WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, June 19, 2013

SSP MUNCUL JUARA WIND ORCHESTRA 2013

Kumpulan Orkestra Seri Puteri muncul juara dalam Pertandingan Wind Orkestra Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster, atau Finale Festival Wind Orchestra 2013.Kumpulan itu menewaskan lapan pasukan lain untuk membawa pulang piala pusingan, wang tunai RM5,000 dan hadiah iringan. Konduktor kumpulan orkestra Seri Puteri Junaidah Jamaluddin turut diumum Konduktur Terbaik yang menerima wang tunai RM500 bersama piala pusingan dan hadiah iringan. Turut berangkat pada majlis itu Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Pahang Sultanah Kalsom, yang diiringi Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh. Hadiah kepada pemenang disampaikan Sultan Ahmad Shah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini.
Kumpulan Orkestra Seri Puteri menduduki tempat ketiga dalam pertandingan Wind Orchestra pada 2003 dan 2005, Naib Johan pada 2004 dan 2006 serta Johan pada 2008. Tempat kedua dimenangi Kumpulan Orkestra Kolej Tunku Kurshiah yang menerima wang tunai RM3,500 serta hadiah iringan manakala Sekolah Menengah Sains Kuching di tempat ketiga untuk membawa pulang wang tunai RM2,500 dan hadiah iringan.Pemenang saguhati menerima wang tunai RM1,000 bersama hadiah iringan.
Senarai Sekolah Yang Menyertai Finale Wind Orchestra 2013
1) Sekolah Seri Puteri (Cyberjaya)
2) Kolej Tunku Kurshiah (Seremban)
3) Sekolah Menengah Sains Kuching
4) Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (Kuala Terengganu)
5) Sekolah Dato'  Abdul Razak (Seremban)
6) Sekolah Sultan Alam Shah (Putrajaya)
7) The Malay College Kuala Kangsar (MCKK)
8) Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (Jitra)
9) Sekolah Tuanku Abdul Rahman (Ipoh)





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Saturday, June 15, 2013

CHONG WEI LAYAK KE FINAL TERBUKA INDONESIA 2013


Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong bWei menghampiri untuk menjulang gelaran kelima Terbuka Indonesia apabila dengan mudah mengalahkan Dionysius Hayom Rumbaka pada separuh akhir di Stadium Istora Gelora Bung Karno di Jakarta hari ini.
   
 
Chong Wei, pemain nombor satu dunia dan juga wakil tunggal Malaysia yang masih bertahan, hanya mengambil masa 39 minit untuk menjinakkan pemain Indonesia berusia 24 tahun itu dengan keputusan 21-17 dan 21-14.
    
Dalam perlawanan akhir esok, Chong Wei akan menentang pemain nombor 22 dunia, Marc Zwiebler dari Jerman.
    
Chong Wei telah mengatasi pemain Jerman itu dalam kesemua enam pertemuan sebelum ini.
    
Dalam satu lagi saingan separuh akhir perseorangan lelaki, Zwiebler  mengalahkan seorang lagi pemain tuan rumah, Tommy Sugiarto dengan 21-17 dan 21-10 dalam pertarungan selama 37 minit.
    
Untuk rekod Chong Wei, 30, pernah menjuarai kejohanan Terbuka Indonesia itu pada 2007, 2009, 2010 dan 2011. - Bernama





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Friday, June 14, 2013

DEMI BUDAK STAR - ULTRAS RAHMAN

Baru-baru ini Imanshah terlibat dengan dua pertandingan di peringkat SBP melibatkan kejohanan Hoki SBP Kebangsaan di Kedah dan juga Hari Kecemerlangan SBP di SM Sains Selangor. Dalam ke dua-dua pertandingan tersebut, pasukan sorak STAR iaitu ULTRAS RAHMAN telah hadir memberi siongan kepada pasukan sekolah. Sememangnya STAR memiliki pasukan sorak yang hebat dan memiliki semangat yang kental walau apa jua keputusan. Imanshah kongsikan video pasukan sorak STAR yang bertajuk DEMI BUDAK STAR dalam ke dua-dua pertandingan.

Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan



Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh (HKSBP)










TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PERAK JOHAN KESELURUHAN KEJOHANAN HOKI MSSM 2013

Berikut merupakan keputusan Keseluruhan Kejohanan Hoki MSSM 2013

1) Perak (125 mata)
2) Selangor (85 mata)
3) Kuala Lumpur (66 mata)

Kontijen Perak muncul Johan Keseluruhan Kejohanan Hoki MSSM 2013


Anugerah-anugerah Kejohanan Hoki MSSM 2013

Perempuan Bawah 12 Tahun

1) Pemain Terbaik Kejohanan - Kersimah kauran (Sabah)
2) Pemain Terbaik Perlawanan Akhir - Nur Diyanah bt Nordin (Perak)
3) Penjaga Gol Terbaik - Nir Faezatul Elsya bt Amran (Terengganu)
4) Penjaring Gol Terbanyak - Nur Syaza Afiqah bt Safawi (Kuala Lumpur)

Lelaki  Bawah 12 Tahun

1) Pemain Terbaik Kejohanan - Mohammad Shamir bin Mohamad Amran (Perak)
2) Pemain Terbaik Perlawanan Akhir - Mohammad Faizul Ariff bin Abdul Azis (Perak)
3) Penjaga Gol Terbaik - Muhammad Aidiel Adha bin Mohd Noor (Kelantan)
4) Penjaring Gol Terbanyak - Muhammad Syahmi Aiman bin Mat Jusoh (Kelantan)

Perempuan Bawah 18  Tahun

1) Pemain Terbaik Kejohanan - Nur Aisyah bt Yaacob (Melaka)
2) Pemain Terbaik Perlawanan Akhir - Nurul Shafizan bt Amran  (Perak)
3) Penjaga Gol Terbaik - Sazaumira bt Mohamad Ismail (Selangor)
4) Penjaring Gol Terbanyak -Ellya Shairah bt Ellias (Selangor)

Lelaki Bawah 18 Tahun

1) Pemain Terbaik Kejohanan - Nor Syafiq bin Sumantri (Kuala Lumpur)
2) Pemain Terbaik Perlawanan Akhir -Nik Mohd Aiman bin Nik Rozemi (Terengganu)
3) Penjaga Gol Terbaik - Adrian Andy Albert (Sabah)
4) Penjaring Gol Terbanyak -Muhammad Hasikal bin Zamri (Selangor)


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Thursday, June 6, 2013

PERTANDINGAN DEBAT ANTARABANGSA MUSLEH (ISDC) KALI KE-5, TAHUN 2013



Berikut merupakan senarai sekolah/pasukan yang akan menyertai Pertandingan Debat MUSLEH International Students Debating Championships 2013

Kategori Bahasa Melayu

1. SMI Hidayah JB (2 pasukan)
2. SMKA Maahad Hamidiah (2 pasukan)
3. SMKA Al Irshad
4. SM Sains Alam Shah, ASiS
5. Sek. Men. Agama Persekutuan Labu
6. Kolej Yayasan Saad Melaka (2 pasukan)
7. SMKA Naim Lilbanat
8. SBPI Gopeng
9. SM Al-Hidayah Ipoh (2 pasukan)
10. SM Al-Islah Sg Petani (2 pasukan)
11. SMI Hira' Jeram
12. Sekolah Tun Fatimah, STF
13. SM Sains Muzaffar Syah, Mozac (2 pasukan)
14. Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah (2 pasukan)
15. SAM Hulu Langat
16. SMI Al-Amin Bangi (2 pasukan)
17. Sekolah Tuanku Abdul Rahman, STAR (2 pasukan)
18. The Malay College Kuala Kangsar, MCKK (2 pasukan)
19. SM Al-Azhar (2 pasukan)
20. Sekolah Dato' Abdul Razak, SDAR
21. SMI Al-Amin Gombak
22. Sekolah Menengah Setiabudi
23. Sek. Men. Agama Persekutuan Kajang
24. Sek. Men. Integrasi Sains Tahfiz MAIWP
25. Sekolah Maahad Pontian
26. Sultan Ismail College
27. MRSM Muadzam Shah
28. Madrasah AlJunied Al-Islamiah Singapore
29. Sekolah Islam Adni

Kategori Bahasa Inggeris

1. SMI Hidayah JB (2 pasukan)
2. SMKA Maahad Hamidiah (2 pasukan)
3. SMKA Al Irshad
4. SM Sains Alam Shah, ASiS
5. Sek. Men. Agama Persekutuan Labu
6. SMKA Naim Lilbanat
7. SBPI Gopeng
8. SM Al-Hidayah Ipoh
9. SM Al-Islah Sg Petani (2 pasukan)
10. SMI Hira' Jeram
11. Sekolah Tun Fatimah, STF
12. SM Sains Muzaffar Syah, Mozac (2 pasukan)
13. Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah
14. SMI Al-Amin Bangi (2 pasukan)
15. Sekolah Tuanku Abdul Rahman, STAR
16. Sekolah Dato' Abdul Razak, SDAR
17. SMI Al-Amin Gombak
18. Sekolah Menengah Setiabudi
19. Sek. Men. Agama Persekutuan Kajang
20. Sek. Men. Integrasi Sains Tahfiz MAIWP
21. MRSM Muadzam Shah (2 pasukan)
22. SM Sains Sembrong (2 pasukan)
23. Madrasah AlJunied Al-Islamiah Singapore
24. Sekolah Islam Adni
25. MA Perguruan Islam Ar-Risalah, Indonesia
26. MRSM Kuala Kubu Bharu
27. SM Sains Seri Puteri KL
28. MRSM Kuala Berang Tganu
29. Kolej Islam Sultan Alam Shah, KISAS
30. Maahad Integrasi Tahfiz Sains & Teknologi Klang
31. Insan Cendekia Madani BSD Senior High School, Indonesia
32. SMA IT Mutiara, Indonesia
33. SMI Aman KB

Kategori Bahasa Arab

1. SMI Hidayah JB (2 pasukan)
2. SMKA Al Irshad
3. Sek. Men. Agama Persekutuan Labu
4. Integrated Islamic School Shah Alam
5. Alsagoff Arab School, Singapura
6. SMKA Naim Libanat
7. SM Al-Islah Sg Petani (2 pasukan)
8. SMI Hira' Jeram
9. Maahad Tahfiz Sa'idiyyah
10. SAM Hulu Lnagat
11. SMI Al-Amin Bangi (2 pasukan)
12. SM Al-Azhar (2 pasukan)
13. MRSM Ulul Albab Kota Putra (2 pasukan)
14. SMI Al-Amin Gombak
15. Sekolah Gaza, Palestin
16. Sekolah Menengah Setiabudi
17. Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz MAIWP
18. Sekolah Maahad Pontian
19. Madrasah AlJunied Al-Islamiah Singapore
20. Sekolah Islam Adni
21. MA Perguruan Islam Ar-Risalah, Indonesia
22. MRSM Kepala Batas
23. SBP Integrasi Sabak Bernam
24. SMA IT Mutiara, Indonesia
25. Al-Shahaniyah Preparatory And Secondary Independent School For Boys, Qatar

Tentatif Program

Rabu (26 Jun 2013)

8.00 am – 10.00 am   : Pendaftaran
10.00 am – 10.30 am : Taklimat
10.30 am – 11.00 am : Minum Pagi
11.00 am – 12.30 pm : Bengkel
12.30 pm – 1.00 pm   : Bergerak ke UTM
1.00 pm – 2.00 pm     : Makan Tengah hari dan Solat Zuhur
2.00 pm – 4.00 pm     : Pusingan Awal (1)
4.00 pm – 5.00 pm     : Minum Petang dan Solat Asar
5.00 pm – 7.00 pm     : Pusingan Awal (2)
7.00 pm :Pulang ke Hotel Putra

Khamis (27 Jun 2013)

7.30 am – 8.00 am : Bergerak ke UTM
8.00 am – 8.30 am : Sarapan
8.30 am – 10.30 am : Pusingan Awal (3)
10.30 am – 11.00 pm :minum Pagi
11.00 am – 1.00 pm : Pusingan Awal (4)
1.00 pm – 2.00 pm : Makan Tengah Hari dan Solat Zuhur
2.00 pm – 4.00 pm : Pusingan Awal (5)
4.00 pm – 5.00 pm : Minum Petang dan Solat Asar
5.00 pm – 6.00 pm : Pulang ke Hotel Putra
6.00 pm – 7.00 pm : Makan Malam
9.00 pm – 10.00 pm : Pengumuman keputusan

Jumaat (28 Jun 2013)

8.00 am – 8.30 am : Sarapan
8.30 am – 10.30 am : Pra-suku akhir
10.30 am – 11.00 am :Minum Pagi
11.00 am – 1.00 pm : Suku Akhir
1.00 pm – 2.30 pm : Makan Tengah hari dan Solat Jumaat
2.30 pm – 4.30 pm : Separuh Akhir
4.30 pm – 5.00 pm : TMinum Petang dan Solat Asar
5.00 pm – 6.00 pm : Pulang Ke Hotel Putra
6.00 pm – 8.00 pm : Makan Malam
9.00 pm – 10.30 pm :Final Kategori Bahasa Arab

Sabtu (29 Jun 2013)

8.00 am – 9.00 am : Bergerak ke UTM
9.00 am – 10.00 am : Sarapan pagi
10.00 am – 12.00 pm : Final kategori Bahasa Inggeris
12.00 pm – 2.00 pm : Makan Tengah hari dan Solat Zuhur
2.00 pm – 2.30 pm :Ketibaan VVIP
2.30 pm – 4.00 pm : Final Kategori Bahasa Melayu
4.00 pm – 5.00 pm : Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah
5.00 pm – 5.30 pm : Minum Petang



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Wednesday, June 5, 2013

CATATAN DUKA DARI SMS SELANGOR

HKSBP 2013 akhirnya melabuhkan tirainya. Bertahun-tahun setia menjadi salah seorang warga HKSBP (sepuluh tahun), akhirnya kali ini Imanshah gagal membendung air mata dari tumpah apabila perjuangan pasukan bahas Bahasa Melayu ternoktah di peringkat separuh akhir . Bukan tidak pernah tewas di peringkat yang sama, dan seingat Imanshah semenjak membawa pasukan ini bersama Puan Noridah, sudah empat kali kami tewas di separuh akhir.

Namun, kali ini pukulan yang diterima sungguh hebat. Apatah pasukan kali ini antara pasukan yang paling kuat pernah Imanshah miliki. Namun, manusia mentadbir, Allah jua yang mentaqdir. Kami menerima ketewasan ini dengan berlapang dada. Mungkin Allah menjanjikan kejayaan yang lebih hebat di masa akan datang. Kepada  Ahmad Aiman, Dinie, Amirul, Syafiq dan juga buat diri cikgu sendiri , ingat lah :

"Alangkah indahnya kehidupan ini apabila kita sentiasa berbaik sangka dengan Allah dengan menerima segala ujiannya dengan sabar. Pahit, tidak cepat diluah. Pedih, tidak segera disanggah.."

Moga kita akan bangkit nanti.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget