WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, October 31, 2012

COASTER OH COASTER

Pertama kali merasai perjalanan jauh ke utara menaiki coaster. Bas dan van ada komitmen lain untuk beberapa aktiviti kokurikulum di beberapa tahun. Jadi nak tak nak, terpaksalah mengalah. Bimbang juga takut berlaku perkara yang tidak diingini di tengah jalan. Nauzubillahhiminzalik. 

Namun, tekad dan azam untuk bertanding dalam Kejohanan Hoki Jemputan SMS Kepala Batas sungguh membara. Bermulalah perjalanan kami.



Belum 5 Km dah terpeleot tengkuk. Pengsan da..


Pusara di lebuh raya lagu Ekamatra berkumandang. Opps ni lorong menora.


Steady abang Huzaimi a.k.a abag Bo. Walau Coster dah tua, tapi satu Malaysia boleh jalan. 


Tiba-tiba alamak. Tayar pancit di Lebuh raya. Semua panik. Tapi abang Bo tetap selamba. Katanya rileks.


Terpaksalah coster bergerak dalam keadaan ketiadaan angin untuk jarak 15 km. Sampai di Changkat Jetring barulah kita tukar tiub. Malang tak berbau katanya.


Ayoo, kuat la lu toke!


Perjalanan diteruskan dan kami sampai ke Kepala Batas lebih kurang jam 8.00 malam. Perjalanan yang sepatutnya dua jam setengah menjadi lima jam. Apapun terima kasih kepada abang Bo kerana sanggup memandu jauh menggunakan coaster yang sudah tua. Namun yang paling penting terima kasih Allah kerana melindungi perjalanan kami. 


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Monday, October 29, 2012

LIEW DAREN JUARAI BADMINTON TERBUKA PERANCIS 2012



"Akhirnya saya dapat rasa bagaimana nikmat bergelar juara dan harap saya dapat mengekalkan aksi konsisten ini pada masa akan datang, seterusnya melayakkan diri ke Kejohanan Dunia," kata Liew Daren sejurus memasuki episod baru dalam kariernya dengan merangkul kejuaraan Siri Super pertama pada Terbuka Perancis di Paris, semalam.

Selepas bertahun-tahun mencari satu kejuaraan untuk 'memecah tembok halangan', pemain berusia 25 tahun itu akhirnya meraih apa yang diinginkan selepas menumpaskan bekas juara remaja dunia dari Denmark, Viktor Axelsen 21-18, 21-17 dalam perlawanan akhir.

Kejayaan Daren, yang menyingkirkan tiga pemain pilihan, Hu Yun (China), Sho Sasaki (Jepun) dan Jan O Jorgensen dalam laluan ke final, memberikan kelegaan kepada peminat badminton tanah air yang selama ini bimbang dengan ketiadaan pemain kedua yang mampu membantu jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei.
Semalam, Daren menunjukkan keghairahan untuk mencari kemenangan pertama dengan mempamerkan permainan pantas serta pukulan-pukulan lintang yang cantik, sekalipun bermula agak cemas apabila ketinggalan 0-3 dan 1-5 di set pembukaan.

Daren, yang selama ini disifatkan jurulatihnya, Rashid Sidek menghadapi masalah 'mentaliti lemah' apabila berdepan situasi kritikal, bagaimanapun membuktikan dia kini lebih matang apabila tenang mencari mata kemenangan 21-17 dan menutup pertarungan dalam masa 42 minit.

Kemenangan ini merupakan kemuncak kepada peningkatan yang telah ditunjukkan pemain kelahiran Kuala Lumpur itu sejak awal 2012, bermula dengan kejayaan melayakkan diri ke suku akhir All England, diikuti suku akhir Terbuka Switzerland, suku akhir Terbuka Singapura dan suku akhir Terbuka Denmark, minggu lalu.

"Saya tidak dapat gambarkan perasaan saya hari ini, sangat, sangat gembira. Permainan saya pada dua kejohanan terakhir ini amat baik, malah perlawanan hari ini juga bagus sekali.

sumber : UTUSAN




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Thursday, October 25, 2012

SEMBELIH

Pada 24 Oktober 2012, Panitia Pendidikan Islam STAR telah menganjurkan program penyembelihan untuk pelajar-pelajar STAR. Antara objektif penganjuran ialah memberi pendedahan kepada pelajar cara-cara menyembelih mengikut syarak dan dibenarkan Islam. Seramai 50 orang pelajar terlibat dalam program tahunan ini dengan dipandu oleh pegawai Jabatan Agama Islam Perak yang dijemput. Selepas proses menyembelih, pelajar didedahkan dengan proses mencabut bulu, mencelur, memotong dan seterusnya memasak ayam yang telah disembelih.


Sesi taklimat penyembelihan diadakan oleh pegawai yang dijemput.


Ayam-ayam yang siap sedia untuk disembelih.


Buat macam ni, potong kena putus urat tau. Jangan potong habis pulak.


Ayam yang telah disembelij dicelur di dalam air panas agar senang mengeluarkan bulu.


Proses memotong diadakan. Nak potong berapa? potong 16 katanya


Ni last la, goreng pun sodap !









TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

THANKS ANACONDAS

Semalam, 23 Oktober 2012 telah berlangsung jamuan Akhir Tahun Kelab Hoki di hotel herritage Ipoh. Setelah hampir setahun bertungkus lumus dan bergelumang di padang hoki, tibalah saatnya untuk saya meraikan para pemain hoki dalam satu majlis jamuan. Alhamdulillah kehadiran juga amat memuaskan.

Di kesempatan ini sekalung penghargaan dan terima kasih ditujukan buat tiga orang pemain tingkatan lima iaitu kapten faris habeha, rusydi dan juga Alham yang telah memberi sumbangan terhadap kemajuan hoki STAR. Semoga kalian bertiga beroleh kejayaan yang cemerlang dalam SPM nanti, insyaAllah.


Semua ahli kelab bergambar kenangan


Makan nak, jangan tak makan. 


Makan kenyang-kenyang. Bukan selalu singgah di hotel.


Penyampain hadiah kepada pemain tingkatan 5.


f4 dan f5..






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Wednesday, October 24, 2012

796 TERIMA PINGAT SEMPENA HARI KEPUTERAAN SULTAN PAHANG


Seramai 796 menerima darjah kebesaran dan pingat negeri Pahang sempena ulang tahun ke-82 Hari Keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.
Daripada jumlah itu, 11 orang menerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Mereka ialah Ketua Setiausaha Perbendaharaan Pejabat Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Datuk Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah; Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi; Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Zoal Azha Yusof; Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nur; Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Daniel Syed Ahmad;

Pengerusi Telekom Malaysia Berhad Datuk Dr Halim Shafie; Penasihat Sains Perdana Menteri Prof Datuk Dr Zakri Abdul Hamid; Panglima Medan Tentera Darat Lt Jen Datuk Zulkiple Kassim; Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Wira Salleh Mat Rasid; Ketua Pegawai Eksekutif Unit Inovasi Khas Jabatan Perdana Menteri Datuk Kamaljit Singh; dan Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Amcorp Trade Centre Datuk Vijayeswaran Vijayaratnam.

Sebelas orang lagi dianugerah Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Mereka ialah Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohd Sofian Tan Sri Abdul Razak; Hakim Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim; Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang Datuk Mat Zara'ai Alias; Pegawai Kewangan Negeri Pahang Datuk Norzan Ahmad; Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan Pahang Datuk Hoh Khai Mun; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi Pahang Datuk Ishak Muhammad;

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan, Kemudahan Asas dan Pengangkutan Pahang Datuk Ir Mohd Soffi Tan Sri Abd Razak; Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang Datuk Mohd Sharkar Shamsudin; Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna Pahang Datuk Fong Koong Fuee; pemangku Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Farida Mohd Ali dan Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad Datuk Ir Azman Mohd.

Seramai 20 orang pula dianugerahi Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang turut membawa gelaran Datuk.

Antaranya ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang Datuk Wan Rosdy Wan Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah, Perpaduan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Pahang Datuk Mohamad Sahfri Ab Aziz; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan Datuk Zulkifli Yaacob; Pengarah Pelajaran Pahang Yahya Zainal Abidin dan Ketua Jurutera Tentera Darat Brig Jen Datuk Ir Abdul Nasser Ahmad.

Seramai 98 orang menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang juga membawa gelaran Datuk.

Antara penerima DIMP ialah Ketua Pengarang Media Prima Berhad Mohd Lokman Hamidi; Ketua Pegawai Eksekutif Al-Hijrah Media Corporation Bukhari Che Muda; Penolong Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Ahmad Fuad Daud; Ketua Pegawai Eksekutif Sekreteriat Sukan Malaysia Pahang 2012 Ahmad Hairi Hussain; Ketua Penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Wilayah Timur Laksamana Pertama Maritim Nasir Adam; Pengarah Mahkamah Pahang dan Hakim Mahkamah Sesyen Kuantan Noradidah Ahmad; dan Pengarah Hospital Pekan Dr Daud Othman.

Sultan Ahmad Shah turut berkenan menganugerahi Darjah Setia Ahmad Shah Pahang kepada 21 penerima, Darjah Setia Mahkota Pahang kepada 60 penerima, Ahli Ahmad Shah Pahang kepada 36 penerima dan Ahli Mahkota Pahang kepada 99 penerima.

Selain itu, 128 orang dianugerahi Pingat Khidmat Cemerlang (PKC), 91 penerima Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) dan 221 penerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK).

Majlis penyampaian anugerah pingat dan Darjah kebesaran akan berlangsung di Istana Abu Bakar, Pekan. - BERNAMA

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Monday, October 22, 2012

LEE CHONG WEI JUARA TERBUKA DENMARK 2012


Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei menerima hadiah hari jadi ke-30 paling istimewa apabila menjuarai Kejohanan Yonex Terbuka Denmark yang berlangsung di Odense, Denmark Ahad malam waktu Malaysia.


Pemain nombor satu dunia itu yang juga pilihan utama kejohanan menundukkan cabaran pemain China Du Pengyu yang memberi tentangan sengit sebelum akur 15-21, 21-12, 21-19.

Chong Wei membawa pulang wang tunai US$30,000 (RM91,500).

Sementara itu, beregu lelaki negara Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara selepas tewas kepada pasangan Korea Selatan Shin Baek Choel/Yoo Yeon Seong 21-19, 11-21, 19-21.-BERNAMA








TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

UPSI INDOOR 2012

Pada 19-20 Oktober yang lepas, Imanshah membawa para pemain hoki untuk menyertai Kejohanan hoki Dewan UPSI kali ke-7. Inilah penyertaan pertama Imanshah dalam kejohanan hoki dewan ini. Kejohanan yang berlangsung tiga hari ini melibatkan kategori terbuka, IPT, sekolah bawah 16 dan bawah 12 tahun. Alhamdulillah, penyertaan pertama ini walaupun tidak membawa pasukan kami muncul sebagai johan, namun yang penting pendedahan serta kepada pelajar tentang peraturan serta permainan hoki dewan. Daripada 27 pasukan yang bertanding, STAR berjaya melayakkan diri ke peringkat kalah mati iaitu SUKU AKHIR. Di peringkat suku akhir, STAR tewas kepada Kuala lumpur Sport School dengan pukulan penalti stroke selepas ke dua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga masa permainan tamat.


Lagak je ni.


Aksi perlawanan STAR vs KLSS.


meraikan jaringan.








TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Sunday, October 21, 2012

KELANTAN CIPTA SEJARAH



Kelantan mengesahkan selaku kuasa besar bola sepak negara musim 2012 dengan melengkapkan kejuaraan treble selepas menjulang Piala Malaysia buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun apabila menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 dalam babak akhir, semalam.

Indra Putra Mahayuddin layak dijulang selaku wira The Red Warriors apabila jaringannya pada masa tambahan pada minit ke-96 hasil serangan pantas, menjulang Kelantan selaku juara Piala Malaysia edisi kali ke-96 sekali gus menjadikan tahun 2012 sebagai tahun paling bermakna dalam sejarah bola sepak Kelantan.

Jaringan kemenangan daripada Indra itu seolah-olah mengesahkan kata-kata pengendali Kelantan, Bojan Hodak pada sidang media pengurus pasukan kelmarin, yang mengatakan ATM tidak dapat bertahan sehingga penghujung perlawanan kerana terdiri daripada ramai pemain berumur.
Berpunca daripada gerakan pantas Shakir Shaari dan Mohd. Badri Mohd. Radzi atau Piya yang tidak dapat dibendung pemain ATM, Indra pantas mencari ruang kosong sebelum melepaskan rembatan menarik ke arah sebelah kanan pintu gol.

Sebelum itu, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo yang diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan akhir dua kali meletakkan Kelantan di hadapan pada minit ke-44 dan 50, namun dapat disamakan sebanyak dua kali oleh ATM melalui Rezal Zambery Yahya pada minit ke-49 dan Marlon Alex James pada minit ke-62.

Kekalahan ATM bermakna tiada lagi magis Hairuddin Omar dalam penampilan final kelima Piala Malaysia apabila buat pertama kali pemain berusia 33 tahun itu gagal membawa pulang trofi keagungan bola sepak negara bersama pasukan yang diwakilinya selepas melakukannya empat kali sebelum ini bersama Terengganu, Negeri Sembilan dan Kelantan.

Dalam aksi akhir yang disaksikan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah dan Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra serta kira-kira 80,000 penonton itu, kedua-dua pasukan berjaya menampilkan permainan menghiburkan tetapi diselangi kekecohan di babak terakhir perlawanan ekoran keputusan pengadil yang mengundang kontroversi.

Malah, hampir terjadi pergaduhan ketika perlawanan tinggal lima minit untuk ditamatkan selepas pemain ATM bertindak meneruskan perlawanan ketika Indra mahukan Shakir yang cedera diberikan rawatan namun pengadil, Nafeez Abd. Wahab pantas membendung insiden lebih buruk daripada terjadi.

Barisan tengah ATM dilihat cukup pincang pada babak pertama biarpun dibarisi pemain berpengalaman seperti Rezal Zambery Yahya dan Bruno Martelotto apabila gagal merencanakan sebarang gerakan menarik.

Christie Jayaseelan dilihat sedikit gugup pada penampilan pertama di final selain Marlon Alex James dapat dirantai kemas oleh Obinna Nwaneri.
Situasi itu bijak dieksploitasi oleh Kelantan sepenuhnya yang mempamerkan rentak penuh bertenaga dengan sekurang-kurangnya empat percubaan tepat dengan salah satunya menembusi gawang ATM pada minit ke-44.

Kesilapan Farizal Harun yang tidak menangkap kemas rembatan Mat Yo yang menerima umpanan Mohd. Badri Mohd. Radzi atau Piya membuka tirai jaringan Kelantan, ketika perlawanan separuh masa pertama hanya menunggu masa untuk ditamatkan.

Pengendali ATM, B. Sathianathan bagaimanapun ternyata mempunyai percaturannya tersendiri pada separuh masa kedua dan pasukannya hanya menunggu masa selama empat minit sebaik permainan bermula untuk menyamakan kedudukan melalui Rezal Zambery hasil sepakan leret dari jarak 25 meter.
Kegembiraan ATM bagaimanapun hanya bertahan selama seminit apabila Norshahrul sekali lagi membuktikan bisanya belum hilang menerusi serangan balas pantas dan memperdaya K. Reuben sebelum melepaskan sepakan yang tidak diselamatkan Farizal.

Namun, semangat juang ATM sama sekali tidak padam, percaturan bijak Sathia memasukkan dua pemain gantian, Venice Elphi Danny Kaya dan Mohd. Fitri Omar mengambil alih peranan sayap kiri pada minit ke-60 ternyata membuahkan hasil mengkucar-kacirkan benteng Kelantan.

Selepas Venice dijatuhkan berhampiran kotak penalti di sebelah kiri pintu gol Kelantan, Marlon melonjak tinggi menanduk masuk ke dalam gawang bagi gol penyamaan ATM pada minit ke-62.

Kelantan bagaikan berada dalam lamunan kira-kira 15 minit perlawanan selepas ATM dapat menyamakan kedudukan tetapi tiada sebarang jaringan dapat dihasilkan sehingga memaksa perlawanan diheret masa tambahan.

sumber : UTUSAN



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PELAJAR STAR MENERIMA SIJIL MALAYSIA BOOK OF RECORSDS

Tahniah diucapkan kepada Harris Bin Rashid, pelajar Tingkatan 4 Sekolah Tuanku ABdul Rahman, Ipoh (STAR)  yang telah menerima Sijil Malaysia Book Of Records kerana pencapaiannya iaitu "First Malaysian (Short Track Speed Skating) to win medal in an International Competition - Obtained in New Zealand Winter Games 2011 in Dunedin, New Zeland 13-28 August 2011".

Haris menerima sijil hari ini di Sunway Lagoon. Seluruh warga STAR mengucapkan tahniah dan berbangga dengan anda.


Haris menerima sijil dari wakil MBOR.


Bergambar bersama rakan sepasukan.



Bendera STAR turut berkibar megah.






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Thursday, October 18, 2012

JAMUAN AKHIR TAHUN KELAB GURU DAN STAF 2012

Alhamdulillah, petang tadi telah berlangsung Majlis Jamuan Akhir Tahun Kelab Guru dan Staf Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh 2012. Selaku pengerusi kelab guru dan staf yang baru diamanahkan dengan jawatan ini, saya berusaha untuk menyatukan guru-guru dan staf bukan akademik di sekolah. Alhamdulillah kehadiran begitu mengujakan. 90 % daripada 95 kakaitangan hadir meraikan majlis petang tadi. 


Antara tetamu yang hadir.


Semua guru menerima hadiah cabutan bertuah.

Antara intipati ucapan saya selaku pengerusi kelab :

1) Penghargaan terhadap golongan di belakang tabir terhadap kejayaan sekolah adalah kurang. Misalnya peperiksaan SPM dan PMR, yang menonjol ialah golongan pendidik. Maka keperluan untuk pihak sekolah dalam mengahrgai "unsung heroes" ini juga kerana tanpa mereka, sudah tentu perjalanan sekolah tidak dapat berjalan dengan lancar.

2) Keperluan dalam menghimpunkan staf akademik dan bukan akademik dalam majlis-majlis sebegini supaya tidak ada tembok yang memisahkan antara ke dua-duanya.

3) Dalam aspek kebajikan, selaku pengerusi saya cuba sedaya upaya untuk menjaga kebajikan semua kakitangan. Jika ada permasalahan yang berbangkit, seharusnya mengikut saluran yang betul. 

4) Kelab guru sedang mengusahakan Pusat Penjagaan Kanak-kanak (nursery) khusus untuk kebajikan guru-guru dan staf.

4) ucapan terima kasih kepada guru praktikum yang akan menghabiskan tempoh praktikal di STAR. Moga memperoleh ilmu yang bermanfaat untuk dibawa ke alam kerjaya kelak.


Terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang hadiah yang bernilai RM 1000. Juga kepada ahli jawatan kuasa yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis.








TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Tuesday, October 16, 2012

BEBAS



Kenapa seronok sangat ni?
Cikgu kami dah bebas..

BEBAS?
Bila masa kamu semua masuk penjara??

Eh cikgu ni..buat buat tak tahu pulak
Kami dah habis PMR la..bebas dari buku, dari belajar...

Owh tu yang kata bebas ya
Habis, kalau dah bebas tu ramai-ramai nak ke mana?

Kami nak qadha rehat setahun...
Nak sambung tidur setahun...
Nak continue main setahun...

Ok lah anak2..yang penting jangan ponteng, jangan fly, jangan buat masalah pada sekolah ok!! Takut Disember nanti ada yang terguling-guling menangis...
 
 
 
 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PENAT


Biar gambar bercerita hari ini. Kiri kanan kertas jawapan pelajar. Tingkatan lima yang hanya berbaki  tak sampai sebulan sebelum  SPM dan tingkatan empat yang baru sahaja menduduki peperiksaan akhir tahun. 


bertabahlah hati !





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Monday, October 15, 2012

TAJAK ATAU TANJAK?

Tersenyum seorang pagi-pagi ahad ni. Dalam satu soalan peperiksaan akhir tahun ada ditanya tentang ekonomi masyarakat tradisional.

1) Apakah peralatan pertanian yang digunakan oleh masyarakat tradisional ?

Ramai yang memberikan jawapan betul, sabit, cangkul, tenggala dan TAJAK. 

Namun , ada juga sebahagian yang memberikan jawapan TANJAK.

Alahai anak muda pewaris kepimpinan negara, nampak benar kamu semua tidak hidup di zaman tajak dan cangkul. Makan nasi pun beli beras yang dah diproses. 

TANJAK tu ghopenya begini . Tengok puas-puas.


Adapun tanjak, destar dan tengkolok ada perbezaannya.

Secara ringkasnya, perbezaan antara tengkolok, destar dan tanjak ialah :

Tengkolok : Lilitannya meruncing ke atas, lilitan berlapi (tebal), kainnya bermutu.

Destar  : Lilitannya rendah dan nipis.

Tanjak: Lilitannya macam tengkolok, tetapi lebih   ringkas dan nipis.

Dan kalau nak tengok TAJAK, ni lah tajak sebenarnya



Tajak merupakan alat tradisional yang biasanya digunakan di sawah-sawah padi. Tajak adalah satu-satunya alternatif yang boleh diambil untuk membajak bahagian-bahagian sawah yang terlalu dalam kerana ia tidak boleh menggunakan tenggala atau kerbau.

Tajak mempunyai bentuk yang amat berbeza daripada senjata atau alat pertanian yang lain. Pada pandangan yang paling dekat, tajak umpama gabungan cangkul dan parang. Hulunya berbentuk bulat gadah besar secekak yang mana panjangnya setengah depa. Pemegangnya panjang ( purata dua kaki setengah) yang sederhana besar serta bongkok udang dan runcing dihujungnya. Pada lengkungan dalam terdapatnya mata dan bilah ini dipasang melintang hulu seperti cangkul, tetapi kegunaannya adalah untuk menajak rumput dan menggembur tanah.

Cara menggunakan tajak adalah memegang dengan kedua-dua belah tangan, di mana satu dipangkal hulu dan satu lagi kira-kira dua pertiga hulu ke bawahnya. Ayunan tajak adalah meliputi jarak sudut kira-kira 120 darjah dikeliling penggunanya, di mana ia bermula dari bahagian rusuk kanan atau rusuk kiri.

Tajak digunakan oleh petani untuk membersihkan rumput dikeliling rumah, sawah, kebun atau dusun. Petani lebih gemar menajak rumput di kebun mereka daripada menggunakan racun serangga makhluk perosak kerana dikhuatiri racun akan memberi kesan negatif kepada hasil tanaman di kebun atau dusun.

Bagi petani wanita, tajak digunakan seperti cangkul untuk menggembur tanah bagi bercucuk tanam di sekeliling rumah.

sahabat blogger saya Puan CkLah ada bagitahu gambar tu pun bukan TAJAK, tapi namanya KERI. Saya pun pertama kali dengar nama KERI ni

SUMBER : MALAYSIANA






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Saturday, October 13, 2012

NICOL DAVID JUARA TERBUKA AMERIKA SYARIKAT


Ratu skuasy negara dan pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol Ann David mencatat kemenangan sulung dalam kejohanan skuasy Terbuka Amerika selepas mengalahkan pemain Mesir, Raneem El Weleily, semalam.
Pertandingan itu diadakan di gelanggang kaca Daskalakis Athletic Centre, Drexel University di Philadelphia, Amerika Syarikat.
Menurut laman web rasmi kejohanan, www.usopensquash.com, perlawanan menentang Raneem merupakan kemunculan Nicol yang ke-80 dalam perlawanan akhir Persatuan Skuasy Wanita (WSA) sepanjang kariernya.
Kemenangan Nicol pada pertandingan akhir Terbuka Amerika itu melepasi rekod Sarah Fitz-Gerald dengan 62 gelaran. Beliau kini memegang rekod baru WSA dengan 63 gelaran.
Pemain berusia 29 tahun, pilihan utama, mengalahkan Raneem dalam empat set perlawanan 14-12, 8-11, 11-7 dan 11-7 dalam masa 45 minit bagi menebus kekalahannya kepada pemain Mesir itu pada pertandigan akhir Terbuka Malaysia bulan lalu.
Sementara itu, dalam kategori lelaki, pemain Mesir Ramy Ashour muncul juara selepas mengalahkan pemain Perancis Gregory Gaultier dalam straight set dengan 11-4, 11-4 dan 11-9. – BERNAMA





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Friday, October 12, 2012

KEPUTUSAN SEPARUH AKHIR PIALA MALAYSIA SELANGOR VS KELANTAN 12 OKTOBER 2012



Malam ini, 12 Oktober 2012 akan berlangsung perlawanan separuh akhir kedua antara SELANGOR menentang KELANTAN  pada jam 8.45 malam bertempat di Stadium Shah Alam. Dalam perlawanan pertama di Kota Bharu minggu lepas  KELANTAN menewaskan SELANGOR 1-0.   Jangan lupa untuk saksikan siaran langsung SELANGOR VS KELANTAN   yang bakal disiarkan di RTM 1 pada jam 8.45 malam nanti. 



TARIKH : 12 OKTOBER 2012 (Jumaat)


MASA : 8.45 Malam


TEMPAT : Stadium Shah Alam





Kedudukan terkini : 

SELANGOR (0 )  VS  ( 2 ) KELANTAN

Agregat Selangor (0) vs (3) Kelantan


KELANTAN layak ke final dengan agregat 3-0 dan akan bertemu ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) dalam perlawanan akhir nanti.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

KEPUTUSAN SEPARUH AKHIR PIALA MALAYSIA ATM VS LIONS XII 11 OKTOBER 2012


sumber gambar : PORTAL SUKAN

Malam ini, 11 Oktober 2012 akan berlangsung perlawanan separuh akhir kedua antara ATM mennetang Lions XII pada jam 8.45 malam bertempat di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. Dalam perlawanan pertama di Singapura minggu lepas ke dua-dua pasukan terikat 1-1.  Jangan lupa untuk saksikan siaran langsung ATM VS Lions XII   yang bakal disiarkan di RTM 1 pada jam 8.45 malam nanti. 



TARIKH : 11 OKTOBER 2012 (Khamis)

MASA : 8.45 Malam

TEMPAT : Stadium Majlis Perbandaran Selayang



ATM (1 )  VS  ( 1 ) LIONS XII

Agregat 2-2 kekal sehingga masa tambahan.

ATM  mara ke final melalui kemenangan sepakan penalti 5-4












TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Tuesday, October 9, 2012

TARIF ELETRIK TIDAK AKAN DINAIKKAN


KUALA LUMPUR – Kadar tarif elektrik kekal pada paras semasa sehingga Jun tahun depan, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui, Selasa.
Beliau berkata kerajaan pada awalnya merancang menyemak semula tarif setiap enam bulan, namun Kabinet, yang merupakan pihak berkuasa akhir, menolak pelan itu.
Chin berkata kementerian berkenaan membentangkan kertas mengenai tarif itu baru-baru ini kepada Majlis Ekonomi Negara.
“Kabinet tidak meluluskannya. Oleh itu saya menjangkakan semakan semula tidak akan dibuat dan tarif kekal pada tahap semasa,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Seminar Amalan Terbaik Antarabangsa di sini, Selasa.
Kali terakhir kerajaan menyemak tarif itu ialah pada Jun tahun lepas, berikutan peningkatan harga gas asli cecair bagi sektor tenaga.
Chin juga berkata rundingan semula mengenai perjanjian pembelian tenaga (PPA) pengeluar tenaga bebas akan menyumbang kepada kadar yang lebih kompetitif.
“Kita perlu menunggu Suruhanjaya Tenaga membuat pengumuman tidak lama lagi,” katanya yang enggan mengulas lanjut.
Sementara itu, Chin menggesa Tenaga Nasional Bhd (TNB) menyediakan prosedur operasi standard (SOP) dalam melaksanakan meter digital baharu.
Beliau berkata kementerian itu telah berbincang dengan TNB berikutan aduan daripada pengguna yang mereka kini membayar bil elektrik yang lebih tinggi.
Kementerian mengambil perhatian terhadap masalah itu dan menggesa TNB menyediakan SOP yang dapat meyakinkan pengguna.
“Mereka perlu menjelaskan kepada pengguna bahawa meter baharu itu baik dan tidak ada yang salah mengenainya,” katanya. – BERNAMA







TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget