WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, June 19, 2013

SSP MUNCUL JUARA WIND ORCHESTRA 2013

Kumpulan Orkestra Seri Puteri muncul juara dalam Pertandingan Wind Orkestra Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster, atau Finale Festival Wind Orchestra 2013.Kumpulan itu menewaskan lapan pasukan lain untuk membawa pulang piala pusingan, wang tunai RM5,000 dan hadiah iringan. Konduktor kumpulan orkestra Seri Puteri Junaidah Jamaluddin turut diumum Konduktur Terbaik yang menerima wang tunai RM500 bersama piala pusingan dan hadiah iringan. Turut berangkat pada majlis itu Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Pahang Sultanah Kalsom, yang diiringi Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh. Hadiah kepada pemenang disampaikan Sultan Ahmad Shah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini.
Kumpulan Orkestra Seri Puteri menduduki tempat ketiga dalam pertandingan Wind Orchestra pada 2003 dan 2005, Naib Johan pada 2004 dan 2006 serta Johan pada 2008. Tempat kedua dimenangi Kumpulan Orkestra Kolej Tunku Kurshiah yang menerima wang tunai RM3,500 serta hadiah iringan manakala Sekolah Menengah Sains Kuching di tempat ketiga untuk membawa pulang wang tunai RM2,500 dan hadiah iringan.Pemenang saguhati menerima wang tunai RM1,000 bersama hadiah iringan.
Senarai Sekolah Yang Menyertai Finale Wind Orchestra 2013
1) Sekolah Seri Puteri (Cyberjaya)
2) Kolej Tunku Kurshiah (Seremban)
3) Sekolah Menengah Sains Kuching
4) Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (Kuala Terengganu)
5) Sekolah Dato'  Abdul Razak (Seremban)
6) Sekolah Sultan Alam Shah (Putrajaya)
7) The Malay College Kuala Kangsar (MCKK)
8) Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (Jitra)
9) Sekolah Tuanku Abdul Rahman (Ipoh)





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget