WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, October 23, 2013

ANUGERAH DUNIA


Semalan, 20 Oktober 2013, telah berlangsung majlis Anugerah Kokurikulum STAR 2013. Majlis yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Idris bin Jusoh, Menteri Pendidikan II ini merupakan satu manifestasi untuk mengharagai jasa para pelajar dan guru yang telah mengharumkan nama STAR sepanjang tahun 2013. Alhamdulillah, kemuncak kepada penghargaan dalam penglibatan saya sebagai guru telah membawa kepada pemilihan saya sebagai penerima anugerah BEST PERFORMANCE  IN COCURRICULAR ACTIVITIES 2013. Alhamdulillah, walaupun saya tidak meminta untuk diberikan penghargaan sebegitu rupa, namun kata orang sedikit penghargaan yang diberikan akahirnya menghilangkan penat lelah selama ini. Inillah 'award' yang telah saya terima dalam majlis tersebut.



Antara pencapaian sepanjang tahun yang telah membawa kepada pemilihan ini ialah 

1) Johan kejohanan Hoki SBP Zon Utara
2) Johan kejohanan Hoki SBP Kebangsaan
3) Naib Johan Kejohanan Hoki Sekolah Premier peringkat Negeri Perak
4) Membawa pasukan hoki menyertai Malaysian Junior Hockey League
5) Naib Johan MSSD Kinta Utara
6) Johan MUSLEH International Debating Championship
7) Johan Pertandingan Debat Persahabatan ADT-MiG
8) Separuh Akhir Bahas Piala Perdana Menteri
9) Speaker Dewan Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri

Dan yang lebih manis apabila Kelab Debat Bahasa Melayu dinobatkan sebagai kelab dan persatuan  terbaik 2013. Manakala pasukan hoki ANACONDA tewas kepada pasukan ragbi untuk perebutan pasukan Sukan terbaik STAR 2013. 

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada jawatankuasa pemilihan, rakan-rakan guru, para dermawan dari kalangan ibu bapa dan bekas pelajar. dan yang paling istimewa buat semua pemain hoki STAR ANACONDA dan Keluarga Debat Bahasa Melayu STAR yang sentiasa memberikan komitmen yang jitu sepanjang saya memimpin kedua-dua persatuan ini. Moga-moga kita semua memperoleh anugerah yang lebih hebat di akhirat nanti.

#Sekadar mencoret dan berkongsi tentang pencapaian, bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk. Untuk tatapan suatu masa nanti. 







TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget