WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, September 19, 2013

SENARAI SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI KOHORT EMPAT 2013

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan mengiktiraf 24 lagi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) membabitkan 14 sekolah rendah dan 10 sekolah menengah bagi kohort empat tahun ini. Ia juga menyaksikan pengiktirafan kali pertama yang diterima Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) iaitu SJKT Ladang Rem, Johor. 
Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pengiktirafan itu menjadikan jumlah keseluruhan SBT sehingga kini adalah 115 berbanding sasaran sebanyak 110 sekolah. 

"Menerusi pengiktirafan itu, setiap sekolah akan menerima peruntukan RM700,000 bagi tahun pertama; RM500,00 (kedua) dan RM300,000 bagi tahun seterusnya.
"Selain itu, setiap pengetua, guru besar, uru dan Anggota Khidmat Sokongan (AKS) yang layak akan menerima Bayaran Insentif SBT berbentuk bayaran sekali sahaja (one-off) sebanyak RM1000.00 untuk sekolah menengah dan RM700.00 untuk sekolah rendah.
"Ini bermakna pada hari ini kerajaan akan memberikan peruntukan khas berjumlah RM 16.8 juta kepada 24 SBT berkenaan," katanya ketika mengumumkan senarai SBT di sini, sebentar tadi. 


Senarai SBT Kohort 4 Tahun 2013 


Johor 
SK Tengku Mariam 
SJKT Ladang Rem 
SMK Dato' Penggawa Barat 


Kedah 
SM Sains Kubang Pasu 


Kelantan 
SM Sains Machang 


Melaka 
SK Convent of the Infant Jesus 1 (M) 
SMKA Sharifah Rodziah 

Negeri Sembilan 
SBP Integrasi Jempol 


Pahang 
SK Convent 

Perak 
SK Sultan Idris II 
SK Marian Convent 
SM Sains Raja Tun Azlan Shah 
SBP Integrasi Gopeng 


Pulau Pinang 
SK Convent Green Lane 
SJK (C) Han Chiang 
SMKA Al-Irshad 


Selangor 
SK Taman Megah 
SK Bukit Jelutong 
SK Sri Petaling 
SMA Persekutuan Kajang 
SBP Integrasi Rawang 


Putrajaya 
SK Putrajaya Presint 11 (1) 


Kuala Lumpur 
SK Convent Bukit Nanas (1) 
SJK (C) Kuen Cheng 2 



sumber : MyMETRO







TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

1 GENTA RASA:

nyanyisunyi said...

Assalamualaikum..
Lamanya tk singgah sini..
Bangganya tenguk Sekolah akak dulu termasuk dalam senarai..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget