WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, November 29, 2013

TEKS PENGACARA MAJLIS GRADUASI

1. Mengumumkan Ketibaan VIP

Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat Yang Berusaha, Tuan Haji Azlan bin Abdullah, Presiden STAROBA diiringi oleh Pengetua Cemerlang Sekolah Tuanku Abdul Rahman. 


2. Nyanyian Lagu negaraku dan Lagu Sekolah

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu sekolah, ilmu Panduan Hidup.  Hadirin diminta berdiri. 

Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.



3. Solutasi

Yang berusaha Tuan Haji Azlan bin Abdullah
Presiden STAROBA

Yang Berusaha Dr Amirul Shah bin Shah Budin
Yang Di pertua PIBG STAR

Yang Berusaha  Tuan Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim,
Pengetua Cemerlang STAR

Yang berusaha barisan penolong-penolong Kanan STAR
Dif-dif kehormat, Ahli Jawatankuasa  STAROBA, Ahli Jawatankuasa  PIBG,  para ibu bapa, guru-guru seterusnya para  pelajar yang dikasihi sekalian. 

4. Ucapan Alu-aluan Pengacara Majlis

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan Iizin kasih-NYA, kita dapat berkumpul di dewan sekolah yang bersejarah ini bagi menjayakan Majlis Graduasi pelajar Tingkatan Lima 2013. Majlis merakamkan setingggi-tinggi ucapan terima kasih kepada tetamu kehormat kita pada hari ini Yang berusaha Tuan Haji Azlan bin Abdullah, Presiden STAROBA kerana sudi hadir ke majlis kita pada pagi ini. Selamat datang juga diucapkan kepada semua tetamu, ibu bapa serta hadirin-hadirat sekalian.  Semoga dengan kehadiran semua, maka majlis ini lebih bermakna dan berseri.


5. Bacaan Doa

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat.  Untuk itu, majlis mempersilakan  Al Fadhil Ustaz Muhammad Firdaus bin Ahmad  untuk meminpin bacaan  doa.


6. Ucapan Wakil Pelajar

Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan dari wakil pelajar tingkatan lima. Untuk itu dipersilakan ketua umum 2013, Saudara Taqiudin Tamunif  untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Saudara Taqiudin Tamunif  atas ucapan sebentar tadi.


7. Ucapan Pengetua 

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Abdul hashim bin Abdul karim, pengetua Cemerlang STAR untuk menyampaiakn ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Pengetua atas ucapan sebentar tadi.


8. Ucapan Perasmi/VIP

Kini kini akan mendengar ucapan daripada tetamu kehormat. Majlis dengan penuh takzim Yang Berusaha Tuan Haji Azlan bin Abdullah menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Graduasi 2013. Dengan segala hormatnya dipersilakan. 

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Haji Azlan bin Abdullah atas ucapan serta perasmian Majlis Graduais 2013  sebentar tadi.


9. Penyampaian Sijil Graduasi

Kini, tibalah kita ke acara penyampaian sijil graduasi  kepada para pelajar tingkatan lima. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim untuk mengiringi tetamu kehormat, Yang Berusaha Tuan Haji Azlan bin Abdullah. Dengan ini saya serahkan majlis kepada Encik Naharudeen bin Othman untuk mengumumkan nama-nama graduan.    


10. Penyampaian Cenderahati

Seterusnya, majlis mempersilakan Pengetua Cemerlang STAR, Tuan Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim  untuk menyampaikan cenderamata kenang-kenangan daripada pihak sekolah kepada yang berusaha Tuan Haji Azlan bin Abdullah.  

Terima kasih diucapkan kepada tetamu kehormat atas kesudian menyampaikan sijil graduasi kepada para pelajar.


 Hadirin sekalian, kita telah pun berada di penghujung acara

Gugur menguning buah kuini,
Menghijau pohon subur dibaja,
Majlis kita berakhir di sini,
Salah dan silap lupakan saja
         Sebarang kelemahan harap dimaafi
Segala kerjasama sangat dihargai
Terima kasih sekalung budi
Kenangan nan indah simpanlah di hati
Semoga kita berjumpa lagi.

Anak-anakku , sebaik  sahaja kalian beredar dari sekolah  ini, maka terbukalah pintu rindu dihati guru-guru. Selamat menerusan perjuangan. Mungkin budi kami yang tumpah di sini, hatta setitis mahupun selaksa. Bukanlah untuk dijual beli atau ditimbang kati kemudian hari. Yang kami sampaikan selama ini hanyalah amanah dan tanggungjawab. Terimalah seadanya seikhlas kami  memberi.

Dengan ini, majlis kita sampai ke penghujungnya.

Sebelum bersuarai buat kali terakhir marilah sama-sama kita nyanyikan nasyid DOA PERPISAHAN.

Sekian, wabillahitaufik, walhidayah. Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh 








TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

BROVIII 2013 - GRAND DINNER DALAM KENANGAN

Grand Dinner Fivers 2013 atau Batch Broviii telah diadakan pada 27 November 2013 bertempat di MH Hotel, Ipoh. Saban tahun, majlis diadakan sebagai tanda batch tingkatan lima tahun semasa bakal menamatkan persekolahan mereka setelah lima tahun bergelar pelajar STAR. Imanshah kongsikan gambar kenang-kenangan majlis makan malam pelajar tingkatan lima 2013.


Ucapan dari ketua batch Brovii, Saudara Amir Hafiz.


Tuan pengetua turut menyampaikan amanat terakhir.


Gelagat MC, Nazrin dan Arif membuatkan semua hadirin tak kering gusi.


Antara persembahan pelajar, nyanyian Amir Azfar dan Zamir.


Persembahan oleh Emier dan Eddy.


Najmi menerima Anugerah Mr Beauty. Hahaha


Idin menerima Anugerah Mr Presiden.


Broviii bergambar kenangan sebelum melangkah meninggalkan majlis.


Anugerah Persahabatan (Brovii 2013)

Terima kasih sahabat
Kerana mengizinkan aku berteduh
Di bawah payung kasihmu
Merelakan aku menyulam mesra
Dalam benang persahabatan
Membiarkan aku mewarnai catatan memori
Pada kertas kenangan
Terima kasih
Kerana mengibarkan  panji untukku
Berlindung dari hujan kebimbangan
Menadah perahu setia
Untukku melayar duka
Dari luka yang tidak terhingga...






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Tuesday, November 26, 2013

KELANTAN UMUM SENARAI PEMAIN MUSIM 2014

PENGJAGA GOL:
Khairul Fahmi Che Mat (VC)
Shahrizan Ismail
Syazwan Yusoff

PERTAHANAN:
Aziz Ismail
Faiz Suhaimi (Baru)
Tuan Muhamad Faim
Faizul Nazlin Sayuti (Baru)
Nik Shahrul Azim
Zairul Fitree Ishak
Farisham ismail
Nazri Ahmad (Baru)
Obinna Nwaneri (VC)

TENGAH:
Badhri Radzi (C)
Mohamad Shawky (Baru)
Amar Rohidan (Baru)
Brendan Gan (Baru)
Khairul Izuan Rosli
Tengku Hasbullah Raja Hassan (Baru)
Wan Zaharul Nizam (Baru)

PENYERANG:
Mohammed Ghaddar (Baru)
Forkey Doe (Baru)
Fakri Saarani
Shakir Ali (Baru)
Famirul Asyraf Sayuti (Baru)





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

CONTOH TEKS UCAPAN PERASMI MAJLIS ANUGERAH KOKURUKULUM


1.      Alhamdulillah, setinggi ucapan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana pada pagi yang berbahagia ini saya berpeluang untuk kembali ke alma mater yang telah lama saya tinggalkan bagi menjayakan Majlis Anugerah Kokurikulum S.T.A.R tahun 2013. Pada kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi menjemput saya untuk merasmikan majlis pada pagi ini. Tahniah dan syabas kepada pihak sekolah atas pelbagai kejayaan seperti mana yang telah disebutkan oleh tuan pengetua sebentar tadi. Pada hemat saya,  kejayaan-kejayaan yang dicapai sudah tentulah hasil daripada gemblengan tenaga dan kolaborasi daripada pihak pengurusan sekolah, guru-guru, pelajar dan tidak dilupakan juga sokongan utuh daripada PIBG dan bekas-bekas pelajar (STAROBA) yang sentiasa mahukan S.T.A.R berada pada kedudukan terbaik dalam dunia pendidikan negara.

2.      Pada hari yang berbahagia ini, saya lebih teruja untuk membawa anak-anak menyelusuri sebuah institusi pendidikan yang dibina pada tahun negara kita mencapai kemerdekaan. Walaupun ketika saya memasuki S.T.A.R pada tahun 1968,  sekolah ini baru saja berusia 11 tahun, saya mendapati bahawa sekolah ini memiliki tradisi dan legasi kecemerlangan yang sangat hebat, serta mempunyai etos yang tersendiri, yang pada ketika itu hanyalah dipelopori oleh sekolah-sekolah tinggalan penjajah Inggeris seperti Sekolah Menengah King Edward , Sekolah Menengah Anderson dan sekolah golongan bangsawan seperti MCKK. Pada pendapat saya, tradisi, legasi serta etos yang diwarisi pelajar-pelajar daripada generasi ke generasi inilah yang telah berjaya membentuk sebuah sekolah yang sentiasa cemerlang dan sentiasa berada di barisan hadapan.

3.      Apabila saya secara rasmi dilantik  sebagai Menteri Pendidikan II, saya telah menyarankan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh Dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengangkat beberapa sekolah terpilih, antaranya S.T.A.R, menjadi sekolah yang bertaraf dunia. Saya tertarik dengan nama-nama sekolah hebat di Britain seperti Eton School yang hendak kita jadikan penanda aras ataupun ‘bench mark’ untuk SBP.  Walau bagaimanapun, persoalannya mampukah kita hendak bersaing dengan sekolah-sekolah yang mengenakan yuran yang tinggi kepada pelajar-pelajar? Mampukah kita bersaing dengan sekolah yang  mempunyai insfrastruktur yang serba lengkap dan yang melaksanakan pelbagai program dengan mengenakan yuran yang tinggi?. Maka, bagi sekolah-sekolah hebat seperti S.T.A.R seharusnya bergerak dengan lebih pantas bagi menangani cabaran untuk mencapai Standard Sekolah Bertaraf Dunia. Saya yakin, dengan kesungguhan dan iltizam seluruh warga S.T.A.R, menyahut cabaran ini bertunjangkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015, hasrat murni ini pasti akan membuahkan hasilnya.

4.      Justeru, saya berbesar hati untuk berkongsi dengan hadirin sekalian TUJUH elemen yang bakal membolehkan S.T.A.R mencapai standard Sekolah Bertaraf Dunia. Elemen paling penting yang ingin saya tekankan ialah kualiti pelajar yang ingin kita hasilkan. Kita mungkin meletakkan KPI kejayaan kemenjadian pelajar kepada bilangan yang mendapat “Straight A+” dalam peperiksaan umum seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).  Walau bagaimanapun, S.T.A.R perlu meletakkan satu lagi KPI yang lebih tinggi iaitu berapa ramaikah pelajar yang mendapat gred cemerlang itu berupaya untuk mendapat biasiswa daripada badan-badan berkanun serta syarikat korporat yang hebat seperti MARA, JPA, TNB, Khazanah, Bank Negara, Petronas, Telekom, Maybank dan sebagainya.  Alhamdulillah saya difahamkan pada tahun ini, seorang pelajar S.T.A.R iaitu Muhammad Aiman Sabeh, telah berjaya meraih Biasiswa Kijang Emas, iaitu biasiswa tertinggi yang dianugerahkan oleh  Bank Negara. Pelajar-pelajar S.T.A.R perlu menguasai lebih daripada dua bahasa supaya dapat berkomunikasi dengan warga dunia, selain sebagai nilai tambah untuk bersaing dalam pasaran kerja . Ini selaras dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)  yang  setiap pelajar digalakkan mempelajari bahasa tambahan supaya dapat membantu mereka menyertai tenaga kerja global. Begitu juga, mulai 2016, mata pelajaran Bahasa Inggeris akan dijadikan kertas wajib lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

5.      Perkara yang kedua adalah dari aspek pengurusan sistem pembelajaran. Pemerhatian saya mendapati bahawa pelajar-pelajar di Malaysia ini keseluruhannya lebih berorientasikan peperiksaan. Pembelajaran sepanjang hayat dan proses  Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) yang mana guru sepatutnya bertindak selaku fasilitator perlu lebih luas diamalkan dengan menekankan konsep “independent learning’  agar pelajar dapat menguasai kemahiran seperti ‘soft skill’ dengan lebih baik dan berkesan. Keadaan ini jugalah menyebabkan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)  diperkenalkan . Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, menjelang tahun 2016,  Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) akan dirombak secara berperingkat, soalan berbentuk pemikiran aras tinggi akan merangkumi sekurang-kurangnya 40 peratus daripada soalan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada soalan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

6.      Seterusnya  bagi elemen ketiga ialah hubungan dan jalinan dengan kumpulan sokongan. Aspek ini penting dalam menilai kemampuan sesebuah Sekolah Bertaraf Dunia. Kita turut melihat aspek jaringan dan jalinan yang mampu diadakan oleh sesebuah sekolah. Saya melihat dalam konteks S.T.A.R, sudah ada dua impak jalinan yang cukup besar iaitu STAROBA dan PIBG yang sentiasa sedia membantu. Dan kini, Yayasan Tun Hamdan juga turut memainkan peranan dalam membantu kejayaan S.T.A.R. Di samping itu, jaringan dan jalinan dengan Institusi Pengajian Tinggi yang berkualiti dari dalam dan luar negara perlu ditingkatkan agar pelajar dapat diberikan bimbingan daripada tenaga sumber manusia yang berkualiti tinggi dan hubungan ini perlulah bersifat hubungan jangka panjang.  

7.      Elemen  keempat adalah dari segi struktur pengurusan sekolah. Seperti yang semua sedia maklum, pengurusan sekolah di Malaysia bersifat ‘centralised’ yakni segala arahan datangnya dari Kementerian Pendidikan diturunkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri, Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh Dan Sekolah Kecemerlangan seterusnya kepada PPD. Pada pandangan saya,  sekolah seperti S.T.A.R, autonomi yang lebih luas wajar diberikan kepada pengurusan sekolah supaya dapat mencorakkan perjalanan  sekolah yang lebih sesuai dengan kepentingan sekolah,  kerana tidak semestinya semua arahan sesuai untuk dizahirkan di SBP seperti S.T.A.R. Sebagi contoh, dalam soal pemilihan mata pelajaran sekolah boleh dibenarkan membuka aliran selain daripada aliran sains, kerana sudah tentu kebolehan dan kemampuan para pelajar adalah berbeza.

8.      Elemen  kelima ialah berkaitan dengan kualiti guru di sekolah. Pengetua seharusnya diberi kuasa penuh untuk menentukan pemilihan guru-guru yang berkualiti untuk ditempatkan di Sekolah Bertaraf Dunia.  Kementerian Pendidikan sentiasa berusaha untuk memantapkan kualiti guru di sekolah. Melalui PPPM 2013-2025, syarat kelayakan kemasukan guru ditingkatkan supaya terdiri daripada kalangan graduan 30 peratus terbaik. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia sedang berusaha untuk mengurangkan beban tugas pentadbiran guru-guru supaya boleh menumpukan sebahagian besar masa mereka kepada fungsi teras iaitu PdP.

9.      Seterusnya akses kepada media dan sumber pengetahuan perlulah diberikan seluas mungkin kepada pelajar dengan kawalan kepada sumber-sumber yang boleh memberi impak negatif. Sumber pengetahuan ini bukan hanya terbatas kepada internet dan buku-buku di pusat sumber tetapi apa yang lebih penting ialah pelajar Sekolah Bertaraf Dunia ini perlu ada sikap suka membaca untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Pembacaan tidak hanya terbatas kepada bahan ilmiah tetapi turut melibatkan bahan yang boleh membentuk kreativiti pelajar. Dengan pembacaan dan akses kepada media, para pelajar diharap mampu untuk memilih dan menerokai bidang-bidang baharu dalam pekerjaan. Menjelang akhir 2013, kerjaya perkhidmatan kaunseling dan akademik akan dimasukkan ke dalam jadual waktu sekolah menengah untuk membantu pelajar membuat pilihan bermaklumat mengenai pelbagai laluan pendidikan yang ditawarkan.

10.    Seterusnya perwatakan dan ‘outcome’ sekolah perlulah berjaya memberi impak kepada komuniti. Walaupun pada dasarnya S.T.A.R telah berjaya mengadakan “The Pulling Factor” kepada  masyarakat untuk menghantar anak-anak mereka belajar di S.T.A.R namun S.T.A.R perlu menjauhkan diri daripada sifat ‘regional’ iaitu peratusan bilangan pelajar hanya daripada kalangan mereka yang tinggal dalam daerah berdekatan. STAR seharusnya berjaya menarik perhatian lebih ramai pelajar dari daerah-daerah yang lebih jauh untuk turut sama membuat permohonan. Faktor utama ibu bapa memilih S.T.A.R bukanlah kerana S.T.A.R ini berada berdekatan dengan rumah   mereka tetapi sebaliknya S.T.A.R menjadi pilihan kerana S.T.A.R ialah sekolah yang terbaik dan ibu bapa khasnya mengetepikan faktor jarak dalam menempatkan anak-anak mereka di sini. S.T.A.R juga seharusnya mempunyai rekod yang lebih sistematik dan lengkap dalam menelusuri perkembangan bekas pelajar yang telah berjaya dibentuk di S.T.A.R. Hal ini sebenarnya bukti nyata kemenjadian pelajar S.T.A.R yang boleh menjadi daya tarikan kepada masyarakat. Kemampuan untuk memasarkan sekolah khususnya ke peringkat yang lebih tinggi wajar dibuat walaupun pasaran sekolah seperti S.T.A.R ini hanya terhad kepada pasaran dalam negara. Namun, aspek ini wajar dikembangkan agar dapat membentuk pelajar untuk berdaya saing ke pasaran dunia.

11.    Saya amat percaya jika tradisi , legasi dan etos yang telah sekian lama tersemai dalam institusi bernama Sekolah Tuanku Abdul Rahman ini terus dipertahankan, Insya Allah, S.T.A.R akan terus berada di saf hadapan sekolah-sekolah di Malaysia dan tidak mudah diganggu gugat oleh institusi-institusi  lain. Saya juga percaya, dalam memastikan kejayaan 7 elemen menjana Sekolah Bertaraf Dunia tadi   aspek kolaborasi antara pentadbir, guru-guru, pelajar-pelajar, PIBG serta bekas pelajar perlu sentiasa diperkasakan.

12.    Pada kesempatan ini juga saya ingin memaklumkan bahawa permohonan S.T.A.R berkaitan Projek Naik Taraf dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dalam pengetahuan dan perhatian khusus saya, selaku menteri yang bertanggungjawab. Sama-samalah kita mendoakan agar projek ini akan diluluskan dan seterusnya akan memberikan impak yang besar terhadap perkembangan dan pembangunan S.T.A.R pada masa akan datang.

13.    Saya mengambil kesempatan ini sekali lagi untuk mengucapkan tahniah kepada seluruh warga S.T.A.R atas kejayaan-kejayaan yang telah dicapai pada tahun 2013. Saya percaya bahawa kejayaan para pelajar semua dalam bidang kokurikulum ini tidak akan hadir tanpa usaha dan kerja keras semua pihak termasuklah guru-guru, jurulatih dan sudah tentulah para pelajar yang begitu bersemangat dalam menaikkan nama Sekolah Tuanku Abdul Rahman yang kita cintai ini.
 
14.    Saya mendoakan semoga S.T.A.R terus menjadi sekolah yang ternama serta berjenama unggul. Akhirnya,  dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan ini dengan penuh takzimnya merasmikan Majlis Anugerah Kokurikulum S.T.A.R  bagi tahun 2013.


Sekian. Terima kasih.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Friday, November 22, 2013

JANGANLAH PANGGIL SAYA BANGSAT

POSTING ini BUKAN penulisan saya. Saya petik dari artikel oleh Muhammad Mat Yakim dalam akhbar SINAR HARIAN. Saya tertarik dengan penulisan beliau tentang penggunaan dialek di beberapa buah negeri yang begitu unik dan perlukan pemahaman yang sebaiknya, kerana bimbang lain jadinya. jom kita baca : 

LEPAS tamat sekolah, saya jadi juru jual di Perak. Mula sampai di Kuala Kangsar, saya terasa diperlekehkan. Ini berlaku apabila seorang pakcik berkali-kali kata "awak tak tahu..." kepada saya. Saya menyangka dia merendahkan saya. Rupa-rupanya 'awak' adalah ganti 'saya' bagi orang Perak.

Demikian juga di Parit apabila saya akhirnya terpaksa menjawab "kenai makcik, takkan tak kenai, kipas" setelah seorang makcik tanya sama ada saya 'kenai' kipas angin yang dihalakan kepada saya.
 
Setelah diberitahu suaminya yang tertawa besar mendengar kata-kata saya, barulah saya sedar rupanya makcik itu bertanya sama ada saya kena atau tidak angin kipas itu. Kena atau 'keney' dalam sebutan orang Parit yang bunyinya seakan 'kenai' mengikut dialek Kedah, mencetuskan salah faham saya.
 
Itu belum lagi cerita orang Kuala Kangsar masuk kedai lampu dan bertanya "lampu ade idak, ade idak, ade?" Mujur semasa jadi jurujual di Kuala Kangsar, saya tidak ditugaskan menjual lampu. Jika tidak, bergolek berguling pun pasti saya tidak faham pertanyaan itu. Rupa-rupanya pelanggan itu mahu beli lampu lip lap.
 
Tidak lama dulu, saya bawa seorang kawan dari Kuala Pilah berjumpa seorang ustaz. Kebetulan si ustaz kawan rapat kepada abang saudara saya yang dipanggil Tat. Kata ustaz itu "Tat dulu dok mampuih kut rumah kami la..." Terkebil-kebil kawan saya mendengar kata-katanya.
 
Keluar dari pejabat ustaz itu, dia langsung bertanya mengenai 'mampuih'. Saya jelaskan, 'mampuih' dalam konteks cerita ustaz itu mengenai hubungan dia dengan abang saudara saya yang sangat mesra. Ini digambarkan melalui kata-katanya 'mampuih' yang bermaksud Tat selalu tidur atau bermalam di rumahnya. Kata kawan saya, dia sangka Tat selalu kena belasah sampai setengah mati oleh ustaz itu!
 
Ya, memang banyak istilah sama tetapi berlainan maksud mengikut dialek antara negeri kita. Beberapa tahun lepas, saya sendiri terkebil-kebil menonton satu adegan dalam filem Hantu Kak Limah yang berpunca masalah dialek. Apabila dengar Pak Abu menyebut hantu kopek seiring dengan kemunculan suatu objek yang bertali arus daripada seorang wanita, saya tertanya-tanya "penumbuk apa yang banyak sangat ni?"
 
Rupa-rupanya apa yang saya sangka penumbuk itu buah dada, dan itulah 'kopek' bagi orang Pantai Timur. Kopek di tempat saya bermaksud dompet.
 
Selain kopek, 'teriak' juga bawa makna yang berbeza mengikut negeri. Sebagai contoh, seseorang bercerita kepada rakannya: "Kami tiap-tiap pagi raya, masa bersalam dengan mak abah kami, kami mesti teriak ..."
 
Tentulah kawan dari Johor itu naik hairan. Mana tidaknya, teriak dalam bahasa Johor maksudnya menjerit sedangkan bagi orang Kedah, menangis. Apa pasal pula kena menjerit, minta maaf dengan suara perlahan, penuh keinsafan tak bolehkah?
 
Satu hal lagi, apabila sampai di tempat orang, jangan memandai-mandai buat kesimpulan sendiri mengenai istilah atau dialek di tempat itu. Contohnya, memang banyak istilah dalam dialek utara yang belakangnya huruf 'r' diganti dengan 'q'. Atau jangan pula asal kelapa sembarangan ditukar kepada 'nyoq'. Di utara, kelapa sawit tetap dipanggil kelapa sawit, jangan pula orang negeri lain pergi sana sebut 'nyoq sawit'.
 
Adapun satu kisah ini boleh dijadikan contoh. Dalam satu majlis kenduri di Kedah, seorang tetamu yang sudah sekian lama teringin nak makan acar limau orang utara, sampai sahaja terus bertanya kepada tuan rumah, 'ayaq acaq ada?"
 
'Acaq' mengikut dialek utara bukan acar tetapi kumbahan atau air basuhan yang kotor. Acar sebaliknya disebut 'acat'. Begitu juga orang utara yang baru berhijrah ke KL, jangan segera nak jadi orang KL, ajak kawan pergi main 'bole kat Kote Damansare'. Anak KL jati pun sebut 'bola' dan 'Kota Damansara'!
 
Satu lagi untuk kita jadikan iktibar apa yang berlaku di sebuah surau di Kedah. Setelah beberapa minit masuk waktu, pak bilal atau muazzin tidak juga muncul, yang ada hanya imam dengan seorang musafir, maka si imam pun minta tolong kepada si musafir untuk azan dengan kata-kata "minta tolong bang sat..."
  
Merah padam muka si musafir, "saya tahu saya orang luar tapi janganlah panggil saya bangsat!"






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Wednesday, November 20, 2013

TAKWIM KEJOHANAN MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM) 2014


BIL
SUKAN
KATEGORI
TARIKH
NEGERI
PENGANJUR
1
MER. DESA
L&P 15, 18
22 MAC
SABAH
2
GOLF
L&P  12, 15, 18
24-27 MAC
JOHOR
3
SKUASY
L&P  12, 15, 18
23-28 MAC
N.SEMBILAN
4
GIMRAMA
P  12, 15, 18
24-27 MAC
N.SEMBILAN
5
CATUR
L&P  12, 15, 18
24-28 MAC
SARAWAK
6
AKUATIK
L&P  12, 15, 18
24-28 MAC
WP PUTRAJAYA
7
MEMANAH
L&P  12, 15, 18
24-28 MAC
WP LABUAN
8
PERAHU LAYAR
L&P  12, 15, 18
23-28 MAC
TERENGGANU
9
KRIKET
L  12, 18
23-28 MAC
TERENGGANU
10
PING PONG
L&P  12, 18
24-28 MAC
WP KUALA LUMPUR
11
BOLING TENPIN
L&P   15, 18
24-28 MAC
WP KUALA LUMPUR
12
BALAPAN & PADANG
L&P  12, 15, 18
3-7 MEI
KEDAH
13
SEPAK TAKRAW
L15, 18
7-11 JUN
PERAK
14
BOLA JARING
P 15, 18
7-10 JUN
PERAK
15
BOLA BALING
L&P  12, 18
7-12 JUN
KELANTAN
16
RAGBI
L 12, 18
7-12 JUN
KELANTAN
17
BADMINTON
L&P  12, 15, 18
7-11 JUN
SELANGOR
18
BOLA TAMPAR
L&P  18
7-12 JUN
SELANGOR
19
GIMNASTIK
L&P  12, 15, 18
7-11 JUN
PAHANG
20
HOKI
L&P  18
7-12 JUN
PAHANG
21
BOLA KERANJANG
L&P  12, 18
7-12 JUN
MELAKA
22
TENIS
L&P  12, 15, 18
7-11 JUN
PULAU PINANG
23
SOFBOL
L&P  12, 18
7-11 JUN
PULAU PINANG
24
BOLA SEPAK
L 15, 18
7-12 JUN
PERLIS
25
BOL TENPIN
L&P  12
19-21 SEP
PULAU PINANG
26
SEPAK TAKRAW
L  12
19-21 SEP
PULAU PINANG
27
BOLA JARING
P 12
26-28 SEP
JOHOR
28
HOKI
L & P 12
26-28 SEP
JOHOR
29
BOLA SEPAK
L 12
10-12 OKT
PAHANG
30
BOLA TAMPAR
L&P  12
10-12 OKT
PAHANG



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget