WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, August 6, 2015

STAR, MCKK JUARA BAHAS PIALA PERDANA MENTERI 2015



KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh dan Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dinobatkan johan Bahas Piala Perdana Menteri ke-42, masing-masing bagi kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Dalam pertandingan akhir yang berlangsung di Menara Berkembar Bank Rakyat pada Ahad, MCKK berjaya mengekalkan kejuaraan dua kali berturut-turut apabila menewaskan Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan dengan membahaskan tajuk "This House Believes that the United Nation Human Rights Council should be Abolished".

Manakala STAR menewaskan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Kajang dengan tajuk "Negara Maju Penyelamat Krisis Alam Sekitar".

Pembahas MCKK, Amir Aniq Abdul Hazis muncul Pembahas Terbaik Bahasa Inggeris, manakala Muhammad Faris Mohd Idris dari SMAP Kajang dinamakan Pembahas Terbaik kategori Bahasa Melayu.

Pertandingan perbahasan itu khusus bagi Sekolah-sekolah Berasrama Penuh.Juara membawa pulang wang tunai RM4,000, sijil penyertaan dan piala pusingan manakala naib juara menerima RM2,000, sijil dan piala pusingan.Pembahas terbaik pula menerima wang tunai RM1,000, sijil dan hadiah iringan.Hadiah-hadiah disampaikan oleh Pengarah Urusan Bank Rakyat Datuk Mustafha Ab. Razak.


SUMBER :  BERNAMA

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

0 GENTA RASA:

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget