WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, November 29, 2013

TEKS PENGACARA MAJLIS GRADUASI

1. Mengumumkan Ketibaan VIP

Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat Yang Berusaha, Tuan Haji Azlan bin Abdullah, Presiden STAROBA diiringi oleh Pengetua Cemerlang Sekolah Tuanku Abdul Rahman. 


2. Nyanyian Lagu negaraku dan Lagu Sekolah

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu sekolah, ilmu Panduan Hidup.  Hadirin diminta berdiri. 

Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.



3. Solutasi

Yang berusaha Tuan Haji Azlan bin Abdullah
Presiden STAROBA

Yang Berusaha Dr Amirul Shah bin Shah Budin
Yang Di pertua PIBG STAR

Yang Berusaha  Tuan Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim,
Pengetua Cemerlang STAR

Yang berusaha barisan penolong-penolong Kanan STAR
Dif-dif kehormat, Ahli Jawatankuasa  STAROBA, Ahli Jawatankuasa  PIBG,  para ibu bapa, guru-guru seterusnya para  pelajar yang dikasihi sekalian. 

4. Ucapan Alu-aluan Pengacara Majlis

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan Iizin kasih-NYA, kita dapat berkumpul di dewan sekolah yang bersejarah ini bagi menjayakan Majlis Graduasi pelajar Tingkatan Lima 2013. Majlis merakamkan setingggi-tinggi ucapan terima kasih kepada tetamu kehormat kita pada hari ini Yang berusaha Tuan Haji Azlan bin Abdullah, Presiden STAROBA kerana sudi hadir ke majlis kita pada pagi ini. Selamat datang juga diucapkan kepada semua tetamu, ibu bapa serta hadirin-hadirat sekalian.  Semoga dengan kehadiran semua, maka majlis ini lebih bermakna dan berseri.


5. Bacaan Doa

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat.  Untuk itu, majlis mempersilakan  Al Fadhil Ustaz Muhammad Firdaus bin Ahmad  untuk meminpin bacaan  doa.


6. Ucapan Wakil Pelajar

Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan dari wakil pelajar tingkatan lima. Untuk itu dipersilakan ketua umum 2013, Saudara Taqiudin Tamunif  untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Saudara Taqiudin Tamunif  atas ucapan sebentar tadi.


7. Ucapan Pengetua 

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Abdul hashim bin Abdul karim, pengetua Cemerlang STAR untuk menyampaiakn ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Pengetua atas ucapan sebentar tadi.


8. Ucapan Perasmi/VIP

Kini kini akan mendengar ucapan daripada tetamu kehormat. Majlis dengan penuh takzim Yang Berusaha Tuan Haji Azlan bin Abdullah menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Graduasi 2013. Dengan segala hormatnya dipersilakan. 

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Haji Azlan bin Abdullah atas ucapan serta perasmian Majlis Graduais 2013  sebentar tadi.


9. Penyampaian Sijil Graduasi

Kini, tibalah kita ke acara penyampaian sijil graduasi  kepada para pelajar tingkatan lima. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim untuk mengiringi tetamu kehormat, Yang Berusaha Tuan Haji Azlan bin Abdullah. Dengan ini saya serahkan majlis kepada Encik Naharudeen bin Othman untuk mengumumkan nama-nama graduan.    


10. Penyampaian Cenderahati

Seterusnya, majlis mempersilakan Pengetua Cemerlang STAR, Tuan Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim  untuk menyampaikan cenderamata kenang-kenangan daripada pihak sekolah kepada yang berusaha Tuan Haji Azlan bin Abdullah.  

Terima kasih diucapkan kepada tetamu kehormat atas kesudian menyampaikan sijil graduasi kepada para pelajar.


 Hadirin sekalian, kita telah pun berada di penghujung acara

Gugur menguning buah kuini,
Menghijau pohon subur dibaja,
Majlis kita berakhir di sini,
Salah dan silap lupakan saja
         Sebarang kelemahan harap dimaafi
Segala kerjasama sangat dihargai
Terima kasih sekalung budi
Kenangan nan indah simpanlah di hati
Semoga kita berjumpa lagi.

Anak-anakku , sebaik  sahaja kalian beredar dari sekolah  ini, maka terbukalah pintu rindu dihati guru-guru. Selamat menerusan perjuangan. Mungkin budi kami yang tumpah di sini, hatta setitis mahupun selaksa. Bukanlah untuk dijual beli atau ditimbang kati kemudian hari. Yang kami sampaikan selama ini hanyalah amanah dan tanggungjawab. Terimalah seadanya seikhlas kami  memberi.

Dengan ini, majlis kita sampai ke penghujungnya.

Sebelum bersuarai buat kali terakhir marilah sama-sama kita nyanyikan nasyid DOA PERPISAHAN.

Sekian, wabillahitaufik, walhidayah. Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh 








TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

1 GENTA RASA:

cikgu ayil said...

Salam, sy ada buat sedikit rujukan pada teks ucapan hari graduasi en iman. harap en iman izinkan yer. mintak halalkan ilmu. terima kasih.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget