WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, March 1, 2014

KERTAS CADANGAN PROGRAM KEPIMPINAN BERTARAF GLOBAL



KERTAS CADANGAN
PROGRAM KEPIMPINAN BERTARAF GLOBAL
_______________________________________________________________________


1.0          PENDAHULUAN

Program kepimpinan  bertaraf global di Sekolah Tuanku Abdul Rahman merupakan program yang dirangka khusus untuk menghasilkan modal insan yang seimbang sama ada dari segi keterampilan, bersemangat patriotik, berdisiplin dan bernilai murni ke arah pembentukan modal insan negara yang mempunyai personaliti unggul (towering personality) serta holistik. Program ini perlu dilaksanakan dalam usaha melahirkan para pemimpin pelajar bertaraf dunia sesuai dengan pengiktirafan yang diberikan terhadap STAR sebagai “School Of Global Excellence”. Oleh yang demikian, beberapa program telah dirancang oleh Unit Hal Ehwal Murid Sekolah Tuanku Abdul Rahman untuk melahirkan pemimpin pelajar bertaraf global.

2.0       TEMA

Melahirkan Pemimpin Bertaraf Global”


3.0       RASIONAL

Program ini perlu dilaksanakantuntutan semasa hari ini di mana sebagai sebuah sekolah yang diiktiraf sebagai  “School Of Global Excellence”, maka para pemimpin pelajarnya perlu dilatih dengan pelbagai pendekatan dan mekanisme untuk melahirkan pemimpin pelajar bertaraf global.  


4.0       MATLAMAT

Program ini bertujuan untuk melahirkan barisan kepemimpinan pelajar bertaraf global.

5.0       OBJEKTIF

5.1       Penerapan nilai-nilai kepemimpinan  dalam diri pelajar

5.2       Meningkatkan kemahiran soft skill dalam diri pelajar.

5.3       Mewujudkan cirri-ciri asertif dalam diri pelajar

5.4       Membangunkan potensi diri pelajar

5.5       Melahirkan pemimpin pelajar yang berdaya saing, berdedikasi dan berketerampilan.


6.0       SASARAN

Lembaga Pengawas dan Pemimpin Badan-badan  Khas.


7.0       KAEDAH PELAKSANAAN

7.1       Kaedah yang digunakan ialah:
- Program kemasyarakatan
- Program pengucapan awam.
- Latihan fizikal.
- Program kepimpinan
- Program kerohanian



8.0       AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi                    : Tn. Hj. Abdul Hashim B. Abdul Karim, AMN., AMP., PPG
                                    (Pengetua Cemerlang, Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh)

Timbalan Pengerusi    : Dr. Mior Hamdan B. Hj Ghazali
                                    (Pen. Kanan, Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh)

Naib Pengerusi I         : Encik  Naharudeen Bin Othman
                                    (Peolong  Kanan HEM, Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh)

Naib Pengerusi II        : Puan Hajah Fatihah Alawiah bt  Mohamad
                                    (Pen. Kanan Koku, Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh)

Setiausaha I                : Encik Shahnun bin Abdul Ghani
                                    (Guru Penasihat lembaga Pengawas STAR)
                       
Ahli Jawatankuasa      : Unit Warden STAR
                                      Unit Bimbingan dan Kaunseling
                                      Badan Dakwah dan Rohani














9.0       BUTIRAN PROGRAM DAN KEWANGAN


BIL.

NAMA PROGRAM

TARIKH

SASARAN

PERUNTUKAN

1

Latihan pengucapan awam/program perbahasan

Januari-Oktober

Lembaga Pengawas/ Pemimpin badan khas


RM 3, 000

2.

Outbound School di Lumut, Perak

April

20 pemimpin pelajar

RM 10, 000

3.

Program ‘out reach’ ke sekotor korporat


Mei

30 pemimpin pelajar


RM 2, 000

4.

Kem Jati Diri dan Kepimpinan

April dan
Oktober

Semua pengawas

RM 10, 000

5.

Program Perkongsian Pintar bersama IPTA

Jun

40 pemimpin pelajar

RM 5, 000

6.

Lawatan Penanda Arasan

Jun

40 Pemimpin pelajar

RM 5,000


7.

Program Ceramah Agama Mingguan

Januari-Oktober

Semua pelajar

RM 5, 000

8.


Kursus Kemahiran ICT

Julai


Lembaga Pengawas/Badan-badan khas


RM 5, 000

9.

Young Sport Leader Programme (YSL)


Mac – Ogos


AJK YSL

RM 5, 000

JUMLAH


RM 50,000


10.0     PENUTUP

Diharapkan melalui pelbagai program yang dirangka ini, maka para pemimpin bertaraf global dapat dilahirkan di STAR, Ipoh. Namun begitu, hasrat ini tidak akan tercapai jika tidak mendapat sokongan dan dokongan daripada pihak-pihak yang berwajib, khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia.    Sumbangan boleh lah dibuat melalui cek atas nama .............................................. ataupun melalui akaun PIBG  ..............................................................



Disediakan oleh :       

……………………………………………...
(ENCIK SHAHNUN BIN ABDUL GHANI)
Guru Penasihat Lembaga Pengawas
Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

0 GENTA RASA:

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget