WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, March 23, 2013

YANG MASAM, YANG MANIS


Pemain yang memakai baju hitam menggelarkan diri mereka "illigal" kerana merupakan pemain yang tidak berdaftar. Namun tetap bersemangat membantu rakan-rakan yang mewakili sekolah. Terima kasih Fadil, Azali, Momo dan Meor.

Pasukan SM Sains Tapah merupakan satu-satunya pasukan yang berjaya membolosi gol STAR kerana kesilapan barisan pertahanan. Dan gol tersebut merupakan gol pertama SESTA dalam sejarah 3 tahun penglibatan mereka dalam Kejohanan Hoki SBP.

Mr Shahnun tersilap memberikan dos Surbex yang lebih kepada pemain sewaktu hari ke dua kejohanan berlangsung dan menyebabkan para pemain kelihatan lesu sewaktu bertemu SERATAS. Eh jurulatih ekau nak bagi budak mati copek ka?? haha

Ketika sekolah-sekolah lain datang menggunakan bas berhawa dingin, STAR memilih untuk datang dengan coaster yang banyak berjasa, sehingga mendapat perhatian daripada pasukan sekolah lain. Para pemain juga sering menyanyikan lagu cheer dalam perjalanan datang ke stadium. namun, coaster ini rosak  pada hari ke dua terakhir kejohanan dan terpaksa digantikan dengan bas.

Aman merupakan antara pemain terkecil dalam kejohanan tetapi memiliki kelincahan dan skill yang memukau. Tiga tahun lah posisi tengah milik Aman. Setiap kali beraksi, Aman pasti menjadi tumpuan. Namun, sesekali apabila pemain lawan menggunakan 'body attack" Aman akan jatuh. Kesian Aman.

Agak lucu apabila pihak tuan rumah tidak menyediakan khidmat "ball boy" dalam kejohanan yang berprestij. para pemain terpaksa berlari mengambil bola sendiri apabila cola keluar. Perlu diberi perhatian tuan rumah seterusnya !

Terima kasih kepada para supporter ULTRAS Abdul Rahman yang turun menyokong pasukan hoki. pasukan ini diketuai oleh Hasif Ramli.

Agak malang buat penjaga gol. firdaus Zaki apabila kehilangan kasut Adidas yang dicuri pada malam terakhir. Dah tu sapo suruh ekau lotak kek luar? Dah tak pasal-pasal terpaksa beli kasut baru.

Ridzwan, Nami dan Izham muncul penjaring gol terbanyak STAR dengan TIGA gol.

Jersey STAR menjadi tumpuan kerana terdapat logo MJHL . gambar pasukan STAR dipilih menghiasi hadapan MUG kejohanan yang dijual sebagai cenderahati.

Mug kejohanan dijual dengan harga RM 15 dengan budak-budak STAR sebagai penghias dan penarik.

Zahran Syahmi bersama seorang penyokong tersenyum riang apabila muncul wira menjaringkan "golden goal" pada minit ke 34 perlawanan. 

Pemain berjersey nombor 6, Mohd Iqbal mencatat sejarah apabila bola pukulannya telah mencederakan telinga pemain SM Sains Pokok Sena (SAINA).






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

2 GENTA RASA:

Harmi Mohammad Jamil said...

Mantap bebenor dah tu! Jersey paling best, warna macam Manchester City dah..

gadisBunga™ said...

macam macam ragam! hahaah!

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget