WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, July 31, 2012

KUNJUNGAN IFTAR

Hujung minggu yang lepas seperti biasa, setiap tahun Imanshah dikunjungi oleh bekas-bekas pelajar untuk berbuka puasa bersama. Alhamdulillah, tahun ini batch yang pertama sampai ke Ipoh ialah batch 2008.Terharu menerima kunjungan dari mereka yang pernah mendapat didikan Imanshah empat tahun yang lepas. Kami menjadikan hotel Impiana sebagai tempat untuk mini "reunion". Sememangnya saya memiliki hubungan yang agak rapat dengan bekas-bekas pelajar. Alhamdulillah.

Sementelah mereka sedang bercuti dari pengajian di Engalnd dan di IPT tempatan, peluang ini digunakan sebaik mungkin untuk bertemu guru-guru dan junior di Ipoh. Terima kasih buat Farid, Harinn, Syafiq, Haziq, Badang, Afu, Zaidi , Zarif, Zuhaini dan Syazwan atas kesudian untuk menjenguk guru biasa ini. Semuanya masih tak berubah seperti mana hari terahir mereka melangkah keluar dari STAR selepas usai menduduki peperiksaan SPM.

Cikgu doakan kalian agar beroleh kejayaan yang cemerlang dalam pengajian, di dunia dan juga di akhirat. InsyaAllah ada masa nanti, pertemuan seumpama ini akan dapat diteruskan. 


Sebahagian dari pelajar yang mengunjungi Imanshah.


Yang pakai t-shirt Hard Rock tu nampak muda kan?? 
Kwang2..



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Sunday, July 29, 2012

TIADA LOGO RASMI HARI KEMERDEKAAN


Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim menjelaskan, tiada logo rasmi digunakan bagi sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini, melainkan logo 1Malaysia seperti sambutan pada tahun lalu.

Beliau berkata, sambutan Hari Kemerdekaan kali ini menggunakan tema “55 Tahun Merdeka Janji Ditepati".

"Bahan hiasan yang dipaparkan oleh sesetengah pihak setakat ini hanyalah paparan selingan bukan logo rasmi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Rais berkata, akan ada beberapa bahan promosi lain dipaparkan menjelang Hari Merdeka 31 Ogos dan Hari Malaysia 16 September. - BERNAMA

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Saturday, July 28, 2012

KONTIJEN MALAYSIA MEGAH BERARAK DI SUKAN OLIMPIK LONDON



LONDON – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah turut berangkat ke acara pembukaan rasmi Sukan Olimpik ke-30 di sini, semalam.
Seri Paduka berdua yang duduk bersama ketua negara yang mengambil bahagian dalam temasya sukan terbesar dunia ini, kelihatan melambai tangan ketika 22 anggota kontinjen Malaysia berarak melintasi pentas utama.
Kontinjen negara yang diketuai Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan pembawa Jalur Gemilang, atlit terjun, Pandelela Rinong menyertai perbarisan yang disertai 204 negara di temasya yang akan berlangsung hingga 12 Ogos ini.
Baginda berdua sebelum ini menghadiri majlis berbuka puasa bersama anggota kontinjen Malaysia dan turut meluangkan masa melawat perkampungan atlit yang turut menempatkan atlit negara. – BERNAMA

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Friday, July 27, 2012

LAGU TEMA HARI KEBANGSAAN - JANJI DITEPATI


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Wednesday, July 25, 2012

BONUS RAYA SETENGAH BULAN GAJI



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada semua penjawat awam.
Ini termasuklah bayaran khas juga sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
Bayaran bonus itu akan dibuat pada 9 Ogos. – MStar








TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Tuesday, July 24, 2012

BUFFET RAMADHAN TERBESAR DI IPOH SEMPENA RAMADHAN 2012

Ingin menikmati buffet Ramadhan terbesar dan murah di Ipoh? De' Polo Cafe Lan's Catering menyediakan perkhidmatan buffet Ramadhan terbesar di Ipoh untuk Ramadhan tahun 2012/1433 H ini. De' polo Cafe Lan's Catering ini terletak bersebelahan padang Rekreasi Sultan Abdul Aziz ataupun lebih popular dengan panggilan Padang Polo.


Harga yang ditawarkan ialah untuk DEWASA RM 24.90, manakala Kanak-kanak RM 14.90. Bagi kanak-kanak berusia 5 tahun ke bawah, adalah percuma. Untuk menempah, Lan's Catering boleh dihubungi melalui  talian 05-3120515, 018-5899767, 016-5688229 ataupun 019-5087767. 

DI sini juga disediakan kemudahan surau yang selesa serta beberapa gerai pakain dan perabut. Selamat mengunjungi Buffet Ramadhan Terbesar di Ipoh.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Sunday, July 22, 2012

DOA BUKA PUASA

1. Doanya begini



Allahumma laka sumtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin


Maksudnya, "Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau aku beriman dan dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang." 

Dari Mu’adz bin Zuhrah, bahwasannya telah sampai kepadanya, sesungguhnya Nabi saw apabila berbuka puasa baginda mengucapkan, "Allaahumma Laka Shumtu wa ‘alaa Rizqika Afthartu”.
(Hadis riwayat Abu Daud #2358, Al-Albani mengatakan hadis ini Daif di dalam Daif Abi Daud).



2.  Ibn Umar berkata, Nabi saw. ketika telah berbuka puasa mengucapkan, "Zahabaz zama'u wab tal latil 'u ruu qu wa sa batal ajru InsyaAllah." 



Maksudya, "Telah hilang dahaga dan telah basah urat-urat dan telah tetap pahala, insya Allah." (Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud #2357, Al-Daaraquthni #25, Ibn Hajar dalam al-Talhis al-Habiir (2/202)] Al-Daaraquthni mengatakan bahawa hadis ini hasan)


Kedua-dua doa boleh diamalkan. 



perkongsian dari TAZKIRAH


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Saturday, July 21, 2012

PIALA AKMAR AZIZI 2012

Piala Akmar Azizi, satu nama yang tidak asing lagi yang menjadi sebutan di bibir pelajar-pelajar The Malay College Kuala Kangsar (MCKK) dan Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) khususnya lewat era 70-an dan 80-an. Kedua-dua sekolah "ALL BOYS" ini merupakan dua buah sekolah berasrama penuh yang sentiasa bersaing dalam apa jua lapangan sama ada akademik, sukan dan kokurikulum. Kini, setelah lama menyepikan diri, usaha telah  dibuat oleh Unit Kokurikulum STAR dan MCKK bagi menghidupkan semula "tradisi' persahabatan bola sepak yang pernah diadakan dahulu. Dan pada 18 Julai 2012, padang The Malay College Kuala Kangsar (MCKK) menyaksikan pasukan bola sepak STAR berkunjung ke bandar di Raja, Kuala Kangsar untuk merebut Piala Akmar Azizi .


Aksi para pemain ke dua-dua pasukan, MCKK berjersey merah manakala STAR memakai jersey biru.


Nazrin mengambil sepakan percuma.


Para penyokong tuan rumah memberi sokongan kepada MCKK.


Para penyokong STAR juga tidak kalah. Hadir satu batch ke MCKK.


Para penyokong STAR dan MCKK "bertembung". Nayanyian Rouse Up di padang MCKK.


Kemenangan berpihak kepada MCKK dengan keputusan 4-1.










TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Friday, July 20, 2012

PESTA DURIAN

Hari ini seluruh warga Sekolah Bintang kekenyangan menikmati durian. Wah, durian tengah murah yeop kat Perok. Sesiapa yang nak makan durian, moh le singgah di Perak. PESTA DURIAN nama diberi, satu sekolah bergembira suka hati. Semua pelajar, guru-guru dan pekerja dijamu dengan buah durian pada hari ini. Antara objektif penganjuran PESTA DURIAN ini ialah untuk memberi peluang kepada program mentor mentee bagi rancangan Brotherhood STAR. Alhamdulillah, mentor dan mentee bersama-sama bergotong royong mengopek durian. Imanshah sertakan beberapa keping gambar PESTA DURIAN 2012.


Huhu, berlari kau yeop, takut duria  habis la tu.


Kopek jangan tak kopek. 


Kenyang makan, durian selori dibawa dari Sungai Siput.


Kopek cikgu, jangan tak kopek


Pulut turut disediakan. Eh pandai lak kome makan pulut durian?? 







TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Thursday, July 19, 2012

UMAT ISLAM MALAYSIA MULA BERPUASA HARI SABTU



Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa Sabtu ini, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad menerusi siaran radio dan televisyen sebentar tadi. 


Perisytiharan tarikh tersebut diperkenankan Yang di Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.


"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.."  (Surah Al-Baqarah: Ayat 183)










TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

KEMPEN KIBARKAN JALUR GEMILANG

Sebagai menyahut seruan kerajaan untuk mengadakan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang, Sekolah Bintan tidak terlepas dari bersama-sama jutaan warga Malaysia untuk mengibarkan jalur gemilang semalam. Selama dua jam, para pelajar tingkatn 1, 2 dan 4 serta para guru berbaris di jalan raya di hadapan sekolah untuk sama-sama mengibarkan jalur gemilang. Bersama-sama ini Imanshah kongsikan saat kegembiraan seluruh warga sekolah dalam menghayati erti kemerdekaan negara.















TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Tuesday, July 17, 2012

TELEFON BIMBIT, iPAD DIBENAR BAWA KE SEKOLAH MULAI TAHUN 2013



PUTRAJAYA 16 Julai - Kementerian Pelajaran sedang merangka Draf Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2012 yang akan membenarkan pelajar membawa peralatan komunikasi termasuk telefon bimbit dan iPad ke sekolah mulai tahun depan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, pihaknya bagaimanapun akan menetapkan garis panduan yang mengawal penggunaan alat komunikasi tersebut bagi mengelakkan ia mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di kelas.

Menurutnya, keputusan untuk membenarkan telefon bimbit dibawa ke sekolah adalah selari dengan perkembangan semasa serta mengambil kira faktor keselamatan pelajar.

''Sebelum ini, para ibu bapa pernah beberapa kali meminta Kementerian Pelajaran membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, ini bagi membolehkan mereka mengawasi pergerakan anak mereka," katanya.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Monday, July 16, 2012

KHEMAH RUMAH SUKAN "SPORT DAY"

Alhamdulillah kebanyakan sekolah-sekolah di Malaysia sudah pun menyelesaikan hari sukan sekolah masing-masing pada minggu lepas. Dan kebanyakan hari sukan setiap sekolah meriah dengan pertandingan hiasan khemah. Untuk rekod, carian tentang khemah hari sukan di Hok Sengoti mencecah 5000 hits pada bulan ini sahaja. Justeru Imanshah sertakan beberapa lagi contoh hiasan khemah hari sukan yang Imanshah dapat di sekolah Imanshah, Sekolah Tuanku Abdul Rahman. Sememangnya cantik, dan penuh dengan kreativiti. Semoga bermanfaat dan memberi inspirasi.

















TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Sunday, July 15, 2012

LEGASI KECEMERLANGAN KDBM STAR IPOH

Sekadar coretan kesyukuran untuk kesekian kalinya. Alhamdulillah, pasukan junior memberikan harapan dan isyarat sudah bersedia untuk sama-sama meneruskan legasi kecemerlangan Keluarga  Debat Bahasa Melayu STAR apabila muncul juara Debat koperasi Sri Serdang 2012. Alhamdulillah, STAR tidak pernah tandus melahirkan para pendebat yang mampu berada di pentas finale.

Tahniah buat Syafiq, Adib, Meor dan Muhaimin atas kejayaan semalam. Bergembiralah dalam kesederhanaan kerana banyak lagi liku yang kalian bakal tempuhi di hadapan. Alhamdulillah, legasi kecemerlangan kita teruskan. 




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Tuesday, July 10, 2012

SENAMROBIK 1 MURID 1 SUKAN

Pagi tadi telah berlangsung senamrobik 1 Murid 1 Sukan di peringkat sekolah. Senamrobik ini diadakan serentak di semua sekolah seluruh Malaysia. Imanshah sertakan beberapa keping gambar senamrobik pada pagi tadi.


Para pelajar menyanyikan lagu sekolah sebelum memulakan senamrobik.


Mengaminkan doa yang dibacakan sebelum senamrobik.


PElajar tingkatan empat bertindak sebagai "instuctor".


Bersemangat menyahut cabaran Kementerian Pelajaran Malaysia. Kita senamrobik !


Guru-guru turut memberikan kerjasama. Ayuh kita bakar lemak tu !!






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Monday, July 9, 2012

S.T.A.R IPOH JUARA MUSLEH INTERNATIONAL STUDENT DEBATING CHAMPIONSHIP 2012

Syukur kepada Rabbi, Alhamdulillah. Itu sahajalah ucapan terbaik yang dapat diungkapkan atas kejayaan yang diberikan oleh Allah Subhanahuwataala. Sekali lagi , pasukan bahas Bahasa Melayu membuktikan kemampuan dalam arena bahas sekolah-sekolah Malaysia. Setelah mengukir nama dalam pelbagai pertandingan seperti Piala Perdana Menteri dan Interschool Debating Championship UIAM, kali ini satu lagi Pertandingan Major Debat Sekolah-sekolah telah ditawan.

Semalam, telah berlansung perlawanan akhir "MUSLEH International Student Debating Championship 2012 (MISDC)" di Dewan Besar Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur. Perlawanan akhir ini telah menemukan Sekolah Tuanku Abdul Rahman(STAR) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad, Pulau Pinang. Di peringkat separuh akhir STAR berjaya mengalahkan Sekolah Menengah Agama Islah manakala Al-Irshad mengalahkan The Malay College Kuala Kangsar (MCKK)

Dalam pertandingan akhir ini, STAR bertindak sebagai pembangkang manakala Al-Irshad mewakili pihak kerajaan. Usul yang digagaskan ialah "Dewan Ini Percaya Kita Matang Berpolitik". STAR diwakili oleh Yang Berhormat Ahmad Aiman bin Asmayatim, Yang Berhormat Muhammad Amirul bin Rosli dan Yang Berhormat Dinie Zhafri bin Zainudin. Setelah kedua-dua pasukan mempamerkan perbahasan yang menarik dan menghiburkan akhirnya juri memutuskan untuk MENOLAK USUL perbahasan. Alhamdulillah, penyertaan pertama dalam MUSLEH ini telahpun membuahkan hasil yang baik. Juara menerima wang tunai RM 1, 500, Piala pusingan, piala iringan dan sijil penyertaan. Dan bertambah manis apabila, Dinie Zhafri bin Zainuddin telah diumumkan sebagai pembahas terbaik perlawanan akhir.

Sekalung tahniah buat semua pembahas yang telah berusaha sedari awal kekalahan kami di separuh akhir IDC 2012, kepada junior bahas yang banyak membantu mencari dan mengumpul maklumat serta bekas-bekas pembahas yang telah pun meninggalkan sekolah; Farid Al Azim, Haziq Janudin, Khalis Mokhtar, Adwa, Siraj Aziz, Qushairi, Faizs, Harinn, Bebet, Azri, Hakim Maiden, Ashraf Ibrahim,  namun masih bersemangat turun memberi sokongan yang padu untuk pasukan sekolah. 


Aksi Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahmad aiman sewaktu berhujah.


SMKA Al-Irshad memberikan tentangan sengit.


Menerima Piala pusingan setelah diumumkan sebagai pemenang.


Dinie menerima kejutan berganda apabila diumumkan Pembahas Terbaik Keseluruhan dan Pembahas Terbaik Perlawanan Akhir.


Senyuman kepuasan ! Semoga menjadi inspirasi untuk adik-adik junior untuk meneruskan legasi kecemerlangan Keluarga Debat Bahasa Melayu STAR, Ipoh.






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget