERPOOL KE FINAL CARLING CUP



Liverpool melayakkan diri   ke Wembley setelah mengguli  secara agregat 3-2 ke atas  Manchester City dalam perlawanan separuh akhir Piala Liga dan bakal berdepan dengan Cardiff City dalam aksi final Pia nanti. 

Wira  Liverpool dalam pertemuan separuh akhir  kedua ini adalah Craig Bellamy. Pemain kelahiran Cardiff berusia 32 tahun  itu menjadi penentu kemenangan setelah menjaringkan  gol pada  minit ke-74.

Alhamdulillah penantian Liverpool untuk mendapatkan trofi setelah enam tahun kemarau sebarang kemenangan sama ada di peringkat Liga Juara-juara, EPL, Piala FA mahupun Piala Liga kini terbuka luas. Tahniah dan semoga berjaya mengalahkan Cardiff dalam perlawanan akhir nanti.

KEPUTUSAN 

LIVERPOOL (2) vs MANCHESTER CITY (2)
Liverpool layak dengan agregat 3-2

PENJARING GOL

LIVERPOOL = STEVEN GERRAD (40'), CRAIG BELLAMY (74')
MANCHESTER CITY = NIGEL DE JONG (31'), EDIN DZEKO (68')




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Wednesday, January 25, 2012

KITALAH GURU, BAPA DAN SAHABAT

Beberapa minggu yang sudah Imanshah pernah menulis entri ini. IMANSHAH COVER MASKULIN?. Alah entri pasal perasan masuk majalah tu. Semalam Imanshah berjaya mendapatkan majalah tersebut di pasaran setelah menerima beberapa ucapan tahniah daripada bekas pelajar di FB.


Terima kasih atas ucapan tahniah serta ingatan semua. Tidak terniat pun nak menunjuk-nunjuk apa yang selama ini "ditanam" dalam bendang bernama pendidikan ini. Tak terlintas sekalipun untuk ditemuramah persis artis tersohor yang saban hari menghiasi dada akhbar arus perdana, jua persisi tokoh politik yang bijak meraih populariti saban hari melalui petah bicara mereka.


Sekadar perkongsian pengalaman yang sangat cetek lagi tohor dalam bidang yang saya cintai ini kepada semua. Kerana pastinya pengalaman itulah merupakan guru terbaik untuk mendepani hari-hari muka. Dan moga sedikit perkongsian saya di dalamnya untuk tatapan para pendidik di luar sana betapa sebagai guru kita adalah pewaris para anbiya', berilah yang terbaik buat anak bangsa kita yang saban hari begitu hebat diduga dengan pelbagai tarikan dan godaan dunia.


Alah, Cikgu Imanshah tu bukan masuk TV ke, masuk UTUSAN ke kan. Masuk majalah akademik je, FOKUS SPM. Alhamdulillah, terima seadanya. Sekali lagi, entri ini hanyalah entri untuk kenangan saya di masa tua mungkin. Juga sebagai inspirasi dan motivasi untuk saya melangkah dengan lebih yakin dan gagah di bidang yang saya sayangi ini. Semoga Allah memberkati.

p/s : Terima kasih kepada majalah FOKUS SPM, terbitan kumpulan Karangkraf.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Monday, January 23, 2012

NAK TUNJUK NI

Kali ini, entri berbaur menunjuk-nunjuk ok. Jangan marah dan jelik ye, Imanshah nak tunjukkan gambar suit kot Imanshah yang baru dibeli. Sepasang kot tadi di Jusco Kinta City. Lama dah rasanya Imanshah tak beli kot baru untuk kerja. Akhir sekali tahun 2007 rasanya, itupun Imanshah tempah di kedai. Kali ini ada jualan murah di Jusco, maka Imanshah sambar lah satu. Sepasang tu dalam RM 300. Agak murah juga. Warnanya juga boleh tahan, tidaklah asyik hitam sahaja. Kali ini kelabu kehitaman. 

Jenama?? Idak, Imanshah buakan penggemar PADINI ke, John Master ke. Semua tu untuk yang bergaji 5 angka. SUAVE sahaja, dan Imanshah sangat selesa dengan SUAVE dari zaman belajar lagi terutamnya seluarnya. Kalau kemeja tu, kadang-kadang bertukar juga jenama. Tetapi untuk seluar sememangnya SUAVE merupakan pilihan zaman berzaman. Rasanya harga boleh milik lah SUAVE ni. Kepada rakan-rakan yang hendakkan keselesaan dan harga berpatutan, dan gaya yang terkini, beralihlah ke SUAVE. Wah promo lagi.

Kami di Sekolah Bintang, sememangnyaa perlu mengunakan kot setiap hari isnin dalam perhimpunan rasmi. Begitu juga dengan beberapa program sekolah sememangnya guru-guru diarahkan untuk memakai kot. Jadi menang membeli, menang juga memakainya. Nak tengok?? Nak tunjuk ni, nak tunjuk ni. 


erm ok tak?? haha


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Sunday, January 22, 2012

THE VIRILION LAST CALL

You tube di bawah merupakan rakaman saat-saat terakhir pelajar-pelajar Tingkatan Lima 2011 Sekolah Bintang sewaktu Majlis Graduasi 2011. Mungkin kalangan pembaca yang tidak mengenali wajah-wajah polos ini, namun Imanshah nak abadikannya dalam HOK SENGOTI untuk kenangan Imanshah. 





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

BIBIR SEKSI


Sejak akhir-akhir ni Imanshah mengalami masalah pecah-pecah bibir. Bibir menjadi kering, lesu dan tak bermaya. Wah, macam artis pula kan. Tapi bibir masih merah ye kerana menyahut seruan "tak nak merokok'.

Mungkin faktor cuaca dan kurang meminum air suam menjadikan bibir semakin kering. Lantas seorang rakan mengesyorkan Imanshah untuk menggunakan PLANTA.

PLANTA?? Yelah majerin planta yang mak-mak kita buat kek tu. Sebelum ini Imanshah dok perabis duit beli 'lip balm'. Kadang-kadang terbeli yang warna pink, dengan bibir-bibir jadi pink you. Tapi tak menyelesaikan masalah juga. Bibir kembali kering jika tidak menggunakannya.

Alhamdulillah dengan PLANTA, hasilnya cukup memberangsangkan. Baru dua minggu Imanshah menggunakannya. Bibir lebih lembap, tidak lagi pecah dan yang penting seksi you. Imanshah gunakannya sebanyak tiga kali sehari iaitu pada waktu pagi, petang dan sebelum tidur. Jangan risau walau pun sebelum tidur, semut tak gigit walau itu adalah PLANTA. 

Jadi, kepada yang memiliki masalah bibir kering dan pecah, jangan malu-malu untuk mencuba. Senang, murah dan cepat !


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Saturday, January 21, 2012

RESTORAN HAJI SHARIN LOW GRAND, IPOH


APABILA bercakap mengenai hidangan masakan Cina, pasti ramai akan mengakui tentang keenakan masakan tersebut.

Hidangan yang dimasak dengan menggunakan bahan-bahan segar dan kaedah yang ringkas itu menyebabkan masakan Cina menjadi antara pilihan yang digemari ramai.
Bagi masyarakat Cina di negara ini mahu pun di Singapura, Ipoh terkenal sebagai 'syurga' masakan Cina.

Justeru, tidak hairanlah, ramai pengunjung dari seluruh negara dan negara Kota Singa itu sanggup datang ke bandar raya ini semata-mata untuk merasai kepelbagaian masakan Cina yang terdapat di situi.

Namun, status halal menjadi penghalang bagi masyarakat beragama Islam untuk menikmati hidangan tersebut kerana tidak banyak restoran Cina Muslim di negara ini, apatah lagi di negeri Perak Darul Ridzuan.

Kini, masalah tersebut bukan lagi halangan bagi penggemar masakan Cina kerana pemilik rangkaian restoran masakan Cina Muslim, Sharin Low Abdullah telah membuka cawangan terbarunya di Persiaran Greenhill, Ipoh, Perak.

Cawangan ketujuh Restoran Hj. Sharin Low Grand yang mula beroperasi sejak September tahun lalu itu menyajikan lebih 100 hidangan masakan asli Cina yang dimasak oleh chef berpengalaman bagi menjaga keaslian hidangan di restoran tersebut.

Pengurus cawangannya, Wong Meng berkata, masakan yang terdapat di sini adalah 100 peratus masakan Cina Muslim.

"Istimewanya masakan di sini kerana ia menggunakan perencah yang dihasilkan sendiri seperti kicap khas, perasa dan sebagainya.

"Begitu juga dengan tauhu dan air soya, ia turut dihasilkan oleh pengusaha Cina Muslim," katanya kepada S2 baru-baru ini.

Wong Meng memberitahu, antara hidangan yang menjadi kesukaan pengunjung adalah telur masin kwai tau meow, sotong masak asam, ayam kong po, hoi sin to fu kang, udang mentega, kerapu cheong ching dan ketam lak chi.

Malah katanya, hidangan itik panggang merupakan antara pilihan yang digemari ramai pelanggan restoran tersebut.

"Bagi penggemar itik panggang, mereka boleh dapatkan di sini tanpa was-was. Bukan mudah mendapatkan itik panggang halal kerana ia biasanya diusahakan oleh peniaga berbangsa Cina," katanya.

Restoran Hj. Sharin Low Grand yang sesuai untuk seisi keluarga ini beroperasi bermula pada pukul 11 pagi hingga 11 malam, setiap hari.

Bagi membuat tempahan, orang ramai boleh menghubungi talian 05-5242472. UTUSAN

Imanshah pernah makan di restoran ini terutamanya masakan KONG PO nya. Sekali cuba pasti nak lagi. Kalau berminat  untuk menikmati masakan cina muslim dan kebetulan berada di ipoh, Imanshah syorkan untuk singgah di sini.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PESANAN TERAKHIR IZWAN PILUS


Penyanyi Khairil Azam Pilus atau Aril memberitahu tidak dapat melupakan pesanan abangnya, Allahyarham Khairil Izwan Pilus, 33, supaya menjaga ibu dan ayah mereka.
Selain amanat itu, Izwan pernah memarahi Aril yang masih tidak tahu melipat baju kira-kira tiga minggu lalu itu.
"Semua ini berlaku dengan begitu pantas. Saya tak sangka abang (Izwan) pergi secepat ini. Masih terngiang-ngiang di telinga saya apabila dia memberi kata-kata akhir yang dia sayangkan saya dan meminta saya untuk menjaga mak dan ayah.
"Malah tiga minggu sebelum meninggal, dia ada memarahi saya kerana tidak tahu melipat baju. Katanya; ‘Kau ni bila nak pandai lipat baju’? Nak tunggu aku mati ke baru nak belajar?'," katanya sebak.
Izwan meninggal dunia di Hospital Ampang, dekat sini kira-kira pukul 6.15 petang Jumaat, akibat terkena jangkitan kuman dalam darah dan virus kencing tikus yang serius.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget