WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, July 28, 2013

PESTA BAHAS - MEMUGAR KECEMERLANGAN KDBM STAR

Seperti tahun-tahun sebelumnya, Keluarga Debat Bahasa Melayu (KDBM) STAR kembali menganjurkan PESTA BAHAS. PESTA BAHAS merupakan acara tradidi tahunan yang dianjurkan oleh KDBM bagi mencari bakat-bakat baru pembahas dalam kalangan pelajar tingkatan 1. Alhamdulillah, pada tahun 2013, seramai 36 pelajar tingkatan 1 telah menyahut cabaran PESTA BAHAS 2013 dengan membentuk 12 pasukan. Dengan tema " MEMUGAR KECEMERLANGAN KDBM STAR ", pertandingan ini telah dijalankan selama dua peringkat. Peringkat pertama akan menyaksikan 12 pasukan akan bersaing di  pusingan awal (empat pusingan) manakala peringkat ke dua akan berlangsung di peringkat menang mara iaitu suku akhir, separuh akhir dan akhir. Berikut disertakan sedikit laporan bergambar sepanjang berlangsungnya PESTA BAHAS 2013 peringkat awal.


Para peserta sedang mendengar taklimat dari Guru Pembimbing dan AJK Pelaksana PESTA BAHAS 2013. Taklimat berdasarkan proses pertandingan dilaksanakan, usul, peranan pembahas dan juga aspek-aspek teknikal perbahasan.


AJK Pelaksana yang terdiri daripada para pembahas senior dan ahli KDBM. Mereka bukan sahaja terlibat menguruskan pertandingan malah bertindak sebagai hakim.Manakala pembahas tingkatan dua bertindak sebagai  jurulatih kepada pasukan-pasukan yang bertanding.


Para peserta sedang melakukan sesi perbincangan setengah jam sebelum pertandingan selepas undian peranan kerajaan/pembangkang. Para peserta dilatih untuk berfikir dan berbincang dengan cepat kerana masa yang diperuntukkan hanyalah selama setengah jam.


Para hakim terdiri daripada guru pembimbing dan pembahas senior. Mereka diberi peluang untuk menjadi juri. Dengan cara ini, selain mendapat pengalaman sebagi juri, diharapkan dapat juga membaiki persembahan  mereka berdasarkan sudut pandangan juri.




Antara aksi perlawanan PESTA BAHAS. Ke dua-dua pasukan memiliki kemampuan dan bakat yang tinggi dan dijangka mampu bersaing hingga ke peringkat akhir.


Akhirnya setelah selesai empat perlawanan pusingan awal, maka empat pasukan telah berjaya melangkah ke peringkat menang mara, iaitu suku akhir berdasarkan jumlah kemenangan dan juga margin. Satu-satu pasukan yang belum tewas, iaitu UNITEN menjadi pilihan kali ini. Mampukah pasukan lain melakar kejutan? Nantikan aksi mereka seterusnya di peringkat suku akhir.


Para peserta PESTA BAHAS 2013 bergambar kenangan bersama guru pembimbing dan AJK PELAKSANA PESTA BAHAS 2013. Tahniah kerana berjaya menempuhi perlawanan pusingan pertama dengan baik. Semoga legasi kecemerlangan KDBM STAR terus menyerlah di persada debat sekolah-sekolah Malaysia.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Friday, July 26, 2013

IKLAN RAYA PETRONAS 2013 - KUDRAT MEMBAWA BERKAT

Petronas, seperti biasa mengeluarkan iklan yang begitu menyentuh hati. Sarat dengan mesej dan nilai kekeluargaan dalam menyambut hari raya. Saban tahun, pasti semua orang akan menantikan "buah tangan"  dari Petronas. Terkenang mak dan arwah ayah yang begitu istimewa dalam mewarnai hidup Imanshah dan adik beradik lain terutamanya susah payah mereka mencurahkan KUDRAT yang BERKAT untuk membesarkan anak-anak. Terima kasih Allah, terima kasih mak, terima kasih ayah dan terima kasih PETRONAS. 


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Wednesday, July 10, 2013

STAR JUARAI KEJOHANAN RAGBI 10 SEPASUKAN SBP 2013

Barisan pemain bersama jurulatih dan  pengurusan Cobratasha.

Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh, Perak muncul juara Kejohanan Ragbi 10 Sepasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kebangsaan kali ke-14 di Sekolah Menengah Sains Muzhaffar Shah (MOZAC). Lebih manis, kejayaan menggondol kategori cup itu disulami dengan pemilihan pemain utama STAR, Mohd Azim zainurin yang dianugerahkan pemain terbaik keseluruhan. Dalam aksi final, STAR berjaya menewaskan Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR) 26 - 12.

Kejohanan ini menyaksikan penyertaan lebih 1000 pemain daripada 62 pasukan bertanding dan majlis penutup telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Wira Ir Idris bin Haron.

Kategori Bowl dimenangi oleh SMS Sultan Haji Ahmad Shah, Pahanf manakala kategori Plate menjadi milik Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Selangor. Sementara itu, kategori Spoon diraih oleh SM Sains Tuanku Munawir, Seremban dan SM Sains Batu Pahat menggondol kategori Shield.

Shahrul Fikri Azri dari Sekolah Dato' Abdul Razak dipilih sebagai forward terbaik, manakala Mohd Asri Azhar dari SM Sains Selangor pula menerima anugerah backline terbaik.

Johan Cup : Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR)
Naib Johan Cup : Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR)

Johan Plate : SBPI Gombak
Johan Bowl : SM Sains Sultan Haji  Ahmad Shah
Johan Shield : SM Sains Batu Pahat
Johan Spoon : SM Sains Tuanku Munawer

Pemain Terbaik Kejohanan : Mohd Azim bin Zainurin (STAR)
Bacline terbaik : Mohd Asri Azhar (SM Sains Selangor)
Forward terbaik : Shahrul Fikri Azri (SDAR)

Pasukan sorak Ultras Rahman yang hadir memberi sokongan 

Azim Zainurin dipilih sebagai pemain terbaik kejohanan. Tahniah Azim !








TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Monday, July 1, 2013

KEJUARAAN MUSLEH ISDC BERJAYA DIPERTAHANKAN

Debaran kian kemuncak apabila pengacaramempersilakan ketua hakim untuk mengumumkan keputusan.

Pembahas Terbaik disandang oleh Muhammad Syahmi dari pasukan pembangkang, KISAS.

Suasana makin berdebar-debar apabila pihak sana yang berjaya memperoleh kemenangan untuk pembahas terbaik. Dan akhirnya debaran sampai kemuncaknya apabila ketua hakim, Encik Jefri memaklumkan perbahasan sangat sengit . Dengan juri 4-3 akhirnya usul diterima. Alhamdulillah, STAR berjaya mempertahankan kejuaraan MUSLEH International Students Debating Championship 2013 yang dimenangi tahun lepas.

Alhamdulillah kekecewaan dalam Piala Perdana Menteri ditebus juga akhirnya. Kemenangan ini merupakan hadiah persaraan yang paling manis buat para pendebat STAR.Dinie, Amirul dan Aiman yang telah Imanshah bimbing dari tingkatan tiga lagi. Sepanjang penglibatan mereka , mereka telah memenangi 4 pertandingan.Alhamdulillah, Legasi kecemerlangan KDBM STAR diteruskan lagi pada tahun 2013.


Para pembahas menyanyikan lagu Rouse Up selepas pertandingan.


Bersamapara pemenangkategori Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris


Hadiah persaraan paling manis untuk anak-anak ini.


Saat-saat ke dua pasukan beradu buah fikiran dan ketajaman hujah. Akhirnya yangmembezakan ialah kemampuan untuk meyakinkan panel hakim.



Tahniah STAR, Tahniah semua.

D I NI E

AM I R UL

A I M AN


Akhirnya jiwa debat kalian adalah jiwa STAR. Keluarga Debat ini akan terus berjuang  dengan apa jua caranya,walau tanpa bimbingan saya lagi.










TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget