WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, August 1, 2016

BASIS DAN MCKK JOHAN BAHAS PIALA PERDANA MENTERI 2016



KUALA LUMPUR: Sekolah Menengah Sains Banting (BASIS) pertama kali muncul juara mengenepikan saingannya dari Kolej Tunku Kurshiah (TKC) dalam Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri ke-43 bagi kategori bahasa Melayu di Dewan Aminuddin Baki Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM), di sini, har ini. Kategori bahasa Inggeris pula dimenangi oleh Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), yang memenangi johan dua kali berturut-turut pada tahun 2014 dan 2015. Kedua-dua sekolah menerima hadiah wang tunai RM4,000 bersama piala pusingan, piala iringan dan sijil penyertaan. Manakala pembahas terbaik kategori bahasa Melayu Zulaika Zamaluddin, 17 dan bahasa English, Amir Aniq Abdul Hazis, 17, masing-masing dari BASIS dan MCKK menerima RM1,000, piala iringan dan sijil.

Hadiah disampaikan oleh Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka dan Ahli Lembaga Pengarah Sekretariat Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Prof Tan Sri Dr Abdul Latiff Abu Bakar. Amir Aniq berkata, kejayaan itu bukan senang dicapai setelah banyak halangan perlu ditempuhi, malah kegagalan sebelum ini banyak mengajar mereka untuk bangkit, sekali gus mengekalkan penyandang sebagai johan tiga tahun berturut-turut. "Seorang pembahas perlu menjaga disiplin seperti sentiasa mengetahui isu semasa dan banyak membaca," katanya yang juga ketua kumpulan. Sementara itu, Zulaika berkata, kejayaan berkenaan banyak didorong motivasi oleh ibu bapa, guru dan rakan-rakan serta komitmen daripada semua.

 "Bagi saya setiap pembahas perlu ada tiga P iaitu pembahas, pembimbing dan pengorbanan dan percaya setiap peserta yang datang mempunyai kelebihan tersendiri," katanya. Info Topik bahas bahasa Melayu 'Teknologi mekanisma terbaik membanteras jenayah'. Topik bahas bahasa English 'This house believes "That in the name of humanity all contries should take in refugees tbat suffer from humanitarian crisis". 69 buah sekolah berasrama penuh mengambil bahagian.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget