WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, December 23, 2013

RANKING PMR 2013 SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP)

1. The Malay College Kuala Kangsar (GPS 1.0154)
2. Sekolah Tun Fatimah (GPS 1.0231)
3. SM Sains  Raja Tun Azlan Shah (GPS 1.0255)
4. Sekolah Sultan Alam Shah (GPS 1.0266)
5. SM Sains Miri (GPS 1.0275)
6. Kolej Tunku Kurshiah (GPS 1.0301)
7. SM Sains Hulu Selangor (GPS 1.0310)
8. Sekolah Dato' Abdul Razak (GPS 1.0323)
9. SM Sains Kota Tinggi (GPS 1.0335)
10. SM Sains Sultan Mahmud (GPS 1.0363)
11. SM Sains Muzhafar Shah (GPS 1.0390)
12. Sekolah Seri Puteri (GPS 1.0426)
13. Sekolah Tuanku Abdul Rahman (GPS 1.0502)
14. SM Sains Tuanku Syed Putra (1.0526)
15. SM Sains Rembau (GPS 1.0535)
16. SM Sains Pasir Puteh (GPS 1.0542)
17. SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra (GPS 1.0606)
18. SM Sains Selangor (GPS 1.0615)
19. SM Sains Tapah (GPS 1.0622)
20. SM Sains Johor (GPS 1.0653)
21. SM Sains Kuala Selangor (GPS 1.0654)
22. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa (GPS 1.06671)
23. SM Sains Tuanku Ja'afar (GPS 1.0698)
24. SM Sains Tengku Abdullah (GPS 1.0740)
25. SBP Integrasi Gombak (GPS 1.0741)
26. SM Sains Kubang Pasu  (GPS 1.0743)
27. SM Sains Teluk Intan (GPS 1.0840)
28. SM Sains Kuching (GPS 1.0893)
29. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin (GPS 1.0896)
30. SM Sains Banting (GPS 1.0904)
31. SM Sains Pokok Sena (GPS 1.0937)
32. SBP Integrasi Gopeng (GPS 1.0939)
33. Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (GPS 1.0942)
34. SM Sultan Abdul Halim (GPS 1.1010)
35. SM Sains Machang (GPS 1.1012)
36. SBPI Integrasi Rawang (GPS 1.030)
37. SM Sains Lahad Datu (GPS 1.1086)
38. SM Sains bagan Datoh (GPS 1.1092)
39. SM Sains Kepala Batas (GPS 1.1092)
40. SB Integrasi Batu Rakit (GPS 1.1153)
41. SM Sains Sultan Hj Ahmad Shah (GPS 1.1213)
42. SM Sains Sabah (GPS 1.1241)
43. SBPI Sabak Bernam (GPS 1.1270)
44. SM Sains Sembrong (GPS 1.1278)
45. SBPI Kubang Pasu (GPS 1.1323)
46. SM Sains Hulu Terengganu (GPS 1.1325)
47. SBPI Kuantan (GPS 1.1411)
48. SM Sains Labuan (GPS 1.1431)
49. SBPI Temerloh (GPS 1.1506)
50. SBPI Tun Abdul Razak (GPS 1.1582)
51. SM Agama Persekutuan Kajang (GPS 1.1628)
52. SM Sains Dungun (GPS 1.1140)
53. SM Agama Persekituan Labu (GPS 1.1786)
54. SM Sains Setiu (GPS 1.1823)
55. SBPI Selandar (GPS 1.22212)
56. SBPI Jempol (GPS 1.12263)
57. SM Sains Sultan Iskandar (GPS 1.1342)



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Wednesday, December 18, 2013

AZEAN IRDAWATY KEMBALI KE RAHMATULLAH. ALFATIHAH.

Primadona filem Melayu, Azean Irdawaty, 63 tahun meninggal dunia pada Selasa pukul 8.26 malam di Hospital Universiti, Petaling Jaya, Selangor.

Allahyarhamah menderita sejak lima tahun lalu akibat penyakit tumor dan lymphedema yang dihidapinya.

Allahyarhamah merupakan pelakon yang mula mencipta nama sebagai penyanyi pada era 70an dan namanya meledak di layar perak akhir 70an setelah membintangi filem Esok Masih Ada arahan Tan Sri Jins Shamsuddin.

Di layar perak, Azean merupakan pemenang sebanyak dua kali trofi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia pada tahun 1980 menerusi filem Esok Masih Ada dan Langit Petang pada tahun 1982.

Allahyarhamah cukup dikenali menerusi watak Auntie Zai lakonan terbaiknya dalam filem Layar Lara arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba.

Menerusi watak Tok Wan dalam filem Waris Jari Hantu, sekali lagi Allahyarhamah membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM pada 2008.

Filem terakhir lakonannya ialah menerusi filem terakhir arahan Allahyarhamah Yasmin Ahmad, Talentime pada tahun 2009.

Selain filem, Allahyarham turut dikenali di skrin televisyen antaranya drama Aishah 50 Sen, Ratu Jamu, Kembali dan Najihah.

Allahyarhamah meninggalkan suami, Khairil Anwar Z.M Rashidi dan tiga orang anak, Khaeryll Benjamin, Elza Irdalynna dan Inessa Irdayanty.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Tuesday, December 17, 2013

KISAH INDAH DI BUMI TRONOH

Cabaran Debat Muda untuk Alaf 21 (CDM2121) merupakan satu pertandingan debat untuk pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berusia 21 tahun dan ke bawah. Menyedari betapa perlunya STAR untuk bertanding di peringkat yang lebih tinggi, maka KDBM STAR mengorak langkah buat pertama kalinya menyertai CDM2121 bagi edisi ke-2 tahun 2013. dan penyertaan KDBM STAR merupakan usaha untuk menimba sebanyak mana ilmu dan pengalaman bersaing bersama-sama para pendebat universiti. 

Cabaran CDM2121 tahun ini disertai oleh 30 pasukan termasuklah dari empat buah sekolah iaitu Sekolah Tuanku Abdul Rahman(STAR),  Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR),  Sekolah Seri Puteri(SSP), dan Malay College Kuala Kangsar (MCKK). Antara IPT yang mengambil bahagian ialah UIAM, Asasi UIAM, UPNM, UM, UTP, UTM dan UiTM. manakala pasukan jemputan dari Persatuan persuratan melayu Singapura (4PM).


STAR diwakili oleh Ahmad Aiman, Muhaimin, Syafiq Jebat dan Afif Nazhan.

Berikut kami paparkan keputusan perlawanan yang melibatkan STAR di peringkat pusingan awal (ENAM perlawanan)

Pusingan Pertama

USUL : Teknologi Pencegahan Jenayah di Malaysia, Masih Lemah
STAR (kerajaan) menentang Asasi UIAM A (pembangkang)
Pemenang : STAR
Margin : 2
Pendebat  Terbaik : Muhammad Syafiq Jebat (STAR)

Pusingan Ke-dua

USUL : Pembangunan bandar Menjejaskan Warisan Negara
STAR (kerajaan) menentang UiTM E (pembangkang)
Pemenang : UiTM E
Margin : 2
Pendebat  Terbaik : Muhammad Aiman (UiTM E)

Pusingan ke-3

USUL : Industri hiburan tanah Air Gagal Memartabatkan Budaya dan Warisan Tempatan
UIAM C (Kerajaan) menentang STAR (Pembangkang)
Pemenang : STAR
Margin : 5
Pendebat Terbaik : Ahmad Aiman (STAR)

Pusingan ke-4
USUL : Kita Perlu Mencontohi Kongres Diaspora
Asasi UIAM A  (Kerajaan) menentang STAR (Pembangkang)
Pemenang : STAR
Margin : 1.33
Pendebat  Terbaik : Muhaimin (STAR)

Pusingan ke-5
Demi Alam Sekitar, Dewan Ini Lebih Percaya Kepada Teknologi Hijau Berbanding Pemantapan Kesedaran
UiTM E (Kerajaan) menentang STAR (Pembangkang)
Pemenang : STAR
Margin : 2
Pendebat terbaik : Muhammad Syafiq (STAR)

Pusingan ke-6
Pewartaan Tapak Warisan Dunia Lambang Komitmen Kepada Khazanah Negara
STAR (Kerajaan) v UiTM C (Pembangkang)
Pemenang : UiTM C
Margin : 1.67
Pendebat terbaik : Ahmad Aiman (STAR)



Perlawanan menentang UIAM C.

Alhamdulillah, dari sekadar hadir ke UTP untuk menimba pengalaman dan ilmu perdebatan bersama-sama para pendebat IPT, Allah memberi laluan yang mudah dan rezeki yang murah kepada pasukan kami apabila memenangi 4 perlawanan di peringkat pusingan awal. Secara ke seluruhannya STAR berada di kedudukan ke-4 daripada 30 pasukan yang bertanding.

STAR berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir dan diundi menentang pasukan UIAM B. berikut merupakan keputusan peringkat suku akhir. 

Pusingan Suku Akhir

USUL : UNESCO Masih Releven Dalam Penjagaan Warisan Dunia
UIAM B (Kerajaan) menentang STAR (pembangkang)
Pemenang : STAR
Margin : 2.55
juri : 3-0
Pendebat terbaik : Ahmad Aiman (STAR)

Dengan ini STAR berjaya melangkah ke separuh akhir, satu peringkat yang tidak pernah terduga kerana kami terpaksa bersaing dengan pembahas-pembahas universiti. Di peringkat separuh akhir, STAR sekali lagi diundi bertemu UiTM C, pasukan yang menewaskan STAR pada pusingan ke-5 dan merupakan juara liga pusingan awal.

Pusingan Separuh Akhir

USUL : Dewan Ini Menyokong Mekanisme Penangkapan dan Penyimpanan Karbon (CCS)  Demi Mengawal Pemanasan Global

STAR (kerajaan) v UiTM C (Pembangkang)
Pemenang : UiTM C
Juri : 4-1
Margin 1.67
Pendebat Terbaik : Haziq Jamaludin(UiTM C)

Dengan ini maka, tamatlah perjuangan STAR dalam CDM212 bagi tahun 2013. Alhamdulillah, banyak ilmu yang dipelajari dalam tempoh empat hari berkampung di bumi Tronoh. Semoga kejayaan ini membuka jalan yang lebih luas kepada kejayaan seterusnya.


Selamat tinggal UTP ! Selamat tinggal CDM2121. Ada kisah indah tertinggal di sini.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Friday, December 13, 2013

KEPUTUSAN PMR 2013 DIUMUMKAN PADA 19 DISEMBER 2013

Keputusan PMR 2013 akan dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan melalui sekolah masing-masing pada KHAMIS, 19 DISEMBER 2013. Calon PMR boleh mengambil keputusan masing-masing selepas jam 10.00 pagi di sekolah masing-masing.  Atau melalui mySMS 15888 aktif dari 10 pagi  ,19 Disember 2013 hingga 11.59pm 25 Disember 2013. Harap maklum dan terima kasih.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Tuesday, December 10, 2013

DATUK DR KHAIR MOHAMAD YUSOF DILANTIK KETUA PENGARAH PELAJARAN BAHARU


Datuk Dr Khair Mohamad Yusof dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abd Ghafar Mahmud yang bersara pada 6 Disember lalu.
Dr Khair merupakan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Dasar).
Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan mengenai pelantikan Dr Khair pada majlis makan malam sempena persaraan Abd Ghafar di sini, Isnin.
Muhyiddin berkata sumbangan terbesar Abd Ghafar kepada kementerian tersebut ialah kerja kerasnya dalam melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) (2013-2025).
"Kita bukan sahaja berjaya menepati sasaran dalam tempoh 100 hari pertama PPPM dilancarkan, malah kita telah maju ke hadapan dan melangkauinya.
"Semasa tempoh Abd Ghafar memegang jawatannya juga, program transformasi lain turut dimulakan seperti, inisiatif untuk anak Orang Asli dan pelajar desa serta program Sekolah Dalam Hospital, yang mana semuanya kini telah menunjukkan hasil yang baik.
"Abd Ghafar juga secara sukarela mahu menjadi penasihat kepada Guru 1Malaysia dan saya segera menerima tawarannya kerana guru muda bakal memperoleh faedah dengan bimbingan daripada beliau," katanya ketika berucap pada majlis makan malam tersebut.
Muhyiddin berkata pihak kementerian telah mencadangkan nama Abd Ghafar sebagai ahli lembaga pengarah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO).



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Friday, November 29, 2013

TEKS PENGACARA MAJLIS GRADUASI

1. Mengumumkan Ketibaan VIP

Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat Yang Berusaha, Tuan Haji Azlan bin Abdullah, Presiden STAROBA diiringi oleh Pengetua Cemerlang Sekolah Tuanku Abdul Rahman. 


2. Nyanyian Lagu negaraku dan Lagu Sekolah

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu sekolah, ilmu Panduan Hidup.  Hadirin diminta berdiri. 

Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.



3. Solutasi

Yang berusaha Tuan Haji Azlan bin Abdullah
Presiden STAROBA

Yang Berusaha Dr Amirul Shah bin Shah Budin
Yang Di pertua PIBG STAR

Yang Berusaha  Tuan Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim,
Pengetua Cemerlang STAR

Yang berusaha barisan penolong-penolong Kanan STAR
Dif-dif kehormat, Ahli Jawatankuasa  STAROBA, Ahli Jawatankuasa  PIBG,  para ibu bapa, guru-guru seterusnya para  pelajar yang dikasihi sekalian. 

4. Ucapan Alu-aluan Pengacara Majlis

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan Iizin kasih-NYA, kita dapat berkumpul di dewan sekolah yang bersejarah ini bagi menjayakan Majlis Graduasi pelajar Tingkatan Lima 2013. Majlis merakamkan setingggi-tinggi ucapan terima kasih kepada tetamu kehormat kita pada hari ini Yang berusaha Tuan Haji Azlan bin Abdullah, Presiden STAROBA kerana sudi hadir ke majlis kita pada pagi ini. Selamat datang juga diucapkan kepada semua tetamu, ibu bapa serta hadirin-hadirat sekalian.  Semoga dengan kehadiran semua, maka majlis ini lebih bermakna dan berseri.


5. Bacaan Doa

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat.  Untuk itu, majlis mempersilakan  Al Fadhil Ustaz Muhammad Firdaus bin Ahmad  untuk meminpin bacaan  doa.


6. Ucapan Wakil Pelajar

Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan dari wakil pelajar tingkatan lima. Untuk itu dipersilakan ketua umum 2013, Saudara Taqiudin Tamunif  untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Saudara Taqiudin Tamunif  atas ucapan sebentar tadi.


7. Ucapan Pengetua 

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Abdul hashim bin Abdul karim, pengetua Cemerlang STAR untuk menyampaiakn ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Pengetua atas ucapan sebentar tadi.


8. Ucapan Perasmi/VIP

Kini kini akan mendengar ucapan daripada tetamu kehormat. Majlis dengan penuh takzim Yang Berusaha Tuan Haji Azlan bin Abdullah menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Graduasi 2013. Dengan segala hormatnya dipersilakan. 

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Haji Azlan bin Abdullah atas ucapan serta perasmian Majlis Graduais 2013  sebentar tadi.


9. Penyampaian Sijil Graduasi

Kini, tibalah kita ke acara penyampaian sijil graduasi  kepada para pelajar tingkatan lima. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim untuk mengiringi tetamu kehormat, Yang Berusaha Tuan Haji Azlan bin Abdullah. Dengan ini saya serahkan majlis kepada Encik Naharudeen bin Othman untuk mengumumkan nama-nama graduan.    


10. Penyampaian Cenderahati

Seterusnya, majlis mempersilakan Pengetua Cemerlang STAR, Tuan Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim  untuk menyampaikan cenderamata kenang-kenangan daripada pihak sekolah kepada yang berusaha Tuan Haji Azlan bin Abdullah.  

Terima kasih diucapkan kepada tetamu kehormat atas kesudian menyampaikan sijil graduasi kepada para pelajar.


 Hadirin sekalian, kita telah pun berada di penghujung acara

Gugur menguning buah kuini,
Menghijau pohon subur dibaja,
Majlis kita berakhir di sini,
Salah dan silap lupakan saja
         Sebarang kelemahan harap dimaafi
Segala kerjasama sangat dihargai
Terima kasih sekalung budi
Kenangan nan indah simpanlah di hati
Semoga kita berjumpa lagi.

Anak-anakku , sebaik  sahaja kalian beredar dari sekolah  ini, maka terbukalah pintu rindu dihati guru-guru. Selamat menerusan perjuangan. Mungkin budi kami yang tumpah di sini, hatta setitis mahupun selaksa. Bukanlah untuk dijual beli atau ditimbang kati kemudian hari. Yang kami sampaikan selama ini hanyalah amanah dan tanggungjawab. Terimalah seadanya seikhlas kami  memberi.

Dengan ini, majlis kita sampai ke penghujungnya.

Sebelum bersuarai buat kali terakhir marilah sama-sama kita nyanyikan nasyid DOA PERPISAHAN.

Sekian, wabillahitaufik, walhidayah. Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh 








TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

BROVIII 2013 - GRAND DINNER DALAM KENANGAN

Grand Dinner Fivers 2013 atau Batch Broviii telah diadakan pada 27 November 2013 bertempat di MH Hotel, Ipoh. Saban tahun, majlis diadakan sebagai tanda batch tingkatan lima tahun semasa bakal menamatkan persekolahan mereka setelah lima tahun bergelar pelajar STAR. Imanshah kongsikan gambar kenang-kenangan majlis makan malam pelajar tingkatan lima 2013.


Ucapan dari ketua batch Brovii, Saudara Amir Hafiz.


Tuan pengetua turut menyampaikan amanat terakhir.


Gelagat MC, Nazrin dan Arif membuatkan semua hadirin tak kering gusi.


Antara persembahan pelajar, nyanyian Amir Azfar dan Zamir.


Persembahan oleh Emier dan Eddy.


Najmi menerima Anugerah Mr Beauty. Hahaha


Idin menerima Anugerah Mr Presiden.


Broviii bergambar kenangan sebelum melangkah meninggalkan majlis.


Anugerah Persahabatan (Brovii 2013)

Terima kasih sahabat
Kerana mengizinkan aku berteduh
Di bawah payung kasihmu
Merelakan aku menyulam mesra
Dalam benang persahabatan
Membiarkan aku mewarnai catatan memori
Pada kertas kenangan
Terima kasih
Kerana mengibarkan  panji untukku
Berlindung dari hujan kebimbangan
Menadah perahu setia
Untukku melayar duka
Dari luka yang tidak terhingga...






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Tuesday, November 26, 2013

KELANTAN UMUM SENARAI PEMAIN MUSIM 2014

PENGJAGA GOL:
Khairul Fahmi Che Mat (VC)
Shahrizan Ismail
Syazwan Yusoff

PERTAHANAN:
Aziz Ismail
Faiz Suhaimi (Baru)
Tuan Muhamad Faim
Faizul Nazlin Sayuti (Baru)
Nik Shahrul Azim
Zairul Fitree Ishak
Farisham ismail
Nazri Ahmad (Baru)
Obinna Nwaneri (VC)

TENGAH:
Badhri Radzi (C)
Mohamad Shawky (Baru)
Amar Rohidan (Baru)
Brendan Gan (Baru)
Khairul Izuan Rosli
Tengku Hasbullah Raja Hassan (Baru)
Wan Zaharul Nizam (Baru)

PENYERANG:
Mohammed Ghaddar (Baru)
Forkey Doe (Baru)
Fakri Saarani
Shakir Ali (Baru)
Famirul Asyraf Sayuti (Baru)





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

CONTOH TEKS UCAPAN PERASMI MAJLIS ANUGERAH KOKURUKULUM


1.      Alhamdulillah, setinggi ucapan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana pada pagi yang berbahagia ini saya berpeluang untuk kembali ke alma mater yang telah lama saya tinggalkan bagi menjayakan Majlis Anugerah Kokurikulum S.T.A.R tahun 2013. Pada kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi menjemput saya untuk merasmikan majlis pada pagi ini. Tahniah dan syabas kepada pihak sekolah atas pelbagai kejayaan seperti mana yang telah disebutkan oleh tuan pengetua sebentar tadi. Pada hemat saya,  kejayaan-kejayaan yang dicapai sudah tentulah hasil daripada gemblengan tenaga dan kolaborasi daripada pihak pengurusan sekolah, guru-guru, pelajar dan tidak dilupakan juga sokongan utuh daripada PIBG dan bekas-bekas pelajar (STAROBA) yang sentiasa mahukan S.T.A.R berada pada kedudukan terbaik dalam dunia pendidikan negara.

2.      Pada hari yang berbahagia ini, saya lebih teruja untuk membawa anak-anak menyelusuri sebuah institusi pendidikan yang dibina pada tahun negara kita mencapai kemerdekaan. Walaupun ketika saya memasuki S.T.A.R pada tahun 1968,  sekolah ini baru saja berusia 11 tahun, saya mendapati bahawa sekolah ini memiliki tradisi dan legasi kecemerlangan yang sangat hebat, serta mempunyai etos yang tersendiri, yang pada ketika itu hanyalah dipelopori oleh sekolah-sekolah tinggalan penjajah Inggeris seperti Sekolah Menengah King Edward , Sekolah Menengah Anderson dan sekolah golongan bangsawan seperti MCKK. Pada pendapat saya, tradisi, legasi serta etos yang diwarisi pelajar-pelajar daripada generasi ke generasi inilah yang telah berjaya membentuk sebuah sekolah yang sentiasa cemerlang dan sentiasa berada di barisan hadapan.

3.      Apabila saya secara rasmi dilantik  sebagai Menteri Pendidikan II, saya telah menyarankan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh Dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengangkat beberapa sekolah terpilih, antaranya S.T.A.R, menjadi sekolah yang bertaraf dunia. Saya tertarik dengan nama-nama sekolah hebat di Britain seperti Eton School yang hendak kita jadikan penanda aras ataupun ‘bench mark’ untuk SBP.  Walau bagaimanapun, persoalannya mampukah kita hendak bersaing dengan sekolah-sekolah yang mengenakan yuran yang tinggi kepada pelajar-pelajar? Mampukah kita bersaing dengan sekolah yang  mempunyai insfrastruktur yang serba lengkap dan yang melaksanakan pelbagai program dengan mengenakan yuran yang tinggi?. Maka, bagi sekolah-sekolah hebat seperti S.T.A.R seharusnya bergerak dengan lebih pantas bagi menangani cabaran untuk mencapai Standard Sekolah Bertaraf Dunia. Saya yakin, dengan kesungguhan dan iltizam seluruh warga S.T.A.R, menyahut cabaran ini bertunjangkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015, hasrat murni ini pasti akan membuahkan hasilnya.

4.      Justeru, saya berbesar hati untuk berkongsi dengan hadirin sekalian TUJUH elemen yang bakal membolehkan S.T.A.R mencapai standard Sekolah Bertaraf Dunia. Elemen paling penting yang ingin saya tekankan ialah kualiti pelajar yang ingin kita hasilkan. Kita mungkin meletakkan KPI kejayaan kemenjadian pelajar kepada bilangan yang mendapat “Straight A+” dalam peperiksaan umum seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).  Walau bagaimanapun, S.T.A.R perlu meletakkan satu lagi KPI yang lebih tinggi iaitu berapa ramaikah pelajar yang mendapat gred cemerlang itu berupaya untuk mendapat biasiswa daripada badan-badan berkanun serta syarikat korporat yang hebat seperti MARA, JPA, TNB, Khazanah, Bank Negara, Petronas, Telekom, Maybank dan sebagainya.  Alhamdulillah saya difahamkan pada tahun ini, seorang pelajar S.T.A.R iaitu Muhammad Aiman Sabeh, telah berjaya meraih Biasiswa Kijang Emas, iaitu biasiswa tertinggi yang dianugerahkan oleh  Bank Negara. Pelajar-pelajar S.T.A.R perlu menguasai lebih daripada dua bahasa supaya dapat berkomunikasi dengan warga dunia, selain sebagai nilai tambah untuk bersaing dalam pasaran kerja . Ini selaras dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)  yang  setiap pelajar digalakkan mempelajari bahasa tambahan supaya dapat membantu mereka menyertai tenaga kerja global. Begitu juga, mulai 2016, mata pelajaran Bahasa Inggeris akan dijadikan kertas wajib lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

5.      Perkara yang kedua adalah dari aspek pengurusan sistem pembelajaran. Pemerhatian saya mendapati bahawa pelajar-pelajar di Malaysia ini keseluruhannya lebih berorientasikan peperiksaan. Pembelajaran sepanjang hayat dan proses  Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) yang mana guru sepatutnya bertindak selaku fasilitator perlu lebih luas diamalkan dengan menekankan konsep “independent learning’  agar pelajar dapat menguasai kemahiran seperti ‘soft skill’ dengan lebih baik dan berkesan. Keadaan ini jugalah menyebabkan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)  diperkenalkan . Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, menjelang tahun 2016,  Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) akan dirombak secara berperingkat, soalan berbentuk pemikiran aras tinggi akan merangkumi sekurang-kurangnya 40 peratus daripada soalan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada soalan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

6.      Seterusnya  bagi elemen ketiga ialah hubungan dan jalinan dengan kumpulan sokongan. Aspek ini penting dalam menilai kemampuan sesebuah Sekolah Bertaraf Dunia. Kita turut melihat aspek jaringan dan jalinan yang mampu diadakan oleh sesebuah sekolah. Saya melihat dalam konteks S.T.A.R, sudah ada dua impak jalinan yang cukup besar iaitu STAROBA dan PIBG yang sentiasa sedia membantu. Dan kini, Yayasan Tun Hamdan juga turut memainkan peranan dalam membantu kejayaan S.T.A.R. Di samping itu, jaringan dan jalinan dengan Institusi Pengajian Tinggi yang berkualiti dari dalam dan luar negara perlu ditingkatkan agar pelajar dapat diberikan bimbingan daripada tenaga sumber manusia yang berkualiti tinggi dan hubungan ini perlulah bersifat hubungan jangka panjang.  

7.      Elemen  keempat adalah dari segi struktur pengurusan sekolah. Seperti yang semua sedia maklum, pengurusan sekolah di Malaysia bersifat ‘centralised’ yakni segala arahan datangnya dari Kementerian Pendidikan diturunkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri, Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh Dan Sekolah Kecemerlangan seterusnya kepada PPD. Pada pandangan saya,  sekolah seperti S.T.A.R, autonomi yang lebih luas wajar diberikan kepada pengurusan sekolah supaya dapat mencorakkan perjalanan  sekolah yang lebih sesuai dengan kepentingan sekolah,  kerana tidak semestinya semua arahan sesuai untuk dizahirkan di SBP seperti S.T.A.R. Sebagi contoh, dalam soal pemilihan mata pelajaran sekolah boleh dibenarkan membuka aliran selain daripada aliran sains, kerana sudah tentu kebolehan dan kemampuan para pelajar adalah berbeza.

8.      Elemen  kelima ialah berkaitan dengan kualiti guru di sekolah. Pengetua seharusnya diberi kuasa penuh untuk menentukan pemilihan guru-guru yang berkualiti untuk ditempatkan di Sekolah Bertaraf Dunia.  Kementerian Pendidikan sentiasa berusaha untuk memantapkan kualiti guru di sekolah. Melalui PPPM 2013-2025, syarat kelayakan kemasukan guru ditingkatkan supaya terdiri daripada kalangan graduan 30 peratus terbaik. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia sedang berusaha untuk mengurangkan beban tugas pentadbiran guru-guru supaya boleh menumpukan sebahagian besar masa mereka kepada fungsi teras iaitu PdP.

9.      Seterusnya akses kepada media dan sumber pengetahuan perlulah diberikan seluas mungkin kepada pelajar dengan kawalan kepada sumber-sumber yang boleh memberi impak negatif. Sumber pengetahuan ini bukan hanya terbatas kepada internet dan buku-buku di pusat sumber tetapi apa yang lebih penting ialah pelajar Sekolah Bertaraf Dunia ini perlu ada sikap suka membaca untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Pembacaan tidak hanya terbatas kepada bahan ilmiah tetapi turut melibatkan bahan yang boleh membentuk kreativiti pelajar. Dengan pembacaan dan akses kepada media, para pelajar diharap mampu untuk memilih dan menerokai bidang-bidang baharu dalam pekerjaan. Menjelang akhir 2013, kerjaya perkhidmatan kaunseling dan akademik akan dimasukkan ke dalam jadual waktu sekolah menengah untuk membantu pelajar membuat pilihan bermaklumat mengenai pelbagai laluan pendidikan yang ditawarkan.

10.    Seterusnya perwatakan dan ‘outcome’ sekolah perlulah berjaya memberi impak kepada komuniti. Walaupun pada dasarnya S.T.A.R telah berjaya mengadakan “The Pulling Factor” kepada  masyarakat untuk menghantar anak-anak mereka belajar di S.T.A.R namun S.T.A.R perlu menjauhkan diri daripada sifat ‘regional’ iaitu peratusan bilangan pelajar hanya daripada kalangan mereka yang tinggal dalam daerah berdekatan. STAR seharusnya berjaya menarik perhatian lebih ramai pelajar dari daerah-daerah yang lebih jauh untuk turut sama membuat permohonan. Faktor utama ibu bapa memilih S.T.A.R bukanlah kerana S.T.A.R ini berada berdekatan dengan rumah   mereka tetapi sebaliknya S.T.A.R menjadi pilihan kerana S.T.A.R ialah sekolah yang terbaik dan ibu bapa khasnya mengetepikan faktor jarak dalam menempatkan anak-anak mereka di sini. S.T.A.R juga seharusnya mempunyai rekod yang lebih sistematik dan lengkap dalam menelusuri perkembangan bekas pelajar yang telah berjaya dibentuk di S.T.A.R. Hal ini sebenarnya bukti nyata kemenjadian pelajar S.T.A.R yang boleh menjadi daya tarikan kepada masyarakat. Kemampuan untuk memasarkan sekolah khususnya ke peringkat yang lebih tinggi wajar dibuat walaupun pasaran sekolah seperti S.T.A.R ini hanya terhad kepada pasaran dalam negara. Namun, aspek ini wajar dikembangkan agar dapat membentuk pelajar untuk berdaya saing ke pasaran dunia.

11.    Saya amat percaya jika tradisi , legasi dan etos yang telah sekian lama tersemai dalam institusi bernama Sekolah Tuanku Abdul Rahman ini terus dipertahankan, Insya Allah, S.T.A.R akan terus berada di saf hadapan sekolah-sekolah di Malaysia dan tidak mudah diganggu gugat oleh institusi-institusi  lain. Saya juga percaya, dalam memastikan kejayaan 7 elemen menjana Sekolah Bertaraf Dunia tadi   aspek kolaborasi antara pentadbir, guru-guru, pelajar-pelajar, PIBG serta bekas pelajar perlu sentiasa diperkasakan.

12.    Pada kesempatan ini juga saya ingin memaklumkan bahawa permohonan S.T.A.R berkaitan Projek Naik Taraf dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dalam pengetahuan dan perhatian khusus saya, selaku menteri yang bertanggungjawab. Sama-samalah kita mendoakan agar projek ini akan diluluskan dan seterusnya akan memberikan impak yang besar terhadap perkembangan dan pembangunan S.T.A.R pada masa akan datang.

13.    Saya mengambil kesempatan ini sekali lagi untuk mengucapkan tahniah kepada seluruh warga S.T.A.R atas kejayaan-kejayaan yang telah dicapai pada tahun 2013. Saya percaya bahawa kejayaan para pelajar semua dalam bidang kokurikulum ini tidak akan hadir tanpa usaha dan kerja keras semua pihak termasuklah guru-guru, jurulatih dan sudah tentulah para pelajar yang begitu bersemangat dalam menaikkan nama Sekolah Tuanku Abdul Rahman yang kita cintai ini.
 
14.    Saya mendoakan semoga S.T.A.R terus menjadi sekolah yang ternama serta berjenama unggul. Akhirnya,  dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan ini dengan penuh takzimnya merasmikan Majlis Anugerah Kokurikulum S.T.A.R  bagi tahun 2013.


Sekian. Terima kasih.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget