WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, February 19, 2013

UNDIAN KUMPULAN BAHAS BAHASA MELAYU PPM KALI KE-40, 2013



KUMPULAN A

A1 Sekolah Seri Puteri (SSP)
A2 SM Sains Alam Shah (ASIS)
A3 SM Sains Miri (Sainsri)
A4 SM Sains Sabah (SMESH)

KUMPULAN B

B1 Kolej Tunku Kurshian (KTK)
B2 SM Sains Kuching Utara (SMSKu)
B3 SM Sains Kuala Selangor (KUSESS)
B4 SBPI Jempol

KUMPULAN C

C1 SBPI Sabak Bernam (INTERSABER)
C2 SM Sains Hulu Selangor (SEMASHUR)
C3 SM Sains Kuching (SMSK)
C4 SM Sains Labuan (SMSL)

KUMPULAN D 

D1  SBPI Batu Rakit (Brains)
D2 SM Sains Sultan Mahmud (SESMA)
D3 SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra  (SMSTMFP)
D4 Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS)

KUMPULAN E 

E2 SM Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS)
E2 SM Sains Kota Tinggi (SAKTI)
E3 SMAP Labu (SMAP L)
E4 SM Sains Machang (SMACH)

KUMPULAN F

F1 Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR)
F2 SM Sains Tuanku Syed Putra  (SMSTSP)
F3 SM Sains Sultan Iskandar
F4 SM Sains Johor (SMSJ)

KUMPULAN G

G1 SM Sains Tuanku Jaafar (STJ)
G2 SM Sembrong
G3 SBPI Temerloh
G4 SM Sains Pasir Putih(SMSPP)

KUMPULAN H

H1 SBPI Gombak
H2 SM Sains Muzahafar Shah (MOZAC)
H3 SMAP Kajang (SMAP K)
H4 Maktab Tentera Diraja (MTD)
H5 SM Sains Tengku Abdullah (SEMESTA)

KUMPULAN I

I1 Sekolah Tun Fatimah (STF)
I2 SM Sains Sultan Muhammad Jiwa
I3 SM Sains Sultan Ahmad Shah (SEMSAS)
I4 SBPI Rawang (SEPINTAR)
I5 SM Sains Kubang Pasu

KUMPULAN J

J1 Sekolah Sultan Alam Shah (SSAS)
J2 SM Sains Seri Puteri (SESERI)
J3 SM Sains Kepala Batas (SAKBA)
J4 The Malay College Kuala Kangsar(MCKK)
J5  SM Sains Banting (BASIS)

KUMPULAN K

K1 SM Sains Tuanku Munawer (SASER)
K2 SM Sains Setiu
K3 Sm Sains Kuala Terengganu (SESTER)
K4 SM Sultan Abdul halim (SMSAH)

KUMPULAN L

L1 SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin (SOKSEK)
L2 SHAH, Pekan
L3 SBPI Selandar
L4 SM Sains Selangor (SMSS)

KUMPULAN M

M1 SM Sains Rembau (SEMESRA)
M2 SM Sains Teluk Intan (SEMESTI)
M3 SMAP Bentong
M4 SM Sains Hulu Terengganu (SAHUT)

Kumpulan N

N1 SBPI Gopeng (Igop)
N2 SM Sains Bagan Datoh (SABDA)
N3 SM Sains Pokok Sena (SAINA)
N4 SM Sains Batu Pahat (SEHEBAT)

KUMPULAN O

O1 SBPI Kubang Pasu (IKUPS)
O2 SM Sains Dungun (SEMERDU)
O3 SM Sains Muar (SAMURA)
O4 SM Sains Lahad Datu (SMLD)

KUMPULAN P

P1 Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR)
P2 SBPI Kuantan 
P3 SBOI Tun Abdul Razak (INSTAR)
P4 SM Sains Tapah (SESTA)



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Saturday, February 16, 2013

KUSWADINATA KEMBALI KE RAHMATULLAH


Pelakon veteren, Kuswadinata telah kembali ke rahmatullah. perkara ini telah disahkan oleh dramatis Liza Abdullah melalui twitter miliknya. Alfatihah, moga roh Allahyarham dicucuri rahmat !

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Sunday, February 10, 2013

WAN NUR IMAN TAQIAH


Alhamdulillah, adik bongsu Imanshah telah selamat melahirkan anak sulung pada 5 Februari 2013. Anak buah ke-18 dalam keluarga besar Allahyarham haji Abdul Ghani bin Abbas dan Hajah Ramlah binti Awang Teh. Moga kalian berdua (Afikah dan Wan Szalizan) diberi kekuatan untuk mendidik zuriat ini dengan sebaik mungkin, membesar menjadi zuriat yang solehah.

Moga menjadi serikandi Islam yang sejati duhai  WAN NUR IMAN TAQIAH...






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

COACH IN ACTION

Berakhir sudah kempen MJHL 2013. Penat fizikal, penat otak dan penat emosi. Sampai satu tahap, rasa macam nak kena serangan penyakit jantung bila melihat pasukan sedang ketinggalan. Apapun, tahun 2013 merupakan kejayaan peribadi imanshah dalam sukan hoki apabila berjaya membawa pasukan mengharungi liga yang berprestij. Imanshah bermula kosong, dan Alhamdulillah, berkat kesabaran dan kesungguhan, dan tidak pernah jemu untuk belajar, Imanshah mula meresapi sedikit demi sedikit aura JURULATIH. Imanshah kongsikan beberapa keping gambar sebagai kenang-kenangan sewaktu melatih dan menguruskan pasukan.








Terima kasih buat sifu saya, Coach Nizam Anderson yang banyak membantu saya dalam meniti keseronokan kerja bergelar seorang jurulatih. Tanpa beliau saya tidak berada di tempat saya sekarang. Juga buat semua anak buah saya dalam ANACONDA FAMILY kerana menjadi pemain hoki yang bersemangat dan berdedikasi. Love Hockey, Love Anacondas, Love STAR !





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Saturday, February 9, 2013

CORAT-CORET MJHL 2013



Tahun 2013, STAR Hockey mengorak langkah mencipta sejarah tersendiri apabila menyertai Liga Hoki Remaja Malaysia (MJHL 2013). Berbekalkan semangat dan sedikit pengalaman, pasukan yang baru dihidupkan semula dalam tempoh tidak sampai tiga tahun mencuba nasib dalam liga yang dianggap berprestij ini. STAR diletakkan dalam Division 2A bersama Anderson-PHA, KHA Juniors,1 Mas Penang, Kelantan, MSS Perlis, SERATAS, Nurinsafi dan MATRI Perlis.

Aksi bertemu SERATAS

Memulakan saingan liga STAR dipertemukan dengan SERATAS, Johan Hoki Sekolah Berasrama Penuh 2011. Dalam pertemuan tersebut, STAR berjaya menewaskan SERATAS 2-0 hasil jaringan Nazrul Nadzmi dan Amirul Hafiz. Alhamdulillah, kemenangan pertama dalam liga. 

Perlawanan menentang KHS Juniors

Perlawanan  seterusnya STAR menerima kunjungan Kedah Hoki Association Juniors (KHA), satu pasukan yang cukup berpengalaman dalam saingan MJHL. Dalam perlawanan ini, STAR menunjukkan aksi yang membanggakan pada separuh masa pertama dan mendahului 1-0 hasil jaringan Zahran Syahmi.  Namun, pada separuh masa ke dua, Kedah mula menggandakan serangan dan hasilnya, lima minit sebelum masa permainan tamat, Kedah menyamakan kedudukan 1-1. 

Kekalahan terbesar dalam liga kepada Kelantan.

Menuju perlawanan ke tiga sememangnya pasukan Kelantan amat digeruni kerana membariskan para pemain yang rata-rata berusia 18 dan 19 tahun. Apatah lagi pasukan ini merupakan pasukan yang cukup berpengalaman dalam MJHL. Dan kegagalan mengekang serangan dan keberkesanan pukulan sudut penalti lawan, kami akur tewas 0-6.

Aksi menentang pasukan Kelab, NurInsafi di Sungai Petani.

Perlawanan ke-4 menyaksikan STAR menjadi pasuka pelawat kepada pasukan berstatus kelab, iaitu Nurinsafi. Mungkin dengan berubah angin sesuatu yang positif dapat dicapai. Dalam perlawanan yang diadakan di Stadium Hoki MPSP ini STAR hanya menang dengan 1-0 hasil jaringan tunggal Zaim Ariffin walaupun mendapat banyak peluang keemasan menjaringkan gol. Apapun kemenangan tipis ini amat melegakan kerana STAR berjaya mengutip tiga mata berharga  untuk bekalan perlawanan seterusnya.

Kejayaan ke-tiga menewaskan 1 MAs Penang

Perlawanan ke-5 STAR kembali bermain di halaman sendiri. kali ini menentang pasukan yang liat untuk ditewaskan iaitu 1 MAS Penang. Dalam aksi yang diadakan di Stadium Azlan Shah, STAR bermain secara taktikal dan akhirnya berjaya menewaskan 1 Mas Penang dengan jaringan 2-0 . Jaringan dilakukan oleh Nazrul Nazmi dan Izham Nisha. 


Nayanyian lagu sekolah sebelum bertemu Anderson -PHA

Minggu yang memeritkan. Begitulah antara ungkapan yang boleh dilafazkan kerana kami dijadualkan berhadapan dengan dua pasukan yang kuat iaitu Anderson - PHA dan MSS Perlis. Dalam perlawanan menentang Anderson STAR tiada jawapan terhadap semua hantaran pantas dan serangan Anderson. Ternyata kelemahan PC menjadi duri dalam daging dan STAR tewas 0-3. Peluang untuk sekurang-kurangnya bergelar naib juara musnah.

MSS Perlis meranapkan impian menduudki empat tempat teratas.

Tersentak dengan kekalahan di tangan Anderson, STAR menuju ke utara tanah air mennetang MSS Perlis di Alor Setar. Dengan sedikit jarapan diletakkan untuk sekurang-kurangnya mencatat kemenangan dan menduduki tangga ke-3 liga, namun harapan tinggal harapan. Ternyata kali ini kekuatan pasukan negeri sememangnya berada pada kedudukan yang lebih baik. STAR tiada jawapan atas kekalah besar 0-4 kepada Perlis. Kami tewas kepada pasukan yang lebih kuat. Dan harapan untuk berada pada empat tempat teratas juga musnah. 

MATRI berjaya ditewaskan dengan jaringan 3-1

Akhirnya perlawanan terakhir tiba juga. Kami kembali ke Stadium Azlan Shah, Ipoh menanti kunjungan MATRI Perlis. Perlawanan melibatkan maruah STAR pada hari tersebut. Kami seboleh-bolehnya ingin kemenangan untuk menutup kekecewaan dua perlawanan sebelumnya. Alhamdulillah, penutup yang sempurna apabila kami menang 3-1 . Gol jaringan Zahran Syahmi (2 gol) dan faris Habeha. Alhamdulillah.

Dan inilah kedudukan liga Divisyen 2A. STAR berada di tempat ke-5.

Division 2 - Group A

TeamPlayedWinsDRAWLostGDGoals scoreGoals concededPoints
1PHK-MSSK-MSN880028381024
2Anderson Jr-PHA85211625917
3PHPS/MSS Perlis852113271417
4KHA Junior84311117615
5Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR)8413-691513
61MAS Penang8305116159
7SM Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS)8116-98174
8Matri Perlis8116-246304
9Nur Insafi8008-302320




Terima kasih tidak terhingga buat jurulatih, pengurus, fisio, dan yang paling penting para pemain yang telah menunjukkan komitmen yang tidak berbelah bahagi kepada kejayaan STAR Hockey. 

Mr Shahnun, Mr Iqbal, Alham, Faris, Ridzuan, Afiq, Firdaus Zaki, Firdaus Shahril, Hakim, Fadil, Zahran, Nami, Zaim, Iqbal, Raja, Amirul, Amir, Izham, Mior, Rihuan, Azali, Aman, Boki, Ammar dan Arif. Tidak lupa juga kepada STAROBA Hockey yang menyumbang kewangan dan moral support kepada pasukan. Moga tahun 2014, kita mampu memperbaiki kedudukan dalam liga.  Love STAR, Love Hockey and Love Anacondas !






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Thursday, February 7, 2013

KEPUTUSAN KELAYAKAN PIALA ASIA 2015


Kumpulan A 


Oman 1  Syria 0 


Jordan 4 Singapura 0 



Kumpulan B 


Iran 5 Lubnan 0 



Thailand 1  Kuwait 3



Kumpulan C 

Iraq 1  Indonesia 0 

Arab Saudi 2  China 1 




Kumpulan D 

Yemen 0 Bahrain 2 

Qatar 2  Malaysia 0 




Kumpulan E 

Uzbekistan 0 Hong Kong 0 

Vietnam 1  Emiriah Arab Bersatu 2 





sumber- AFP

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget