WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, June 15, 2013

CHONG WEI LAYAK KE FINAL TERBUKA INDONESIA 2013


Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong bWei menghampiri untuk menjulang gelaran kelima Terbuka Indonesia apabila dengan mudah mengalahkan Dionysius Hayom Rumbaka pada separuh akhir di Stadium Istora Gelora Bung Karno di Jakarta hari ini.
   
 
Chong Wei, pemain nombor satu dunia dan juga wakil tunggal Malaysia yang masih bertahan, hanya mengambil masa 39 minit untuk menjinakkan pemain Indonesia berusia 24 tahun itu dengan keputusan 21-17 dan 21-14.
    
Dalam perlawanan akhir esok, Chong Wei akan menentang pemain nombor 22 dunia, Marc Zwiebler dari Jerman.
    
Chong Wei telah mengatasi pemain Jerman itu dalam kesemua enam pertemuan sebelum ini.
    
Dalam satu lagi saingan separuh akhir perseorangan lelaki, Zwiebler  mengalahkan seorang lagi pemain tuan rumah, Tommy Sugiarto dengan 21-17 dan 21-10 dalam pertarungan selama 37 minit.
    
Untuk rekod Chong Wei, 30, pernah menjuarai kejohanan Terbuka Indonesia itu pada 2007, 2009, 2010 dan 2011. - Bernama





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

1 GENTA RASA:

cucu umie said...

all the best bt chong weii

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget