WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, October 9, 2014

KEPUTUSAN SPM 2014 AKAN DIUMUMKAN PADA 3 MAC 2015

Pengumuman keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 diawalkan dan akan dibuat pada 3 Mac tahun depan, kata Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata pengumuman keputusan kira-kira dua minggu lebih awal itu akan membolehkan pelajar mendaftar dan menamatkan kursus pengajian prauniversiti dalam masa yang ditetapkan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sebelum melanjutkan pelajaran ke Australia dan New Zealand bagi kemasukan Februari 2016.

Bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bersama Persatuan Kolej Universiti Swasta Malaysia (MAPCU) dan Persatuan Kebangsaan Institusi Pendidikan Swasta (NAPEI) di sini hari ini, Idris berkata ia diputuskan selepas mempertimbangkan bahawa SPM adalah peperiksaan nasional yang boleh mempengaruhi dasar serta peraturan kerajaan.

"Keputusan ini diambil tanpa ketepikan segala syarat yang ditetapkan kementerian dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi mengekalkan standard SPM sebagai peperiksaan yang beraspirasikan nasional.

"Oleh kerana mereka boleh memasuki IPTS lebih awal, maka segala isu tentang lewat masuk universiti, kos, jarak masa terluang telah kita selesaikan melalui perbincangan bersama," katanya.

Kementerian Pendidikan menerusi surat bertarikh 23 Mei 2014 mengingatkan semua IPTS bahawa keputusan ramalan tidak boleh digunakan untuk kemasukan bagi kursus pengajian tinggi.

Dalam satu kenyataan media pada 30 Sept lepas, Kementerian Pendidikan menjelaskan syarat wajib mengikuti pengajian seperti matrikulasi, prauniversiti, program asasi dan kursus diploma mengikut Seksyen 38 Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996, memerlukan keputusan sebenar SPM.

Kenyataan itu juga menyebut bahawa IPTS mengetahui sepenuhnya mengenai keperluan SPM sebagai syarat kelayakan bagi mengikuti kursus yang diluluskan Kementerian Pendidikan.

Kenyataan kementerian itu juga menyebut bahawa IPTS mengetahui bahawa mengambil masuk pelajar menggunakan keputusan ramalan SPM merupakan kesalahan mengikut Seksyen 40(1) Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996.

Idris berkata keputusan terbaharu itu hanya tertakluk kepada peperiksaan SPM tahun ini sahaja manakala keputusan untuk peperiksaan berikutnya akan diputuskan kemudian.

Beliau juga berkata keputusan itu menunjukkan kerajaan sentiasa prihatin dengan keperluan rakyat demi kebaikan bidang pendidikan.

"Ini sesuatu yang sukar untuk diputuskan, namun hasil perbincangan berterusan kita putuskan perkara ini demi kebaikan institusi pendidikan, pelajar dan semua pihak terlibat," katanya.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

0 GENTA RASA:

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget