WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, August 25, 2013

PERLAWANAN PERSAHABATAN HOKI : STAR VS NORWICH SCHOOL

Semalam, 24 Ogos 2014, satu perlawanan persahabatan antarabangsa telah berlangsung antara STAR Hockey dan Norwich School, UK. Alhamdulillah, semenjak menjadi jurulatih hampir tiga tahun, hanya beberapa kali sahaja Imanshah membawa pasukan menentang pasukan dari luar negara. Seingat Imanshah pertama dengan sekolah dari Bangkok, kemudian dengan sri Lanka dan Taiwan. Alhamdulillah, semalam peluang menentang sekolah dari Eropah. Mungkin bagi sesetengah orang ianya merupakan acara biasa, namun bagi pemain-pemain STAR, iainya merupakan satu kenangan yang tak mungkin dapat dilupakan.Keputusannya, STAR Hockey (2) Norwich School, UK (2).

Imanshah kongsikan beberapa keping gambar yang sempat dirakamkan oleh lensa kamera untuk tujuan simpanan dan kenang-kenangan.


Aksi ke dua-dua pasukan


Bergambar kenangan selepas perlawanan.


 Para pemain sedang menyelamatkan bola di dalam kawasan D.


Sesi team talk selepas berakhirnya separuh masa pertama.







TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

SATU CATATAN SEJARAH : LAWATAN YAM TUNKU ALI REDHAUDDIN DAN TUNKU ZAIN AL 'ABIDIN KE STAR, IPOH



Tanggal 24 Ogos 2013 terpahat dalam lipatan sejarah STAR apabila menerima kunjungan daripada dua orang kerabat di Raja Negeri Sembilan, iaitu Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Mukhriz dan adinda baginda Tunku Zain Al'Abidin Ibni Tuanku Mukhriz yang sudi mencemar duli ke Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh.

Keberangkatan Yang Amat Mulia Tunku berdua merupakan satu saat yang bersejarah kerana nama sekolah ini dinamakan sempena nama moyangnda baginda iaitu DYMM Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad iaitu Yang DiPertuan Agong yang pertama.

Dalam lawatan singkat ini, YAM Tunku Besar dan adindanya telah ditaklimatkan dengan sejarah STAR oleh tuan pengetua  dan seterusnya YAM tunku Ali telah berkenan menyampaikan titah ucapan kepada seluruh warga STAR. Paduka YAM Tunku kemudiannya diperdengarkan dengan persembahan pasukan Orkestra Muda Sekolah Tuanku Abdul Rahman. 


Seterusnya Paduka YAM Tunku Ali telah berkenan menyampaikan sumbangan RM 13, 000 kepada pasukan Orkestra Muda STAR melalui Yayasan Munarah yang dipengerusikan oleh YAM Tunku sendiri. YAM Tunku berdua kemudiannya dibawa untuk melawat pokok pine yang telah ditanam oleh Almarhum moyangnda baginda sewaktu lawatan DYMM Tuanku Abdul Rahman ke STAR pada tahun 1958 dan dibawa ke Galeri Tun Hamdan untuk melihat secara dekat dokumen-dokumen sejarah STAR.


Sesungguhnya , keberangkatan YAM Tunku Ali dan YAM Tunku Zain ke STAR pada tanggal 24 Ogos 2013 merupakan satu saat bersejarah. Moga hubungan yang terjalin khususnya antara STAR dan Yayasan Munarah akan membantu dalam meningkatkan kecemerlangan Sekolah Tuanku Abdul Rahman





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Thursday, August 22, 2013

TEKS PENGACARA MAJLIS HARI UCAPAN YANG DIHADIRI RAJA/SULTAN/PEMANGKU RAJA/RAJA MUDA

CONTOH TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS 
TETAMU : SULTAN/KERABAT DI RAJA

Mengumumkan Keberangkatan Tiba Duli Yang Maha Mulia ........................................................

- Lagu Kebesaran Negeri Perak dan Lagu Sekolah
dimainkan dan dinyanyikan

Para hadirin dipersilakan duduk.

Assalammualaikum w.b.t Selamat Sejahtera

Mengadap
Duli Yang Maha  Mulia
.............................................................................................

Ampun Tuanku,

Patik bagi pihak Warga Sekolah ..................................... merafak sembah menjunjung setinggi kasih di atas limpah perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku berkenan berangkat mencemar duli bagi menyempurnakan Majlis Hari Ucapan Dan Penyampaian Hadiah Sekolah..............................  2013 pada hari yang penuh bersejarah ini.

Ampun Tuanku,
Patik merafak sembah  memohon limpah perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk patik mengacarakan majlis pada pagi ini.


Ampun Tuanku,

Bagi memberkati majlis yang dilansungkan pada pagi ini, dipersilakan Ustaz ...........................................................  untuk merafak sembah memohon ampuni limpah perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku bagi memimpin bacaan doa.

Dipersilakan.



Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Ampun Tuanku.
Sekarang dipersilakan dengan penuh hormat dan takzimnya Yang Berusaha .................................................Pengetua Sekolah     ................................................untuk mengadap dan memohon perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan ...................................................... menyembahkan ucapan dan laporan tahunan 2013.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.



Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha ...............................................................................Pengetua Sekolah ........................................................ atas ucapan sebentar tadi

Ampun Tuanku.

Acara seterusnya ialah persembahan daripada Pasukan Wind Orchestra Sekolah .........................................................  dengan dendangan 2 buah lagu yang bertajuk ...........................................................................dan ...............................................................................

Dipersilakan.


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pasukan Wind Orchestra Sekolah................................................................................................. atas persembahan sebentar tadi.

Ampun Tuanku


Acara seterusnya ialah majlis penyampaian hadiah dan anugerah. Majlis dengan penuh hormat dan takzimnya sekali lagi  mempersilakan Yang Berusaha ......................................, Pengetua Sekolah.................................................... mengadap merafak sembah memohon limpah perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan ......................................bagi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


                -MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH-


Menjunjung setinggi kasih Tuanku.                                                                          
                                                                                      
Ampun Tuanku.

      
Sebagai tanda menjunjung kasih, majlis mempersilakan Yang Berusaha Pengetua Sekolah ............................................... mengadap dan mempersembahkan cenderamata kenang-kenangan kehadapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

--------------------------------------------

Menjunjung kasih Tuanku.



Ampun Tuanku

Patik sekalian sekali lagi menjunjung setinggi-tinggi kasih atas limpah perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku sudi berangkat mencemar duli  bagi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah dan anugerah kepada para pelajar yang mencapai tahap cemerlang dalam semua bidang sempena Hari Ucapan ......................................................................

Sesungguhnya keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Tuanku amat besar ertinya kepada patik sekalian dalam mempertingkatkan kecemerlangan semua warga Sekolah ....................................................
                                                                          

Kepada semua hadirin diucapkan ribuan terima kasih dan  tahniah atas kejayaan anak-anak tuan-tuan dan puan-puan sekalian.


Ampun Tuanku,

Disembah maklumkan, demikianlah tadi sempurnanya Majlis Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah Sekolah ..................................................dan mohon limpah perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk mengakhirinya.


-BERSEDIA UNTUK MENYANYIKAN LAGU KEBESARAN NEGERI PERAK-

Mengumumkan  Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan ....................................................





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

BERDEBAR-DEBAR

Assalamualaikum, lama sudah Imanshah tidak mencoretkan sesuatu di blog kesayangan ini. Semenjak akahir-akhir ini nafsu untuk mencatat sudah hilang. Bukan kerana tiada idea, tapi sayu memikirkan banyak benar kejadian di sekililing kita dan di seluruh dunia. Pembunuhan di sana-sini, isteri di pukul, anak disera, bapa ditembak, suami dibom seolah-olah menggambarkan negara kita sudah tidak selamat lagi. Hanya mampu mnejadi pemerhati dan sentiasa berdoa agar semua ini akan ada titik noktahnya. 

Imanshah nak kongsikan dua acara yang akan berlangsung pada 24 Ogos nanti. Pada sebelah pagi STAR akan menerima kunjungan Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhaudin Ibni Tunku Mukhriz. Baginda akan mencemar duli berangkat ke STAR sempena lawatan peribadi ke sekolah di mana moyang baginda iaitu Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad, Yang Di Pertuan Agong pertama pernah mencemar duli berangkat ke STAR 55 tahun yang lampau. Nama STAR juga diambil bersempena dengan nama Almarhum. Makanya STAR memiliki hubungan yang akrab dengan kerabat diRaja Negeri Sembilan sebenarnya.Pada hari tersebut, Yang Mulia Tunku Ali Redhaudin akan ditaklmatkan  serta akan bertitah kepada semua pelajar STAR. 


Pada sebelah petang, Imanshah akan membawa para pemain hoki untuk perlawanan persahabatan antarabangsa antara STAR menentang Norwich School, United Kingdom di Padang Hoki SMK Gunung Rapat. Alhamdulillah, berjaya juga hasrat Imanshah bagi memberi peluang kepada pemain-pemain hoki STAR untuk berlawan dengan pemain-pemain Eropah. Selain bertujuan untuk menguji kehebatan fizikal dan mental, jalinan antara sekolah dan negara juga dapat dilakukan. Begitu juga, ianya memberi peluang kepada para pemain untuk berinteraksi bersama pelajar luar negara.

Apapun hujung minggu yang mendebarkan kerana dalam majlis di Raja nanti Imanshah terlibat sebagai pembentang sejarah sekolah selain menjadi pengacara majlis. Doakan Imanshah. 




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Friday, August 2, 2013

IKLAN RAYA MAXIS 2013 - Disconnected to get connected

Buat semua rakan-rakan dan anak murid yang berada di luar sana yang terlalu obses dengan internet, hayatilah iklan raya MAXIS ini. Moga Aidilfitri yang datang digunakan sepenuhnya untuk saling bermaaf-maafan dan mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget