WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, November 24, 2012

CHONG WEI DAN BEREGU LELAKI LAYAK KE PERLAWANAN AKHIR TERBUKA HONG KONG

Pemain nombor satu dunia, Dato' Lee Chong Wei dan pasangan beregu utama negara, Koo Kian Kiat/Tan Boon Heong berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir Terbuka Hong Kong di Kowloon, Hong Kong hari ini.

Chong Wei, yang juga merupakan pilihan pertama kejohanna berjaya menewaskan Kenichi Tago, pemain pilihan ke enam dari Jepun 21-19 dan 21-15 dalam aksi separuh akhir.

Chong Wei akan menentang pemenang perlawanan separuh akhir satu lagi iaitu antara Cheng Long dari China dan Tomy Sugiarto dari Indonesia.

Sementara itu  Koo Kian Kiat/Tan Boon Heong menumpaskan pasangan Taiwan Lee Sheng Mu dan Tsai Chia Hsin 22-20, 21-13. Pasangan Malaysia akan bertemua pemenang perlawanan antara Liu Xiaoulong/ Qiu Zihan dan Chai Yun/Fu Hai Feng.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Wednesday, November 21, 2012

SENARAI PEMAIN BOLASEPAK KELANTAN MUSIM 2013


Kapten Kelantan 2013 : Badhri Radzi @ Piya
Penolong Kapten : Indraputra Mahyuddin

Senarai Pemain Kelantan 2013 ( Tidak Mengikut Nombor Jersi )
1. Khairul Fahmi Che Mat
2. Shahrizan Ismail
3. Norhadi Ubaidillah
4. K. Nanthakumar ( Baru )
5. Nik Shahrul Azim
6. Farisham Ismail
7. Obinna Nwaneri
8. Shakir Shaari
9. Zamri Ramli
10. Norfarhan Muhammad
11. Izuan Solahuddin ( Baru )
12. Faiz Subri ( Baru )
13. Indra Putra
14. Rizal Fahmi
15. Daudsu
16. Badhri Radzi
17. Khairul Izuan Rosli
18. Keita Mandjou
19. Aris Zaidi ( Piala Presiden )
20. Zairol Fitree
21. Aziz Ismail
22. Tuan Faim ( Piala Presiden )
23. Mijo Dadic ( Import Baru )
24. Subramaniam
25. Azizi Matt Rose
26. Okine
27. Antwi
28. Zairo Anuar Zailani







TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

BANGLADESH ISYTIHAR CUTI PERISTIWA UNTUK RAKYATNYA DI MALAYSIA


JANGAN PERCAYA DENGAN TAJUK ! Hehe. 


Program pemulihan semangat selama tiga hari di Pulau Pangkor minggu lalu nampaknya tidak memberikan sebarang kesan.

Persembahan Harimau Malaya semakin membimbangkan selepas hanya mampu seri 1-1 dengan Bangladesh pada perlawanan persahabatan terakhir di Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum sepak mula Piala Suzuki AFF, Ahad ini.

Bagaikan serba tidak menjadi, persembahan anak-anak buah Datuk K. Rajagobal yang semakin hilang punca menjelang lima hari perlawanan sebenar berdepan Singapura dengan tahap persefahaman antara pemain masih lemah dan kurangnya gerakan-gerakan menarik dapat disajikan oleh barisan serangan.

Tambah menghibakan, di hadapan 3,000 penonton, gol penyamaan Bangladesh hadir ketika lawan beraksi dengan 10 pemain selepas Pranotosh Kumer Das dibuang padang pada minit ke-77 melalui sepakan penalti yang disempurnakan Md. Jahid Hasan Ameli pada minit ke-83.

Keputusan seri 1-1 dengan pasukan yang berada di ranking 171 dunia itu pasti sukar diterima oleh kebanyakan peminat setia Harimau Malaya kerana Bangladesh baru sahaja ditewaskan oleh Thailand 0-5 pada Sabtu lalu.

Jika aksi dalam empat perlawanan terakhir ini dijadikan ukuran, Harimau Malaya nampaknya mungkin sudah boleh melupakan impian mempertahankan Piala Suzuki AFF yang dimenangi dua tahun lalu.
Gol tunggal pasukan negara diperoleh melalui Khyril Muhymeen pada minit ke-24 melalui tandukan hasil sepakan sudut yang diambil oleh ketua pasukan, Safiq Rahim.

Jaringan terbabit merupakan yang pertama buat pemain berasal dari Kedah itu buat skuad kebangsaan sejak Oktober 2008 iaitu semasa Pestabola Merdeka ketika mengalahkan Nepal 4-0 yang mana dia menjaringkan satu gol dalam perlawanan terbabit.

Cubaan terbaik pasukan pelawat diperoleh pada penghujung perlawanan melalui Md. Waly Faisal yang merembat dari jarak 30 meter, namun dapat ditangkap kemas Farizal Marlias.

Pada babak kedua, Rajagobal membuat percaturan baru memasukkan Zaquan Adha, Ahmad Hazwan Bakri, Shakir Shaari dan Baddrol Bakhtiar dengan mengeluarkan beberapa pemain utama seperti Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha, Safiq Rahim dan S. Kunanlan.

Namun, tiada perubahan ketara dalam permainan Harimau Malaya dengan tempo permainan masih dilihat terlalu perlahan di samping kegagalan jentera serangan mencipta banyak peluang untuk menambahkan jaringan.

Sebaliknya, Bangladesh tiba-tiba menghadirkan ancaman pada 10 minit terakhir perlawanan biarpun beraksi dengan kekurangan seorang pemain dan tindakan Irwan Fadzly Idrus menjatuhkan Mithun Chowdhry memberikan sepakan penalti kepada pelawat.

Jahid tidak mensia-siakan peluang keemasan terbabit untuk menggembirakan kira-kira 1,000 penyokong mereka yang hadir dengan pemain-pemain Harimau Malaya tunduk kecewa yang bagaikan tidak percaya mereka boleh gagal mengalahkan Bangladesh.






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Tuesday, November 20, 2012

McD MALAYSIA VS McD LUAR NEGARA



Biar gambar berkata-kata.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Monday, November 19, 2012

KEPUTUSAN UPSR 2012 : TUJUH NEGERI MENURUN

KUALA LUMPUR - Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah tahun ini tidak banyak berbeza berbanding tahun lepas dengan beberapa negeri menunjukkan peningkatan dalam jumlah dan peratusan murid yang memperoleh keputusan semua A.

Selain Kuala Lumpur, negeri yang mencatat peningkatan ialah Sarawak, Negeri Sembilan, Kedah, Pahang, Sabah dan Perlis.


Tujuh negeri pula mencatat sedikit penurunan iaitu Terengganu, Pulau Pinang, Kelantan, Perak, Selangor, Johor dan Melaka.


Di KUALA LUMPUR, 2,487 atau 10.35 peratus daripada 24,021 calon memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran. Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Abdullah Mad Yunus berkata, keputusan itu menunjukkan peningkatan sebanyak 0.37 peratus berbanding tahun lepas iaitu 2,441 murid daripada 22,766 calon mendapat semua A.
Beliau berkata, tiga sekolah yang mencatat pencapaian semua A tertinggi ialah Sekolah Kebangsaan Setiawangsa (97 murid), Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara (93 murid) dan Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1 (89 murid).

Di KUCHING, 2,010 daripada 45,946 calon UPSR Sarawak mencatat keputusan semua A berbanding 1,835 calon tahun lepas, iaitu peningkatan sebanyak 175 orang atau 0.22 peratus, kata Pengarah Pelajaran Sarawak Abdillah Adam. Beliau berkata, seramai 26,009 calon atau 56.9 peratus berjaya memperoleh sekurang-kurangnya penguasaaan minimum Gred C dalam semua mata pelajaran yang diambil, berbanding 24,344 calon atau 55.52 peratus pada tahun lepas, peningkatan sebanyak 1.38 peratus.

Di SEREMBAN, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan Kalsom Khalid berkata, seramai 2,197 orang atau 11.4 peratus memperoleh keputusan penuh 5A atau 7A berbanding 2,169 calon atau 11.6 peratus pada 2011. Beliau berkata, seramai 13,632 calon atau 70.9 peratus pelajar mencapai tahap penguasaan minimum gred 'C' dalam keseluruhan mata pelajaran yang diambil, meningkat 2.6 peratus berbanding pencapaian 2011.

Di KUANTAN, jumlah pelajar UPSR di Pahang yang memperoleh keputusan 5A turut meningkat kepada 3,025 berbanding 2,977 tahun lepas. Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang Rosdi Ismail berkata seramai 19,152 calon pula berjaya menguasai semua mata pelajaran iaitu mendapat gred A, B dan C. Dalam masa sama, beliau berkata pencapaian calon UPSR sekolah di tanah rancangan Felda yang berjaya mendapat gred serupa juga menunjukkan trend peningkatan iaitu 452 orang daripada 5,062 calon berbanding tahun lepasa, 446 orang dari 5,004 calon.

Di KANGAR, walaupun jumlah calon UPSR negeri Perlis tahun ini berkurangan namun jumlah yang mencatat keputusan cemerlang meningkat kepada 416 orang berbanding 388 orang pada 2011. Pengarah Pelajaran Perlis Dun Kasa berkata peratus kelulusan keseluruhan juga meningkat sebanyak 3.31 peratus kepada 65.71 peratus.


Di ALOR STAR, seramai 3,342 calon di Kedah memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran, meningkat sebanyak 0.11 peratus berbanding tahun lepas.  Pengarah Pelajaran Kedah Mansor Lat berkata pencapaian peratus kelulusan keseluruhan UPSR 2012 negeri itu meningkat 1.87 peratus kepada 66.32 peratus berbanding 64.45 peratus tahun lepas.

   
Di KENINGAU, seramai 1,035 daripada 45,337 calon UPSR 2012 di Sabah memperoleh keputusan A bagi semua mata pelajaran yang diambil, sekaligus menunjukkan peningkatan 0.04 peratus berbanding tahun lepas, kata Pengarah Pelajaran Sabah Datuk Dr Muhiddin Yussin. "Pada keseluruhannya seramai 21,140 calon atau 47.22 peratus berjaya mencatat sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran diambil yang menunjukkan peningkatan 2.19 peratus berbanding 20,403 calon tahun lalu," katanya.
   
Di KUALA TERENGGANU, seramai 3,012 dari 22,790 calon mendapat keputusan semua'A', merosot kepada 13.22 peratus berbanding 15.56 peratus tahun lepas, kata Pengarah Pelajaran Terengganu Zakaria Hussin.


Di SHAH ALAM, Timbalan Pengarah Pelajaran Selangor Mohd Salleh Mohd Kassim berkata 8,581 calon memperoleh semua A, menurun 0.96 peratus daripada 9,004 calon cemerlang tahun lepas. Seramai 54,092 calon pula lulus dalam semua mata pelajaran yang diambil dengan gred minimum C.

    
Di IPOH, seramai 3,718 calon UPSR di negeri itu memperoleh gred cemerlang dalam semua mata pelajaran berbanding 3,882 calon tahun lepas, menurun sebanyak 0.82 peratus. Timbalan Pengarah Pelajaran Perak Mohd Idris Ramli berkata bagaimanapun jumlah calon yang mencapai tahap penguasaan minima (ABC) bagi semua mata pelajaran yang diduduki meningkat kepada 28,298 calon berbanding 26,818 calon tahun lepas.
    
Di JOHOR BAHARU, Pengarah Pelajaran Johor Md Nor A Ghani berkata 9.07 peratus calon memperoleh keputusan semua A, menurun sabanyak 0.69 peratus berbanding 9.76 peratus pada 2011. Beliau berkata peratusan calon yang mendapat pencapaian Baik dengan minimum gred C bagi semua mata pelajaran yang diduduki meningkat sebanyak 0.57 peratus daripada 59.66 peratus tahun lepas kepada 60.23 peratus tahun ini. - Bernama




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Sunday, November 18, 2012

HARIAN METRO 14 NOVEMBER 2012


Ni untuk kenangan bila dah tak larat esok-esok.

Harian Metro , Rabu 14 November 2012.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Saturday, November 17, 2012

CHONG WEI FENG LAYAK KE SEPARUH AKHIR TERBUKA CHINA



Pemain perseorangan negara Chong Wei Feng terus memperagakan aksi cemerlang untuk menempah tiket ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka China di Shanghai, China, malam ini. Pemain berusia 25 tahun itu hanya mengambil masa 37 minit untuk mengetepikan saingan pemain Jepun Takuma Ueda 21-16, 21-13 pada perlawanan pusingan ketiga.

Wei Feng yang merupakan wakil tunggal negara dalam acara perseorangan akan menentang pilihan utama Cheng Long dari China pada separuh akhir esok. Selain itu, beregu utama negara Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong turut melangkah ke separuh akhir selepas menumpaskan beregu Taiwan Chen Hung Ling/Lu Chia Bin dengan 21-17, 21-17.

Mereka akan berdepan dengan beregu nombor satu dunia, Mathias Boe/Carsten Mogensen dari Denmark pada separuh akhir. Beregu campuran negara Chan Peng Soon/Goh Liu Ling turut layak ke separuh akhir apabila menundukkan gandingan Indonesia, Riky Widianto/Puspita Richi Dili  21-16, 21-18. Chan dan Liu, beregu campuran nombor empat dunia itu, akan menentang gandingan, Tontowi Ahmad dan Liliyana Natsir, beregu nombor tiga dunia dari Indonesia, esok.

BERNAMA

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Friday, November 16, 2012

MAHARKU UNTUKMU


Inilah mahar ku untuk mu
Seperti ini ku mampu
Sepenuh hati ku berikan
Sebagai wujud cinta ku

Mahar ku untuk mu tulus ku serahkan
Kepada diri mu satu yang ku pilih
Mahar ku untuk mu aku karunia
Yang ALLAH berikan pada ku untuk mu

Terimalah sebaris doa
Semoga engkau bahagia
Dan ku nyanyikan lagu ini
Persembahan cinta suci

Mahar ku untuk mu tulus ku serahkan
Kepada diri mu satu yang ku pilih
Mahar ku untuk mu aku karunia
Yang ALLAH berikan pada ku untuk mu

Mahar ku untuk mu tulus ku serahkan
Kepada diri mu satu yang ku pilih
Mahar ku untuk mu aku karunia
Yang ALLAH berikan pada ku untuk mu

Mahar ku untuk mu tulus ku serahkan
Kepada diri mu satu yang ku pilih
Mahar ku untuk mu aku karunia
Yang ALLAH berikan pada ku untuk mu





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Wednesday, November 14, 2012

SDAR KEKALKAN KEJUARAAN KEJOHANAN RAGBI 10 SEPASUKAN MSSM/MILO PERINGKAT KEBANGSAAN


Juara bertahan, Sekolah Dato' Abdul Razak  (SDAR), Seremban berjaya mengekalkan kejuaraan Kejohanan Ragbi 10 Sepasukan Bawah 15 Tahun MSSM/MILO Peringkat Kebangsaan di padang Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh.

SDAR menumpaskan Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS) 21-10 untuk meraih gelaran buat kali ke empat sejak kejohanan mula dianjurkan pada tahun 1981. Untuk rekod SDAR telah memenangi kejuaraan ini pada tahun 1990, 2009 dan 2011.


Dalam aksi separuh akhir, SDAR berajaya mengenepikan cabaran sengit pasukan tuan rumah, STAR Ipoh 22-19, manakala SM Sains Selangor pula mengecewakan SM Sains Hulu Selangor (SEMASHUR) 14-5. 

Berikut merupakan keputusan pertandingan :

JOHAN CUP : Sekolah Dato' Abdul Razak
NAIB JOHAN CUP : Sekolah Menengah Sains Selangor
KE-3 : Sekolah Tuanku Abdul Rahman
KE-4 : Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor

JOHAN PLATE : SMK Taman Kosas, Selangor
NAIB JOHAN PLATE : SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai, Kelantan.

JOHAN BOWL : Maktab Sabah
NAIB JOHAN BOWL : SM Sains Pokok Sena

JOHAN SPOON : SM Sains Kepala Batas
NAIB JOHAN SPOON : SM Sains Machang

PEMAIN TERBAIK PERLAWANAN AKHIR : Muhammad Nabil Fikri bin Zulfikri (SDAR)

PEMAIN TERBAIK KESELURUHAN :
 Mohd Arif bin Mohamad (SDAR)

PEMAIN FORWARD TERBAIK :
SM Sains Selangor

PEMAIN BACKLINE TERBAIK : 
Muhammad Azim bin Zainurin (STAR)



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Tuesday, November 13, 2012

DEWAN INI DITANGGUHKAN

Inilah kisah kita,kisah debat, DEBAT KISAH INDAH.  Musim 2012 melabuhkan tirai, sekadar berkongsi rasa dan jiwa atas memori yang tercipta.



Perjuangan STAR ternoktah di suku akhir PPM 2012

Musim 2012, Keluarga Debat Bahasa Melayu STAR (KDBM) bermula dengan kekecewaan, namun diakhiri dengan senyum kegembiraan. Berbekalkan reputasi sebagai juara bertahan dan pemenang Piala Perdana Menteri  2011, akhirnya seluruh warga STAR melihat air mata pembahas tumpas di bumi sendiri apabila tewas dalam peringkat suku akhir kepada Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya. Walaupun telah cuba sedaya upaya memberikan persembahan terbaik, apatah lagi HKSBP 2012 berlangsung di halaman sendiri, namun tiga orang panel juri memutuskan perjuangan STAR berakhir di peringkat suku akhir sahaja. Tamat ceritera indah para pembahas tingkatan lima. 


ISDC 2012 anak-anak muda ini berjaya melangkah ke separuh akhir.

Namun, berkat kesungguhan dan semangat tidak pernah mengalah, KDBM cepat bangkit. Perjuangan yang belum selesai diteruskan oleh para pembahas tingkatan empat dan tingkatan dua. Destinasi pertama yang dituju ialah di Taman Ilmu dan Budi, Kampus Universiti Islam Antarabangsa malasyia. Pertandingan debat Sekolah-sekolah sememangnya pertandingan debat paling berprestij kerana menghimpunkan semua jenis sekolah di malaysia samada SBP, MRSM, Sekolah harian, sekolah agama mahupun sekolah swasta. 80 pasukan menyahut  cabaran dalam pertandingan ini. Mengharap melangkah ke final dengan harapan menebus kekecewaan PPM, namun, sayangnya tersungkur di seperuh akhir kepada musuh tradisi Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban. Walaupun tewas, pencapain separuh akhir adalah sesuatu yang membanggakan kerana berada di kalangan empat sekolah terbaik dari 80 yang menyertainya.


Debat MUSLEH akhirnya menoktahkan kejayaan pertama tahun 2012.

Kami tinggalkan UIA, kami berkelana ke UTM  Kuala Lumpur bagi menyertai Pertandingan Debat  Antarabangsa MUSLEH buat kali pertama. Cabaran juga cukup hebat kerana menerima penyertaan dari negara-negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Thailand.  Namun, bak kata pepatah alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan.  60 pasukan perlu ditewaskan kali ini. Alhamdulillah, akhirnya kejayaan musim 2012 memihak juga kepada alma mater ini. STAR layak ke final bertemu SMKA Al-Irsyad, Pulau Pinang. STAR diumumkan juara dengan margin 2.67 juri 6-1. Dan kejayaan lebih manis apabila Dinie Zafri bin Zainuddin diangkat sebagai pembahas terbaik keseluruhan dan final.


Pendebat junior turut merangkul kejuaraan pertama mereka. Johan Bahas Piala Koperasi.

Belum habis lelah, destanasi yang bebaki kami teruskan ke bumi Serdang. Kejohanan novis yang menghimpunkan para pendebat junior dilangsungkan dengan jayanya oleh SMK Sri Serdang. Kali ini pembahas tingkatan tiga mengambil tempat untuk membuktikan sesuatu. Walau pertama kali menyertai pertandingan aura juara tidak pernah hilang. Keyakinan, kepetahan serta kemampuan mena'kul dan berfikir secara kritis membuahkan hasil. Kami johan sekali lagi, kali ini pasukan dari Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin, Bukit Mertajam berjaya ditewaskan. Alhamdulillah, Syafiq Jebat muncul pembahas terbaik final.



Finalist PESTA BAHAS 2012 bergambar kenangan selepas perlawanan akhir. 

Kata orang melentur buluh biarlah dari rebungnya. Usaha untuk melahirkan pembahas pelapis dipergiatkan melalui Pesta Bahas. Pesta Bahas 2012 diadakan pada sekitar bulan Julai dan Alhamdulillah, untuk musim 2012 KDBM berjaya memiliki piala pusingannya sendiri. Sambutan yang diterima amat menggalakkan,  bakat-bakat muda menampakkan potensi yang membanggakan.  Bumi Ipoh tak tandus bakat muda yang akan mengambil tempat pembahas-pembahas senior suatu hari nanti.


Juara Debat dan Pidato Piala Pengurus Besar Yayasan Selangor 2012.

Awal September, kami telusuri pertandingan major seterusnya. Pertandingan Debat dan Pidato Piala Pengurus Besar Yayasan Selangor mula memahat nama dalam dunia debat  sekolah-sekolah Malaysia. Cabaran juga kuat, tentangan cukup hebat. Nama-nama besar dalam arena debat sekolah-sekolah Malaysia turut beradu akal dan minda. SDAR, SMAP KAJANG, SMI HIDAYAH, MCKK, SAS, KISAS dan banyak lagi pasukan perlu ditewaskan.  Akhirnya bumi Klang kami tawan jua. Dengan usul final “Penghayatan Kemerdekaan Semakin Pudar” STAR berjaya menewaskan Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dengan margin 2.67 dan juri 6-1. Dinie Zhafri sekali lagi diangkat sebagai pendebat terbaik final.

Dan terakhirnya haluan KDBM terarah ke bumi Seremban untuk menyertai  Pertandingan Debat Piala Tun Razak anjuran Kelab Seni Orator SDAR. Pertandingan ini melibatkan penyertaan pelajar-pelajar yang baru selesai menduduki peperiksaan PMR. Walau STAR gagal menjulang piala kejuaraan, namun tetap memberi tentangan sengit sehingga peringkat separuh akhir dan tewas 2-3 kepada pasukan tuan rumah. Satu pembelajaran yang hebat untuk pendebat-pendebat muda STAR.


Musim yang hebat, penuh dengan air mata kegembiraan dan kekecewaan. Sekalung penghargaan untuk semua yang menjadikan musim ini sebagai musim yang hebat. Dari kesetiaan dan dedikasi pendukung kami, Cikgu Shahnun dan cinta kasih para bekas pembahas yang tidak pernah jemu memberi tips (Paman, Syazwan Aswat, Farid, Siraj, Khalis, Faizs), tunjuk ajar pembahas senior Uthman dan Wan Hafizan. Para pembahas utama Dinie, Ahmad Aiman dan Amirul Rosli. Tidak lupa juga team sparring yang hebat fayyaz Imran, Khairul Hafiz dan Eyman Asyraf. Pendebat-pendebat muda Syafiq Jebat, Muhaimin, Meor Amir Ikhwan, Arif Kamal dan Adib Farazi serta junior tingkatan satu yang turut berada dalam keluarga besar ini. Moga-moga musim 2013 akan lebih bermakna dan gemilang. DEWAN INI DITANGGUHKAN.





Keluarga Debat Bahasa Melayu STAR, IPOH.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

NEW ZEALAND TEWASKAN MALAYSIA 5-2

Malaysia gagal mengekalkan momentum kemenangan ke dua berturut-turut apabila tewas kepada New Zealand 5-2 dalam perlawanan ke dua Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 Tahun Piala Sultan Johor 2012 di Johor Bharu malam ini.


New Zealand berjaya mendahului Malaysia menerusi jaringan oleh Ben Radovonich pada minit ke-17 sebelum ketua pasukan, Muhammad Noor Faeez Ibrahim menyamakan kedudukan melalui penalti stroke.

Muhammad Noor Faez sekali lagi menceriakan hampir 7,000 penyokong setia Malaysia apabila sekali lagi menjaringkan gol ke dua Malaysia menerusi pukulan sudut penalti.

Namun, kegembiraan kem Malaysia tidak lama apabila Parker Brennan Alexender menghukum kealpaan benteng pertahanan Malaysia dengan menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-30.

Dua minit berselang, Malaysia dikejutkan sekali lagi dengan jaringan padang New Zealand oleh Radovonich menjadikan kedudukan 3-2 dan keputusan ini kekal sehingga tamat masa pertama.

Memasuki babak ke dua, harapan rakyat Malaysia untuk menyaksikan kebangkitan Malaysia musnah apabila pasukan Kiwi menambah dua lagi jaringan melalui Kane Russel pada minit ke-46 dan Michael Ritchie pada minit ke-58. Malaysia berjaya memperoleh beberapa pukulan sudut penalti namun gagal dimanfaatkan oleh para pemain Malaysia. Kedudukan 5-2 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan 12/11/2012

Australia (5) vs Pakistan (1)
India (3) vs  Germany (1)
Malaysia (2) vs New Zealand (5)


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Monday, November 12, 2012

MALAYSIA BANGKIT TEWASKAN JERMAN 3-2


Malaysia memulakan misi mempertahankan kejuaraan Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor dengan langkah kanan apabila menewaskan Jerman 3-2 dalam aksi di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bharu malam tadi.


Walau bagaimanapun Malaysia yang dibarisi oleh para pemain-pemain muda dilihat mengamalkan corak permainan berhati-hati pada separuh masa pertama. Keadaan ini membawa padah apabila Jerman berjaya mendahului 2-0  pada separuh masa pertama hasil jaringan pukulan sudut penalti oleh Tom Grambush pada minit ke-18 dan Tompertz Moritz pada minit ke-23.

Dalam separuh masa ke-2, Malaysia mengubah taktik serangan dengan  membuat hantaran-hantaran jauh dan akhirnya Malaysia berjaya merapatkan kedudukan 1-2 apabila Amir Farid Ahmad Fuzi menjaringkan gol hasil hantaran silang Muhammad Firhan Ahaari  pada minit ke-38. Kapten pasukan, Muhammad Noor Faeez Ibrahim berjaya menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-49 melalui penalti stroke.

Dan gol kemenangan Malaysia akhirnya diperoleh pada minit-minit terakhir perlawanan apabila Muhammad Ramadhan Rosli berjara menjaringkan gol dari sudut yang sukar apabila mengambil kesempatan dari pertahanan Jerman yang dilihat semakin goyah. Dan keputusan 3-2 kekal hingga wisel penamat dibunyikan.

Keputusan 11/11/2012 (Ahad)

New Zealand vs Pakistan (3-3)
Australia vs India (0-2)
Malaysia vs Jerman (3-2)


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Thursday, November 8, 2012

KEJOHANAN RAGBi 10'S BAWAH 15 TAHUN MSSM/MILO 2012


SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN, IPOH  mengalu-alukan kehadiran semua pasukan ke Kejohanan Ragbi 10 Sepasukan Bawah 15 Tahun Peringkat Kebangsaan MSSM/Milo 2012.

Tarikh : 10-11 November 2012
Tempat : Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh


Kumpulan A
Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR), Negeri Sembilan
SMS Raja Tun Azlan Shah (SERATAS), Perak
Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah (KDPAHA), Sarawak
SBPI Kuantan (SBPIK), Pahang


Kumpulan B
SMS Pokok Sena (SAINA), Kedah
Kolej Yayasan Saad (KYS), Melaka
SMK Taman Kosas (KOSAS), Selangor
Maktab Sabah (MTB SBH), Sabah

Kumpulan C
Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Perak
SMK St. John (SJOHN), Kuala Lumpur
MRSM Balik Pulau (MRSM BP), Pulau Pinang
SMK Sultan Yahya Petra 1 (SYP), Kelantan

Kumpulan D
Sekolah Sultan Alam Shah (SAS), Putrajaya
SMS Hulu Terengganu (SAHUT), Terengganu
SMK Tunku Ismail (SMKTI), Johor
SMK Abi (ABI), Perlis

Kumpulan E
SMS Hulu Selangor (SEMASYUR), Selangor
SMS Kubang Pasu (KUPAS), Kedah
Sekolah Tuanku Jaafar (STJ), Negeri Sembilan
SMK King Edward VII (KE VII), Perak

Kumpulan F
SMK Zaaba (ZAABA), Negeri Sembilan
SMS Sultan Ahmad Shah (SHAH), Pahang
SNK La Salle (LA SALLE), Sabah
SMS Muzaffar Shah (MOZAC), Melaka

Kumpulan G

SMS Sultan Mahmud (SESMA), Terengganu
Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Perak
SMK Syed Sirajuddin (SEMSIRA), Perlis
SMS Johor (SMSJ), Johor

Kumpulan H
SMS Selangor (SMSS), Selangor
SMS Machang (SMACH), Kelantan
SBPI Gombak (INTERGOM), Selangor
SMS Kepala Batas (SMSKB), Pulau Pinang

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

HIJAU BUMI TUHAN

Sekolah Tuanku Abdul Rahman telah menganjurkan Program Hijaukan Bumi bagi memastikan warga Sekolah Tuanku Abdul Rahman dapat hidup dalam suasana kehijauan. Program ini diuruskan oleh Panitia Geografi dan Jawatankuasa Pengurusan STAR Fruit Valley pada bulan Oktober dan November 2012.


Program yang diilhamkan oleh Tuan Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim, Pengetua Cemerlang STAR ini terdiri daripada dua aktiviti utama. Aktiviti pertama ialah Pertandingan Amalan Budaya 5S Antara Kelas Tingkatan 1 dan Pertandingan Amalan Budaya 5S Antara Rumah (Tingkatan 3) yang berfokus kepada menyisih batu dan membersihkan kawasan. Aktiviti kedua pula ialah menanam 30 pokok buah-buahan yang disertai oleh guru-guru dan pelajar tingkatan 3.


Kawasan STAR Fruit Valley menjadi kawasan tumpuan untuk melaksanakan program ini kerana masih banyak kawasan lapang yang masih belum ditanam dengan pokok dan menggantikan pokok yang sudah mati di situ.

...

Antara tujuan program hijaukan bumi (go green) ini ialah untuk membudayakan amalan 5S khususnya pelajar tingkatan satu dan tingkatan 3. Amalan 5S dimulakan dengan amalan sisih. “Kita mahu amalan sisih ini dijalankan di bilik darjah, kawasan dalam dorm, persekitaran surau, Starian Square, kawasan sekitar blok tingkatan satu dan blok asrama tingkatan satu. Untuk membudayakan 5S tidak cukup dengan teori, ia mesti dipraktikkan. Jadi kita mulakan dengan projek go green di S.T.A.R. Fruit Valley kerana jika kita tak sisihkan batu sukar untuk kita bersihkan kawasan itu dengan mesin sandang.”, kata Tuan Haji Abdul Hashim.


“Di samping itu program ini juga dapat membentuk keakraban antara guru dan pelajar tingkatan 3 dengan menanam 30 pokok. Setiap guru akan dibantu oleh 3-4 orang pelajar tingkatan 3 untuk menanam pokok. Kerjasama ini akan mewujudkan suasana lebih mesra dan akrab. Selain itu kita nak wujudkan teamwork di kalangan pelajar tingkatan 3, sayangi kehijauan di bumi STAR yang bertuah serta kita mahu pelajar tingkatan 3 menjadi role model kepada tingkatan 1 dan 2 dalam amalan budaya 5S”, jelas Tuan Haji Abdul Hashim lagi.


Alam sekitar adalah elemen paling penting yang perlu dititikberatkan untuk menikmati sebuah kehidupan yang sejahtera. Semua pihak perlu bersatu padu berusaha melestarikan alam sekitar supaya sentiasa berada dalam suasana hijau, bersih dan selamat.

Encik Zabidi sedang menanam pokok.

 Selain terlibat dengan menanam pokok, pelajar-pelajar juga mengumpulkan batu bata di tapak fruit valley.

Pelajar-pelajar tingkatan Satu dengan program 5S.

 Para pelajar bergambar kenangan  bersama penyelaras, Encik Mohd Zabidi.

sumber : FB Cikgu Zabidi

 

 


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

HINGGA KETEMU LAGI


Musim persekolahan 2012 melabuhkan tirai. Selamat kembali ke pangkuan keluarga buat semua warga Sekolah Bintang. Asrama dan kelas siap dikemas, guru-guru siap menghabiskan memasukkan markah terakhir untuk peperiksaan. Juga menyiapkan tugasan sebelum berehat sebulan menghilangkan penat lelah semusim. Bagi yang  bertugas semasa SPM, teruskan tugas dan amanah dengan berlapang dada, moga Allah memberkati kalian.

Jumpa lagi di bumi Ipoh musim 2013 nanti.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget