WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, May 29, 2012

AIR MATA TUMPAH DI BUMI SENDIRI

Dengan ini Dewan memutuskan USUL Subsidi Perlu diteruskan DITOLAK. Seluruh penyokong STAR diam membisu, manakala penyokong Sekolah Seri Puteri bertepuk gembira menyaksikan serikandi-serikandi perwakilan Cyberjaya menjadi pemenang dalam pertarungan suku akhir bahas Bahasa Melayu HKSBP kali ke-39.

Apa nak dikata lagi. Perjuangan kami kali ini terhenti di peringkat suku akhir sahaja. Pedih memang pedih, perit usah dikata. Apatah lagi dengan reputasi sebagai juara bertahan menyaksikan kami tersungkur di bumi sendiri. Maka benarlah kata-kata "mempertahankan kejayaan lebih sukar dari mencapai kejayaan".

Kenangan 2011 sewaktu memenangi PPM

Buat semua penyokong, terima kasih kerana memberikan sokongan yang hebat kepada anak-anak muda ini. Kepada pembahas yang cikgu sayangi, Os, Black, Ahmad dan Amirul, anda tetap hebat walaupun kita gagal kali ini. Kepada semua yang menyokong dan membantu ; Bebet, Faizs, Acap, para 'juniors' terima kasih atas sokongan dan dokongan kalian. 

Nampaknya air mata kita tumpah di bumi sendiri..





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Saturday, May 26, 2012

SELAMAT DATANG BUAT SEMUA WARGA HKSBP KE-39



Mulai hari ini sebanyak 64 buah sekolah berasrama penuh seluruh Malaysia akan berkampung di bumi STAR Ipoh bagi menyahut seruan Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh kali ke-39. Alhamdulillah edisi ke 39 ini STAR telah diberikan kepercayaan untuk mengelolakan "mini olimpik" SBP ini. Perhimpunan tahunan seluruh warga SBP ini akan menjadi wadah kesatuan dan ukhuwwah dalam kalangan warga SBP.

Dengan tema, " Reaching The STARS" diharapkan HKSBP ini akan menjadi HKSBP yang akan dikenang oleh seluruh khalayak yang berada di SBP. Semoga memori manis akan tercipta di bumi Ipoh.



Yang capik datang bertongkat,
Yang buta meraba-raba,
Yang tuli leka bertanya,
Yang kecil terambin lintang,
Yang jarak tolak-tolakan,
Yang pendek tinjau-meninjau,
yang kurap mengekor angin.

Masing-masing dengan gunanya :
Yang pekak pembakar meriam,
Yang buta penghembus lesung,
Yang lumpuh penghalau ayam,
Yang pekung penjemuran,
Yang kurap pemikul tabuh.






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Wednesday, May 23, 2012

DEBAT KHAIRY VS RAFIZI








TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Tuesday, May 22, 2012

PERSIAPAN KENDURI BESAR

Bermula minggu ini, Sekolah Bintang agak riuh gempita dengan persiapan menyambut dua kenduri besar kami. STAR telah dimanahkan untuk menjadi pengelola utama bagi dua kejohanan besar peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Pertamanya, Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh (HKSBP) kali ke-39 yang akan berlangsung pada 25-29 Mei 2012. Manakala pada 2-7 Mei akan berlangsung pula Asian School Debating Championship 2012 yang akan menghimpunkan pasukan-pasukan bahas dari seluruh Asia. Imanshah sempat merakamkan beberapa aksi warga sekolah dalam melaksanakan persiapaan menjelang HKSBP dan ASDC.


Ustazah Wan sedang menggunting pelekat penginapan


Penjaga masa, speaker dewan dan bentara sedang berkursus


Khemah-khemah mula didirikan


Bahagian hadiah dan cenderamata juga bertungkus lumus memberikan yang terbaik


Bilik-bilik bahas disusun dan menunggu masa meja untuk diletakkan 'skirting"


Guru-guru bahagian staistik juga sibuk menyiapkan borang pemarkahan dan keputusan











TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

KISAH KETABAHAN IBU LAHIRKAN ANAK TANPA MATA

Dia dilahirkan dengan keadaan lelangit rekah (Tessier cleft lip and palate) dan tidak boleh menutup mulutnya.  Christian yang kini berusia setahun, dilahirkan tanpa kedua-dua mata disebabkan keadaan lelangit rekah, yang jarang ditemui.

Tetapi, itu tidak mengurangkan kasih sayang Lacey Buchanan terhadap anaknya dan dia dengan bangga menayang anaknya kepada dunia.

Dalam satu video inspirasi yang dimuat naik ke YouTube, Lacey mendedahkan kepayahan yang dilalui oleh mereka setiap hari, termasuk keadaan di mana Christian terpaksa berhadapan dengan pembuli. Video sepanjang tujuh minit, dibuat untuk menunjukkan betapa Lacey menyayangi anaknya itu, kini menjadi antara video yang paling banyak ditonton, iaitu mencecah lebih satu juta penonton.


Dengan menggunakan kertas bertulis tangan, dia bercerita bagaimana dia bertemu dengan bapa anaknya itu ketika berusia 15 tahun dan mereka jatuh cinta.
Dia mengahwini suaminya Chris, ketika dia berusia 21 tahun dan mengandungkan Christian ketika usianya 23 tahun.
“Kami sangat gembira!!” tulisnya. Ketika usia kandungannya mencecah 18 minggu, mereka membuat ultrasound dan pasangan itu mendapat tahu mereka akan mendapat anak lelaki, dan ini menambahkan lagi kegembiraan mereka.
Tetapi selepas seminggu mendapat berita baik, pasangan itu menerima panggilan dari doktor mereka memberitahu ada yang tidak kena dengan janin itu.
Terdapat masalah pada bayi mereka dan ini menyebabkan pasangan itu sedih.
Ketika kandungan Lacey semakin membesar, doktor semakin tidak pasti apa yang tidak kena dengan bayinya dan berkata dia mempunyai peluang 85 peratus untuk gugur.
Pasangan yang kuat agama, menolak untuk menggugurkan kandungan dan percaya dia mempunyai matlamat untuk hidup di dunia dan mereka akan menyayanginya tidak kira apa pun.
Lacey dan Chris ke Pusat Perubatan Vanderbilt di mana Christian dilahirkan pada 18 Februari, 2011. Mereka menyangka mereka mungkin tidak akan dapat membawa Christian pulang.
Pasangan itu gembira apabila Christian selamat dilahirkan tetapi kegembiraan mereka sekejap saja.
Keadaan Christian lebih buruk daripada apa yang doktor jangkakan.

SUMBER : MYNEWSHUB
Dia dilahirkan dengan keadaan lelangit rekah (Tessier cleft lip and palate) dan tidak boleh menutup mulutnya. 


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Monday, May 21, 2012

SEMAK URUSAN KENAIKAN PANGKAT


  PERHATIAN:
1.Semakan keputusan urusan kenaikan pangkat secara online tidak melibatkan urusan pemangkuan.
2.Urusan kenaikan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan dilaksanakan secara berperingkat mengikut tempoh perkhidmatan yang melayakkan dan perakuan oleh Ketua Jabatan.
3.Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM tidak bertanggungjawab bagi kes penyalahgunaan No. Kad Pengenalan oleh calon lain melalui sistem ini.
Sebarang masalah semakan secara online bolehlah dialamatkan kepada kami:


PENGUMUMAN TAMBAHAN:

Bagi calon-calon yang tiada dalam rekod, sila hubungi Ketua Jabatan / Bahagian masing-masing atau Urus Setia di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) untuk tujuan semakan status.


Untuk membuat semakan, tuan-tuan dan puan-puan bolehlah klik di http://www.moe.gov.my/naikpangkat/





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Sunday, May 20, 2012

KELANTAN JUARA PIALA FA


Setelah dua kali kecewa, penyokong The Red Warriors pulang dengan kegembiraan dari Stadium Nasional Bukit Jalil apabila Kelantan seperti diramal muncul juara Piala FA 2012 menewaskan Sime Darby 1-0, semalam.

Kelantan mengesahkan trofi yang tidak pernah mereka miliki hasil sepakan penalti penyerang import dari Lebanon, Mohammed Ghaddar pada minit ke-58.


Di hadapan 85,000 penonton, Ghaddar tenang merembat bola menerjah gawang Sime Darby bagi memastikan penantian 23 tahun Kelantan untuk mengucup kejuaraan Piala FA buat kali pertama berakhir.

Trofi tersebut melengkapkan rekod kejuaraan Kelantan yang telah pun memenangi Piala Malaysia pada 2009 dan Liga Super musim lalu.

Tambah manis, Kelantan muncul pasukan pertama menjulang trofi baru Piala FA yang diperkenalkan tahun ini, yang lebih ringan iaitu 4.5 kilogram berbanding 13 kilogram sebelum ini.

Kemenangan itu juga melengkapkan janji ketua pasukan Kelantan, Mohd. Badri Radzi untuk menghadiahkan trofi tersebut kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang digantung, Tan Sri Annuar Musa terlaksana.

Trofi berkenaan juga boleh disifatkan sebagai amaran oleh jurulatih baru Kelantan, Bojan Hodak yang masih memburu kejuaraan Liga Super.

Bagi Sime Darby, walaupun tewas, tiada apa yang mahu dimalukan memandangkan skuad berstatus kelab itu mampu bertahan dengan baik sepanjang perlawanan. Hanya sepakan penalti Ghaddar menjadi pemisah kedua-dua pasukan.

Ketua pasukan Sime Darby, Es Lizuan Zahid Amir dinobat selaku Pemain Terbaik perlawanan akhir. Mengulas kemenangan semalam, Bojan mengakui pasukannya tidak beraksi pada tahap sebenar.

Namun, katanya ia tidak penting kerana pasukannya berjaya memenangi perlawanan walaupun hanya menerusi sepakan penalti.

"Bagaimana corak permainan ia tidak penting. Apa yang penting adalah kami menjulang kejuaraan.

"Rahsia kami dapat mengasak serangan lawan ialah kejayaan kami mengikat penyerang utama Sime Darby, Ronaldinho.

"Kemenangan kami juga membuktikan walaupun Sime Darby beraksi baik dalam Liga Perdana, tidak semestinya mereka mampu berbuat demikian pada final malam ini," katanya.

Jurulatih Sime Darby, Ismail Zakaria tetap memuji pemain walaupun gagal mencipta kejutan sebagai pasukan kelab pertama yang memenangi Piala FA.

"Ya... Kami terima kekalahan ini. Namun saya tetap berbangga dengan apa yang pemain lakukan. Kami berbangga kerana berjaya mara ke perlawanan akhir.

"Kami juga tidak memberi laluan mudah kepada Kelantan untuk muncul juara apabila mengikat mereka tanpa jaringan pada babak pertama," katanya.

SUMBER : UTUSAN






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Saturday, May 19, 2012

AWESOME STARIANS, FABULOUS TEACHERS

Sambutan hari guru 2012 telah berlangsung dengan jayanya semalam di Sekolah Bintang. Bertemakan "glamour" para guru yang "sporting" cuba memenuhi tema berpakaian yang telah ditetapkan. Dan seperti biasa anugerah "Best Male Dress Award" dan "Best Female Dress Award" menjadi tumpuan. Dan tahun  ini Imanshah turun untuk mempertahankan kejuaraan yang disandang selama dua tahun. Hehe. Nak tahu keputusan nya? Nanti ya. Kita layan dulu beberapa keping gambar sambutan hari guru tahun ni.


Hiasan pentas tahun ini. Di tangga tertulis perkataan "AWESOME STARIANS, FABULOUS TEACHERS"


Guru-guru wanita bergambar kenangan. 


Ikrar oleh warga pendidik untuk mencurah bakti dengan penuh dedikasi dan amanah.


Perlawanan futsal pelajar menentang guru. Para pelajar dikehendaki memakai kain pelikat. Tapi walaupun berpelikat, namun liat juga untuk ditewaskan.


Ini pula gambar ayam. Pertandingan mengejar ayam, tapi ayam macam dah pasrah je.


Guru-guru wanita pula bergandingan dalam acara bola jaring. Ni perlawanan melibatkan pasukan "puan" mennetang pasukan "cik".


Ni pula pertandingan 'make over" .Adoi udah ghope bapok pula budak jantan ni.


Dan pemenangnya Cikgu Imanshah. Haha. Tahun ke tiga memenangi Best Male Dress. Sesekali melaram boleh kan. Jangan pula meluat ya, artis katakan. Haha jumpa lagi Hari Guru 2013.

** Dengar cerita dah tak boleh bertanding dah, sebab tiga tahun berturut-turut menang ! Hahaha.










TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Thursday, May 17, 2012

THE CLASS CLOWN


Teachers are in a way, our second parents. They teach, they lead, and they inspire. Here is a short film  collaboration with INTI International University And Colleges to say THANK YOU, to all teachers out there, wishing you a Happy Teacher's Day. (JINYBOYTV)


PETIKAN DARI YOUTUBE









TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Wednesday, May 16, 2012

SELAMAT HARI GURU, CIKGU



Selamat menyambut hari guru buat semua guru-guruku di SK KELABORAN dan SMK TUMPAT, dan di UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Jua buat rakan-rakan guru di SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN IPOH serta rakan-rakan yang telah berpindah. Buat semua guru di Malaysia. Andala Obor Hemah !

OBOR HEMAH

Guru adalah awan indah terbang rendah, 

melimpahkan hujan pada musim gersang, 
menyegarkan benih ilmu, berbuah hikmah; 
ia renjis embun pada tanah bakat, 
suara ihsan ketika manusia kalah, 
sepi yang syahdu dalam dunia resah.

Guru - atap ganti ketika pondok bocor, 
ketika sejarah dalam bilik darjah, 
senyum penyembuh bagi wabak sengsara, 
ia - sungai rangsang sentiasa tenang, 
menghantar bahtera ke segara dharma, 
memesan angin menghikmahkannya.

Guru adalah penelaah yang tekun, 
mewariskan dunia sebagai kutubkhanah, 
menyediakan kutubkhanah sebagai dunia, 
ia mengemudi biduk, melepaskannya, 
atas lambungan laut, merangsangkan 
manusia menyelami rahsia khazanahnya.

Guru - minda segar dan kukuh akar, 
menghidupkan batin yang bersih 
di daerah dunia cemar kasih, 
dan pada ketika tak tersangkakan, 
walau diambilnya kemball semua buku, 
sempat ditinggalkan asas ilmu.

Guru adalah batin suci hatinurani, 
penjunjung budi, manusia yang takwa, 
obor hemah kehidupan bangsa.

A. SAMAD SAID
2 APRIL 1988





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Tuesday, May 15, 2012

PERUTUSAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA SEMPENA HARI GURU 2012


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.
Tuan-tuan, puan-puan warga pendidik dan  murid-murid yang dikasihi 
sekalian,

1. Semenjak tahun 1972, peranan dan fungsi guru telah diiktiraf begitu 
signifikan  dan diabadikan menerusi ungkapan  tema Hari Guru yang 
diraikan  pada  16 Mei setiap tahun.  Guru  dipandang tinggi sebagai 
pemangkin pembangunan negara,  pembentuk generasi dan menjadi asas 
kemajuan pendidikan negara  di samping memacu kejayaan rakyat.  Guru 
yang  melengkapi diri dengan kualiti dan  Standard  Guru Malaysia diakui 
mampu menjamin  keberhasilan negara, antaranya guru  yang inovatif dan 
kreatif  teras  kejayaan wawasan,  guru berkesan pendidikan cemerlang, 
guru berkualiti pemangkin kegemilangan dan guru cemerlang negara 
terbilang.

2. Pada tahun  ini, tema “Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi 
Pendidikan Negara” telah dipilih sebagai galakan kepada guru 
menyuburkan inovasi. Tema ini selaras dengan pengisytiharan oleh Yang 
Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia bahawa tahun 2012 3
merupakan Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional. Sehubungan itu, 
amat wajarlah bagi para pendidik mempersiap diri membudayakan inovasi 
dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan aktiviti koakademik serta 
kokurikulum di dalam dan di luar bilik darjah.

3. Sebagai  golongan profesional yang menjana dan menjuarai
perubahan, kita perlu peka dan bersedia  memperlengkapi diri menjadi 
guru yang inovatif. Guru yang inovatif berupaya menjana idea, konsep atau 
strategi baru yang boleh mempertingkat amalan berkesan  dalam 
menyampaikan  ilmu kepada generasi  anak didik. Guru yang inovatif juga 
berkemampuan mencipta kelainan  atau modifikasi  menggunakan unsur 
dan sumber sedia ada  serta menjelmakannya sebagai elemen  sintesis
yang memudah dan melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, seorang guru yang inovatif  juga  mempunyai  tahap  ketekunan 
yana tinggi,  belajar daripada kesilapan, menyusun dan mengurus idea 
secara perekodan sistematik serta sentiasa cenderung mendapatkan 
pengetahuan baharu. Natijah yang akan dihasilkan ialah modal insan yang 
berpengetahuan dan bermaklumat serta berinovatif dalam mempermajukan
teknologi, berkebolehan mencerna dan mengadaptasikan teknologi dan 
seterusnya berupaya mengembangkan idea-idea.

Warga pendidik yang diraikan sekalian,
4. Kesinambungan sistem pendidikan negara  dimanifestasi melalui 
transformasi  yang berbentuk dinamik dan progresif  yang  akan 
direalisasikan oleh  para guru yang inovatif, proaktif, berdedikasi,  dan 
berdaya saing. Sehubungan itu,  Kementerian Pelajaran Malaysia telah 
melaksanakan  program  bina upaya  untuk  meningkatkan  amalan 
profesionalisme keguruan bagi menyokong usaha melaksana transformasi 
pendidikan secara keseluruhan.  Objektif  Pelan Pembangunan 
Profesionalisme Pegawai Perkhidmatan Pendidikan  secara khususnya 
bermatlamat melahirkan para pendidik  yang berwatak profesional, 
berkompeten dan berkesanggupan memikul amanah yang lebih besar. 
Warga pendidik sekelian,

5. Pelbagai ganjaran  disediakan  dan inisiatif  direncana  oleh pihak 
kerajaan  bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan guru terjamin.
Keprihatinan kerajaan ini disalurkan  menerusi pelbagai usaha, misalnya
melalui  pemberian dan penganugerahan kepada warga guru seperti dalam 
aspek perjawatan dan perkhidmatan. Anugerah dan beberapa 5
penambahbaikan dalam skim perkhidmatan guru menggambarkan 
keprihatinan kerajaan kita. Sesungguhnya perkara ini diharapkan menjadi 
sebagai satu inspirasi dan dorongan kepada guru untuk terus memberikan 
perkhidmatan yang effisyen dan  cemerlang dalam dunia pendidikan yang 
berkembang pesat di samping melengkapkan diri bagi menghadapi 
cabaran global.

6. Pihak kerajaan dan kementerian juga amat prihatin dengan beban 
tugas guru yang semakin bertambah dan rencam. Sehubungan itu, 
bermula pada tahun 2012, Jawatankuasa Kerja Pelaksana Menangani Isu 
Beban Tugas Guru (JKPMIBTG) telah memberikan tumpuan kepada lima 
fokus utama bagi  menangani isu beban tugas guru iaitu menambah baik 
pelan operasi latihan tahunan untuk mengelakkan pertindihan kursus; 
menambahkan staf sokongan untuk tugas perkeranian; mengurangkan 
bilangan jawatankuasa di peringkat sekolah; mengurangkan bilangan 
ujian/peperiksaan dan meningkatkan  penggunaan ICT dalam pengurusan 
sekolah dan pengajaran dan pembelajaran.

7. Justeru, saya ingin mengambil kesempatan ini mewakili semua 
warga pendidik di negara ini untuk menyatakan setinggi penghargaan dan 
ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak kerajaan yang 
tidak pernah meminggirkan kebajikan para guru. Keprihatinan berterusan 
oleh kerajaan ini merupakan suntikan semangat  agar warga pendidik 
terus gigih, inovatif, berdedikasi dan berintegriti dalam menggalas 
tanggungjawab  melahirkan  generasi masa depan yang berjati diri, 
berdaya saing, bertanggungjawab,  berpegang teguh kepada ajaran 
agama serta mengamalkan nilai sejagat.

Anak-anak murid yang disayangi sekelian,
8. Saya  yakin  bahawa tanggungjawab berat yang digalas oleh para 
guru di samping tekanan yang dihadapi sedikitpun tidak melunturkan rasa 
kasih dan sayang kepada anak-anak didik semua. Semua guru yang ada 
di hadapan murid-murid semua adalah guru penyayang.  Kehadiran murid 
ke sekolah tentulah dengan harapan dan semangat untuk menimba ilmu 
dan  mempertingkat kualiti diri.  Setiap murid di mata dan hati seorang 
guru adalah permata yang mempunyai keistimewaan dan kebolehan 
tersendiri. Jika digilap dan dikembangkan potensinya nescaya  akhirnya 
mereka dapat menjadi  individu  dan warganegara  yang berdaya saing, 
berfikiran  kreatif dan kritis, berbudi pekerti mulia dan  sedar akan 
kepentingan  amalan  berterima kasih. Sekiranya ada antara murid-murid 
yang ditegur oleh guru, janganlah mudah berkecil hati atau merasa diri 
kurang disayangi. Anggaplah para guru sebagai ibu dan bapa di sekolah 
yang sentiasa mengambil berat dan menginginkan yang terbaik untuk 
murid-murid semua. 

9. Akhir kalam, besarlah harapan saya agar warga pendidik yang 
dikasihi sekalian terus melaksanakan amanah yang diberi  penuh 
dedikasi,  bertunjangkan integriti dan  berlandaskan etika perkhidmatan. 
Selaku  pencetus, penggerak dan pemegang amanah kepada proses 
transformasi sistem pendidikan negara, warga pendidik  mempunyai 
kedudukan tersendiri,  disegani dan dipandang tinggi oleh masyarakat. 
Marilah kita teruskan amalan budaya kerja cemerlang, sikap 
kebertanggungjawaban, istiqamah dan semangat mujahadah setiap 
daripada kita untuk  melakukan yang terbaik demi nusa dan bangsa.
Sebagai penutup,  ingin saya titipkan mutiara kata  Syeikh Muhammad 
Abduh, seorang tokoh pendidikan di Mesir, “Kemuliaan ialah membangun 
umat yang telah binasa, membuka selubung kebodohan mereka, 
memberi peringatan dan petunjuk (hidayah), menuntut hak yang 
terampas, mengingatkan akan kemuliaan yang hilang, membangun umat 8
dari tidur dan kelalaian mereka, serta menyatukan suara untuk 
memperbaharui gerak langkah”.

WARGA PENDIDIK YANG DIKASIHI SEKALIAN
TERIMA KASIH CIKGU … 

“SELAMAT HARI GURU”!

DATO’ SRI ABD GHAFAR BIN MAHMUD
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Perutusan Hari Guru 2012




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

TEMA HARI GURU 2012 - GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA'


Sempena Hari Guru yang akan disambut pada 16 Mei 2012 nanti, Imanshah sertakan tema-tema hari guru dari tahun 1972-2012

2012 GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

2011  Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara 

2010    Guru Pembina Negara Bangsa

2009   Guru Pembina Negara Bangsa

2008   Guru Cemerlang Negara Terbilang


2007  Guru Penjana Modal Insan Gemilang

2006  Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan

2005  Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2004  Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2003  Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2002  Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2001  Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama

2000  Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan

1999  Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang

1998  Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama

1997  Guru Bestari Sekolah Bestari

1996  Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia

1995  Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan

1994  Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1993  Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1992  Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan

1991  Ke Arah Pendidikan Cemerlang

1990  Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera

1989  Guru Pembina Budaya Ilmu

1988  Guru Pengasas Budaya Membaca

1987  Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan

1986  Pendidikan Teras Nasionalisme

1985  Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan

1984  Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan

1983  Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan

1982  Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu

1981  Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat

1980  Pendidikan Teras Perpaduan Negara

1979  Murid Sejahtera Negara Jaya

1978  Guru Pembentuk Generasi Akan Datang

1977  Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan

1976  Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan

1975  Guru dan Pembangunan Negara

1974  Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi

1973  Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan

1972  Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget