WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, November 26, 2014

STAR HOCKEY JUARA DI SINGAPURA

Selaras dengan hasrat untuk mengangkasakan kegiatan kokurikulum di STAR, maka pasukan hoki STAR atau lebih dikenali sebagai Anaconda telah mengorak langkah untuk bertanding di peringkat antarabangsa. Dan Singapura adalah destinasi yang dituju untuk satu kejohanan jemputan iaitu Interstraits Hockey Tournament MAS-Singapura 2014. Kejohanan jemputan ini merupakan kali ke-4 penganjurannya oleh Northland Secondary School. Yishun, Singapura. 
STAR turut serta bersama 5 sekolah dari Malaysia iaitu STAR, SMS Muzafar Shah(MOZAC), SMS Johor, Sekolah Menengah Tinggi Muar dan SMK Dato' Penggawa Barat. Semua perlawanan dilangsungkan di Northland Secondary School kerana sekolah tersebut merupakan sekolah projek hoki di Singapura dan memiliki stadium astroturf sendiri.
Alhamdulillah, penyertaan pertama STAR telah membawa kejayaan yang cemerlang apabila muncul JOHAN manakala bagi kategori perempuan dimenangi oleh SM Sains Johor. Tahniah dan syabas kepada semua pemain dan jurulatih yang diketuai oleh Cikgu Shahnun Abdul Ghani. Moga program sebegini dapat diteruskan bagi mewujudkan hubungan baik anatara pelajar-pelajar di ke dua-dua sekolah. Jumpa lagi Singapura !

Bergambar bersama pasukan NSS, Singapura


Antara pasukan yang mengambil bahagian


Majlis Penutupan


Kemenangan milik kami.






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Tuesday, November 4, 2014

HASIL TUAIAN SELEPAS 5 TAHUN

Program pembangunan hoki di STAR Ipoh semakin mendapatkan hasil. Bermula dengan hanya 11 pemain pada tahun 2010, kini STAR hockey terus mengorak langkah dengan memiliki hampir 70 pemain dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5. Program pembangunan berterusan penting bagi memastikan kesinambungan hoki STAR sebagai juara bertahan Kejohanan Hoki SBP. Program pembangunan ini diuruskan oleh jurulatih Encik Shahnun bin Abdul Ghani dan dibantu oleh Encik iqbal Firdaus bin Nordin.










TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget