WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, December 22, 2015

CONTOH PERATURAN DI DALAM KELAS

Peraturan  Di Kelas

1. Pelajar hendaklah membudayakan amalan 5S dan 3K di kelas.

2.  Kerusi dan meja hendaklah sentiasa tersusun  Buku-buku hendaklah disusun di dalam locker sebelum meninggalkan kelas.

3. Lantai mestilah disapu setiap hari. Guru waktu pertama bertanggungjawab memastikan kelas dalam keadaan bersih sebelum memulakan PdP.

4. Sampah-sampah hendaklah dibuang setiap hari.

5. Perkara-perkara yang mesti ada di papan kenyataan bilik darjah : Jadual waktu, Jadual Bertugas, Carta Organisasi Takwim sekolah, inventori,  Maklumat / jadual-jadual yang diedarkan dari semasa ke semasa.

6. Meja guru hendaklah sentiasa bersih dan dihias dengan rapi.

7. Meja pelajar hendaklah diletakkan nama.

8. Papan kenyataan hendaklah dikemaskini dari semasa ke semasa.

9. Papan putih mestilah dipadam setelah habis bagi setiap mata pelajaran
10.Tidak dibenarkan membawa makanan ke kelas pada waktu persekolahan dan waktu prep.

 11. Alat-alat seperti penyapu  dan bulu ayam hendaklah digantung.

12. Locker hendaklah sentiasa berkunci.

13. Pelajar yang hendak keluar dari kelas hendaklah memakai Pas Kebenaran Keluar Kelas.

14. Tidak dibenarkan duduk di meja dan kerusi guru kecuali pengawas bertugas (waktu prep)

15. Lampu dan kipas hendaklah dipadamkan jika tiada pelajar.

16. Tidak dibenarkan membuat bising semasa di dalam kelas.

17. Masuk ke kelas hendaklah tepat pada waktunya.

18. Pelajar terakhir meninggalkan kelas selepas prep hendaklah menutup tingkap bagi mengelakkan hujan serta pintu diselak.

19. Semua maklumat yang hendak disampaikan di kelas mestilah menggunakan bahasa formal.

20. Denda kepada pelajar bertugas harian akan dikenakan sekiranya kelas didapati dalam keadaan kotor / tidak kemas.

21. Bayaran ganti rugi dikanakan kepada pelajar yang merosakkan harta sekolah.

22. Kerusi dan meja yang berlebihan hendaklah dihantar ke Stor di Belakang Dewan Besar.


23. Guru kelas bertanggungjawab sepenuhnya untuk proses menutup kelas mengikut SOP pada hari terakhir persekolahan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

CONTOH PERATURAN DI ASRAMA

PERATURAN DALAM ASRAMA


1. Pelajar tidak dibenarkan berpindah katil/dorm  tanpa kebenaran.

2. Pelajar juga tidak dibenarkan memindah peralatan asrama serta kedudukannya dari  tempat asal tanpa kebenaran.

3. Pelajar hendaklah bersama-sama bertanggungjawab menjaga kebersihan dan kekemasan dalam kamar, bilik rehat, tandas, bilik mandi, koridor serta persekitarannya.

4. Tanda nama pelajar hendaklah diletakkan di hadapan almari dan katil masing-masing.

5. Pelajar hendaklah sentiasa memastikan cadar, selimut dan sarung bantal rasmi dipasang dengan kemas/tegang seperti yang telah ditetapkan.

6. Semua pakaian, buku dan peralatan peribadi pelajar hendaklah disimpan dengan kemas dan teratur dalam almari masing-masing.

7. Menjadi tanggungjawab sendiri untuk menyusun kasut dan selipar di bawah katil masing-masing.
8. Beg dan baldi hendaklah disimpan ditempat yang disediakan atau disusun dengan teratur di bawah katil masing-masing.

9. Pakaian dan tuala basah/lembap hendaklah disidai di ampaian yang disediakan dengan menggunakan penyakut dan penyepit.

10. Pakaian dan peralatan peribadi yang disidai atau diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya akan dibuang.

11. Pakaian yang jatuh dan tidak dikutip di ampaian akan dikumpulkan dan jika tidak dituntut dalam masa dua hari, pakaian tersebut akan dibuang atau didermakan kepada Rumah Kebajikan.

12. Pelajar tidak dibenarkan merendam pakaian dalam tempoh yang lama.

13. Pakaian mandi yang tidak disangkut dengan baik dalam bilik mandi akan dibuang.

14. Pelajar dikehendaki meninggalkan kamar 5 minit sebelum waktu solat/waktu persekolahan/waktu kelas persediaan/waktu riadah/waktu aktiviti rasmi dan sebagainya dalam keadaan kemas dan teratur.

15. Pelajar dilarang bermain di dalam kamar.

16. Pelajar dilarang berada di kamar pada waktu yang tidak dibenarkan.

17. Pelajar yang menggunakan peralatan yang tidak dibenarkan atau pada waktu yang tidak dibenarkan akan dikenakan tindakan atau dirampas.

18. Penggunaan “smart phone” di asrama adalah dilarang sama sekali. Warden/guru mempunyai kuasa untuk melakukan rampasan.

19. Pelajar dilarang memiliki/menghisap rokok atau vape. Rampasan dan tindakan disiplin akan dikenakan kepada pelajar yang ingkar.

20. Pelajar tidak dibenarkan melakukan sebarang bentuk tindakan buli ke atas pelajar lain. Segala tingkah laku buli yang berlaku hendaklah dilaporkan segera kepada warden/PK HEM.

21. Pelajar hendaklah berada di atas katil masing-masing selepas waktu " light off " pada jam 11.30 malam. Sebarang pergerakan selepas jam 11.30 malam akan dikenakan tindakan.


22. Semua pelajar tertakluk pada Peraturan Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh. 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Saturday, November 21, 2015

KAMI JUARA IPOH LADS !

Pada 14-15 November 2015, STAR Hockey telah menghantar 4 pasukan menyertai Kejohanan Hoki Terbuka Ipoh Lads Peringkat Kebangsaan bertempat di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh. Kejohanan yang berlangsung selama 2 hari ini dianjurkan oleh Kelab Hoki Ipoh Lads disertai oleh 80 buah pasukan melibatkan 6 kategori. STAR telah menghantar 2 pasukan kategori Bawah 14 tahun lelaki dan 2 pasukan bagi kategori Bawah 16 tahun lelaki.
Alhamdulillah, STAR telah berjaya melayakkan diri ke final bagi kedua-dua kategori. Dalam aksi final Bawah 14 tahun lelaki, STAR telah bertemu pasukan Anderson. Namun, pengalaman membezakan antara ke dua-dua pasukan apabila STAR hanya mampu muncul NAIB JOHAN di belakang Anderson apabila tewas 3-0 di gelanggang final. Dalam aksi Kategori Bawah 16 tahun lelaki, STAR sekali lagi berjaya menjejak final dan kini pasukan yang menanti adalah SMK Penang Free, kuasa hoki utara.
Perlawanan sengit tersebut akhirnya dimenangi oleh STAR 2-0 hasil jaringan Haris Iskandar menerusi ke dua-dua gol. Kejayaan ini amat bermakna apabila STAR berjaya menewaskan sekolah projek hoki dalam satu pertandingan. Tahniah dan syabas buat semua pemain dan jurulatih



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Tuesday, November 17, 2015

MINI KARNIVAL SAINS SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN, IPOH


Pada 11 November 2015, Panitia Sains STAR telah menganjurkan Mini Karnival Sains. Antara aktiviti menarik adalah :


1. Pertandingan Parachute Berada Paling Lama di Udara dan Mendarat Tanpa Pecahkan Telur 
2. Pertandingan Kapal Terbang Kertas 360 ' dan Paling Lama Terbang
3. Pertandingan Binaan Struktur Kukuh Dan Stabil
4. Pertandingan Memasukkan Bola Ping Pong Dalam Cawan
5. Pertandingan Menyusun Cawan Kertas Bertingkat 
6. Pertunjukan Lada Sulah Berlari
7. Pertunjukan Oren Tenggelam dan Timbul, 
8. Pertunjukkan Diet Coke dan Coke
9. Pertunjukan Pengering Rambut dan Bola ping pong.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Tuesday, November 10, 2015

KEPUTUSAN UPSR 2015 AKAN DIUMUMKAN PADA 17 NOVEMBER 2015

KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dikeluarkan pada Selasa ini.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan hari ini berkata, calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi hari yang sama.

Calon juga boleh menggunakan semakan keputusan UPSR 2015 melalui mySMS 15888.

Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula 10 pagi, 17 November ini dan akan ditamatkan pada 11.59 malam, pada 23 November.

Seramai 455,929 calon telah mendaftar untuk menduduki UPSR di 8,134 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Peperiksaan UPSR berlangsung pada 8 hingga 10 September lalu.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Wednesday, October 14, 2015

CONTOH TEKS SPEAKER DEWAN PERTANDINGAN BAHAS

DIPERSILAKAN PARA PEMBAHAS MENGAMBIL TEMPAT.


Hadirin yang dihormati


Sebelum memulakan majlis, kami amat berbesar hati sekiranya semua telefon bimbit dipadamkan. Kami juga berharap tiada bantuan dalam apa-apa bentuk sekalipun daripada pihak penyokong.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Selamat datang ke PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU sempena HARI KECEMERLANGAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH KE-39.


Usul kita pada sesi ini ialah :

………………………………………………………………………………………………………

Sebelum dewan bersidang, saya akan memperkenalkan PENJAGA MASA dan BENTARA iaitu :


Saudara……………………………………………………………………………………………


dan saudara……………………………………………………………………………..............

















Di sebelah kanan saya ialah barisan PIHAK KERAJAAN yang terdiri daripada

YAB……………………………………………………………….....selaku Perdana Menteri

YB…………………………………………………………………………selaku Menteri ke-2

YB…………………………………………………………………………selaku Menteri ke-3

dan pembahas simpanan

YB………………………………………………………………………………………………....



Sekarang saya akan memperkenalkan para pembahas:



Di sebelah kiri saya ialah barisan PIHAK PEMBANGKANG yang terdiri daripada

YB…………………………………………………………………selaku Ketua Pembangkang

YB…………………………………………………………………selaku Pembangkang ke-2

YB…………………………………………………………………selaku Pembangkang ke-3

dan pembahas simpanan

YB……………………………………………………………………………………………….



Pertandingan perbahasan kali ini akan dihakimi oleh :

En/Puan/Cik ………………………………………............................sebagai ketua hakim

Hakim kedua En/Puan/Cik…………………………………………………...........................

dan hakim ketiga En/Puan/Cik……………………………………………...........................







Sebelum perbahasan bermula, saya akan membacakan peraturan-peraturan perbahasan



PERTAMA
Setiap pembahas diberi masa SELAMA LAPAN (8) MINIT UNTUK MENYAMPAIKAN HUJAH MEREKA.



KEDUA
Izin laluan hanya dibenarkan selepas minit pertama loceng dibunyikan iaitu sekali. Loceng akan dibunyikan sekali lagi pada akhir minit ketujuh menandakan tempoh masa untuk izin laluan tamat.  Apabila tempoh lapan minit tamat, loceng akan dibunyikan sebanyak 2 kali.



KETIGA
Tiga (3) minit akan diberikan kepada kedua-dua pasukan untuk membuat persediaan dan perbincangan sebelum sesi penggulungan.



KEEMPAT
Empat (4) minit diperuntukkan kepada penggulung untuk menyampaikan hujah penggulungan.



KELIMA
Pihak pembangkang akan menyampaikan hujah penggulungan terlebih dahulu diikuti oleh pihak kerajaan. Hujah tambahan tidak dibenarkan semasa membuat penggulungan.









Tanpa melengahkan masa, saya menjemput YAB PERDANA MENTERI daripada pihak kerajaan untuk menyampaikan hujah beliau.
Dipersilakan.



Seterusnya dipersilakan YB KETUA PEMBANGKANG untuk menyampaikan hujahnya.



Untuk meneruskan usul perdebatan pada PAGI/PETANG ini,  dipersilakan YB MENTERI KE-2 daripada pihak kerajaan.



Terima kasih atas hujah-hujah sebentar tadi.



Tanpa membuang masa, dipersilakan pula YB PEMBANGKANG KE-3 untuk menyampaikan bidasan dan memperkukuh kes pihak pembangkang.



Demikianlah tadi hujah-hujah bernas daripada kedu-dua pihak, kerajaan dan pembangkang.



Hadirin yang saya hormati, dewan akan berhenti bersidang selama tiga (3) MINIT untuk membolehkan kedua-dua pasukan menyediakan ucapan penggulungan.














Sekarang tibalah masa untuk sesi penggulungan.
Dipersilakan wakil daripada pihak pembangkang untuk menyampaikan hujah-hujah penggulungan.



Untuk meneruskan sesi penggulungan dewan, dipersilakan seterusnya wakil daripada pihak kerajaan untuk mengulungkan hujah-hujah mereka.



Demikianlah tadi tamatnya sesi perdebatan kita pada kali ini.





Sebelum dewan mengumumkan keputusan pertandingan hari ini, dijemput para hakim untuk menyampaikan ulasan tentang perbahasan sebentar tadi.
Dipersilakan Hakim kedua untuk memulakan ulasan.


Terima kasih diucapkan.


Demikianlah usul yang dibahaskan pada PAGI/PETANG ini dengan tajuk :


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Maka dengan ini saya menjemput KETUA HAKIM untuk mengumumkan keputusan.


Terima kasih diucapkan kepada para hakim yang telah membuat ulasan.

Dewan ditangguhkan.


Sekian, terima kasih.

Sekiranya penonton bising:
“Diminta warga dewan bertenang dan tidak mengganggu sesi perbahasan”




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Thursday, October 8, 2015

KEPUTUSAN PERTANDINGAN PIDATO PIALA DI RAJA KALI KE-31

Keputusan Pertandingan Pidato Piala DiRaja Peringkat Kebangsaan Kali Ke-31 Tahun 2015

Kategori Sekolah Rendah
JOHAN : Ayuni Hazirah binti Daniel Liting (Sarawak)
NAIB JOHAN: Muhammad Hafiz Bukhari bin Mohd Khadari (Perak)
Ke-3 : Nor Atikah Ayuni binti Mohd Oslani (Pulau Pinang)


Kategori Sekolah Menengah
JOHAN : Syafiqah Fasiha binti Ahmad Safri (Kuala Lumpur)
NAIB JOHAN : Muhammad Afif Nazhan bin Mohd Hasni (Perak)
Ke-3: Khairunisa binti Jaffri (WP Labuan)



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Friday, October 2, 2015

TAHNIAH YOUNG ANACONDAS !

Pasukan Hoki STAR telah diiktiraf dalam Majlis Anugerah Kokurikulum STAR 2015 yang disempurnakan Oleh YB Datuk Shahrul Zaman bin Dato' Yahya, Exco Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri Perak. Berikut senarai Anugerah yang berjaya dimenangi oleh Pemain-pemain Hoki STAR :

Anugerah Full Colours

1. Muhammad Ariff Aiman bin Mohd Zulkafli
2. Muhammad Aiman Nazmi bin Idris
3. Ahamd Arif bin Sam'on
4. Muhammad Ameerul Syafiqie bin Abdul Sukor
5. Amirul Nizam bin Zaimy
6. Ammar Syahmi bin Abdullah


Principal Award

1. Amir Imran bin Ahmad Kamil
2. Muhammad Darwish bin Ayub
3. Muhammad Haris Iskandar  bin Habibi
4. Muhammad Afiq Adlan bin Abdul Haris NAsution
5. Muhammad Aiman Syahmi bin Haris
6.Abdul Qayyum bin Mohd Sabri
7. Muhammad Nur Haiqal bin Md Hamidi
8. Muhammad Amerul Iqmal bin Abd Majid
9. Ahmad Farhan bin Mohd Noh
10. Ahmad Zulfahmi bin Zulkafli
11. Muhammad Sayyid Aqil bin Aminuddin
12. Muhammad Arif Fikri bin Mohamed Shafie
13. Muhammad Zulhilmi bin Yusri
14. Muhammad Syahmi Syahir bin Suhaimi


Muhammad Zulhilmi bin Yusri pula dianugerahkan Olahragawan Harapan 2015


Kelab Hoki dipilih Kelab Sukan Terbaik manakala Encik Shahnun bin Abdul Ghani dipilih sebagai Jurulatih Terbaik.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Sunday, September 27, 2015

TAJUK PIDATO PIALA DIRAJA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2015

Kategori A (Sekolah Rendah)

1. Permuafakatan Membina Bangsa Berjaya. (Perlis, Kedah, Pulau Pinang)
2. Bahasa Melayu Lambang Perpaduan Bangsa. (Perak, Selangor, Kuala Lumpur)
3. Kemenjadian Murid Asas Kecemerlangan Pendidikan. (Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang)
4. Masyarakat Muafakat Keamanan Terpelihara. (Terengganu, Kelantan, Sarawak)
5. Pendidikan Kepenggunaan, Pengguna Berwawasan. (Sabah, Labuan, Putrajaya)

Kategori B (Sekolah Menengah)

1. Keutuhan Perpaduan Keharmonian Berkekalan. (Perlis, Kedah, Pulau Pinang)
2. Rakyat Berintegriti Malaysia Cemerlang. (Perak, Selangor, Kuala Lumpur)
3. Kepimpinan Berkesan Teras Kemakmuran. (Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang)
4. Transformasi Pendidikan Menjana Kemenjadian Murid. (Terengganu, Kelantan, Sarawak)
5. Parlimen Belia Penyambung Kepimpinan Negara. (Sabah, Labuan, Putrajaya)

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Wednesday, September 23, 2015

TEKS PIDATO PIALA DIRAJA : KEAMANAN DUNIA BUKAN IMPIAN

KEAMANAN DUNIA BUKAN IMPIAN

Bimillahirrahmanirrahim,

Pernah atau tidak terlintas di benak pemikiran kita untuk hidup dalam dunia yang penuh dengan keamanan? Dunia tanpa sebarang pertelingkahan, pergaduhan, peperangan dan konlfik keamanan? Setiap hari tanpa henti, masyarakat dunia disajikan dengan krisis keamanan yang berlaku di seantero dunia sehingga perkara ini sudah menjadi perkara biasa-biasa untuk kita. Persoalannya adakah kita tidak mengimpikan untuk mewujudkan dunia yang penuh dengan keamanan?

Salam apresiasi buat  saudara pengerusi majlis, barisan panel kehakiman yang penuh berintegriti, dif-dif kehormat  yang disanjungi,  seterusnya  hadirin yang bervisi  dekat di hati. Assalamualaikum w/b/t salam keamanan buat anda semua.

KEAMANAN DUNIA BUKAN IMPIAN begitulah mauduk pidato yang termenterai buat santapan minda warga dunia.

Secara umumnya menurut  Setiausaha Agung  Pertubuhan  Bangsa-Bangsa Bersatu Ban Ki Moon, keamanan  dunia bermaksud situasi masyarakat  dunia yang hidup dalam keadaan harmoni, berintegriti, kesederhanaan dan kebahagiaan  tanpa sebarang ancaman dan bahaya. Namun dalam situasi semasa, dunia yang penuh dengan masalah, krisis dan konflik keamanan sudah cukup untuk membuktikan bahawa kita tidak mengimpikan keamanan  dunia. Justeru marilah bersama-sama saya untuk menghayati TIGA kisah menghayat hati buat renungan bersama.

Saudaradansaudari,

Pertama : Negara antara negara bertelagah, krisis taksudah-sudah.

Sehingga   hari ini, kita masih dipaparkan dengan isu-isu semasa mengenai konflik antara dua Negara iaitu Israel dan Palestin. Sudah  lebih 100 tahun  dua Negara ini bertelegah, namun konflik ini masih tak sudah-sudah.  Walaupun sudah banyak perjanjian ditangani, pemimpin juga silih berganti, namun sehingga kini usaha yang dilakukan  hanya menemui jalan buntu.  Jika dahulu, rakyat di Palestin mampu untuk hidup dalam keadaan aman dan harmoni di tanah air sendiri, namun selepas keputusan untuk  menubuhkan kerajaan Yahudi termeterai, segalanya menjadi mimpi ngeri. Tanah mereka dirampas, rumah menjadi tempat berlindung dimusnah. Daripada  580 perkampungan  rakyat  Palestin  yang wujud sebelum perang 1948,  Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung. Kanak-kanak tidak berdosa, kaum wanita yang tiada upaya turut menjadi korban kerakusan Zionis durjana. Kemajuan  teknologi senjata menjadi saksi betapa rakyat tidak berdosa terkorban di bumi sendiri. Sedangkan masyarakat dunia terus menjadi pemerhati, PBB juga berdiam diri, OIC terus senyap dan tuli.  Adakah Keamanan Dunia Yang kita impikan akan terjadi?

Putera-puteri pewaris dunia.

Kedua : Hak Asasi DiCabuli, Rakyat  Sengsara Tak Henti

Isu entik Rohingya masih segar dalam ingatan kita. Pernahkan kita terbayang  bagaimanakah perasaan jika kita berada di tempat mereka? Menurut  Amnesty Internatonal, orang Rohingya terus menerus menderita dan terseksa akibat pencabulan hak kemanusiaan oleh junta tentera  Myanmar  sejaktahun 1978, dan akibatnya ramai yang telah melarikan  diri  ke Negara jiran seperti Bangladesh. Etnik  rohingya ini telah dinafikan  kewarganegaraan Myanmar mereka dan  kewujudan mereka ingin dihapuskan dari Myanmar. Pembunuhan rancak dijalankan untuk memastikan etnik muslim rohingya yang dahulunya dalam lingkungan 6 juta kini  tinggal  hanya dalam lingkungan 800 000 ribu orang, hilang tanpa dikesan, mati tanpa kubur dan nesan. Sebak melihat r umah mereke dibakar di hadapan mata, malah ramai yang disembelih tanpa  ada belas kasihan, malah yang lebih dasyat kanak-kanak yang tidak berdosa diikat tangan mereka dan dibuang dalam sungai. Natijahnya, pembunuhan etnik terus berlaku, puak pelampau Budha terus bersorak keriangan, ASEAN hanya diam membisu, dan seperti biasa masyarakat dunia hanya menjadi pemerhati setia.



Warga dewan budiman,
 
Ketiga : Ketelusan demokrasi tidak dipelihara, dunia makin porak-peranda

Masihkah kita ingat akan krisis demokrasi dan politik yang berlaku di Mesir? Nama Muhammad Mursi Isa al Ayya begitu harum ketika itu. Beliau merupakan Presiden Mesir yang kelima serta Pemerintah Tertinggi Angkatan  Tentera Mesir antara 2012 hingga 2013. Dengan iltizam menjunjung demokrasi,   Morsi merupakan pemimpin pertama di Mesir yang memenangi pilihanraya secara demokratik dalam sejarah Mesir, selain orang awam pertama memegang jawatan itu. Namun malangnya  pada 30 Jun 2013, bantahan besar-besaran meletus di Mesir menyeru perletakan jawatan Presiden, Negara yang aman mula bergolak Dari Istana Presiden, akhirnya Mursi dibawa ke penjara. Morsi telah digulingkan pada 3 Julai oleh menteri pertahanan dan panglima besar tentera Abdul Fatah al-Sisi. Lantaran itu, rakyat marhain mendokong demokrasi bangkit menentang ketidakadilan tentera. Lantas, tanpa perikemanusiaan, rakyat awam dibunuh dengan kejam oleh tentera Mesir. Seluruh dunia menyifatkannya sebagai jenayah kemanusiaan terkutuk, lebih-lebih lagi ia dilakukan pasukan keselematan yang sepatutnya menjaga keamanan serta ketenteraman negara. Ibarat harapkan pegar, pegar makan padi. Bagaimana wujudkan keaman dunia yang kita impikan sekiranya pemimpin Negara sendiri tidak menjaga kepentigan   rakyat.

Anak-anak bangsaku.

Begitulah cebisan kisah duka dan air mata buat santapan halwa telinga. Sebelum saya  meninggalkan pentas  khutub khanah ini, ingin  saya menyeru kepada seluruh warga dewan yang setia, agar kita peliharalah kemananan yang kita miliki ini dengan sebaiknya. Saya yakin dan pasti semua warga dunia mengharapkan dunia yang aman tanpa pergolakan. Ayuh bangsaku, kita lakarkan potret keamanan dunia. Kita bina masyarakat sejahtera kerana KEMANAN BUKAN IMPIAN , malah akan menjadi kenyataan suatu hari nanti.

Sekian wabillahitaufikwalhidayah, wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget