WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, March 25, 2013

STAR, IPOH UNGGULI KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KINTA UTARA 2013


Ipoh: Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh muncul juara keseluruhan Kejohanan Balapan dan Padang 2013 Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD) Kinta Utara baru-baru ini.
STAR meraih 14 emas, sembilan perak dan empat gangsa untuk mengatasi SMK Seri Keledang yang mengutip 10 emas, enam perak dan enam gangsa. SMK Convent Ave Maria yang mengutip tujuh emas, tujuh perak dan enam gangsa menduduki tempat ketiga.
Sementara itu eEnam rekod baru dicipta manakala satu catatan lama disamai dalam kejohanan empat hari itu. S Manihselvam dan Shereen Samson Vallbouy atlet B-15 lelaki dan perempuan mencuri tumpuan apabila beraksi hebat untuk memadam catatan lama dalam acara masing-masing. Satu lagi rekod baru dicatat oleh R Meeveqhen.
Manihselvam dari SMK Seri Keledang mencipta rekod baru acara 800, 1,500 dan 2000 meter lari berhalangan. Sementara Shereen dari SMK Convent mengatasi catatan lama acara 100 dan 400m serta menyamai catatan acara 200m. Meeveqhen dari Sekolah St Michael Ipoh (SMI) memperbaharui catatan acara lontar peluru lelaki B-18.

Sumber : METRO





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

1 GENTA RASA:

atuk said...

Assalamualaikum Imanshah

Tahniah

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget