WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, August 28, 2012

JADUAL DAN KEPUTUSAN PIALA MALAYSIA 28 OGOS 2012



JOHOR  VS  LIONS XII 
 (0-0)

PKNS FC  VS  JOHOR FC 
 (1-1)


ATM FA  VS  KELANTAN 
 (1-1)

KEDAH  VS  TERENGGANU 
 (2-1)

NEGERI SEMBILAN  VS  PERAK 
 (0-0)

FELDA UNITED VS SIME DARBY 
 (2-3)

T-TEAM FC VS SELANGOR 
 (0-1)

PAHANG VS SARAWAK 
 (6-0)




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Sunday, August 26, 2012

PRESIDEN KELAB PENDESAK?


Assalamualaikum buat semua, lama rasanya tak menulis dengan sepenuh hati. Selalunya menulis seringkas-ringkasnya, ataupun membuat posting terhadap petikan berita sukan, perkahwinan dan sebagainya. Mungkin ramai yang tertanya-tanya, kemanakah saya menghilang. Tak pa, kemana saya menghilang tak penting, yang penting HOK SENGOTI terus hidup dan berdiri untuk menemui khalayaknya.

Sepanjang bulan Ramadhan yang lalu, Imanshah nak kongsikan dua perkara. Pertama , Alhamdulillah Imanshah sudah menerima surat kenaikan gred ke DG 44 secara Khas Untuk Penyandang (KUP) yang membawa maksud Imanshah telah cukup haul atau "time based" untuk berada di gred tersebut. Alhamdulillah, rezeki Allah mentakdirkan Imanshah dapat dulu sedangkan ramai rakan yang masih tersangkut. Mungkin belum rezeki lagi, InsyaAllah semua akan merasa. Cuma lambat atau cepat sahaja. Cuma dengan gred baru ini membuatkan Imanshah terfikir, gaji makin bertambah, pengalaman juga bertambah, namun tanggungjawab yang bertambah itu mampukah ditunaikan dengan penuh tanggungjawab? Moga Allah SAW memberkati setiap rezeki yang dikurniakan.

Perkara  kedua, Imanshah telahpun dilantik untuk memikul tanggungjawab sebagai Pengerusi Kelab Guru dan Staf sekolah bintang dalam satu mesyuarat agung tahunan. Imanshah tak menyangka terpilih walaupun sebelum ini ada ura-ura pihak pentadbir ingin melantik orang lain. Melihat kepada majoriti guru memilih Imanshah, makanya tiada pilihan lain Imanshah menerimanya sebagai satu tanggungjawab dan amanah. InsyaAllah dalam masa terdekat ini, Imanshah akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan program-program dan perkara berbangkit yang akan dilaksanakan oleh jawatankuasa baru.

Imanshah diingatkan supaya kelab guru bukan sebagai pendesak kepada pihak pentadbir. InsyaAllah, bukan ingin menjadi pendesak tuan, tetapi sebagai pembela kepada golongan guru dan kakitangan atas segala hak dan kepentingan mereka. Imanshah juga berharap kelab guru akan menjadi penghubung dan jambatan kepada pentadbir, guru dan juga staff yang ada. Mana yang perlu disuarakan, dibangkitkan rasanya perlulah pihak pentadbir mendengar pandangan kami kerana sesuangguhnya kepercayaan dan amanah ini bukan untuk dikhianati dengan hanya menjadi "Yess Man" semata-mata.

Apapun, semoga tanggungjawab baru ini akan terus mematangkan Imanshah dalam memimpin guru-guru Sekolah Bintang kelak. Moga amanah yang dipikul juga dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.








TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Saturday, August 25, 2012

JADUAL DAN KEPUTUSAN PIALA MALAYSIA 25 OGOS 2012




KUMPULAN A

 JOHOR VS JOHOR FC (1-2)

LIONS XII VS PKNS (3-1)


KUMPULAN B

ATM VS TERENGGANU (2-1)

KELANTAN VS KEDAH (2-1)


KUMPULAN C

N.SEMBILAN VS SIME DARBY (4-0)

PERAK VS FELDA UNITED (1-3)


KUMPULAN D

T-TEAM VS SARAWAK (0-0)

SELANGOR VS PAHANG (2-2)







TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Friday, August 24, 2012

USTAZ DON BERNIKAH


USTAZ Don Daniyal Don Biyajid begitu disayangi dan disenangi ramai, apatah lagi karakternya mudah mesra serta peramah membuatkan siapa saja senang mendekati pendakwah muda ini.
Umurnya baru menjangkau 28 tahun, tapi anak kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang ini mempunyai banyak pengalaman menjadi penceramah bebas.
Pemilik Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir bagaimanapun sentiasa cuba mengelak untuk berbicara soal peribadi dan lebih suka berahsia kerana baginya soal percintaan dan perkahwinan biarlah diketahui oleh individu yang rapat dengannya saja.
Imanshah ingin mengucapkan tahniah atas pernikahan beliau dengan pelajar perubatan dari salah sebuah universiti di Mesir, Husna Zahry Rafie sebentar tadi.
Selamat Pengantin Baru Ustaz Don, semoga ikatan suci yang dibina kekal hingga ke akhir hayat, Amin. - 

Mynewshub.my

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Wednesday, August 22, 2012

JADUAL DAN KEPUTUSAN PERLAWANAN PIALA MALAYSIA 22 OGOS 2012



PKNS FC  vs  JOHOR (1-1)


JOHOR FC  vs LIONS XII (0-0)

KEDAH vs ATM FA (0-2)

TERENGGANU vs  KELANTAN (2-0)

FELDA UNITED vs NEGERI SEMBILAN (1-1)

SIME DARBY vs  PERAK (1-1)

PAHANG  vs T-TEAM FC (3-2)

SARAWAK vs  SELANGOR (2-1)







TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Tuesday, August 21, 2012

MANCHESTER UNITED TEWAS KEPADA CIK TON, HUAHUA


Pemain antarabangsa Belgium, Marouane Fellaini muncul wira Everton selepas tandukannya memberi tiga mata penuh setelah menewaskan Manchester United 1- 0 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Goodison Park, awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Pemain tengah berusia 24 tahun ini sebelum itu melakukan percubaan menarik menguji ketangkasan penjaga gawang The Reds Devils, David de Gea, namun bola hanya sekadar singgah ke palang gol pelawat pada separuh masa pertama.

Namun begitu, anak buah Alex Ferguson yang jelas menguasai 56 peratus perlawanan khasnya bahagian tengah nyata gagal menyaingi kekebalan benteng pertahanan The Toffes dikemudi baik pertahanan antarabangsa England, Philip Jagielka serta kecemerlangan bekas penjaga gol Manchester United, Tim Haword.

Naib juara EPL 2011/2012 itu yang tersentak dengan jaringan Fellaini, respons segera apabila pemain tengah, Tom Cleverley hampir menjaringkan gol pada minit ke-67, namun berjaya dikeluarkan pertahanan tuan rumah.

Manchester United yang tertekan dengan jaringan itu kemudian memasukan bekas Kapten Arsenal, Robin van Persie mengantikan Danny Welbeck pada minit ke-68 untuk memberi lebih sengat kepada bahagian penyudah.

Namun, kemasukan pemain antarabangsa Belanda itu gagal membantu Shinji Kagawa dan Wayney Rooney untuk memastikan permulaan baik pasukan dari kota Manchester berkenaan untuk keputusan kekal berpihak kepada tuan rumah 1-0.

SUMBER : wowberita.org




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Sunday, August 19, 2012

SELAMAT HARI RAYA DARI IMANSHAH

Andai jemari tak sempat berjabat,
Andai raga tak dapat bertatap
 Seiring beduk yang bergema,
Seruan takbir yang berkumandang 
Kuhulurkan salam menyambut Hari Raya Idul fitri
Andai   kata serta khilafku membekas lara 
Mohon maaf zahir batin. 

IMANSHAH, TUMPAT KELANTAN





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Thursday, August 16, 2012

GALERI TUN HAMDAN, STAR IPOH

Sempena Majlis Penyerahan Zakat, Biasiswa dan Sumbangan Yayasan Tun Hamdan 2012, maka buat pertama kalinya Galeri Tun Hamdan telah dibuka kepada umum. Galeri hasil inisiatif yang dicadangkan oleh pengetua STAR ini akhirnya berjaya direalisasikan setelah mendapat bantuan pembiayaan daripada Bank Simpanan Nasional dan Yayasan Tun Hamdan. Galeri Tun Hamdan ini dibina bagi memberi penghormatan  terhadap jasa dan bakti Allahyarham Tun Hamdan dalam membangunkan pendidikan anak-anak Melayu di STAR khususnya dan di Malaysia amnya. Untuk makluman semua, Allahyarham Tun Hamdan merupakan Guru Besar pertama STAR. Galeri ini akan menempatkan bahan-bahan dan artifak sejarah berkaitan Sekolah Tuanku Abdul Rahman. 


Bahagian sisi galeri. Disediakan laluan berbatu dan juga air pancutan.


Pintu masuk galeri. Megah menyambut para pengunjung.


Replika gambar Alahyarham Tun Hamdan


Dinding galei dipenuhi dengan petikan akhbar serta gambar-gambar kenangan peristiwa yang berlaku di STAR.


Antara dokumen rasmi yang dipamerkan.


Antara piala yang dimenangi dipamirkan di dalam galeri.














TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

VAN PERSIE TINGGALKAN ARSENAL SERTAI MANCHESTER UNITED



MANCHESTER - Pengurus United, Sir Alex Ferguson telah berjaya mendapatkan kapten Arsenal, Robin Van Persie ke United dalam satu perpindahan musim panas.


Pada mulanya beliau gagal mendapatkan khidmat pemain kelahiran Belanda itu dengan nilai  £ 15 juta dan merasakan ragu-ragu untuk meningkatkan tawaran itu.

Selepas gagal mendapatkan bintang kecil Sao Paulo, Lucas Moura minggu lalu, Furguson dilihat begitu komited untuk mendapatkan khidmat Van Persie selepas mengetahui pemain itu enggan menyambung kontrak bersama Arsenal yang akan tamat tidak lama lagi.

Persie telah menyatakan kepada Arsenal bahawa dia ingin menyertai United dan menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan Arsenal.

The Gunners kekal dengan keputusan mereka untuk tidak menjual Persie dengan nilai kurang daripada £ 25 juta dan menjangkakan United akan menawarkan satu nilai yang hampir dalam tempoh 24 jam selepas seminggu rundingan.

Persetujuan membeli pemain itu tercapai apabila Furguson telah menemui Wenger sendiri dalam satu pertemuan.

United dilaporkan telah membuat tawaran sebanyak £20 juta dan ditambah dengan £2 juta lagi dalam bentuk bonus dan kemudian menyerahkan kepada Arsenal sama ada untuk menerima atau menolak tawaran itu.

Van Persie menjaringkan 30 gol daripada 38 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim lepas dan memenangi anugerah pemain domestik tahunan sebanyak dua kali.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Wednesday, August 15, 2012

PLUS: REBAT 30 PERATUS SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI DAN MERDEKA



KUALA LUMPUR – PLUS Expressways Bhd (PLUS) akan memberi rebat tol sebanyak 30 peratus kepada pengguna yang membayar tol menggunakan sistem elektronik sempena sambutan Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan tahun ini.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PLUS, Datuk Noorizah Abd Hamid berkata, rebat tol itu akan diberikan kepada orang ramai pada 15, 16, 22, 23 dan 31 Ogos ini.
“Rebat tol terbabit diberikan kepada orang ramai yang menggunakan kad PLUSMiles, kad Touch ‘n Go atau SmartTAG ketika membayar tol di lebuh raya kendalian PLUS.
“Ia adalah satu langkah PLUS bagi menyemarakkan sambutan Hari Raya dan Hari Merdeka selain merupakan satu strategi PLUS untuk menggalakkan orang ramai beralih kepada sistem pembayaran secara elektronik yang lebih mudah dan pantas,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Noorizah berkata, pemberian rebat tol itu juga merupakan langkah PLUS untuk mengagihkan trafik dan menggalakkan orang ramai bergerak pada hari di luar waktu puncak.
Katanya, rebat berkenaan boleh dituntut di pusat khidmat pelanggan PLUS apabila pengguna menambah nilai kad elektronik mereka bermula 1 Oktober hingga 31 Disember ini.
“Sempena musim cuti ini, PLUS menjangkakan jumlah trafik akan meningkat sebanyak 30 peratus kepada 1.4 juta kenderaan setiap hari.
“PLUS menggesa orang ramai supaya membayar tol secara elektronik bagi mempercepatkan transaksi tol dan membolehkan mereka melalui plaza tol dengan lebih selesa dan cepat,” katanya.
Noorizah berkata, rebat tol itu bagaimanapun tidak akan diberi kepada pengguna yang membayar tol di Plaza Tol Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar dan Jambatan Pulau Pinang. – BERNAMA



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Tuesday, August 14, 2012

SOLAWATU - OFFICIAL SOUNDTRACK BAITUL RAHMAT

Lama juga Imanshah mencari soundtrack drama bersiri Baitul Rahmat, iaitu alunan zikir Solawatu oleh Ustaz Abdullah Fahmi. Solawatu' merupakan zikir yang terdapat dalam album 'Ustaz Abdullah Fahmi - Munajat Sufi (DVD) ' terbitan Inteam Records Sdn Bhd.






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

KETUPAT PALAS


Bila  memandang gambar di atas, ingatan selalunya akan terarah kepada arwah nenek. Nenek memang mahir dalam membuat ketupat palas ini. Selalunya bila tiba hari raya, ibu akan berkampung di rumah nenek untuk membantu menyiapkan ketupat palas ini. adik beradik ibu juga akan tumpang sekaki  meminta nenek dan ibu menyiapkan ketupat palas untuk keluarga masing-masing. Ada dua jenis, satu yang manis dan satu yang tawar. Imanshah suka yang MANIS. Hehe.

Kini, nenek dah tiada, dan Alhamdulillah, ibu tidak pernah gagal untuk membuat ketupat palas untuk kami adik beradik. Adik beradik mewarisi kepandaian ibu?? Hehe, rasanya seorang pun yang tak pandai. Entahlah, bila ibu dah tiada, takut kami adik beradik tak merasa lagi ketupat palas ni.

Ibu dulu suka mencampurkan ketupat palas dengan kacang. Namun sekarang ni resepinya agak berbeza. Serunding daging pula jadi pilihan. Rasa?? Memang sedaplah kalau campur serunding. Bagi ketupat manis, orang-orang Kelantan hanya makan begitu sahaja, bagi yang tawar pilihannya ialah kuah kacang ataupun rendang. 

Alahai tak sabar nak balik kampung ni. Imanshah akan selalu membantu membuka daun palas. Hehe senang je kan. Sambil menunggu ibu membungkus, sempatlah bersembang-sembang. Dan selepas selesai membungkus, maka ketupat-ketupat ini akan direbus pula. Dan jangan tak tahu cara mengikat ketupat juga ada seninya. Ada yang dipanggil ketupat jantan, dan ada yang dipanggil ketupat betina. Imanshah pun tak kenal mana satu jantan mana satu betina. Yang penting, makan sehingga menjilat jari. Jumpa lagi !



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Sunday, August 12, 2012

KAD RAYA WARGA SEKOLAH BINTANG

Hari ini sudah masuk hari ke 22 kita berada di bulan Ramadhan Al-Mubarak. Bermakna hanya tinggal lebih kurang seminggu umat Islam bakal menyambut Aidilfiri. Di sekolah, Imanshah ada tugasan baru dekat-dekat raya ni. Tak palah, anggap sahaja sebagai satu kerja amal untuk warga sekolah. Pihak koperasi diberi tugasan untuk menjual kad raya dan mengeposnya di pejabat pos. Sementelah sebagai pengurus koperasi, Imanshah kenalah ambil tanggungjawab ini berdasarkan moto koperasi "Memberi Perkhidmatan Terbaik Untuk Ahli".  

Mula-mula Imanshah nak tunjukkan kad raya sekolah Imanshah. Cantik tak? Kami ambil gambar ni ramai-ramai pada minggu pertama raya. Harganya tak mahal, RM 1.50 sekeping sahaja. Dengan paparan gambar yang jelas, rekabentuk yang menarik dan bermutu, rasanya berbaloi untuk warga sekolah membelinya. 


Inilah gambar yang kami ambil tempoh hari. Warga pendidik di barisan hadapan, manakala para pelajar di belakang. "Teamwork" yang hebat.


Inilah bentuk kad raya kami. Yang atas tu muka hadapan, manakala yang bawah tu bahagian dalam kad. Cuba cari mana satu Imanshah.

Kemudian, setelah menjualnya dengan membuat promosi dari kelas ke kelas. Para pelajar akan menghantarnya semula ke koperasi untuk diposkan. Hehe, bermulalah kerja sebagai jurupos. Menampal setem dan menghantar ke pejabat pos. 


Semoga kad-kad raya ini akan sampai ke destinasi. InsyaAllah !








TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Friday, August 10, 2012

IKLAN RAYA BERNAS YANG MENYENTUH HATI

Tontonilah iklan raya BERNAS yang sangat menyentuh hati. 






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

CUTI BERGANTI PERSEKOLAHAN SEMPENA HARI RAYA AIDIL FITRI 2012

CUTI BERGANTI PERSEKOLAHAN SEMPENA HARI RAYA AIDIL FITRI TAHUN 2012

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Ogos 2012 telah bersetuju supaya 16 dan 17 Ogos 2012 ditetapkan sebagai cuti berganti persekolahan sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri tahun 2012 yang dijangkakan jatuh pada hari Ahad, 19 Ogos 2012. Dengan ini semua pihak mempunyai tempoh masa yang mencukupi bagi merancang perjalanan pulang dan seterusnya dapat mengurangkan kesesakan jalan raya.
KPM dengan ini memberi kebenaran kepada sekolah-sekolah untuk memohon cuti berganti melalui Pendaftar masing-masing untuk kelulusan melalui Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 26 Tahun 2012 bertarikh 9 Ogos 2012. Bagi tujuan penyelarasan, pihak KPM mencadangkan supaya cuti berganti persekolahan pada 16 Ogos 2012 digantikan pada hari Sabtu, 8 September 2012 manakala cuti berganti persekolahan pada 17 Ogos 2012 digantikan pada hari Sabtu, 22 September 2012.

Pihak sekolah hendaklah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sepenuhnya pada hari Sabtu berkenaan sebagai hari ganti persekolahan mengikut jadual waktu hari yang terlibat dengan hari cuti berganti tersebut.

Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pelajaran Malaysia
 
 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PANDALELA RINONG HADIAHKAN MALAYSIA PINGAT GANGSA OLIMPIK


TIADA apa yang dapat digambarkan oleh kem Malaysia selain kegembiraan dan kebanggaan apabila ratu terjun negara, Pandelela Rinong menambah satu lagi pingat – pingat gangsa Sukan Olimpik 2012 dengan menduduki tempat ketiga final acara 10m platform individu wanita, sebentar tadi.

Jaguh terjun negara itu sebelum ini pernah diiktiraf sebagai atlet wanita terbaik ekoran kecemerlangannya meraih pingat perak di Kejohanan Terjun Siri Dunia Moscow pada tahun lalu, serta pingat perak dan gangsa di temasya Universiad Shengzhen, seterusnya melayakkan diri ke Olimpik.

Gadis Bidayuh berusia 19 tahun itu bangkit daripada terjunan hambar pada cubaan pertama dan menamatkan saingan lima terjunan dengan 359.20 mata, di belakang Chen Ruolin dari China yang unggul mempertahankan gelarannya dengan 422.30 mata dan perak milik penerjun Australia, Brittany Broben (366.50).

Ia merupakan pingat kedua buat kontinjen negara selepas perak yang disumbangkan Datuk Lee Chong Wei, Ahad lalu, sekaligus memperbaiki persembahan Malaysia pada Beijing 2008.

Untuk rekod, Pandalela juga mencatatkan sejarah apabila menjadi wanita pertama Malaysia memenangi pingat Olimpik dalam sejarah sukan negara.






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Thursday, August 9, 2012

SAAT KAU NYALAKAN PELITA RAYA..


“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur’an) ketika Lailatul Qadar (malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.” (Al-Qadr: 1-5)


Saat kau nyalakan pelita raya, adakah kau tiup sama hingga padam cahaya Ramadhan yang masih tersisa?
Kejarilah HEBATNYA LAILATUL QADAR wahai Ummat Muhammad. Moga Allah memilih aku dan kalian semua untuk diberikan Lailatul Qadar-Nya




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

TERINGAT AZZAM



Kali ini posting Imanshah berkenaan seorang pelajar Imanshah. Lama  tak mendedikasikan sesuatu buat seseorang di laman ini. Tajuknya,Teringatkan Azzam. Siapa Azzam? Kenapa saya teringatkan Azzam. Azzam ni budak mana? Banyak benar persoalan jika pembaca membaca posting yang satu ini.

Pertamanya, saya ceritakan sedikit perihal Azzam. Azzam merupakan bekas pelajar Imanshah tahun 2010. Sudah hampir dua tahun Azzam meninggalkan Sekolah Bintang. Berasal dari Selangor, Azzam merupakan pelajar terbaik SPM 2010 dan merupakan pembahas Bahasa Inggeris sekolah.  Kira all rounder jugak lah budaknya, juga pernah mewakili negeri dalam sukan catur.  Sedikit info berkaitan akademik Azzam, sedang menuntut di Kolej Tailor, Subang  Jaya, membuat A-Level untuk ke Amerika Syarikat (betulkan saya jika salah).

Sebenarnya, saya teringat Azzam kerana dah dua tahun Imanshah tak dapat duit raya. Erm, satu-satunya murid Imanshah yang setiap tahun akan datang bertemu Imanshah sebelum raya. “Cikgu, ambil lah duit raya untuk cikgu, ikhlas dari saya”, sambil menghulurkan sampul raya. Erm mula-mula saya terkedu, tak sangka dah senja macam ni pun ada lagi orang nak bagi duit raya. Apatah lagi yang bagi tu anak murid Imanshah.

Namun, tahun-tahun kemudian, Imanshah tak malu lagi. Kadang-kadang Imanshah tertunggu-tunggu juga. Bukan sebab nilai yang ada, tapi ingatan yang lebih bernilai. Selalu Imanshah katakan kepada Azzam..”Sepatutnya, cikgu yang dewasa ini berikan duit raya pada Azzam..tapi sebaliknya.”

Namun, Azzam seperti biasa, ada sahaja jawapannya..” Cikgu, cikgu dah banyak mendidik saya, ini tanda ingatan kepada orang yang banyak mendidik saya..” Dan Imanshah tidak ada jawapan kepada kata-kata Azzam. Dan setiap kali tiba Ramadhan dan Syawal, Imansah akan selalu ingatkan  Azzam dengan muka malu-malunya menghulurkan sampul raya. Ah, kenangan.

Kepada Azzam Yani, jika terbaca posting ini, cikgu ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Semoga  berjaya di dunia dan akhirat.













TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

MAJLIS HAFAZAN AL-QURAN



Aksi juara kategori Menengah atas

Majlis Hafazan Alquran. Begitulah bunyinya majlis yang berlangsung semalam. Seingat saya, sepanjang sembilan tahun menabur bakti di bumi Sekolah Bintang ini, inilah pertama kali majlis seumpama ini diadakan. Mengambil keberkatan Ramadhan, majlis ini berjaya direalisasikan dengan tunjang utamanya ialah seorang bekas pelajar iaitu ayahanda Yahaya Daud, seorang insan yang  begitu gigih membangunkan sukan olahraga STAR walaupun telah lama meninggalkan sekolah.

Dengan berkat kesungguhan beliau, beliau berjaya mengumpulkan dana untuk mengadakan majlis ini. Dengan bantuan rakan-rakan bekas pelajar yang budiman dan dermawan sejumlah RM 3,000 berjaya dikumpulkan. Mungkin wang ringgit bukan ukurannya, sementelah pelajar yang menyertai daripada juara sehinggalah kepada pemenang saguhati menerima hadiah wang tunai yang lumayan, namun sebaliknya lebih daripada itu.

Pertamanya, masih ada insan yang terus berjuang membangunkan agama Allah dan yang ke dua ada juga sambutan kepada majlis-majlis yang berunsur keagamaan ini melalui penyertaan pelajar yang ramai.  Dalam konteks sekolah (sebab saya guru) kita sering ‘all out” terhadap program sukan sekolah, majlis-majlis keraian, bahkan program-program lawatan dan sebagainya. Namun, jarang sekali yang memberikan komitmen terhadap program-program agama. Kalau ada ceramah agama di sekolah, jumlah kehadiran dalam kalangan guru boleh lah dibilang dengan jari.

Apapun sekalung tahinah buat penganjur yang bertungkus lumus mengadakan majlis ini yang terus berjuang membangunkan agama Allah ini. Kepada para  dermawan dan budiman yang telah menyumbang wang ringgit dan tenaga bagi merealisasikan majlis. Dan kepada para peserta yang menyahut cabaran menghafaz surah-surah Al-quran, yang sememangnya bukan senang. Dalam era yang begitu mencabar ini, kebanyakan remaja merasakan lirik-lirik lagu lebih dekat dibibir, anda membuktikan bahawa mukjizat Al-quran adalah sebaik-baik  “lagu” di bibir.

Moga program seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan.



Para penonton yang begitu teruja..hehe teruja ambil gambor je lah..








TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Tuesday, August 7, 2012

FILEM PENDEK RAYA PETRONAS 2012

Berjudul ‘Stranger’, ia merupakan antara filem pendek hasil karya Quek Shio Chuan yang mendapat kerjasama dari syarikat pengiklanan terkemuka dunia, Leo Burnett.








TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Sunday, August 5, 2012

DATO' LEE CHONG WEI GAGAL HADIAHKAN EMAS PERTAMA OLIMPIK UNTUK MALAYSIA


Malam ini 28 juta rakyat Malaysia menyaksikan bagaimana jaguh perseorangan badminton Malaysia, dato' Lee Chong Wei sekali lagi gagal menghadiahkan pingat emas yang pertama untuk Malaysia. Dalam perlawanan yang cukup mendebarkan, Chong Wei yang diletakkan sebagai pilihan pertama kejohanan gagal membalas dendam atas kekalahannya dalam final Sukan Olimpik Beijing pada tahun 2008. 

Dalam pertemuan yang disiarkan secara langsung dari Arena Wembley, London  Chong Wei menggunakan segala pengalamannya untuk memenangi set pertama dengan 21-15. Dalam set ini, Chong Wei bermain dengan begitu tenang menahan segala asakan dari pemain yang digelar "Super Dan" ini.

Chong Wei memulakan aksi pada set kedua dengan kedudukan saling kejar mengejar dengan Lin Dan. hanya satu mata yang memisahkan ke dua-duanya dalam setiap kali bertukar servis. Namun selepas kedudukan terikat 6-6, Chong Wei dilihat hilang fokus, dan di saat inilah Lin Dan mula mengorak langkah dengan mengutip mata demi mata. Dengan beberapa kesilapan mudah, akhirnya Lin Dan menang dalam set ke dua dengan 21-10.

Kemenangan Lin Dan dalam set ke dua membolehkan perlawanan diheret ke set ke tiga dan penentuan. Dan dalam set ke tiga ini ke dua-dua pemain cukup berhati-hati kerana siapa yang melakukan kesilapan akan menyebabkan emas akan terlepas kepada pemain lawan. Kedudukan sangat rapat dan amat mendebarkan di mana kedua-dua pemain saling kejar-mengejar. Pada satu ketika Chong Wei berjaya mendahului 17-16. Dan kedudukan semakin getir apabila kedua-duanya terikat 18-18. Kemudiannya menjadi 19-19. 

Akhirnya Lin Dan berjaya mendapat mata penamat pada kedududkan 20-19 apabila salah mengagak bulu tangkis yang dihantar Chong Wei. Dan akhirnya tolakan terakhir oleh Chong Wei yang keluar telah meranapkan harapan emas pertama Malaysia. 

Apapun tahniah kepada Chong Wei. Wira ini telah menjelamakan apa sahaja kemampuan yang ada dalam dirinya dalam memenuhi impian seluruh rakyat Malaysia. Namun, faktor nasib akhirnya tidak memihak kepada Malaysia. Tahniah Lee Chong Wei, tahniah Malaysia !!









TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

LEE CHONG WEI AKAN TURUN KE GELANGGANG 8.00 MALAM INI MEMBURU EMAS PERTAMA MALAYSIA




FINAL PERSORANGAN LELAKI

LEE CHONG WEI (MAS) VS LIN DAN (CHINA)
MASA : 8.00 MALAM (WAKTU MALAYSIA)

APABILA saya menjejakkan kaki ke Arena Wembley untuk final menentang Lin Dan hari ini, saya tahu saya tidak keseorangan.

Mengiringi saya ke gelanggang adalah doa dan sokongan padu 28 juta rakyat Malaysia yang bersatu atas satu matlamat, iaitu saya menghadiahkan pingat emas sulung untuk Malaysia, sekali gus menamatkan penantian sejak kontinjen negara mula bertanding di Olimpik Melbourne pada 1958.

Saya telah menerima ribuan ucapan selamat berjaya dan saya ingin berterima kasih kepada mereka yang terus meletakkan kepercayaan pada saya.

Inilah masanya, hari yang saya tunggu sejak Beiing 2008. Ia bukan soal melunas dendam mahupun sesuatu yang menghantui saya sejak kekalahan empat tahun lalu.

Pada hari itu, Lin Dan memiliki segala kelebihan termasuk sokongan tuan rumah dan penyesuaian diri dengan venue. Namun, saya akui Lin Dan sememangnya pemain yang lebih baik dan berhak menjadi juara ketika itu.

Juga siapa boleh lupakan kejuaraan yang saya terlepas tahun lalu, gelaran Dunia yang sepatutnya saya genggam tetapi apakah daya tuah tidak menyebelahi saya. Jadi, ‘menebus’ adalah kata kunci dalam misi saya memadamkan episod duka di Wembley tahun lalu dan melakar sejarah.

Minggu lalu adalah tempoh sukar bagi saya, malah jauh lebih sukar daripada proses rehabilitasi selepas kecederaan yang menimpa buku lali saya pada Mei lalu.

Ada masanya saya bertanya dalam hati, ‘apakah saya berupaya untuk melangkah ke final’, menyedari kecergasan tidak mengizinkan malah saya tidak pasti sekiranya tahap permainan saya dapat memuncak.

Timbul juga masalah fobia, kembali ke gelanggang buat kali pertama bertemu Ville Lang sememangnya tidak mudah.

Ia merupakan permulaan hambar, bukan sesuatu yang saya jangkakan dan saya terpaksa duduk bersama jurulatih, Teh Seu Bock dan Rashid Sidek bagi menilai dan membincangkan di mana silapnya pada perlawanan tersebut.

Hanya apabila bertemu Simon Santoso baru saya betul-betul berasa selesa. Pukulan strok kembali menjadi, mampu bergerak lebih cergas sekitar gelanggang dan saya dapat beraksi seperti dahulunya.

Mengingat kembali kecederaan yang saya alami, ia membuatkan saya berasa lebih bersyukur kerana memiliki bantuan dan rawatan terbaik dari pihak Institut Sains Negara (ISN) yang bekerja setiap masa untuk memungkinkan semua ini berlaku.

Siapa yang menyangka bahawa saya akan berjaya layak sehingga ke final Olimpik? Sebenarnya saya sendiri juga meraguinya. Tetapi, menyedari seluruh negara menyandarkan harapan tinggi kepada saya membuatkan saya bertarung habis-habisan walaupun dalam kesakitan.

Segala penat lelah menghabiskan 13 jam untuk rutin latihan dan rehabilitasi setiap hari akhirnya membuahkan hasil, cukup berbaloi. Satu sejarah telah pun tercipta sebelum memulakan pertarungan dengan Lin Dan kerana ini adalah julung kali dua pemain bertembung pada final dua Olimpik berturut-turut.

Lin Dan sudah tentu akan bermula sebagai pemain pilihan mengambil kira dia kerap kali menewaskan saya. Bagaimanapun, ia bukan satu masalah bagi saya untuk dia memegang kelebihan sebelum perlawanan bermula.

Harus diingat, bukan apa yang berlaku sebelum atau apabila perlawanan bermula, sebaliknya yang paling mustahak ialah kesudahannya.

Ganjaran menunggu, satu dari pihak kerajaan dan satu lagi jongkong emas RM2 juta ditawarkan KLRC Berhad. Slogan ‘Emas untuk Emas’ yang diilhamkan Datuk Seri Andrew Kam telah mencuri tumpuan seluruh dunia.

Akhir kata, harapan saya ialah seluruh Malaysia bersatu dan peranan saya adalah mempamerkan persembahan terbaik di atas gelanggang. Saya berjanji untuk bertarung habis-habisan, ibarat pertembungan hidup mati.

Mudah-mudahan, kemarau pingat emas 56 tahun untuk negara tercinta akan dapat saya akhiri hari ini.

SUMBER : UTUSAN



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget