WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, January 29, 2013

BERITA CERIA DARI IPOH


Masih lagi dengan cerita hoki, hoki dan hoki. Minggu ini hanya ada satu sahaja perlawanan melibatkan STAR kerana bertembung dengan cuti Thaipusam dan Maulidurrasul. Alhamdulillah, dapat lah sedikit para pemain dan jurulatih menarik nafas.

Semalam STAR melayan kunjungan pasukan 1MAS Penang. Sebelum perlawanan , pasukan 1MAs Penang berada pada posisi ke-2 liga, manakala STAR pada kedudukan ke-5. Satu perlawanan yang sukar dan tidak mudah. Ditambah pula dengan kecederaan dan juga rehat yang tidak mencukupi, STAR bermain sebagai pasukan underdog.

Sebagai jurulatih, Imanshah hanya mahukan pemain bermain mengikut taktikal yang telah dirancang. Bermain dengan "game plan" sendiri dan cuba mengambil kesempatan terhadap kelemahan BOD pasukan lawan. Alhamdulillah, Stadium Azlan Shah tidak pernah menghampakan. Dan STAR menang 2-0.

Dengan kemenangan ini, STAR kini naik ke posisi ke-3 liga di belakang KHA Juniors dan Kelantan Pada minggu hadapan (21 Januari 2013) STAR akan menghadapi perlawanan getir menentang Anderson-PHA. Berdasarkan kedudukan semasa, STAR dan ANDERSON akan bermati-matian untuk mendapatkan mata kerana sesiapa sahaja yang membuat kesilapan, akan tergelincir daripada perebutan untuk merebut gelaran naib juara. Terus berjuang !








TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Wednesday, January 23, 2013

MINGGU YANG MENDEBARKAN : MJHL 2013

Assalamualikum semua. Lama tidak bersua di alam maya bercerita tentang aktiviti sendiri. Minggu ini Imanshah menghadapi minggu yang memenatkan dan agak "horror" dalam mengharungi Malaysian Junior Hockey League 2013. Apa tidaknya , tiga perlawanan dalam tempoh tiga hari dan melibatkan perjalanan sehingga ke Sungai Petani. Jom sama-sama kita kongsikan bersama.

Perlawanan pertama untuk minggu lepas (perlawanan ke dua STAR) telah menemukan STAR dengan KEDAH HOCKEY ASSOCIATION Jr. Perlawanan yang mendebarkan kerana KHA merupakan pemenang tempat ke tiga dalam liga 2012. Apatah lagi kami merupakan pendatang baru yang hanya memulakan aksi sulung dalam MJHL untuk tahun 2013. Alhamdulillah, walau bertemu pasukan yang lebih berpengalaman, anak-anak buah Imanshah berjaya mengekang KHA dan keputusannya, kami mengikat KHA dengan keputusan seri 1-1.


Para pemain membuat sesi regangan sebelum pertemuan menentang KHA JR.

Keesokan harinya STAR dijadualkan bertemu pasukan MSS Kelantan/PHK, pasukan pilihan dalam kumpulan 2A ini. Menentang Kelantan yang dibarisi rata-rata pemain berusia 19 dan 18 tahun membuatkan pasukan STAR berasa sungguh kerdil. Dalam aksi yang dilihat berat sebelah ini, STAR tewas dengan jaringan yang besar iaitu 6-0. 


Sesi "team talk" sebelum perlawanan dengan Kelantan.

Berbekalkan kekalahan besar kepada Kelantan, STAR berjanji untuk bangkit memungut tiga mata penuh dalam aksi ke-4 yang dilangsungkan di Sungai Petani, Kedah. Menentang Nurinsafi, sebuah kelab yang agak terkenal juga meresahkan, apatah lagi bermain di gelanggang lawan. Namun, dengan semangat juang yang tinggi, akhirnya kami berjaya menewaskan Nurinsafi dengan keputusan 1-0. Sayang sungguh, STAR gagal memanfaatkan beberapa peluang keemasan di hadapan pintu gol selain kesemua 10 pukulan sudut penalti gagal menembusi gol lawan.


Aksi menentang NURINSAFI di Sungai Petani

Dengan keputusan ini, setakat empat perlawanan, STAR menduduki rangking ke-empat liga dengan memungut TUJUH mata hasil dua kemenangan , sekali seri dan sekali kalah. Minggu hadapan, pasukan Imanshah akan menentang 1 Mas Penang, perlawanan dijangka sengit kerana 1 Mas Penang berada pada tangga ke-2 liga. doakan kami berjaya.











TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Thursday, January 17, 2013

AYUH BERJUANG ANACONDA STAR !


Minggu yang mendebarkan. Itulah kalimat yang boleh Imanshah ungkapkan untuk Malaysian Junior Hockey League 2013 ini. Petang ini 17 Januari 2013, STAR akan menerima kunjungan pasukan dari utara tanah air, Kedah Hockey Association Jr (KHA Jr) dalam aksi ke dua kami. Manakala esok 18 Januari 2013, STAR sekali lagi akan turun berjuang menentang Majlis Sukan Sekolah-sekolah Kelantan di stadium yang sama. Kedua-dua perlawanan akan diadakan di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh pada jam 5.00 petang. Sementara itu, berselang sehari dengan rehat, pada 20 Januari 2013, kami akan berkunjung pula ke STadium Hoki Majlis Perbandaran Sungai Petani untuk perlawanan menentang NURINSAFI. 

Penat memang penat. Hanya ketahanan mental diperlukan untuk mengharungi tiga perlawanan yang mendebarkan ini. Apa yang dirisaukan ialah masalah kecederaan yang menghantui beberapa pemain utama. Yang lain, Alhamdulillah, semangat, persefahaman dan kesungguhan pemain berada pada tahap yang meyakinkan sebagaimana aksi pertama kami menundukkan SERATAS 2-0 dalam aksi pembukaan minggu lepas.

Mohon rakan-rakan mendoakan kejayaan pasukan STAR dalam penyertaan sulung kami di Malaysian Junior Hockey League 2013. Ayuh berjuang ANACONDA STAR !




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

SEMAKAN ONLINE TAWARAN KE TINGKATAN EMPAT SBP 2013


Semakan Online Tawaran Ke Tingkatan Empat (4) di Sekolah Berasrama Penuh 2013 | Makluman kepada para pelajar yang ada memohon untuk memasuki Tingkatan 4 2013 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kementerian Pelajaran Malaysia, Anda sudah boleh menyemak keputusan permohonan Tawaran secara online.

Menerusi pemberitahuan dari portal rasmi KPM di laman pautan http://www.moe.gov.my memaklumkan bahawa semakan keputusan dan rayuan boleh dibuat secara atas talian (online) bermula tarikh 16 Januari 2013 (Rabu).


Semakan Permohonan SBP Tingkatan 4
  • Semakan keputusan permohonan ke Tingkatan 4 SBP boleh dibuat dengan menggunakan angka giliran PMR atau nombor MyKad pemohon.
  • Semakan permohonan SBP boleh dibuat bermula 16 Januari 2013.
  • Laman untuk menyemak keputusan permohonan ke Tingkatan 4 SBP 2013 akan dikemaskini sebaik sahaja dikeluarkan.

e-Rayuan
  • Manakala bagi yang tidak berjaya mendapat tempat, boleh membuat rayuan secara online.
  • Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran murid yang menerima tawaran.
  • Laman web untuk membuat rayuan kemasukan ke Tingkatan 4 SBP 2013 akan di UPDATE kemudian.
  • Rayuan boleh dibuat bermula 16 Januari 2013.
sumber : Wan Serius




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Wednesday, January 16, 2013

SERAHKAN SAJA PUNGGUNG KAMU



Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.

Saya masih bersabar dengan keadaanpakainnya tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. 

Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap d atang ke sekolah dan masih tetap lambat.



Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal disebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.


Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah. Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan.


Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. 

“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?” 

Dia terkejut dan wajahnya berubah. “Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” 

Jawabnya “Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?” 

” Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.” 

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….”

Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.



Dipetik dari pengalaman seorang guru yang dedikasi.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Sunday, January 13, 2013

LEE CHONG WEI PERTAHANKAN KEJUARAAN TERBUKA KOREA 2013


Datuk Lee Chong Wei sekali lagi membuktikan kehebatannya sebagai pemain nombor satu dunia dengan mempertahankan gelaran juara Terbuka Korea di Olympic Gymnasium 2 di Seoul, hari ini.
Pemain pilihan utama dan pemenang pingat perak Olimpik London 2012 ini hanya mengambil masa 42 minit untuk menundukkan pemain pilihan keempat Du Pengyu dari China 21-12, 21-15 pada perlawanan akhir perseorangan lelaki kejohanan itu.
Tahun lepas, Chong Wei mengalahkan pesaing utamanya Lin Dan dari China untuk meraih gelaran juara kali kedua Terbuka Korea melalui perlawanan rubber set, 12-21, 21-18 21-14, manakala gelaran juara kali pertama kejohanan ini diraihnya pada 2010 setelah mengalahkan pemain Denmark Pete Gade Christensen.
Sementara itu, China dan negara tuan rumah masing-masing muncul juara dalam dua kategori.
Beregu wanita nombor lima dunia Yu Yang/Wang Xiaoli dari China mengalahkan rakan senegara mereka Ma Jin/Tang Jinhua, 21-17, 21-13 untuk muncul juara dalam kategori wanita.
China meraih gelaran juara kedua melalui Zhang Nan/Zhao Yunlei, yang mengalahkan rakan senegara mereka Xu Chen/Ma Jin, 13-21, 21-16, 21-13 pada perlawanan akhir beregu campuran.
Pemain bukan pilihan Sung Ji Hyun dari Korea Selatan membuat kejutan dengan mengalahkan pemain pilihan keempat Wang Shixian dari China dengan mata 21-12, 22-20 untuk menjuarai kategori perseorangan wanita.
Beregu pilihan keenam Ko Sung Hyun/Lee Yong Dae dari Korea Selatan pula muncul juara setelah menumpaskan beregu lelaki nombor satu dunia Mathias Boe/Cartsen Mogensen dari Denmark 19-21, 21-13, 21-10 dalam perlawanan selama sejam.
Pemenang kategori beregu menerima hadiah AS$79,000 (RM238,619), juara perseorangan AS$75,000 (RM226,537), manakala naib juara bagi semua kategori menerima hadiah AS$38,000 (RM114,779). - Bernama






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Saturday, January 12, 2013

MJHL 2013 : PERMULAAN MEYAKINKAN


Malaysian Junior Hockey League 2013 bermula semalam dengan menyaksikan sembilan perlawanan dilangsungkan. Alhamdulillah, setinggi ucapan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana STAR bermula dengan langkah kanan apabila memenangi perlawanan pertama dengan kemenangan 2-0 mengatasi Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping (SERATAS).

Kedua-dua gol dijaringkan oleh Amirul Hafiz Abdullah Thani dan Nazrul Nadzmi bin Abdul Razak, masing-masing pada minit ke-48 dan 52 masa permainan.

Segala perancangan nampaknya menjadi, cuma para pemain perlu memperbaiki kelemahan masing-masing dengan menumpukan aspek "marking", penguasaan bahagian tengah serta penyudah yang berkesan. Apapun tahniah buat semua pemain ANACONDA STAR yang telah menjadikan permulaan yang hebat walaupun hanya membuat penampilan pertama di pentas liga yang berprestij ini. 

Dengan semangat dan tekad yang membara, diharapkan pasukan akan lebih mantap dan memperbaiki kelemahan pada masa-masa akan datang. STAR Hockey selamanya.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Thursday, January 10, 2013

PENGAMBILAN PENJAWAT AWAM DIKURANGKAN TAHUN HADAPAN


PUTRAJAYA: Pengambilan penjawat awam dijangka berkurangan tahun depan berikutan pelaksanaan opsyen pelanjutan umur persaraan daripada 58 tahun kepada 60 tahun, kata Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Tan Sri Mahmood Adam hari ini. 

Secara purata, beliau berkata, SPA menerima hampir 1.2 juta permohonan kerja setiap tahun dan kira-kira 40,000 calon diambil untuk berkhidmat dalam sektor awam. 

"Pada tahun ini dan tahun depan, ramai penjawat awam telah memilih opsyen untuk bersara pada umur 60 tahun, maka pengambilan sudah berkurang. 

"Namun, selepas tahun depan, apabila ramai yang bersara pada usia 60 tahun, jumlah pengambilan akan bertambah sekurang-kurangnya 10 peratus. Saya menjangkakan sekurang-kurangnya 50,000 penjawat awam akan diambil," katanya selepas merasmikan Seminar Pengenalan Kepada Skil Pekerjaan Sektor Awam di Pejabat SPA di sini, hari ini. 

Mahmood berkata, seminar yang pertama kali diadakan ini bertujuan untuk membantu calon yang memohon pekerjaan dengan SPA agar melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran skil pekerjaan sekali gus dapat meningkatkan peratusan kebolehdapatan pekerjaan di sektor awam. 

"Seminar ini akan terus diadakan di seluruh negara dengan kerjasama dari badan bukan kerajaan (NGO), persatuan, syarikat dan individu secara perkongsian pintar," katanya. 

Kira-kira 200 peserta menghadiri seminar sehari ini, anjuran bersama SPA dan Persatuan Profesional Melayu Malaysia (PPMM) bagi mendengar penjelasan mengenai peperiksaan, penilaian dan temu duga serta pengetahuan berkaitan urusan pengambilan di SPA. 
SPA menyampaikan tiga modul dalam seminar tersebuit iaitu; Pengurusan Pengambilan, Kaedah Peperiksaan dan Penilaian Kompetensi dan Kaedah Temu Duga. 

Sementara PPMM menyampaikan tiga modul yang menerangkan tentang skil pekerjaan yang diperlukan calon yang mahu memohon pekerjaan di sektor awam iaitu Skil Asas, Skil Pemikiran Aras Tinggi dan Skil Pembangunan Diri. - BERNAMA 



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Wednesday, January 9, 2013

STAR IN IT FOR EXPERIENCE



Sekolah Tuanku Abdul Rahman Ipoh are making their debut in the MHC-MILO-NSC Junior Hockey League. And gaining experience as well as improving their overall performance is the benchmark the team has set themselves for.
Known as the Anaconda Star, the school had a rich tradition in hockey in the 70's and 80's anf that is what coach Shahnun Abdul Ghani has been trying to do over the last three years.
STAR emerged as champions of the Inter Boarding School North Zone Competition and were runner up to Anderson in the North Kinta School Competition. Overall they are third best in the Premier Schools Hockey Tournament for Perak state.
"We entered the MJHL as it is the best platform to expose young and talented hockey players in the country. In many aspects it helps us to promote the school at a more national level," said Shahnun.
"We are using the MJHL as a preparation platform towards winning the National Residential Schools Competition this year and the experience gained will no doubt help us achieve our ambition.
"Playing against tougher and more experienced teams will undoubtedly assist in the development of our players who are on a learning curve. No doubt it will be tough but at the end of the day we aim to create a few upsets along the way as the tournament progresses.
STAR are placed in Group A PHK-MSS Kelantan, Kedah Juniors, PHA -Anderson Juniors, SERTAS, Nur Insafi, 1MAS Penang, PHP-MSS Perlis. They open their campaign against SERTAS on Friday.
Most of the financial support for the team comes from STAROBA Hockey which are the old boys of the club. And despite the fact that the team is represented by players aged 14-17, STAR is hoping that their participation will open the doors for other residential schools to follow suit and hockey to benefit overall.
Players:
Raja Muhammad Zainuddin Raja Mamat, Muhd Firdaus shahril, Muhd Faris Mat Habeha, Muhd Aiman Nazmi Idris, Muhd Zahran Syahmi Armain, Mohd Firdaus Mohd zaki, Muhd Afiq Azman, Nazrul Nadzmie Abd razak, Muhd Fadhil Mohd bakri, Muhd Ridzwan Ramli, Muhd Ridhuan Halim, Muhd Izham Nisva Hussaini,Azam Azfar Salleh, Zaim Ariffin Kamarul Ariffin, Amirul Hafiz Abdullah Thani, Ammar Syahmi Abdullah, Muhd Arif Aiman Zulkifli, Muhd Iqbal Ramlan, Mohd Norhakim Ahmad Jalini, Muhd Azali Azizi, Ahmad Arif Sam'on, Mior Amir Ikhwan Ahmad Mizan, Amir Saifullah Abu Samah.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Tuesday, January 8, 2013

MJHL 2013, KAMI SAHUT CABARAN !


Doakan kejayaan pasukan Hoki STAR dalam Liga Remaja Kebangsaan 2013. Kepada semua penaja, saya ucapkan ribuan terima kasih khususnya STAROBA Hockey yang banyak menyumbang wang ringgit untuk pasukan ini. Kepada semua pemain, pengalaman bermain dalam Junior League adalah pengalaman yang sangat berharga, moga semua matang dalam permainan menghadapi persaingan di peringkat tertinggi. MHJL, kami bersedia !




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Thursday, January 3, 2013

SELAMAT HARI LAHIR PEMILIK NAMA IMANSHAH

Di hari ulang tahunku ini, aku ingin mengirim doa untuk sepasang bidadariku. Arwah Ayah dan Ibu yang sangat aku cintai..Kau tempatkan arwah ayahku di tempat para syuhada dan mukminin.



Ya Allah,

Berikan kesihatan, perlindungan dan cintaMu untuk ibuku. Dalam setiap pinta dan doaku, berharap agar aku bisa menjadi anak yang dapat dia banggakan.

Ya Allah,

Panjangkanlah usiaku agar aku dapat hidup dan menjadi bermanfaat bagi ummatMu yang lain.

Bismillah, kembali kuazamkan dalam tekadku untuk menjadi pemenang dalam kehidupanku. Akan kukobarkan semangat dalam jiwaku untuk menjadi yang terbaik untuk agamaku, keluargaku dan orang-orang yang aku cintai dan mencintaiku kerana Allah.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Tuesday, January 1, 2013

SKIM GAJI MINIMUM BERMULA HARI INI


Kira-kira tiga juta tenaga kerja swasta termasuk pekerja asing dalam pelbagai sektor akan menerima gaji minimum mula hari ini apabila lebih 500,000 majikan di negara ini melaksanakannya.

Setiausaha Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN), T Shanmugam memberitahu BH, sebelum ini 4,200 daripada 800,000 syarikat memohon penangguhan sementara bagi melaksanakan skim itu, bagaimanapun hanya 632 majikan diberi kelulusan. 



Permohonan diteliti

“Semua permohonan mereka diteliti secara terperinci oleh MPGN, akhirnya hanya 632 syarikat diberi penangguhan sementara iaitu sehingga April ini disebabkan faktor kewangan.

“Majikan yang menggaji lima pekerja atau kurang pula diberi penangguhan hingga 1 Julai ini kerana mereka memerlukan sedikit masa khususnya daripada segi perancangan kewangan dan operasi perniagaan sebelum melaksanakannya,” katanya, semalam.

RM900 sebulan

Kadar gaji minimum yang ditetapkan ialah RM900 sebulan atau RM4.33 sejam di Semenanjung Malaysia, manakala RM800 sebulan atau RM3.85 sejam di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. 

Pengumuman gaji minimum itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 30 April dan diwartakan pada 16 Julai lalu, manakala kadarnya akan dikaji semula setiap dua tahun.

Mengikut Akta Perundingan Gaji Negara 2011, majikan yang gagal mematuhi Perintah Gaji Minimum boleh dikenakan denda maksimum RM10,000 setiap pekerja bagi kesalahan pertama, jika terus ingkar, denda RM1,000 setiap pekerja sehari, manakala bagi kesalahan kedua dan seterusnya denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.

Sumber : BH




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget