WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, July 22, 2014

STAR IPOH v SHAHEEN SPORT CLUB, HONG KONG

Pada 21 Julai 2014, pasukan hoki STAR Ipoh telah mengadakan satu perlawanan persahabatan antarabangsa bersama sebuah pasukan dari Hong Kong, iaitu Shaheen Sport Club (SSC). Perlawanan ini telah diadakan di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh pada jam 5.00 petang. Pasukan SSC, Hong Kong dalam rangka lawatan ke Ipoh dan Pulau Pinang untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan sekolah-sekolah dan kelab-kelab di Malaysia.
Dalam perlawanan yang dijalankan dalam bulan Ramadhan ini, STAR Ipoh berjaya menewaskan Shahen Sport Club, Hong Kong dengan keputusan 2-1.  Ke dua-dua gol STAR dijaringkan oleh Muhammad Izham Nisya bin Hussaini. Dalam aksi tersebut, STAR membariskan ramai pelajar-pelajar junior bagi memberi pendedahan terhadap perlawanan kompetitif di peringkat antarabangsa.
Semoga hubungan yang terjalin antara STAR dan SSC, Hong Kong berterusan pada masa-masa akan datang. pihak SSC juga turut menjemput STAR untuk mengadakan lawatan ke Hong Kong.

DSC_0062

DSC_0140
DSC_0144

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Monday, July 21, 2014

TEKS SPEAKER DEWAN FINAL PIALA PERDANA MENTERI

TEKS SPEAKER DEWAN

TERIMA KASIH SAUDARA PENGERUSI MAJLIS. ASSALAMULAIKUM W.B.T DAN SELAMAT SEJAHTERA.
HADIRIN SEKALIAN, TAJUK PERBAHASAN BAGI PERTANDINGAN AKHIR BAHAS BAHASA MELAYU PIALA PERDANA MENTERI 2014 INI IALAH :
………………………………………………………………………………………………

SEBELUM SAYA MEMULAKAN PERBAHASAN, INGIN SAYA PERKENALKAN PEMBAHAS-PEMBAHAS YANG AKAN MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM PERTANDINGAN AKHIR INI. DUA BUAH SEKOLAH YANG TELAH LAYAK KE PERTANDINGAN AKHIR INI, IAITU  MAKTAB MELAYU KUALA KANGSAR DAN SEKOLAH MENENGAH AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG
 
DI SEBELAH KANAN SAYA, IALAH PASUKAN    MAKTAB MELAYU KUALA KANGSAR / SEKOLAH MENENGAH AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG
 YANG BERTINDAK SEBAGAI KERAJAAN DAN DI WAKILI OLEH :


MCKK / SMAPK

NAMA                          :         
TARIKH LAHIR           :          
TINGKATAN               :          
ASAL                            :          
CITA-CITA                  :          
KALAU SAYA SEORANG PEMIMPIN NEGARA / DUNIA ….......

NAMA                          :          
TARIKH LAHIR           :          
TINGKATAN               :          
ASAL                            :          
CITA-CITA                   :          
KALAU SAYA SEORANG PEMIMPIN NEGARA / DUNIA …........

NAMA                           :          
TARIKH LAHIR            :          
TINGKATAN                :          
ASAL                             :          
CITA-CITA                   :          
KALAU SAYA SEORANG PEMIMPIN NEGARA / DUNIA ….......

NAMA                          :          
TARIKH LAHIR           :          
TINGKATAN               :          
ASAL                            :          
CITA-CITA                   :          
KALAU SAYA SEORANG PEMIMPIN NEGARA / DUNIA …....

MANAKALA DI SEBELAH KIRI SAYA IALAH  PASUKAN MAKTAB MELAYU KUALA KANGSAR / SEKOLAH MENENGAH AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG
 YANG AKAN BERTINDAK SEBAGAI PEMBANGKANG. PASUKAN INI DI WAKILI OLEH

MCKK / SMAPK

NAMA                         :          
TARIKH LAHIR          :           
TINGKATAN              :           
ASAL                           :          
CITA-CITA                  :         
KALAU SAYA SEORANG PEMIMPIN NEGARA / DUNIA ….....

NAMA                         :          
TARIKH LAHIR          :          
TINGKATAN              :          
ASAL                           :          
CITA-CITA                 :          
KALAU SAYA SEORANG PEMIMPIN NEGARA / DUNIA …......

NAMA                        :          
TARIKH LAHIR         :          
TINGKATAN             :          
ASAL                          :          
CITA-CITA                 :          
KALAU SAYA SEORANG PEMIMPIN NEGARA / DUNIA ….....

NAMA                         :          
TARIKH LAHIR          :          
TINGKATAN              :          
ASAL                           :          
CITA-CITA                  :          
KALAU SAYA SEORANG PEMIMPIN NEGARA / DUNIA …......


HADIRIN SEKALIAN,

PERTANDINGAN AKHIR BAHAS BAHASA MELAYU, PIALA PERDANA MENTERI 2014 INI AKAN DIADILI OLEH BARISAN PANEL HAKIM YANG TERDIRI DARIPADA : (Rujuk Lampiran...)

1.        

2.        

3.        

4.        

5.        
TIDAK LUPA JUGA, INGIN SAYA PERKENALKAN PEMBANTU SAYA YANG AKAN MENJAGA MASA BAGI SETIAP PEMBAHAS MENYAMPAIKAN HUJAH-HUJAH MEREKA, IAITU …………………………………………. DAN ……………………………………. DARI KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH, KLANG, SELANGOR.
  
HADIRIN SEKALIAN,

SEBELUM PERTANDINGAN DIMULAKAN, IZINKAN SAYA MEMBACA SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN KITA PADA HARI INI.

1.            UCAPAN

1.1 MARKAH BAGI UCAP UTAMA AKAN DIBERI BERDASARKAN

ISI                    =          30 MARKAH
GAYA              =          20 MARKAH
BAHASA         =          30 MARKAH
STRATEGI       =          20 MARKAH
JUMLAH         =          100 MARKAH

1.2 MARKAH BAGI UCAPAN PENGGULUNGAN AKAN DIBERI BERDASARKAN

ISI                    =          15 MARKAH
GAYA              =          15 MARKAH
BAHASA         =          10 MARKAH
STRATEGI       =          10 MARKAH
JUMLAH          =          50 MARKAH

2.            MASA

SETIAP PEMBAHAS AKAN DIBERIKAN MASA SELAMA 8 MINIT UNTUK MENYAMPAIKAN HUJAH-HUJAHNYA. IZIN LALUAN HANYA BOLEH DIKEMUKAKAN SELEPAS MINIT PERTAMA. DAN LOCENG AKAN DIBUNYIKAN SEKALI (LOCENG). LOCENG AKAN DIBUNYIKAN SEKALI LAGI SELEPAS BERAKHIRNYA MINIT YANG KETUJUH (LOCENG) BAGI MENANDAKAN RUANG TERBUKA UNTUK PASUKAN LAWAN MEMBUAT IZIN LALUAN TELAH BERAKHIR.  SELEPAS TAMATNYA MINIT KELAPAN, LOCENG AKAN DIBUNYIKAN SEBANYAK DUA KALI (LOCENG), SEBAGAI TANDA PEMBAHAS SEPATUTNYA MENGAKHIRI UCAPAN MEREKA.

TIGA MINIT AKAN DIPERUNTUKKAN KEPADA SETIAP PASUKAN UNTUK MENYEDIAKAN UCAPAN PENGGULUNGAN.  EMPAT MINIT AKAN DIPERUNTUKKAN UNTUK SESI UCAP PENGGULUNGAN PESERTA YANG TERLIBAT. UNTUK SESI PENGGULUNGAN, PASUKAN PEMBANGKANG AKAN MENYAMPAIKAN UCAPAN MEREKA DAHULU DAN DIIKUTI OLEH PASUKAN KERAJAAN.

BAGI UCAPAN PENGGULUNGAN, LOCENG AMARAN AKAN DIBUNYIKAN PADA MINIT KETIGA DAN LOCENG AKAN DIBUNYIKAN DUA KALI MENANDAKAN MASA PENAMAT MINIT YANG KEEMPAT.


SELAMAT BERJAYA DIUCAPKAN KEPADA KEDUA-DUA PASUKAN.


USUL BAHAS PADA HARI INI IALAH :

.................................................................................................................................

TANPA MEMBUANG MASA, DIPERSILAKAN PERDANA MENTERI DARI PIHAK KERAJAAN ……………………………………………................…… UNTUK MENYAMPAIKAN HUJAH-HUJAHNYA.

DIPERSILAKAN

(HUJAH PERDANA MENTERI)

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA ………………........................…………….

SETERUSNYA, DIJEMPUT KETUA PEMBANGKANG DARI PIHAK PEMBANGKANG…………………………………................................UNTUK MENYAMPAIKAN HUJAH-HUJAHNYA.

DIPERSILAKAN

(HUJAH KETUA PEMBANGKANG)

TERIMA KASIH …………………....................................................................……..

UNTUK MENERUSKAN PERBAHASAN, DIJEMPUT MENTERI KEDUA DARI PIHAK KERAJAAN …………........................………………………………… UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPANNYA.

DIPERSILAKAN



(UCAPAN MENTERI KEDUA)

TERIMA KASIH……………………..............................................................………..

SETERUSNYA DIJEMPUT PEMBANGKANG KEDUA DARI PIHAK PEMBANGKANG ……………………..................................................…….. UNTUK MENYAMPAIKAN HUJAH-HUJAHNYA.

DIPERSILAKAN


(UCAPAN PEMBANGKANG KEDUA)

TERIMA KASIH ………………............................................................……………..

MAJLIS DITERUSKAN DENGAN MENJEMPUT MENTERI KETIGA DARI PIHAK KERAJAAN …………………………………………………..UNTUK MENYAMPAIKAN HUJAH-HUJAH BELIAU.

DIPERSILAKAN.

(UCAPAN MENTERI KEDUA)

TERIMA KASIH …………....................................................................…………….

SETERUSNYA DIJEMPUT PEMBANGKANG KETIGA DARI PIHAK PEMBANGKANG ………………...........................................………………. UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPANNYA.

DIPERSILAKAN


(UCAPAN PEMBANGKANG KETIGA)

TERIMA KASIH …………....................................................................…………….

PARA HADIRIN SEKALIAN

SETERUSNYA, BAGI SESI PENGGULUNGAN , KEDUA-DUA PASUKAN AKAN DIBERI 3 MINIT UNTUK MENYEDIAKAN UCAPAN PENGGULUNGAN.

(PERBINCANGAN 3 MINIT)



SEKARANG DIPERSILAKAN ..........……………………………………. DARI PIHAK PEMBANGKANG UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN PENGGULUNGAN.

DIPERSILAKAN

(UCAPAN PENGGULUNGAN)

TERIMA KASIH ……………................................................................……………..

SETERUSNYA DIPERSILAKAN …………………………................... DARI PIHAK KERAJAAN UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPANNYA.

DIPERSILAKAN

(UCAPAN PENGGULUNGAN)

TERIMA KASIH …………..............................................................…………………

PARA HADIRIN SEKALIAN, DEMIKIAN TADI HUJAH-HUJAH BERNAS DAN PENUH BERSEMANGAT YANG TELAH DISAMPAIKAN OLEH KEDUA-DUA PIHAK KERAJAAN DAN PEMBANGKANG DALAM USUL KITA PADA HARI INI

.................................................................................................................................

SEMENTERA MENUNGGU KEPUTUSAN DARIPADA PANEL HAKIM, SAYA SERAHKAN SEMULA MAJLIS INI KEPADA SAUDARA JURU ACARA MAJLIS.
























TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Sunday, July 20, 2014

IKLAN RAYA TM 2014 - ADIK


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

IKLAN RAYA PETRONAS 2014


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PERTANDINGAN DEBAT DAKWAH NEGARA ; PERTAMA KALI MENCUBA DAN MUNCUL JUARA

Yayasan Dakwah Negara dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia telah menganjurkan Pertandingan Debat Negara Antara Sekolah . Pertandingan yang julung-julung kali diadakan ini diadakan di UKM, Bangi, Selangor pada. Alhamdulillah, STAR satu-satunya sekolah yang bukan dari aliran agama telah berjaya muncul juara pertandingan ini. Pasukan STAR diwakili oleh Afif Nazhan, Syameel Aeiman, Aliff Hazim dan Syafiq Jebat manakala Encik Shahnun Abdul Ghani selaku guru pembimbing. Berikut merupakan keputusan perlawanan melibatkan STAR.

Pusingan 1

Usul : Ulama Segera Internet : Perbincangan Isu Agama Atas Talian Perlu Dikawal

STAR (kerajaan) lawan SM Islam  Hidayah B (pembangkang)
Pemenang : STAR
Pembahas Terbaik : Al-Hidayah

Pusingan ke-2

Usul : Dakwah Drama Dan Filem : Halal Haram Diadun Bersama

STAR (kerajaan) lawan SM islam Hidayah C
Pemenang : STAR
Pembahas terbaik : Afif Nazhan (STAR)

Pusingan ke-3

Usul : Semangat Kesukarelawan Generasi Muda Kian Pudar

SMK Al-Irshad B (kerajaan) lawan STAR (pembangkang)
Pemenang : STAR
Pembahas Terbaik : Hafiz

Pusingan ke-4

Usul : Transformasi Pengurusan Masjid Pemangkin Hikmah Dakwah

STAR (kerajaan) lawan SMK Al Irshad A (pembangkang)
Pemenang : Al-Irsyad
pembahas Terbaik : Syazwani (Al-Irsyad

Pusingan ke-5

Usul : Kemajuan teknologi Ancaman Umat islam Kini

SAM Hulu Langat (kerajaan) lawan STAR (pembangkang)
Pemenang : STAR
Pembahas Terbaik : Syafiq Jebat (STAR)

Pusingan Separuh Akhir

Usul : Media Sosial Penyampai Dakwah Efektif

STAR (kerajaan ) lawan SMK Al-Irsyad B (pembangkang)
Pemenang : STAR
Pembahas Terbaik : Hafiz (Al-Irsyad

Pusingan Akhir

Usul : Dakwah di Malaysia : ketaksuban politik Temboknya

SMK Al-Irsyad B (kerajaan) lawan STAR (Pembangkang)
Pemenang : STAR
Pembahas Terbaik : Syazwani (Al-Irsyad)







TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

DEBAT PIALA MENTERI BESAR PERAK DARUL RIDZUAN

Pada tanggal 21-22 Jun 2014, KDBM STAR telah menyertai Pertandingan Debat Piala Menteri Besar Perak bertempat di Kolej Universiti Sultan Azlan Shah (KUISAS), Kuala Kangsar. Pertandingan yang julung-julung kali diadakan ini mempertandingkan tiga kategori iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Pertandingan ini hanya terbuka untuk sekolah-sekolah di negeri Perak sahaja.

STAR telah menghantar dua pasukan junior sebagai satu bentuk pendedahan iaitu STAR A dan STAR B. STAR A diwakili oleh Afif Nazhan, Ilman hakim, Syameel Aieman dan Muhd Asraf, manakala STAR B diwakili oleh Zarul Izham, Alif Hazim, Jufri Firdaus dan Taufiq Iskandar. Alhamdulillah ke dua-dua pasukan berjaya melepasi pusingan awal dan layak ke suku akhir. Berikut merupakan keputusan peringkat suku akhir.

Peringkat Suku Akhir

Usul : PLKN Mampu Membentuk Jati Diri Remaja

STAR A lawan SMK Raja Shahriman
Usul ditolak
Pemenang STAR A
Pembahas terbaik : Syameel Aeiman (STAR)


STAR B v SM Izzudin Shah
Usul diterima
Pemenang STAR B
Pembahas terbaik : Alif Hazim (STAR)

Ke dua-dua pasukan berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir. 

Peringkat Separuh Akhir

Usul : Pendidikan Untuk Peperiksaan

STAR A v SBPI Gopeng
Usul ditolak
Pemenang SBPI Gopeng
Pembahas Terbaik : Azizi (SBPI Gopeng)

STAR B v MCKK
Usul diterima
Pemenang STAR B
Pembahas Terbaik : MCKK


STAR B berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir. Walaupun STAR A tewas, namun sekurang-kurangnya kejayaan STAR B membuktikan STAR tidak pernah ketandusan pembahas-pembahas muda. Dalam pusingan akhir, STAR B bertemu SBPI Gopeng. Dengan  Usul Hukuman Rotan Wajar Dikembalikan, STAR bertindak sebagai kerajaan. 

Pusingan Akhir

Usul : Hukuman Rotan Wajar Dikembalikan

STAR (kerajaan) lawan SBPI Gopeng (Pembangkang)
Pemenang : SBPI Gopeng
Pembahas Terbaik : Azizi (IGop)

Walaupun mencuba sehabis baik, namun akhirnya STAR tewas pada malam tersebut kepada SBPI Gopeng. Walau bagaimanapun seharusnya pujian diberikan kepada para pendebat muda STAR yang berjaya melangkah ke final walaupun dibarisi pelajar tingkatan 2 dan 3 sedangkan sekolah lain khususnya juara diwakili oleh pelajar tingkatan 5. Tahniah, semoga kejayaan yang lebih hebat bakal menyusul selepas ini. Jumpa lagi pada edisi 2015.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Tuesday, July 15, 2014

SEBELAH KAKI MEMISAHKAN FINAL

HKSBP 2014 kembali lagi, kali ini bumi SESMA, Kuala Terengganu  menjadi medan pertembungan antara bakat-bakat muda dalam kalangan pelajar SBP bagi merebut tempat ke pentas final di PICC. Kali ini KDBM STAR mempertaruhkan Syafiq Jebat, Muhaimin, Adib dan Afif Nazhan bagi menebus kehampaan tahun 2013 di SMS Selangor, apabila tewas di separuh akhir.


Pasukan Debat BM dan BI bergambar kenangan sewaktu pendaftaran.

Berikut merupakan keputusan melibatkan STAR

Pusingan Pertama Sesi 1


Usul : Adaptasi Novel Tempatan Merancakkan Kreativiti Hibura Tanah Air

SMS Alam Shah (kerajaan) v STAR (pembangkang)

Usul ditolak
Pemenang STAR
Pembahas Terbaik : Syafiq Jebat  (STAR)


Pusingan Pertama sesi 2

Usul : Belia Hari Ini Mempunyai Jati Diri Tinggi

SMS Tengku Abdullah (Kerajaan) v STAR (Pembangkang)

Usul Ditolak
Pemenang STAR
Pembahas Terbaik : Adib Farazi (STAR)

Pusingan Pertama  Sesi 3

Usul : PdP Maya Sesuai Pada Alaf Kini

STAR (Kerajaan) v SMS Tuanku Munawer (Pembangkang)

Usul diterima,
Pemenang STAR
Pembahas Terbaik : Syafiq Jebat (STAR)

\

Selepas perlawanan dengan ASIS

Dengan ini, STAR berjaya melangkah ke pusingan ke-2, iaitu pusingan 16 sekolah terbaik. Dalam undian, STAR ditemukan dengan SBPI Gopeng. Alhamdulillah, di pusingan ke dua, STAR berjaya menyingkirkan SBPI Gopeng. STAR berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir, iaitu peringkat LAPAN pasukan terbaik. 

Pusingan Suku Akhir 

Usul : Kerajaan Wajar Mengambil Alih Pengurusan Bekalan Air Negara 

STAR (kerajaan) v SBPI GOMBAK (Pembangkang)
Usul diterima
 pemenang STAR
Pembahas Terbaik : Syafiq bin Jebat (STAR)

STAR berjaya menyingkirkan SBPI gombak di peringkat suku akhir. Dan mengulangi sejarah muncul empat pasukan terbaik apabila melangkah ke pusingan separuh akhir. Kali ini, STAR akan berhadapan dengan juara bertahan, SMAP Kajang.

Pusingan Separuh Akhir

Usul : Mahkamah Alam Sekitar Serantau Perlu Ditubuhkan Demi Kelestarian Hidup

STAR (kerajaan)  lawan SMAP Kajang (Pembangkang)


Aksi bersahaja Muhaimin sewaktu membidas.


Perlawanan sengit yang pada zahirnya kelihatan dimenangi oleh STAR, namun takdir juga yang menentukan. Episod duka 2013 berulang kembali apabila hakim memilih SMAP Kajang sebagai pihak yang akan membawa cabaran ke final. Perjuangan kami di HKSBP sekali lagi terkandas di separuh akhir. Hanya Allah yang mengetahui bagaimana perasaan kami, namun, semuanya mesti dilihat secara positif. Mungkin ada rezeki STAR di tempat lain. Apapun sekalung tahniah buat semua yang terlibat dalam memastikan STAR terus berada dalam arus perdana debat sekolah-sekolah malaysia. Insya Allah, pencapaian yang lebih hebat pasti akan menyusul selepas ini. Jumpa lagi di SEHEBAT, Batu Pahat pada tahun 2015.  




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget