WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, November 5, 2013

KHABAR GEMBIRA DARI SUNGAI GADUT

Catatan ini Imanshah coretkan dari bumi Sungai Gadut, Negeri Sembilan. 

Pada hujung minggu, Imanshah telah membawa pasukan debat Bahasa Melayu STAR menyertai Pertandingan Debat Piala Tun Razak, Edisi ke-4 anjuran Kelab Seni Orator SDAR dari 1-3 November 2013. Pertandingan debat yang dianggap tempat mengasuh bakat dan kebolehan debat tunas-tunas muda ini telah disertai oleh 18 pasukan bagi kategori Bahasa Melayu dan 14 pasukan bagi kategori Bahasa Inggeris. Sejujurnya, tiada harapan diletakkan kepada pasukan yang setahun jagung tapi bersemangat ini kerana menyedari ramai pembahas yang lebih berpengalaman turut beraksi. Nama-nama besar dan popular dalam kalangan pembahas muda seperti Helmi dan Qayyum dari SDAR, Lamin dan Azizul dari Mozac serta Faris dari SMAP Kajang sememangnya memiliki aura dan kehebatan tersendiri. Maka, Imanshah meletakkan secebis harapan untuk Afif, Syameel dan Haiqal agar dapat menerobosi kekebalan SMAP Kajang, SDAR dan MOZAC. 

Menyoroti perjalanan KDBM STAR selama berlangsungnya pertandingan ini. Pada mulanya pasukan ini tidak diletakkan harapan yang tinggi dan memadailah untuk menyamai pencapaian 2012 apabila layak ke separuh akhir. Berikut keputusan perlawanan pusingan pertama.

STAR v SMI HIDAYAH B - Pemenang STAR
STAR v SDAR B - Pemenang SDAR B
STAR v SMAP LABU - Pemenang STAR
STAR v SDAR B - Pemenang SDAR B
STAR v SBPI GOMBAK B - Pemanang STAR


Ketenangan dan kematangan yang dipamerkan oleh Perdana Menteri, Afif Nazhan.

Usai perlawanan pusingan awal, akhirnya debaran untuk menentukan LAPAN pasukan terbaik yang akan mara ke peringkat suku akhir terjawab. STAR berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir apabila menduduki ranking ke-5. Dengan ini, STAR telah diundi bertemu dengan Sekolah Seri Puteri (SSP).

Di peringkat suku akhir, STAR bertindak sebagai pembangkang manakala SSP sebagai kerajaan. Dewan telah membahaskan satu usul yang berbunyi " Akta Hasutan : Ubat Luput Tarikh ".Walaupun mendapat tentangan sengit dari SSP, namun akhirnya kemenangan berpihak kepada STAR apabila juri  memberikan kemenangan 2-1, margin 2.


Serikandi SSP yang memberikan tentangan sengit di suku akhir.

Pada peringkat separuh akhir STAR dipertemukan dengan pasukan Sekolah Dato' Abdul Razak B (SDAR B). Bertemu pasukan tuan rumah bukanlah sesuatu yang mudah apatah lagi beraksi di gelanggang lawan. Dewan membahaskan usul yang berbunyi "Dewan Ini Yakin Boikot Jawapan KepadaIsu Israel-Palestin"Ketenangan pasukan kita telah berjaya meyakinkan panel juri dengan kemenangan 5-0, margin 2.  Pembahas terbaik Afif Nazhan.

Akhirnya, cita-cita untuk berada di pentas final telahpun berjaya direalisasikan. Di peringkat akhir, STAR akan berhadapan dengan pasukan Sekolah Menengah Sains Muzhafar Shah (MOZAC). MOZAC merupakan juara bertahan dan membariskan pembahas-pembahas berpengelaman yang memenangi kejuaraan tahun lepas. Pada peringkat akhir, dewan membahaskan usul yang berbunyi " Wawasan 2020 : Kita Masih Lesu". Walaupun memberikan tentangan yang agak sengit, STAR terpaksa akur apabila MOZAC diumumkan sebagai johan pada edisi kali ini. MOZAC  mengatasi STAR dengan juri 4-3, Margin 2. Amirul Lamin dari MOZAC dipilih sebagai pembahas terbaik.


STAR dan MOZAC selepas diumumkan keputusan.

Sesungguhnya pencapaian ini merupakan pencapaian yang sangat membanggakan buat para pembahas muda yang baru berjinak-jinak dengan dunia perbahasan. Diharapkan segala ilmu, pengalaman yang dikutip sepanjang 3 hari berkampung di SDAR akan dimanfaatkan oleh para pembahas untuk meneruskan legasi kecemerlangan KDBM STAR Ipoh. 


Para pembahas bergambar kenangan usai pertandingan akhir.

Maka secara rasmi, KDBM menutup tirai perjuangan di tahun 2013 dengan catatan suka dan duka. untuk sorotan KDBM 2013, Imanshah akan kongsikan nanti. Assalamualaikum.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

1 GENTA RASA:

Tetamu Istimewa said...

Assalamualaikum, singgahd an follow di sini. Jemput ke blog saya pula ya. Terima kasih.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget