WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, April 7, 2013

TEWAS LAGI


Kejohanan Hoki MSSD Kinta Utara 2013 telah berlangsung pada 3-6 April 2013. STAR kali ini hadir dengan persediaan yang agak baik dari tahun-tahun sebelumnya untuk memberi cabaran kepada pasukan-pasukan lain, khususnya SMK Anderson, juara berpuluh-puluh tahun tanpa cabaran. Pada edisi 2013, STAR hanya berjaya muncul naib johan buat kali pertama setelah Kinta 1 dan Kinta 2 digabungkan. 

STAR telah diletakkan bersama SMK Tasik Damai dan SMK Seri Putra dalam kumpulan D. Alhamdulillah halangan awal dapat diatasi di peringkat awal. Dalam aksi pembukaan, STAR menewaskan SMK Tasik Damai dengan keputusan 9-0, hasil jaringan Zahran Syahmi (4 gol), Nazrul Nazmi (4  gol) dan Mohd Iqbal (1 gol). manakala dalam aksi berikutnya STAR menewaskan SMK Seri Putra dengan 4-0. Gol-gol dijaringkan oleh Zahran Syahmi (2 gol) dan Nazrul Nazmi (2 gol)

Dua kemenangan ini berjaya meletakkan STAR sebagai johan kumpulan B dan bertemu Kolej Vokasional Lebuh Cator di peringkat suku akhir. Dalam aksi di padang 2, STAR menang 3-0 dan akan bertemu SMK Tambun di peringkat separuh akhir. Gol-gol STAR dijaringkan oleh Izham Nisya (2 gol) dan Zahran Syahmi (1 gol)

Bertemu SMK Tambun, bukan bermakna cabaran yang diterima mudah kerana SMK Tambun juga memiliki beberapa orang pemain yang berpotensi. Perlawanan yang dilangsungkan pada jam 9.00 pagi ini berkesudahan STAR memenangi perlawanan denagn 3-0 hasil jaringan Aiman Nazmi (2 gol) dan Muhammad Afiq).

Separuh Akhir bertemu SMK Tambun

Melangkah ke final bermakna ulangan final edisi 2012 apabila STAR muncul naib johan ditewaskan Anderson 6-0. Moral pemain berada pada tahap tertinggi apatah lagi persiapan tahun ini agak matap dengan menyertai pelbagai kejohanan. Sebelum perlawanan bermula, jurulatih menekankan aspek taktikal kepada para pemain dan Alhamdulillah, serangan demi serangan Anderson berjaya dipatahkan sehinggalah Anderson berjaya memperoleh penalti stroke pada minit ke 18 apabila Ridzuan tidak sengaja melepaskan kayu. Dan Ruben berjaya meletakkan Anderson di hadapan dengan 1-0 apabila berjaya menyemprnakan penalti stroke. Satu-satunya peluang terbaik STAR hadir pada minit ke-5 perlawanan namun, Zahran Syahmi gagal menyempurnakan jaringan hasil hantaran lintang Nazmi.

Perlawanan akhir ANDERSON-STAR

Kedudukan separuh masa pertama berkesudahan 1-1. Bermula separuh masa ke dua, STAR dilihat bertahan dengan serangan bertali arus oleh pemain-pemain Anderson, namun sesekali berjaya melakukan serangan balas mengejut yang hampir-hampir mengejutkan Anderson namun pertahanan Anderson  begitu tenang mengawal keadaan. Apada minit ke 38, Anderson berjaya mendapat pukulan sudut pnalti, namun penjaga gol Firdaus Zaki berjaya menampan bola pakar pukulan sudut penalti Anderson iaitu Rauf.

Anderson berjaya memperoleh gol ke dua pada minit ke 34 perlawanan menjadikan ke dudukan 2-0. Ketika perlawanan berbaki lima minit dan keputusan seolah-olah 2-0, Anderson berjaya menambah satu lagi jaringan pada minit ke 45 menjadikan kedudukan 3-0. Kedudukan 3-0 kekal sehingga tamat masa perlawanan dan Anderson muncul juara meninggalkan STAR di tempat ke dua. Dalam aksi final perempuan, menepati status sebagai sekolah projek hoki negeri, RPS berjaya menewaskan SMK bercham 11-0. Tahniah buat RPS !


Apapun tahniah buat semua pemain yang begitu bersemangat memberikan sepenuh kudrat dan tenaga dalam MSSD tahun ini. In sha Allah kita kembali lagi untuk memberikan cabaran yang lebih hebat pada masa akan datang.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

0 GENTA RASA:

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget