WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, September 22, 2013

ANACONDA CHALLENGE TROPHY 2013

Acara tahunan iaitu perlawanan tahunan  STAR menentang bekas STAROBA telah diadakan pada 15 September 2013 bertempat di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh bersempena Old Boys Weekend  pada 13-15 September 2013. Pada tahun 2013, buat julung-julung kalinya pihak penganjur Old Boys Weekend telah memperkenakan piala pusingan dan pertandingan ini secara rasminya dikenali sebagai ANACONDA CHALLENGE TROPHY. Untuk rekod buat tiga tahun berturut-turut, iaitu 2010, 2011 dan 2012, STAR menewaskan STAROBA.

Namun, tahun 2013, menyaksikan STAROBA pula memenangi perlawanan apabila menewaskan STAR 3-1 menerusi penalti shoot out setelah ke dua-dua pasukan terikat 2-2 sehingga tamat masa perlawanan. Tahniah diucapkan kepada STAROBA. STAR Hockey kongsikan beberapa keping gambar sewaktu berlangsungnya perlawanan.



Aksi perlawanan STAR vs STAROBA


Bekas jurulatih STAR, Encik Zulkifli Din diberi penghormatan menyampaikan hadiah.


STAROBA Hockey menjulang piala pusingan 2013.


Ke dua-dua pasukan bergambar kenangan selepas perlawanan berlansung.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget