WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, June 5, 2013

CATATAN DUKA DARI SMS SELANGOR

HKSBP 2013 akhirnya melabuhkan tirainya. Bertahun-tahun setia menjadi salah seorang warga HKSBP (sepuluh tahun), akhirnya kali ini Imanshah gagal membendung air mata dari tumpah apabila perjuangan pasukan bahas Bahasa Melayu ternoktah di peringkat separuh akhir . Bukan tidak pernah tewas di peringkat yang sama, dan seingat Imanshah semenjak membawa pasukan ini bersama Puan Noridah, sudah empat kali kami tewas di separuh akhir.

Namun, kali ini pukulan yang diterima sungguh hebat. Apatah pasukan kali ini antara pasukan yang paling kuat pernah Imanshah miliki. Namun, manusia mentadbir, Allah jua yang mentaqdir. Kami menerima ketewasan ini dengan berlapang dada. Mungkin Allah menjanjikan kejayaan yang lebih hebat di masa akan datang. Kepada  Ahmad Aiman, Dinie, Amirul, Syafiq dan juga buat diri cikgu sendiri , ingat lah :

"Alangkah indahnya kehidupan ini apabila kita sentiasa berbaik sangka dengan Allah dengan menerima segala ujiannya dengan sabar. Pahit, tidak cepat diluah. Pedih, tidak segera disanggah.."

Moga kita akan bangkit nanti.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

2 GENTA RASA:

Prince of Noob said...

takpa jangan putus asa boleh cuba lagi... usaha dan terus usaha...

btw done follow here.. jom join contest nih :)

che mid said...

Ini semua sebahagian dari proses pembelajaran untuk menjadikan kita semakin matang. Terutama utk anak-anak dan para pelajar. Cikgu tidak gagal..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget