WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, August 23, 2014

IIUM IDC 2014: MOGA TUNAS-TUNAS INI TERUS MEKAR

Pertandingan Debat Sekolah-sekolah Malaysia anjuran Universiti  Islam Antarabangsa Malaysia kali ke-12 kembali lagi. Seperti mana penganjuran sebelas edisi yang lepas, kampus UIA Gombak menjadi medan bagi pendebat-pendebat muda untuk membuktikan bakat dan kebolehan berfikir secara kreatif dan kritis. pada tahun ini bagi kategori bahasa Melayu, sebanyak 78 buah pasukan telah mengambil bahagian.
 


Seperti edisi yang lepas, KDBM STAR turut menghantar pasukan, cuma yang membezakan ialah kali ini STAR menghantar pemdebat-pendebat junior bagi menimba sebanyak mungkin pengalaman yang berharga. Afif, Ilman, Syameel dan Zarul dipersiapkan untuk menjadi gandingan yang dihormati kawan mahupun lawan suatu hari nanti.

Sepanjang tujuh kali mengharungi pusingan awal, pasukan yang tidak diletakkan harapan ini cukup membanggakan. dari tujuh perlawanan pusingan awal, mereka hanya tumpas sekali sahaja. Dan yang paling membanggakan apabila di peringkat awal, mereka mampu berada pada kedudukan yang pertama dari tujuh puluh lapan pasukan yang bertanding, iaitu mencatatkan satu kekalahan dan enam kemenangan.

Kemenangan ini melayakkan tunas-tunas muda ini ke peringkat Octo final iaitu pusingan 16 pasukan terbaik. Bertemu SAM Hulu langat dalam membahaskan usul "Dewan Ini Mengharamkan Ahli Politik Lompat Parti" ternyata kematangan dalam mengupas isu membezakan antara ke dua-dua pasukan. Saya tahu mereka telah mencuba sedaya upaya untuk memenangi perlawanan, namun ternyata nasib tidak menyebelahi anak-anak ini. Akhirnya perjuangan mereka terhenti di Octo Final.



Satu keputusan yang perit untuk diterima apatah lagi inilah merupakan pencapaian terburuk pasukan semenjak menyertai IDC ini. Namun, takdir juga tertulis, biar tewas, banyak ilmu, pengalaman yang ditimba sepanjang 6 hari bermukim di Madrasah Ilmu ini. Apapun sekalung tahniah buat Afif, Syameel, Iman dan Zarul atas pencapaian ini. Terima kasih buat semua bekas anak-anak didik debat iaitu Paman, Amsyar, Qusyairi, black, ahmad, Uthman, Azri yang turut hadir berkongsi pengalaman bersama adik-adik mereka. Jumpa lagi IDC 2015.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Sunday, August 10, 2014

SYAWAL DINANTI, AIDILFITRI DIRAI

Majlis Sambutan Aidilfitri 2014 telah diadakan pada 8 Ogos 2014 di perkarangan Starian Square, STAR Ipoh. Seperti biasa, cikgu diberi tanggungjawab untuk menjadi pengacara glamer buat kesekian kalinya. Ate deme ni udah takde hos ke yang tua jugak deme nak. Kali ini digandingkan dengan Saudara Aiman Nazmi, pelajar Tingkatan 4. Tak mau cakap banyak, jom kita nengok gambo sekitar majlis pada malam tersebut.


Budak-budak memang seronok buat persiapan. Ni ghomah kuning sedang menghias khemah.


Inilah hiasan pentas pada malam itu. Simple dan santai konsepnya.


Antara persembahan yang mencuri tumpuan, dendangan lagu Seloka Hari raya oleh Anaz dan Adik Mustaqim.


Cikgu Khairil pun turut menyumbangkan suara pada malam tersebut. Steady Cikgu !


Makan jangan tak makan semua. 


Bergambar kenangan usai berakhirnya majlis.

Tahun ini, pemenang pertandingan gerai tercantik jatuh kepada Rumah Merah, manakala pakain tercantik  guru lelaki jatuh kepada Cikgu Faris dan Cikgu Hidayah bagi kategori wanita. Tahniah untuk semua dan terima kasih kepada semua guru dan pelajar yang terlibat dalam menjayakan program tahunan ini. Aidilfitri dirai, syawal dinanti. 







TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget