WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, August 7, 2015

DEBAT UIAM KEMBALI LAGI



Bermula 7 hingga 11 Ogos 2015, KDBM STAR akan menyertai Pertandingan Debat Antara Sekolah-sekolah Malaysia (IIUM IDC) anjuran Universiti islam Antarabangsa Malaysia bertempat di kampus Utama UIAM, Gombak, Selangor. IIUM IDC ini merupakan satu pertandingan yang amat berprestij kerana di sinilah semua sekolah dari pelbagai aliran berkumpul untuk merebut Piala Tun Sri Lanang termasuklah SBP, MRSM, Sekolah Harian, Sekolah Agama dan Sekolah Swasta. IIUM IDC inilah merupakan satu-satunya kejohanan major yang belum lagi dimenangi oleh KDBM STAR. Sedikit sorotan pencapaian STAR dalam IIUM IDC (hampir 100 sekolah menyertainya)


2006 - Suku Akhir
2007 - Separuh Akhir
2008 - Suku Akhir
2009 - Naib Johan
2010 - Naib Johan
2011 - Suku Akhir
2012 - Separuh Akhir
2013 - Tidak dipertandingkan
2014 - Juara liga/octo final
2015 - ???

Semoga KDBM STAR berjaya membawa pulang Piala Tun Sri Lanang ke Ipoh.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Thursday, August 6, 2015

STAR, MCKK JUARA BAHAS PIALA PERDANA MENTERI 2015



KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh dan Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dinobatkan johan Bahas Piala Perdana Menteri ke-42, masing-masing bagi kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Dalam pertandingan akhir yang berlangsung di Menara Berkembar Bank Rakyat pada Ahad, MCKK berjaya mengekalkan kejuaraan dua kali berturut-turut apabila menewaskan Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan dengan membahaskan tajuk "This House Believes that the United Nation Human Rights Council should be Abolished".

Manakala STAR menewaskan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Kajang dengan tajuk "Negara Maju Penyelamat Krisis Alam Sekitar".

Pembahas MCKK, Amir Aniq Abdul Hazis muncul Pembahas Terbaik Bahasa Inggeris, manakala Muhammad Faris Mohd Idris dari SMAP Kajang dinamakan Pembahas Terbaik kategori Bahasa Melayu.

Pertandingan perbahasan itu khusus bagi Sekolah-sekolah Berasrama Penuh.Juara membawa pulang wang tunai RM4,000, sijil penyertaan dan piala pusingan manakala naib juara menerima RM2,000, sijil dan piala pusingan.Pembahas terbaik pula menerima wang tunai RM1,000, sijil dan hadiah iringan.Hadiah-hadiah disampaikan oleh Pengarah Urusan Bank Rakyat Datuk Mustafha Ab. Razak.


SUMBER :  BERNAMA

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

UCAPAN PENGHARGAAN PASCA PIALA PERDANA MENTERI

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya tahun 2015, pasukan Debat Bahasa Melayu STAR berjaya memenangi Pertandingan bahas Piala Perdana Menteri 2015. Allahu Akbar, yang mengatur perjalanan  hamba-Nya dan mengatur rezeki hamba-Nya. Dalam pentas akhir, STAR telah berjaya menewaskan Sekolah Menengah Agama Persekutuan kajang (SMAP K). Dengan Usul Negara maju Penyelamat Krisi Alam Sekitar. 

Dedikasi ucapan terima kasih buat ke-empat-empat mereka, Afif, Syameel, Ilman dan Alif yang telah merealisasikan kejayaan ini. Keazaman untuk menebus kekalahan separuh akhir oleh pendebat-pendebat senior pada tahun 2013 dan 2014 begitu tinggi. Dan ternyata pada tahun ini, mereka berjaya menebus kekalahan 'abang-abang' mereka serta mengulangi pencapaian tahun 2011. Kesanggupan untuk tidur lewat saban malam, menahan telinga daripada komen-komen kadangkala menyayat hati daripada guru dan bekorban masa belajar akhirnya membuahkan hasil. tahniah kalian, terus tunduk dan istiqamah, banyak lagi mehnah dan tribulasi yang menanti di hadapan. 


Ilman, Syameel, Afif dan Alif. 

Kepada alumni KDBM STAR yang telah meninggalkan sekolah, tetapi jiwa dan raga mereka tetap utuh dan kasih pada kelaurga ini. Kesanggupan meluangkan masa membantu menjengah adik-adik di sekolah amatlah dihargai. Dan pengorbanan mereka terbalas apabila kekalahan separuh akhir 2013 dan 2014 akhirnya ditebus jua tanggal 2 Ogos 2015. Sekadar menyebut beberapa nama Quchai, Osman, Amsya, Black, Dini, Ahmad Aiman, Wan Hafizan, Khairul Hafiez, Dinie, Muhaimin, Adib dan Syafiq Jebat. 


Alumni KDBM yang banyak membantu. 

Jua kepada para ibu bapa yang begitu komited dalam emmbantu persiapan pasukan. Encik Azlan sekeluarga, En Mahathir sekeluarga, Encik Hasni sekeluarga dan Encik Razak sekeluarga. kemana sahaja ada pertandingan, adalah mereka. Begitu juga sokongan dari aspek kewangan membantu menyediakan air minuman untuk latihan yang diuruskan oleh para ibu bapa. 

Tidak lupa juga buat para pendebat junior yang turut saban malam membantu menyediakan bahan-bahan dan fakta-fakta kes, kumpulan 'researcher' dan kumpulan 'sparring'. Tanpa kalian, kejayaan ini tidak akan datang secara mudah. Moga semua mendapat inspirasi dari kejayaan ini dan Insha Allah setahun dua lagi, giliran kalian pula untuk meneruskan legasi KDBM STAR.


Para pendebat junior yang banyak membantu pendebat senior. 

Terakhirnya, jangan mudah merasa puas dengan sedikit kejayaan yang Allah pinjamkan ini. terus istiqamah dalam berbahas, moga ada kejayaan lain yang Allah janjikan untuk kita di kemudian hari. 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Tuesday, August 4, 2015

FINAL BAHAS PIALA PERDANA MENTERI 2015


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget