WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, May 9, 2014

TEKS UCAPAN PENGETUA SEMPENA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2014


Terima kasih saudara/saudari Pengacara Majlis
Bismillahir rahmanir rahim.
Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh dan salam sejahtera.

1.      Yang Berbahagia Tuan Hj Rosland b Hussein,
        Pengarah Bahagian           Pengurusan SBP dan Sekolah kecemerlangan, 
        Kementerian Pendidikan Malaysia.

2.      Yang Berusaha Tuan Hj. Mohd Idris bin Hj Ramli,  
          Pengarah         Pendidikan Negeri Perak,

3.         3.      Yang Berusaha, Tn. Hj. Marazlan @ Mar Azlan Bin Amran
                     Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Utara,

4.      Yang Berusaha Tn Hj Azlan bin Abdullah, Presiden STAROBA

5.      Yang Berusaha Dr.Amirul Shah Bin Md Shahbudin, Yang Di Pertua PIBG S.T.A.R

6.       Yang Berusaha Tuan Hj Anoir bin Jalil, mewakili Yayasan Tun     Hamdan,

7.      Penolong-Penolong Kanan S.T.A.R.

8.      Bekas-bekas guru S.T.A.R.

10.    Dif-dif jemputan, para ibu bapa yang saya hormati

11. Guru-guru dan anak-anak pelajar yang saya kasihi.

Senja gemilang bayu berpuput,
          Gugur kenanga di celah jerami;
Besarlah hati kami menyambut,
          Tuan bertamu ke sekolah kami .

Tanah serendah taman larangan,
          Nampak gemilang dari Lingga;
Syabas dan tahniah kami ucapkan ,
          Anda cemerlang sekolah berbangga.

1.      Alhamdulillah, setinggi-tinggi ucapan kesyukuran saya rafakkan kehadrat Allah S.W.T kerana kita dapat berkumpul pada majlis yang dinanti-nantikan ini. Ucapan ribuan terima kasih saya rakamkan khusus kepada tetamu kehormat Yang Berbahagia Tuan Hj Rosland b Hussein, Pengarah BPSBPSK, atas kesudian Tuan hadir dan seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang S.T.A.R pada hari ini. Kehadiran Tuan Pengarah menunjukkan keperihatinan Tuan mengenai kebajian S.T.A.R Ipoh. Saya juga mengucapkan selamat datang kepada dif-dif jemputan dan hadirin hadirat yang dapat bersama-sama meraikan para penerima Anugerah Cemerlang S.T.A.R tahun 2014.

Yang Berbahagia Tuan Pengarah  serta hadirin sekalian,
2.      Kerelevanan pendidikan untuk membangunkan modal insan masa ini dan masa hadapan, adalah satu perkara yang penting dan sentiasa menjadi agenda utama.  Oleh sebab itu, S.T.A.R ipoh memilih Pengarah BPSBPSK sebagai tetamu kehormat pada tahun 2014 ini. Kehadiran Tuan pengarah amat penting bagi menilai dan memberi nasihat kapada S.T.A.R Ipoh supaya hala tuju S.T.A.R Ipoh menepati kehendak BPSBPSK.

3.      Terima kasih juga atas kehadiran ibu bapa pada hari ini. Saya pasti pihak ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka di sini dan sentiasa memantau serta memberi maklum balas kapada kami bagi memastikan aspek-aspek pembangunan pelajar di sini dibangunkan secara holistik. Selain itu, ibu bapa pastinya mengharapkan agar pengetahuan sains dan teknologi, kemahiran berfikir aras tinggi dan penguasaan Bahasa Inggeris, kepimpinan dan  juga aspek-aspek lain dibudayakan di S.T.A.R Ipoh oleh warga pendidik sekolah ini. Keprihatinan seluruh ibu bapa sangat saya hargai dan kami akan buat yang terbaik bagi menyediakan generasi yang kompeten pada peringkat global.

4.      Untuk pengetahuan Tuan juga, dalam seminggu ini pelbagai program berlangsung di S.T.A.R Ipoh. Yang terbaru, pada 9 April 2014, S.T.A.R Ipoh amat bertuah kerana menerima lawatan kerja daripada Penasihat Sekolah Kecemerlangan iaitu Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr Abdul Rahman bin Arshad. Pada kami, lawatan kerja ini sangat bermakna bagi memastikan hala tuju S.T.A.R Ipoh berada di landasan yang tepat. Lawatan ini berlanjutan sehingga malam apabila satu majlis jamuan makan malan dianjurkan oleh JPN Perak di Dewan Besar S.T.A.R.


5.      Dalam pada yang sama, pihak sekolah juga sedang sibuk membuat persiapan bagi menganjurkan pertandingan ragbi SBP 10s bermula pada 23 hingga 27 april 2014. Pihak sekolah mengucapkan kasih kepada BPSBPSK kerana memberi kepercayaan kepada S.T.A.R Ipoh untuk mengelolakan kejohanan ragbi peringkat kebangsaan ini. Penganjuran Kejohanan Ragbi SBP 10s melibatkan 35 pasukan SBP dalam kategori divisyen satu dan 32 pasukan ragbi SBP divisyen 2. Hampir 80 peratus  dari 1200 pemain akan menginap di S.T.A.R Ipoh. Warga S.T.A.R Ipoh akan meneruskan tradisi Penganjuran Kejohanan Ragbi Juara 10 sebelah ini selaras dengan 6 aspirasi murid yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia terutamanya dari aspek kepimpinan dan identiti nasional.

Yang Berbahagia Tuan Pengarah serta hadirin sekalian,
6.    Pada tahun 2014, saya telah meletakkan 10 sasaran: Pertama Kelestarian   SBT: saya akan memastikan pada tahun ini  S.T.A.R Ipoh terus berada di band satu dalam kelompok Sekolah Berprestasi Tinggi. Dalam hal ini, peristiwa yang paling menggembirakan warga sekolah adalah apabila S.T.A.R Ipoh  telah dinobatkan sekolah terbaik dalam kalangan SBT, iaitu hanya  satu-satunya sekolah yang menerima Anugerah Emas SBT, KPPM daripada 97 buah SBT pada 13 Mac 2013 bertempat di Hotel Blue Wave,Shah Alam.

7.    Yang kedua: Meneruskan tradisi kecemerlangan merupakan komitmen kami.  Kami akan memantapkan budaya kerja cemerlang dalam kalangan semua warga guru dan warga staf sokongan. Program profesional setiap hari Rabu dan penglibatan semua pelajar dalam meneruskan tradisi kecemerlangan dalam aspek akademik, kepimpinan, sahsiah dan sukan sentiasa diutamakan. Di samping itu, aspek penambahbaikan sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa. Yang ketiga: Membudayakan pelaksanaan headcount pada  peringkat  sekolah. Program ini diterajui oleh semua ketua panitia dan semua guru subjek di bawah pengawasan dan pemantauan Penolong Kanan.

8. Keempat : saya akan berusaha memastikan kelas peperiksaan diajar oleh guru opsyen. Untuk pengetahuan Tuan Pengarah, pada tahun ini bagi subjek kimia kita kekurangan 2 orang guru opsyen kimia apabila persaraan Encik King Eng Seng pada 26 April 2014, dan Puan Yip Yin Leng yang telah bersalin pada 4 April 2014 yang telah memohon mengikut suami ke Kuala Lumpur sejak tahun lepas lagi. Justeru, kami memohon kekosongan daripada BPSBPSK untuk guru tersebut dan dengan kerjasama JPN Perak membantu kami untuk mendapatkan pengganti yang komited seperti mereka ini. Yang kelima: Memperkasakan sarana sekolah dan sarana ibu bapa dalam anjakan ke-9 dalam  Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Untuk pengetahuan semua, alhamdulillah untuk program sarana sekolah dan sarana ibu bapa, kita telah berjaya mengadakan 6 program pada tahun ini. Program sarana sekolah pertama ialah perjumpaan waris iaitu pihak sekolah telah berjumpa dengan semua ibu bapa pelajar tingkatan 2,3,4, dan 5. Dalam program ini saya telah memberi taklimat hala tuju S.T.A. R 2014  kepada ibu bapa pada 1 Januari 2014.

9. Program sarana sekolah kedua, pada 9 Februar 2014, Rumah Kuning diterajui Ustazah Fatihah Alawiah binti Mohamad selaku Ketua Guru Rumah Kuning serta semua guru rumah kuning, telah berjaya mengadakan Hari terbuka  Rumah Kuning bersama 10 bekas pelajar dan 20 orang ibu bapa. Kehadiran ini menunjukkan sokongan terhadap rumah ini dan sangat bermakna kepada 106 orang penghuni Rumah Kuning. Program sarana sekolah yang ketiga, pada 21 Februari 2014 apabila  Rumah Hijau yang diterajui Puan Hajah Fuziah binti Hashim serta semua guru Rumah Hijau telah berjaya mengadakan program mentoring di MLT 2. Kehadiran 10 bekas pelajar Rumah Hijau bersama 20 orang ibu bapa Rumah Hijau amat bermakna kepada 98 penghuni Rumah Hijau. Program sarana sekolah yang keempat pada 16 Mac 2014. Atas inisiatif Ketua Guru Rumah Putih iaitu Puan Abidah binti Sarajul Haq serta semua guru rumah putih, Rumah Putih juga telah berjaya mengadakan Hari Terbuka Rumah Putih yang bermula pada pukul 9 pagi sehingga 1.30 tengah hari. Seterusnya diikuti Program Mentoring Old Boys Rumah Putih dengan pelajar rumah putih pada sebelah petangnya. Program ini dihadiri 30 bekas pelajar rumah putih  dan 40 orang ibu bapa pelajar rumah putih amat bermakna kepada pelajar rumah putih.

10.    Program sarana kelima berlangsung pada 30 Mac 2014 iaitu Program Kilauan Permata Hitam yang diterajui Encik Mohd Zabidi bin Nordin selaku Ketua Guru Rumah Hitam serta semua guru rumah hitam. Program ini bermula pada jam 2.00 petang  yang mana tetamu kehormatnya ialah Tan Sri Datuk Dr Abdul Samad bin Hj Alias, Mantan Presiden Malaysia Institute of Certified Public Accountants dan MIA Malaysian Institute Accountants. Kehadiran 30 orang bekas pelajar  Rumah Hitam dan 45 oarang ibu bapa amat bermakna kepada seluruh penghuni rumah hitam. Seterusnya, Insya-Allah sarana untuk Rumah Biru dan Rumah Merah dalam perancangan.

11. Bagi program sarana keenam: Program Jaya Waris dan Mesyuarat Agung PIBG S.T.A.R Ipoh telah berjaya dadakan pada 1 Mac 2014 dengan kehadiran hampir 400 ibu bapa yang mana sebanyak 5 usul telah dibahaskan semasa mesyuarat agung tahunan S.T.A.R Ipoh untuk kebaikan semua pelajar di sini. Sementara itu, Program sarana ketujuh akan berlangsung pada  26 April 2014, apabila batch 81 akan mengadakan pertemuan dengan pelajar S.T.A.R ipoh dan akan memberikan maklumat dan hala tuju dalam aspek kerjaya.

12. Sasaran yang Keenam : saya akan memperkasakan bidang kebitaraan S.T.A.R ke peringkat antarabangsa iaitu ragbi, wind orchestra dan perbahasan. Dalam sukan ragbi yang menjadi kebitaraan atau niche area sekolah, pada tahun 2014, S.T.A.R muncul Johan CUP  Kejohanan Ragbi  Kejohanan Ragbi MSS Kinta Utara, Johan Kejohanan Ragbi MSS Perak dan Johan Cup U15 sempena Sambutan English College yang ke-100 tahun di Johor Bharu. Maka, dengan perancangan yang rapi dan komitmen yang tidak berbelah bagi oleh pihak sekolah dan bekas pelajar S.T.A.R, pasukan ragbi Cobratasha S.T.A.R, kini muncul menjadi kuasa besar dalam kalangan pasukan ragbi SBP apabila memenangi pertandingan Super Six kali kedua, Juara Liga Piala Super Six  2013 dan 2014. Di pentas antarabangsa pada tahun 2014, pasukan ragbi Cobratasha S.T.A.R muncul pemenang Runners UP CUP dalam kejohanan Ragbi MCKK  International Sevens yang mana pasukan Ragbi Cobratasha S.T.A.R tewas dengan pasukan ragbi Scotts College dari New Zealand pada perlawanan akhir pada 12 Mac 2014 di padang MCKK. Bagi program pengantarabangsa, pasukan Ragbi Cobratasha  akan berlepas ke Perth, Australia bagi menyertai kejohanan ragbi  di sana pada cuti persekolahan  Mei 2014. Program ini juga sebagai persiapan mewakili pasukan ragbi negeri Perak dalam Kejohananan MSSM Jun 2014 ini.

13.  Sementara itu, Pasukan Wind Orchestra terus menyerlahkan kebitaraan S.T.A.R apabila terpilih antara 5 buah sekolah terbaik untuk Finale Festival Wind Orchestra Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan Kementerian Pelajaran Malaysia yang akan diadakan pada  21 Jun 2014 di Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam. Selain itu juga, pasukan di bawah bimbingan Encik Azli bin Yaacob telah diberi penghormatan buat tahun ke tujuh membuat persembahan di Universiti Teknologi Petronas sempena  majlis konvokesyen UTP iaitu dari tahun 2007 hingga 2013. Pasukan Wind Orchesta dengan keahliannya kini berjumlah 100 orang pelajar juga telah menunjukkan prestasi cemerlang pada peringkat antarabangsa. Pada 1 Disember 2013, Pasukan Wind Orchestra Muda S.T.A.R dengan penyertaan 62 anggota telah mendapat Anugerah Silver Award pada Hong Kong Winter Band Festival. Pasukan ini juga diberi pengiktirafan membuat persembahan sempena Hari Guru peringkat negeri Perak pada 22 Mei 2014 dan pelbagai jemputan lain.
14.  Pasukan bahas bahasa Melayu turut mencatat kejayaan yang cemerlang pada tahun 2013. Pasukan ini berjaya mempertahankan kejuaraan dalam MUSLEH International Debating Championship 2013. Selain itu juga, pasukan bahas bahasa Melayu turut memenangi Pertandingan Bahas MIG-ADT dan layak ke peringkat separuh akhir Piala Perdana Menteri 2013 yang diadakan di Sekolah Menengah Sains Selangor. Kebitaraan pasukan bahas juga menunjukkan sinarnya apabila muncul johan Pertandingan Debat Junior SEHEBAT di Sekolah Menengah Sains Batu Pahat pada 6 April 2014 yang lalu.

15. Yang keenam: Melahirkan  pelajar berwatak dan Global Players, melalui program yang tersusun S.T.A.R Ipoh telah membuktikan kepada masyarakat, produk S.T.A.R Ipoh kompeten untuk  bersaing pada peringkat global dan nasional. Berdasarkan analisis daripada buku laporan batch 92 dan buku batch 93 yang mana 80 peratus pelajar S.T.A.R Ipoh terlibat dalam dunia professional, korporat dan keusahawanan pada peringkat nasional dan hanya 10 peratus terlibat bekerja dengan sektor awam.

16.    Ketujuh: Menerima Anugerah Tawaran Baharu (New Deals) 2013. Insya-Allah KPI SBT S.T.A.R Ipoh pada 2013 adalah ET. Pasukan JNJK akan verifikasikan Anugerah Tawaran Baharu ini pada awal Mei 2014. Yang Kelapan: Memastikan sekolah berada dalam keadaan kesiapsiagaan. Untuk maklumat program melibatkan warga di sekolah ini amat banyak, S.T.A.R Ipoh mempunyai pelbagai stakeholder yang berkepentingan. Antaranya kerajaan negeri Perak, BPSBPSK, JPN Perak, PPD Kinta Utara, pelbagai agensi kerajaan di Perak, pihak korporat, alumni,s ekolah seluruh negara yang melakukan penanda aras, maka seluruh warga S.T.A.R sentiasa berada dalam suasana Sence of Urgency.

17. Yang Kesembilan: Memastikan  sifar aduan ke KPM. Alhamdulillah pada tahun 2013 kami terima sifar aduan ibu bapa pada peringkat BPSBPSK. Kesepuluh:Memastikan keadaan asrama S.T.A.R sentiasa mengamalkan budaya 5 S.

 Yang Berbahagia Tuan pengarah serta hadirin sekalian,
18.  Izinkan saya menyentuh sedikit berkenaan dengan akademik. Dalam bidang akademik, keputusan SPM 2011, buat kali pertamanya S.T.A.R Ipoh berada ranking  top ten dalam kalangan SBP. Walau bagaimana pun kami berusaha keras agar keputusan SPM 2011 menjadi benchmark kami, batch yang berbeza, dan kami terus berusaha, dan pada tahun 2013, S.T.A.R mensasarkan untuk memperoleh keputusan yang lebih cemerlang dalam peperiksaan SPM dan PMR. Dalam peperiksaan PMR 2013, S.T.A.R memperoleh GPS 1.05, 0.01 lebih baik dari keputusan PMR 2012 dan peratus semua A adalah 80.4 peratus atau 86 pelajar mendapat 8A daripada 107 pelajar iaitu meningkat 9.6 peratus berbanding pencapaian PMR 2012.

19.  Pada  peringkat SPM 2013 pula, kita mendapat  GPS 1.73, turun 0.05 peratus berbanding pencapaian SPM 2012 GPSnya 1.68. Daripada 143 calon, sebanyak 25.17%  mendapat semua A. turun 6%...dan bilangan straight A plus dua pelajar,meningkat 0.72 peratus berbanding SPM 2012. Sehubungan dengan itu, pelbagai program akademik telahpun digerakkan seawal bulan Januari bagi memastikan sasaran  SPM 2014 iaitu GPS 1.3 dapat direalisasikan. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tenaga pengajar yang telah berusaha bertungkus lumus bagi memastikan “core business” kita dalam bidang akademik sentiasa berada pada tahap yang membanggakan. Selain itu, P.I.B.G STAR yang diketuai oleh Yang Berbahagia Dr Amirul Shah bin Md Shahbudin dan STAROBA turut sentiasa memberikan bantuan sama ada dalam bentuk kewangan mahupun sokongan moral dalam memastikan kejayaan S.T.A.R dalam bidang akademik.

Yang Berbahagia Tuan pengarah serta hadirin sekalian
20. Justeru, hari ini merupakan hari yang amat bermakna kepada seluruh warga S.T.A.R kerana majlis ini  adalah kemuncak kepada pengiktirafan pihak sekolah terhadap pencapaian dan sumbangan pelajar-pelajar dalam bidang akademik. Matlamat kecemerlangan sekolah akan sentiasa kami pertingkatkan  selaras dengan tranformasi sistem pendidikan negara di bawah Pelan  Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, sebagaimana yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.  Selaku Pengetua S.T.A.R Ipoh, saya bertanggungjawab dalam memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia  menjadi pemangkin kepada kemenjadian pelajar  di sekolah ini. Bagi merealisasikan hasrat tersebut, semua guru dan warga S.T.A.R Ipoh perlulah terlebih dahulu menghayati lima aspirasi sistem pendidikan Malaysia di bawah PPPM 2013-2025.

21.     PPPM  dimulakan dengan akses kepada pendidikan, saya perlu memastikan setiap pelajar S.T.A.R Ipoh bermula dari tingkatan satu sehingga ke tingkatan lima mendapat peluang pendidikan yang sama rata bagi membolehkan mereka mencapai potensi yang maksima utk berdaya saing diperingkat global. Bagi merealisasikan hasrat ini,saya dan guru-guru akan berusaha bagi memastikan setiap pelajar S.T.A.R Ipoh mendapat apa yang sepatutnya menjadi hak mereka,seperti mendapatkan pelbagai bantuan dan kemudahan yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. 

22.    PPPM menekankan pendidikan yang berkualiti cemerlang lagi setanding dengan negara-negara maju. Justeru pendidikan yang berkualiti perlu diberikan kepada pelajar-pelajar S.T.A.R Ipoh. Bagi mencapai hasrat ini,kualiti guru S.T.A.R  perlu dipertingkatkan. Selaku Pengetua, saya akan memastikan kursus atau latihan dalam perkhidmatan yang dilaksanakan di sekolah ini  menjurus kepada pemantapan kualiti guru. Guru yang berkualiti pastinya dapat memberikan pendidikan yang berkualiti kepada murid-muridnya.   Hal ini dapat diperhatikan melalui lepasan pelajar S.T.A.R Ipoh.

TAHUN
MATRIKULASI
ASASI
DIPLOMA
PERSEDIAAN
LUAR NEGARA
LAIN - LAIN
2012
36
39
44
16
8
25%
27%
31%
11%
6%


23.    PPPM turut menekankan tentang Ekuiti: hal ini bererti setiap pelajar S.T.A.R tanpa mengira kedudukan geografi, atau latar belakang sosio-ekonomi berhak mendapat pendidikan yang berkualiti. Jurang yang wujud antara pelajar S.T.A.R yang datang dari bandar dan luar bandar ketika ini  perlulah dikecilkan terutamanya yang datang dari negeri-negeri Pantai Timur. Pada tahun 2013, 30 daripada 120 pelajar datang dari Kelantan  Hasrat ini boleh kami capai dengan bantuan daripada STAROBA dan Yayasan Tun Hamdan bagi memastikan segala bantuan yang sepatutnya diterima pelajar yang datang daripada keluarga yang miskin sampai kepada mereka.  Bantuan awal daripada STAROBA dan Yayasan Tun Hamdan telah dilaksanakan sejak empat tahun yang lepas.  Untuk makluman semua, Yayasan Tun Hamdan telah ditubuhkan bagi memberi bantuan kewangan dan biasiswa kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan.Penglibatan STAROBA dan Yayasan Tun Hamdan dalam hal ini amat bertepatan dengan aspirasi ke-9 PPPM; Bekerjasama dengan ibu bapa,komuniti dan sektor swasta secara meluas.

24.    PPPM menekankan Perpaduan: Sekolah merupakan tempat pertemuan pelajar daripada pelbagai latar belakang sosio-ekonomi, agama dan etnik. Di sinilah letaknya peranan pelajar S.T.A.R Ipoh untuk mengukuhkan  perpaduan dalam kalangan pelajar melalui interaksi sesama mereka. Demikian juga, perpaduan antara pelajar senior dan junior sentiasa terjalin walaupun banyak pelajar lepasan S.T.A.R merupakan pemimpin negara kita pada hari ini. Program kepimpinan, penglibatan yang aktif dalam sukan dan aktiviti kokurikulum juga telah melibatkan interasi pelajar S.T.A.R dengan pelbagai  kaum agar mereka belajar untuk memahami, menerima serta menghayati perbezaan yang ada. Ingatlah, “Kerana PerpaduanKita Masih  Bersama”.

25.    PPPM menekankan Kecekapan:  Saban tahun peruntukan kerajaan untuk pendidikan amat tinggi berbanding sektor-sektor lain. Peruntukan yang dikeluarkan ini seharusnya setanding dengan peningkatan keberhasilan pelajar. Justeru sebagai pemimpin pendidikan di  peringkat  sekolah, moto kerja warga pendidik adalah tradisi kecemerlangan adalah komitmen kami, saya akan memastikan setiap ringgit yang digunakan dan dibelanjakan bagi melaksanakan program akademik, kepimpinan,  sukan mahupun kokurikulum, memberi serta mendatangkan impak yang positif kepada pelajar S.T.A.R Ipoh. Impak yang diharapkan merupakan peningkatan pencapaian, semangat dan perubahan sikap yang akan mendorong mereka menjadi rakyat yang cinta akan  negara dan beridentiti nasional.

Yang Berbahagia Tuan Pengarah  serta hadirin sekalian,

26.    Kelima-lima aspirasi sistem pendidikan yang saya ulas sebentar tadi bertujuan untuk membolehkan setiap murid menerapkan enam aspirasi murid dalam diri mereka. Setiap pelajar S.T.A.R Ipoh yang dididik di sekolah ini perlulah mendapat  pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran tribahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional.  Inilah aspirasi yang berkaitan dengan mereka, yang kita, warga pendidik  perlu berusaha ke arah itu. Saya amat menggalakkan pengelolaan sukan antara rumah dalam kalangan pelajar S.T.A.R Ipoh, kerana yakin bahawa  6 aspirasi murid dalam PPPM terutamanya dari aspek kepimpinaan dan identiti nasional dapat dicapai. Kualiti kepimpinan dan budaya kerja secara berpasukan dilihat sebagai lonjakan kepada atlet S.T.A.R untuk membina kendiri yang unggul dan seterusnya membantu dalam memartabatkan masyarakat yang kompetitif dan terbuka.

Yang Berbahagia Tuan Pengarah  serta hadirin sekalian,

27.    Pelan Pembangunan Pendidikan yang dirangkakan oleh Kementerian Pendidikan merupakan satu dokumen komprehensif yang bukan sahaja mengenalpasti bidang-bidang utama dan meletakkan sasaran yang hendak dicapai, malah turut menyenaraikan inisiatif penting yang akan dilaksanakan, meliputi tindakan yang jelas dan menetapkan jangkamasa tertentu untuk mencapai sasaran yang ditetapkan. Sehubungan  itu, saya berharap semua guru S.T.A.R Ipoh dapat memainkan peranan dengan lebih berkesan. Kementerian juga telah mengenalpasti 11 anjakan yang perlu dilakukan bagi menghasilkan perubahan yang diingini oleh semua rakyat.  Saya percaya anjakan ke-9 iaitu memperluas jalinan kerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta dapat direalisasikan di S.T.A.R Ipoh.   Hal ini akan memberi peluang dan ruang bagi S.T.A.R Ipoh dalam usaha memantapkan S.T.A.R Ipoh sebagai A World Class School selain dengan adanya sokongan semua stakeholders, khususnya BPSBPSK serta JPN Perak dan PPD Kinta Utara insya-Allah.

Begitulah serba ringkas laporan sebahagian pencapaian  S.T.A.R bagi tahun 2013 dan awal 2014 dan sebentar nanti kita akan sama-sama saksikan para pelajar serta guru-guru penasihat akan menerima anugerah masing-masing sebagai tanda pengiktirafan pihak sekolah terhadap sumbangan yang telah diberikan.

Yang Berbahagia Tuan pengarah’ serta hadirin sekalian
Tinggi mana Gunung Ledang
Tinggi lagi harapan kami,
Setinggi mana terbang helang
Tinggi lagi hajat kami.

28.    Sebagai nahkoda yang mengetuai kapal berjenama S.T.A.R Ipoh ini, besarlah harapan saya untuk melihat S.T.A.R Ipoh terus bergerak ke arah destinasi yang lebih baik, destinasi Sekolah Bertaraf Dunia. Namun, untuk menjadi sebuah Sekolah Bertaraf Dunia, sudah tentulah kemudahan asas bidang pendidikan amat diperlukan. Oleh hal yang demikian, saya memohon Tuan Pengarah,dapat bersama membantu S.T.A.R Ipoh dalam projek kecemasan bumbung asrama dan sistem paip yang sangat uzur.

29.    Selain itu juga, Kementerian Pendidikan diharapkan dapat memberi peruntukan penyelenggaraan bagi bumbung rumah kuning dan bumbung rumah merah yang amat kritikal dan sistem paip yang sangat uzur. Selain itu juga, saya memohon jasa baik Tuan Pengarah agar 40 buah komputer untuk makmal komputer yang baharu diserahkan pada 18 Oktober 2013 oleh Bahagian Pembangunan, KPM dapat dibekalkan pada kadar segera bagi memastikan proses pembelajaran dan pengajaran pelajar S.T.A.R dapat dijalankan dengan sebaik mungkin. Saya juga berpendapat  dalam mencapai status Sekolah Bertaraf Dunia, sekolah perlu diberikan  A Degree of Autonomy dalam menentukan pemilihan sumber manusia khususnya dalam konteks pengambilan guru opsyen yang berkualiti. Saya gembira bahawa S.T.A.R terus dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bahasa-bahasa antarabangsa, iaitu  Bahasa Perancis, Bahasa Jepun, Bahasa Arab dan Bahasa Cina.  Penguasaan dalam pelbagai bahasa antarabangsa ini sudah tentu akan meningkatkan lagi keterampilan pelajar-pelajar S.T.A.R Ipoh, bukan sahaja pada peringkat nasional, malah juga di peringkat antarabangsa.  Malah, setelah menamatkan persekolahan nanti, pelajar-pelajar S.T.A.R Ipoh  bukan sahaja cemerlang akademik, malah akan menjadi generasi yang ‘by-literate and try-lingual person’, iaitu generasi yang menguasai lebih daripada satu kemahiran dan boleh menggunakan beberapa bahasa antarabangsa. Hal ini akan menjadikan pelajar S.T.A.R Ipoh lebih ‘compatible’ dan lebih ’marketable’ dalam pelbagai bidang di dunia yang bersifat global pada hari ini.


Yang Berbahagia Tuan pengarah serta hadirin sekalian,

30.    Saya mengambil kesempatan ini untuk sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Yang Berbahagia Tuan Pengarah serta dif dif kehormat sekalian hadir ke Masjlis Anugerah Cemerlang  S.T.A.R bagi tahun 2014. Semoga kejayaan yang diraih pada tahun 2013 dan awal tahun 2014 akan menjadi motivasi kepada pelajar-pelajar S.T.A.R Ipoh untuk mencapai keputusan yang lebih baik pada tahun 2014.

Madah diungkap santun bicara,
Pantun dilantun mengusik hati;
Salah dan silap tutur bicara,
Pohon diampun seikhlas hati.


Sekian, terima kasih, wabillahi taufiq walhidayah wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

0 GENTA RASA:

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget